TERKINI :

Tuesday, May 6, 2014

[Wajib Baca] Soal Jawab pemuda Islam dengan Seorang Atheis....

http://www.cmoe.com/blog/wp-content/images/feat_123.png
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Percayalah, Sekali Lagi Hudud Akan Ditangguhkan!!

Shahbudin Husin, 

Isu hudud yang telah bergema sejak beberapa minggu lalu masih tidak menunjukkan titik penyudah yang meyakinkan. Walaupun Pas tetap berkeras mahu membentangkan usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi sebagaimana yang diakui oleh salah seorang pemimpinnya, Mohd Hanipa Maidin bahawa terdapat juga sekumpulan pemimpinnya yang mahukan ia ditangguhkan sehingga rakyat bersedia menerimanya.

Di dalam PR sendiri, isu ini kelihatan semakin dikeliru dan mengelirukan dengan pelbagai pandangan pro dan kontra mengenainya.

Di dalam PR, DAP jelas menentang pembentangan usul serta perlaksanaan hukum hudud manakala PKR juga tidak menunjukkan sokongan yang jitu dengan Anwar Ibrahim sendiri mengatakan perbincangan lanjut perlu diadakan, terutama memandangkan belum ada institusi sesuai untuk melaksanakannya serta aspek kehakiman yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan PR akan berpecah jika isu hudud ini terus menjadi isu besar. Anthony Loke dalam nada yang lebih keras mencadangkan agar Pas meninggalkan PR jika ingin terus melaksanakan hudud.

Di ketika Perdana Menteri, Najib Razak dalam reaksi terbarunya menyatakan banyak kekangan dan halangan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hudud dilaksanakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dan kemudian mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal antara UMNO, Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Saya Sokong GST jika bukan K'jaan BN yang laksanakan sebab dah tak percaya kat hantu-hantu nie..!!


Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. 

Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.

ESSCOM di SABAH buang masa buang duit..!!

Menteri Sabah: Kredibiliti Esscom jadi taruhan

 
Menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjum menyatakan kekecewaannya dengan kejadian penculikan bersenjata yang menjadi-jadi di perairan negeri itu walau dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom).

“Cakap pun tiada guna...  Harapan kita agar mereka yang berwajib melihat ini sebagai mencabar kewibawaan mereka – kredibiliti mereka yang dipertaruhkan!,” katanya di Twitter.

Masidi menjawab soalan dari seorang pengguna laman sosial tersebut yang bertanya mengapa kes seperti itu berterusan di Sabah.

Beliau ditanya bagaimana kumpulan lelaki bersenjata berjaya menembusi kawalan sempadan yang dikawal Esscom.

Kes Nik Nazmi : Awat bodoh sangat PEGUAM NEGARA nie sampai kena tegur dengan Tuan Hakim..!!

KLIK SINI
Cerita semalam di mana atas arahan AG pendakwaan ini dilakukan semula... Nasib baik kita masih ada Hakim yang melakukan tugas follow rule of laws yang sebenarnya... dan tidak di cucuk hidung sepertimana AG yang membuat pertuduhan semula seperti manusia yang buta Undang-Undang sedangkan beliau itu Peguam Negara....

Mahkamah lepas Nik Nazmi dari tuduhan baru

 
Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini daripada satu pertuduhan baru ke atasnya berhubung perhimpunan 'Black 505', Mei tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin Abdul Razak memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu.

Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.


Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

Awas!!! Umat ISLAM Malaysia akan dilanda kecelakaan menjelang 2100 jika tak diatasi..!!

Penganut Kristian mungkin atasi jumlah umat Islam menjelang 2100, kata kumpulan Islam

Dakyah Kristianisasi dibawa sekali lagi hari ini dalam satu forum di sebuah universiti awam di depan kira-kira 1,000 peserta dengan memberitahu mereka, jumlah penganut Kristian akan mengatasi umat Islam menjelang tahun 2100 di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar, berkata ini adalah berdasarkan pertumbuhan pesat penganut agama itu di Malaysia.

“Inilah yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia jika Kristianisasi terus dibenarkan di negara ini.

"Berdasarkan kajian kami, peratus perkembangan Kristian sangat besar setiap dekad," katanya di seminar tentang penggunaan nama Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Beliau berkata, statistik terakhir menunjukkan bilangan penganut Kristian 10% manakala Islam lebih 60%.

"Tetapi jika kristianisasi berterusan, menjelang 2100 akan ada jumlah yang sama antara Kristian dan Islam - 40%."

"Ia akan terus meningkat," katanya. – 6 Mei, 2014.

Sempadan Sabah bocoq lagi, Kumpulan bersenjata culik warga China di Sabah

Kumpulan bersenjata culik warga China di Sabah

 
Satu lagi kes penculikan bersenjata dilaporkan berlaku di perairan Sabah membabitkan sekumpulan lima orang lelaki yang dilaporkan melarikan seorang lelaki dipercayai warga China.

