TERKINI :

Wednesday, May 7, 2014

Kenapa MB Terengganu Seorang Saja Ada Perjanjian Tamat Tempoh Dengan Najib?

Shahbudin Husin, 

http://bit.ly/1mBCh2U
IKLAN KEDAHLANIE
Dikhabarkan Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru tidak lama lagi. Mengikut laporan The Star, penyandangnya sekarang, Ahmad Said akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya dan dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Apa yang lebih mengejutkan ialah penggantian Menteri Besar ini dikatakan kerana Ahmad Said mempunyai perjanjian dengan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau telah bersetuju untuk memegang jawatan itu untuk tempoh setahun saja selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013 lalu.

Dengan itu, pengumuman siapa Menteri Besar Terengganu yang baru dijangka akan diumumkan antara 15 hingga 18 Mei ini sementara mendapat persetujuan daripada Istana Terengganu.

Memanglah tiada salahnya dan merupakan hak Najib untuk menukar mana-mana Menteri Besar atau pemimpin lain yang dikehendakinya. Beliau boleh menukarnya dengan apa saja alasan atau tanpa alasan sekali pun. Itulah kelebihan sebagai Perdana Menteri.

Tetapi yang ingin diketahui ialah benarkah Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh dengan Najib? Apakah pula alasan perjanjian itu dibuat, adakah kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam pilihanraya umum lalu dan untuk menyuntik semangat baru menghadapi PRU 14, maka seorang pemimpin baru perlu dilantik atau ia bertujuan menamatkan krisis berterusan antara puak Ahmad Said dengan Idris Jusoh?

"Tender bagi kat Cina, why? Because I am a Malay?" - tanya Daim.


Pasangan suami isteri dapat award RM43,999 sebagai ganti rugi daripada AirAsia

May 07, 2014

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/airasia-a320-neo-ceo.jpg
Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000.

Beliau juga memerintahkan Airasia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu.

Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan Airasia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu.

Jawapan cincai Menteri berkaitan kelajuan internet di Malaysia

Bukan sekali dua barisan Menteri yang dibayar gaji oleh rakyat di Negara kita mengamalkan sikap sindromn penafian. Dah acapkali kita melihat tindakan sebegini. Dalam banyak hal dan bidang, patutlah Malaysia masih ditakuk lama.

Sepatutnya Menteri ambil berat dengan aduan rakyat, laporan antarabangsa dan sewajibnya juga berasa malu dan cuba kerja keras lagi agar apa yang dibangkitkan dapat diatasi. Bukan mengamalkan sikap MENAFIKAN dan kemudia goyang **l*r!!!

Hairan juga apabila pihak SKMM dan Menteri 'lebih' membela syarikat pembekal internet dari menyelesaikan masalah lembapnya internet. Berikut jawapan cincai SKMM dan Menteri.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyuarakan keraguan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung data atas talian yang dikeluarkan Ookla mengenai kelajuan jalur lebar Malaysia.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, keraguan Ahmad Shabery bukannya tidak berasas.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa ujian kelajuan jalur lebar telah dijalankan dan diterbitkan pelbagai pihak yang menggambarkan keputusan berbeza-beza," katanya.

Bukan Islam kena takzir dalam hudud,

Mohd Amar Nik Abdullah
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi penjelasannnya bahawa bukan Islam boleh dikenakan takzir dalam hukum hudud jika sabit melakukan jenayah.

Menurutnya, walaupun ketika pembuktian gagal mendatang empat saksi, bukan Islam itu boleh dikenakan takzir sahaja.

Takzir itu adalah seperti undang-undang jenayah yang diamalkan di negara sekarang.

"Mana-mana kesalahan bukan Islam tidak akan dikenakan di mahkamah syariah, tapi dikenakan di mahkamah sivil," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

ADVERTISE
http://bit.ly/1mBCh2U
 

MCA sedia kaji keluar BN jika Umno sokong hudud

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam BN, selain berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain jika Umno bersetuju dengan pelaksanaan hudud yang ingin dilaksanakan Kelantan.

