Noh Dahya  
Noh Dahya

ALOR SETAR - Tiada orang dalam terlibat dengan sindiket penjualan sijil nikah poligami yang dikesan aktif di sekitar Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya berkata, ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan terhadap Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Beliau berkata, sijil nikah poligami yang dihasilkan itu juga palsu.

“Kita buat siasatan di peringkat pejabat agama dan yakin orang dalam tidak terlibat.

“Kita percaya individu terbabit sengaja memalsukan maklumat untuk tujuan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.