Menteri pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kejadian berkenaan berlaku di Pulai Baik di perairan Silam, Lahad Datu pada kira-kira jam 2.45 pagi.

Beliau mengesahkan bahawa kumpulan bersenjata itu melarikan Yang Zailin, seorang pengurus di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd.

"Pengurus satu syarikat ternakan ikan dalam sangkar dipercayai warga China dilarikan oleh lima orang lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi ini," tulisnya di Twitter.

Kumpulan berkenaan dipercayai menuju ke selatan Filipina.

Bom gegar Hat Yai, tiada rakyat Malaysia terlibat

ALOR SETAR 6 Mei - Dua letupan bom menggegarkan bandar Hat Yai, kira-kira 45 kilometer dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini petang ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia setakat ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.55 petang waktu Malaysia membabitkan dua lokasi iaitu di hadapan kedai 7Eleven, Polpichai Road dan kawasan perumahan polis bertentangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hat Yai.

Jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.

Pada 22 Disember lalu, sebanyak 24 orang dilaporkan cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar, dekat Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di kedua-dua bandar kecil yang popular dengan pelancong itu.

Ayuh Jimatkan dulu perbelanjaan negara baru pikiaq bab GST..!!

Ayuh jimatkan perbelanjaan negara

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Bagi menjimatkan perbelanjaan negara beberapa langkah yang diperkenalkan calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi boleh dipraktikan di negara ini.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, antara sistem yang diperkenalkan tersebut adalah seperti memotong separuh perbelanjaan pegawai-pegawai kerajaan.

"Tindakan kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah membawa rakyat marhaen ke jalan raya pada 1 Mei yang lalu.

"Ini kerana mereka berasa terbeban dengan kenaikan kos hidup, biarpun hakikatnya GST akan mula berkuatkuasa 11 bulan dari sekarang.

Adakah JETI KUALA KEDAH akan mendapat parking kereta yang baru..??

Jadi atau tidak nak bina parkir di jeti?

Jadi atau tidak nak bina parkir di jeti?  
Lokasi tapak pembinaan parkir bertingkat berhadapan terminal jeti.

ALOR SETAR -Terminal Jeti Kuala Kedah dianggap sebagai lubuk emas bagi masyarakat setempat kerana menjadi pintu masuk kepada pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi selain menggunakan Terminal Jeti Kuala Perlis sebagai alternatif pilihan.

Namun lubuk berharga yang sepatutnya menjadi kebanggaan khususnya rakyat Kedah itu secara realitinya tidak begitu teratur dari segi pembangunan kawasan sekitarnya termasuk lokasi sempit dan kekurangan tempat parkir. Kelemahan berkenaan sekali gus membuka peluang seluasnya kepada ulat parkir mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Beberapa ulat parkir mengakui mereka mencari makan dengan cara halal dan membantu pelancong mendapat parkir dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM10 sehari berbanding kawasan parkir Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang dikenakan caj RM15 bagi tempoh yang sama.

Hina Hudud : 80 orang lebih MP UMNO hanya seorang yang berani tegur MCA & GERAKAN

MP Umno selar Gerakan, anggap hina Islam

 
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe berhubung kenyataan dan komennya mengenai hudud yang boleh dianggapnya "menghina hudud dan Islam itu sendiri".

Reezal turut memberi amaran kepada pemimpin komponen BN agar tidak mengeluarkan komen "melampau" mengenai undang-undang jenayah Islam itu kerana boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Pesanan kepada mereka yang mengata kepada DS Najib & DS Anawar..!!

dengar baik2 pesanan ini, dan kepada yang dok mengatakan kepada mereka berdua cepat2lah bertaubat sesungguhnya pintu taubat masih dibuka....


SHARE lah bersama rakan taulan anda untuk pengetahuan mereka... sesunnguh dengan apa yang anda kongsikan ini dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan dosa....

[GEMPAR] IBRAHIM ALI dikatakan sakit otak..!!!

Ibrahim Ali sakit otak Saifuddin Nasution kata..


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution menasihatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Ibrahim Ali berjumpa pakar psikatri kerana bimbang dengan keadaan mental bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.

Saifuddin berkata demikian merujuk kenyataan Ibrahim 2 Mei lalu yang menyatakan akan membuat kenduri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

‘Itu jelas menunjukkan Ibrahim seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran cetek serta hati yang busuk berikutan sikapnya gemar melihat orang lain ditindas.

“Jadi saya sarankan orang seperti Ibrahim Ali jumpa pakar psikatrik,” kata Saifuddin.

Bahasa Kemenangan Pakatan di PRU13 tidak kekal kerana masalah dalaman, berbeza pendapat

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu mungkin menjadi yang terakhir paling kuat untuk Pakatan Rakyat (PR) apabila isu hudud, masalah dalaman parti dan kurangnya usaha mendapat sokongan luar bandar didapati akan mengurangkan sokongan kepadanya dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam forum “PRU14: Adakah akan berlaku lagi tsunami politik?”, ahli panel, Liew Chin Tong, Wan Hamidi Hamid dan Hishamuddin Rais berkata sepanjang setahun selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu, pakatan pembangkang hanya mendapat sedikit kemajuan untuk mendapat lebih kerusi dalam mengejar impiannya menawan Putrajaya walaupun mendapat lebihan kerusi dalam PRU13.