Wee bercakap demikian ketika Wacana Sinar yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita?, yang diadakan di Kompleks Karangkraf, petang ini.

Beliau yang merupakan salah seorang panelis wacana tersebut berkata demikian ketika ditanya adakah MCA bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam BN memandangkan Umno menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Jika begitu keadaannya, (Umno sokong hudud), sudah sampai masanya kita berbincang dengan rakan-rakan sekutu dalam BN untuk menilai semula kedudukan kita dalam BN," kata beliau pada wacana tersebut.

Selain Wee, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah merupakan panelis wacana tersebut. - HARAKAHDAILY

IKLAN DI KEDAHLANIE
http://bit.ly/1mBCh2U

Pemuda GERAKAN sokong "HUDUD BN".!!!

KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyatakan sokongan mereka untuk menyokong hudud jika ia di bawa oleh Ahli Parlimen BN.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada sidang media di Alor Setar semalam.

Pemuda Gerakan sebelum ini menentang cadangan Kerajaan Negeri Kelantan PAS yang ingin membawa usul persendirian ke parlimen bagi membentangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud).

Keng Liang bersama sekumpulan Pemuda Gerakan  juga telah menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat  tersebut melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Namun semalam, Keng Liang bersama Pemuda Gerakan itu dilihat bersedia mendengar penjelasan Pemuda Umno mengenai hukuk hudud dan tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen BN yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Pesanan kepada PAS, pie buat dulu "NEGARA BERKEBAJIKAN" lepas tu baru kalut dengan NAK HUKUM ORANG..!!

Apa hukum menolak hukum hudud?


Tak perlu susah susah nak nak tanya Azhar Idrus dan tak payah nak penatkan lagi Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi nak menjawabnya kerana jawapannya sama saja dengan soalan apa hukum menolak poligami dalam islam. Oleh kerana soalan berdasarkan hukum yang telah di tetapkan oleh Islam maka sudah pasti menolaknya adalah berdosa dan mungkin lebih dari itu.

Tetapi bagaimana pula kalau yang hendak berpoligami itu beras pun isteri yang kena beli. Duit sekolah anak pun guna duit isteri, pukul anak pukul isteri, sewa rumah dah 3 bulan tak bayar dan yang lebih tragis lagi kote si suami yang nak berpoligami itupun lembik. Tiba tiba bila minta kebenaran kepada isteri untuk berkahwin lagi dan isteri tak bagi terus dia keluar hukum bahawa menolak hukum poligami adalah kafir murtad munafik bla bla bla…

Begitu juga bila ada pihak hendak melaksanakan hukum hudud lalu terus mengeluarkan hukum siapa tak setuju dengan hukum hudud orang itu kafir munafik murtad itu ini bla bla bla. Berapa banyak rakyat tak makan, berapa banyak ranyat masih berhutang dengan along, berapa banyak rakyat yang tinggal di tepi jalan, berapa banyak pusat pelacuran masih berluasa, berapa banyak kedai kedai judi sama ada yang di beri lesen halal atau beroperasi secara lesen haram. (lesen haram di keluarkan oleh polis yang makan rasuah tokey judi).

Zahid, Shahidan.. Bersaralah. Jangan Gadai Keselamatan Dalam Negara

Dalam tempoh sebulan, dua kes penculikan di perairan pantai timur Sabah telah berlaku. Kedua-duanya melibatkan mangsa daripada kalangan pelancong asing di kala kalendar Tahun Melawat Malaysia baru 5 bulan membuka tirainya. Insiden penculikan demi penculikan ini, jika tidak ditangani dengan segera berupaya untuk membunuh potensi pelancongan di sekitar pantai timur Sabah.

Dewan Rakyat telah pun membahaskan usul khas berhubung keupayaan ESSCOM sewaktu insiden penculikan awal April lepas namun tindakan bagi memperkemaskan kawalan keselamatan di kawasan tersebut masih lagi diragui apabila berlaku satu lagi insiden penculikan pada awal pagi 6 Mei 2014.

Entah dimana kelemahan dan silap kita, pintu sempadan Negara sering kali bocor dengan pelbagai insiden, daripada sindiket pengedaran dadah, pemerdagangan manusia sehinggalah kepada insiden penculikan yang melibatkan tebusan dan nyawa manusia.

Fokus dan keseriusan pihak berwajib terutama Menteri Dalam Negeri ditagih bagi menyelesaikan perkara ini sebelum ia menjadi lebih buruk sehingga menjejaskan pendapatan sektor pelancongan Negara.

Personaliti TV Pak Cik Jamal meninggal dunia



Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya di Putrajaya hari ini.

Jamal, 75, meninggalkan seorang isteri Zainab Serat, 67, dan tiga orang anak.

Anaknya Sheila berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di wad unit rawatan rapi (ICU) kira-kira 11 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam setelah mengadu sesak nafas.

Pak Cik Jamal sebelum ini dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru serta sakit tulang belakang.

Jamal ialah personaliti televisyen popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 80-an.

-Bernama

Kata negara Islam tetapi pengajian UAI tidak dibenarkan di masjid sebaliknya di court futsal.

Photo: Gambar Terbaik Hari Ini... :-)
Jom Like : Kata-Kata Hikmah

Percayakah anda, negara kita negara Islam tetapi pengajian UAI tidak dibenarkan diadakan di masjid sebaliknya diadakan di court futsal.

INILAH DUA SUASANA BERBEZA YANG BERLAKU DI KUALA BERANG
Sesunggunya golongan ini tidak mahu masjid dipenuhi oleh jemaah..

laporan Polis Keatas Budak kanyiaq UMNO yang kata kepada MUSLIMAH PELACUR

PELACUR KELAS ATASAN : TUDUHAN MELAMPAU, CELARU, KELIRU DAN DI LUAR BATAS PENILAIAN NORMAL

(Report Polis telah dibuat sebentar tadi oleh NGO PANGLIMA MALAYSIA)

Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama' (PANGLIMA) Malaysia membantah dengan sekeras-kerasnya kenyataan Mohd Radzi Othman yang memperumpamakan muslimat yang berdemontrasi sebagai pelacur kelas atasan. Tindakan beliau bukan sahaja menambah kecelaruan bahkan boleh menimbukan suasana tidak sihat sesama umat islam.Sewajarnya beliau perlu meneliti semula penulisan beliau. Ini adalah berdasarkan beberapa asas seperti berikut:

1) Menuduh perempuan-perempuan yang suci sebagai pelacur adalah termasuk di antara dosa besar dan layak menerima hukuman hudud jika gagal membawa empat orang saksi. Kesaksian mereka yang menuduh tidak akan diterima buat selama-lamanya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah An-Nur Ayat 4)

GST: 78% rakyat M’sia pendapatan kurang RM3 ribu, majoriti Melayu

Bantah_GST_
Bantah_GST_KUALA LUMPUR 6 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan, kira-kira 78.6 peratus dari pada penduduk negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan majoritinya terdiri dari orang Melayu dan bumiputera.

Justeru kata Dr Syed dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam, cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang kerajaan untuk dilaksana berkuatkuasa 1 Mei 2015 adalah tidak masuk akal.

“Selain itu 38 peratus daripada pekerja berpendapatan kurang daripada RM860 sebulan. (Gaji) ini dibawah paras garis kemiskinan.

“Sekali lagi, majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera. GST tidak patut dilaksanakan manakala kadar pendapatan masih rendah,” kata Dr Syed Husin dalam perbahasan di Dewan Negara semalam.

Tambah Dr Syed, tindakan kerajaan meluluskan RUU GST dilihat membiarkan golongan berpendapatan rendah ditekan, berikutan kenaikan kos harga barang dan kepeluan.

Lepas PRU13, 'reformis' Najib hilang kawalan

 
  Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sewaktu mengunjungi Malaysia bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "reformis banyak kerja".