Liew berkata, isu hudud melemahkan peluang Pakatan untuk menghasilkan tsunami politik dalam pilihan raya akan datang dan meminta PAS mengkaji balik keutamaannya.

"Hudud adalah strategi PAS untuk memperkuatkan identitinya. Tetapi adakah ia satu strategi yang relevan, atau kita hanya memerangkap diri kita di belakang satu tema ini? Apa keutamaan kita? Hudud atau keadilan ekonomi," kata ahli Parlimen Kluang itu dalam forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

Ramai kurang jelas bentuk hukuman hudud


RISWANDI RAZAK

IKLAN SEBENTAR
RAMAI sudah mengetahui tentang perancangan Pas Kelantan untuk merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

Pihak menyokong kesemuanya merupakan pihak yang mengerti tujuan sebenar pelaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Manakala, pihak yang menentang berkemungkinan membantah kerana tiada penerangan jelas daripada mereka yang arif mengenai hudud ataupun berkemungkinan disebabkan persepsi negatif sejak dahulu mengenai hudud.

Malah ada khuatir jika hudud dilaksanakan berkemungkinan akan beri kesan kepada kerjasama politik antara parti seperti dalam PR.

Akhirnya Punca kenapa MH370 Hilang telah terbongkar..!!!



tambahan...

Dari Bukit Gelugor ke Teluk Intan - adakah DAP akan diterima pengundi MELAYU apabila mereka menolak HUDUD

DR AMINUDIN MANSOR

SUDAH sah dan terang tak payah lagi bersuluh. Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang dan juga Teluk Intan Perak akan berlangsung dalam masa terdekat. Kedua-dua kawasan itu kubu kuat DAP sejak beberapa penggal lalu.

Rahsia tersiratnya DAP akan diuji, sama ada boleh mempertahankan kawasan tersebut sebagai kawasan kuatnya dengan mengekalkan atau menambah majoriti. Jika di Parlimen Teluk Intan Perak DAP menang dengan majoriti 7,313 undi, di Parlimen Bukit Gelugor lagilah hebat dan kuat.

Kini masa berkempen akan terbuka kepada setiap calon penyokong parti yang bertanding. Masa diberikan untuk berkempen dikira sudah memandai dan cukup. Corak kempen memfitnah dan mencari keburukan lawan sudah dikira kempen biasa dan seharusnya dielakkan.

Sesetengah rakyat dan pengundi sudah berasa mual, muak dan bosan mendengar bentuk kempen begini. Kempen melalui media tradisional iaitu akhbar sudah kurang berkesan hanya bagi pengundi lama. Justeru, media baharu iaitu blog, laman sosial, Facebook, Twitter dan sebagainya berkesan bagi pengundi muda dan pengundi yang pertama kali mengundi.

Ayuh.. Tutup TV anda sebentar!


 TV 
 Luangkan lebih banyak masa melakukan aktiviti fizikal dan kekeluargaan berbanding menonton 
TV atau menggunakan peranti pintar. - Gambar hiasan

18 April hingga 24 April lalu ialah Minggu Tanpa Skrin (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen).

Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa dan anak-anak menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain  bersama-sama sebagai satu keluarga.

Mengapa tanpa skrin?

Ini merupakan tahun keenam Fomca mengadakan Minggu Tanpa Skrin.

Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama.

Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara berlebih-lebihan menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.

Masalah VAN HARAM di sempadan tak selesai-selesai..!!

Taktik guna van pekerja

Taktik guna van pekerja  
Laporan Sinar Harian kelmarin.

ALOR SETAR - Mereka agak licik!, kami kesan ada antara mereka dikesan menggunakan van pekerja untuk membawa pelancong ke negara ini.

Presiden Persatuan Pemandu Bas Pelancong 1Malaysia (Baspel), Nor Aizam Abd Kadir berkata, melihat keadaan ini, pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu van dari Thailand yang dipercayai menyalahgunakan permit edaran antarabangsa untuk masuk ke negara ini.

"Langkah itu perlu bagi memastikan sumber pendapatan pengusaha pelancong di kawasan sempadan tidak terjejas. Van dari Thailand yang nak masuk ke Malaysia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

"Tetapi masalahnya van ini dipercayai menyalahgunakan permit. Pemantauan kita di sempadan Bukit Kayu Hitam mendapati mereka menggunakan van yang membawa pekerja di negara itu untuk membawa pelancong ke Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Al Fatihah - Seniman Aziz Sattar meninggal dunia



KUALA LUMPUR 6 Mei-Seniman lagenda, Datuk Aziz Satar difahamkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini.

Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul dua pagi, sebentar tadi.

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan pelbagai lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...