Kenyataan itu muncul di ambang negara menyambut ulang tahun pertama pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah Najib masih dianggap reformis, pasca PRU13? Adakah beliau menyelesaikan apa yang dimulakannya?

Sejauh mana rancangan dan polisi beliau merencana masa depan Malaysia? Atau, adakah Najib tersasar dari landasannya?

Najib mengumumkan rancangan rekonsiliasi nasional sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei.

Bagaimanapun, setahun berlalu, perkara ini masih belum menampakkan hasilnya.

Dengan perkembangan terkini - di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dalam kes liwat II - terdapat kesangsian mengenai peluang kedua-dua pihak bekerjasama mengenai perpaduan nasional, yang dilihat semakin tipis.

Akhirnya KM Sabah umum kawasan perintah berkurung

 
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata.

Musa mengumumkan perakra itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut.

"Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya.

Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut.

“Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kenyataan itu dipetik.

Senarai kegagalan Kerajaan BN yang dipimpin DS Mukhriz setelah setahun memerintah

oleh Zulkifli Yahaya

Senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.

2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2014.

3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.

4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.

5. GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.

Mai cuba angkat generasi baru dan muda untuk Presiden FAM, ada berani?

TMJ: Dedikasi penting sebagai presiden FAM


DEDIKASI dan komitmen untuk membangun sukan bola sepak Malaysia merupakan perkara terpenting yang perlu dimiliki seseorang yang mahu memegang tampuk sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kata Tunku Mahkota Johor.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), faktor pengalaman tidak sepenting dedikasi serta komitmen untuk bekerja keras.

"Walaupun seseorang itu memiliki 30 tahun pengalaman, tetapi jika beliau tidak memiliki dedikasi, komitmen dan kerja keras untuk membangunkan sukan bola sepak negara, jadi apa gunanya," katanya pada sidang khas bersama media dan wakil kelab penyokong bola sepak Johor hari ini.

Pusat Tahfiz Amal yang dok guna murid kutip derma masih beroperasi


YAN – Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan- Kuala Kedah, di sini, seolah-olah tidak mempedulikan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk menghentikan operasinya berkuat kuasa pada 10 Februari lalu.

Tinjauan Sinar Harian buat kali kedua di PTA, semalam, mendapati mereka masih menjalankan operasi seperti biasa.

Perkara itu dapat dibuktikan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh pelajar PTA yang dapat didengari menerusi bilik darjah yang berada berdekatan dengan pintu pagar. Tinjauan mendapati, kelihatan seorang ‘ustazah’ sedang mengajar pelajar berkenaan membaca ayat suci al-Quran.

KL Hop-On Hop-Off ke Langkawi

ALOR SETAR - Bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (HOHO) akan dibawa ke Langkawi sempena Pesta Air Malaysia Langkawi 2014 yang bermula 9 hingga 10 Mei ini.

Pengarah Tourism Malaysia Kedah Roslan Othman berkata dengan kerjasama syarikat Elang Wah Sdn Bhd, buat julung kalinya HOHO dibawa ke Langkawi bagi mempromosikan pesta air, selain memberikan peluang pengalaman kepada pengunjung untuk melihat keindahan pulau peranginan itu secara percuma.

"HOHO ini akan mengadakan jelajah promosi pesta air di beberapa lokasi bermula 6 hingga 8 Mei sebelum dibawa ke Langkawi termasuk di hentian Rehat dan Rawat Tapah (arah utara), Stesen Keretapi dan Terminal Bas Aman Jaya Meru, Ipoh, Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan perkarangan Wisma Darul Aman, Alor Setar.

"Jelajah promosi ini bukan sahaja mempromosikan pesta air Langkawi, malah ia turut mempromosikan acara-acara Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bas HOHO akan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di enam hentian bermula di Tourist Information Centre (Pekan Rabu), Kuah Pandak Mayah 3 (canon shop), Hotel Ismail Group (HIG) Kompleks, Langkawi Parade, Mahsuri Hall dan Laman Padi.

Waktu operasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada 9 dan 10 Mei. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...