TERKINI :

Sunday, May 4, 2014

Sokong GST? MB kata media salah tafsir

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tetapi hanya menyarankan agar pelaksanaannya ditangguhkan.

Beliau membuat penjelasan itu melalui satu kenyataan di Facebook bagi menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyokong cukai yang akan berkuatkuasa 1 April tahun depan.

"Kenyataan saya mengenai GST disalahtafsir oleh akhbar. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika gini-pekali (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.

"Pelaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan persekutuan menangani isu jurang pendapatan itu," katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Dalam tulisannya di Facebook pada hari Jumaat, Khalid berkata beliau tidak bersetuju jika GST dikuatkuasa sebelum isu jurang pendapatan penduduk tidak ditangani terlebih dahulu.

"Pada hemat saya, belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat.

"Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan rakyat berpendapatan tinggi masih jauh," katanya.

Laporan Utusan Online pada hari yang sama menyebut, Khalid menyokong pelaksanaan GST dengan alasan, mekanisme itu adalah langkah mengutip cukai secara menyeluruh.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata, sistem cukai itu hanya sesuai dilaksanakan apabila jurang pendapatan penduduk adalah seimbang.

"Secara peribadi, pada masa yang tertentu saya (sokong GST), saya adalah antara orang yang menggalakkan GST dilaksanakan tetapi sekarang bukan masanya," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu mendakwa Khalid berkata demikian semasa ucapannya dalam satu majlis di Ijok, Kuala Selangor.

GST sana GST sini, Ada Akai Ke Depa Nie..??

1. Dalam penggulungan, Timbalan Menteri Ahmad Maslan menyatakan tidak seperti Singapura yang tidak mengenakan pengecualian ke atas barang barang tertentu dari dikenakan GST , Malaysia, katanya, memberikan pengecualian GST ke atas barang barang keperluan. Saya bangun dan bertanyakan soalan berikut kepada beliau " adakah Timbalan Menteri sedar bahawa Kerajaan Singapura menyatakan bahawa jika GST dikecualikan ke atas barangan tertentu pihak yang mendapat manfaat dari pengecualian itu adalah golongan kaya kerana mereka hakikatnya menggunakan lebih banyak dan kerap barangan yang dikecualikan GST tersebut." Menteri tak boleh jawab soalan saya itu.

Apa yang dikatakan oleh Kerajaan Singapura itu ada meritnya. Meskipun barangan asas seperti beras, tepung, gula atau barangan keperluan lain dikecualikan GST , pengecualian itu terpakai kepada semua termasuk golongan kaya. Jadi mereka yang untung. Jika kita beli kek di kedai kek ( dibuat dengan tepung dan gula ) sebagai contoh rakyat miskin yang nak beli kek kini dikenakan cukai dibandingkan sebelum GST dikenakan. Jika anak atau isteri Menteri beli kek mereka tidak ada masalah bayar harga kek yang dikenakan GST tapi bagaimana anak orang susah ?

2. Kerajaan berbangga 160 negara yang amalkan GST tanpa mengira negara yany kuat ekonominya seperti USA juga tidak setuju dengan GST. Ya ,banyak negara negara maju melaksanakan GST namun berapakah jumlah pendapatan per kapita mereka. Kita ambil contoh Singapura. Pada tahun 2012 menurut Fox Magazine pendapatan per kapita rakyat Singapura sebanyak 56 ribu US dollar ( USD ) . Bagaimana dengan Malaysia? Dalam ucapan belanjawan 2014, menurut Perdana Menteri pendapatan per kapita negara kita adalah sekitar 9,500 USD sahaja. Malahan pada tahun 2020 Malaysia hanya mensasarkan pendapatan per kapita 15,000 USD. Oleh itu, bagaimana kita nak tiru Singapura?

Singapura kenakan GST kerana cukai pendapatan individu dan korporat di sana secara relatifnya masih rendah. Jadi kekurangan hasil cukai pendapatan ditampung melalui GST. Kadar cukai pendapatan di Malaysia sama ada individu atau korporat lebih tinggi dari Singapura. Itupun Singapura mulakan GST dengan kadar 3 peratus sedangkan kita terus mulakan dengan 6 peratus. Tetapi apa yang penting dengan jurang pendapatan rakyat miskin dan kaya di Singapura lebih rendah berbanding Malaysia dan pendapatan per kapita mereka jauh lebih tinggi dari kita sudah tentu kuasa membeli dan membayar cukai rakyat di sana lebih kuat dari kita.

Begitu juga negara negara maju yang lain seperti Australia dan Kanada. GST tidak begitu membebankan rakyat di sana kerana pendapatan per kapita mereka yang tinggi. Dan bagi negara negara maju yang melaksanakan GST, rakyat juga mendapat manfaat dan faedah yang banyak hasil kutipan cukai tinggi di mana jaringan keselamatan ( safety net ) bagi menjaga kebajikan rakyat jauh lebih baik. Maknanya berbaloi membayar cukai di sana meskipun tinggi.
Yang lebih penting lagi di negara negara maju tersebut kadar kebocoran dan ketirisan ekonomi di sana jauh lebih rendah kerana amalan pemerintahan yang baik ( good governance ) dan hampir bebas rasuah . Di negara kita, kebocoran bilion ringgit akibat rasuah, ketirisan, pembaziran, kronisme dan rent seeking adalah fenomena wajib di dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

- mohamad hanipa maiden

Tektik Kerajaan Umno-BN halau Melayu dengan bertopengkan Akta Tanah


Pemimpin Umno-BN menjadi dalang utama merampas sejumlah besar tanah kampung Melayu warisan bukan sahaja di Lembah Klang juga seluruh negara dengan bertopengkan Akta Pengambilan Tanah. Pengerusi Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata, perkampungan Melayu di ibu negara seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum pada masa ini hanya tinggal nama di atas kertas yang dirampas dengan topeng pembangunan.

Menurutnya, pengambilan tanah juga tidak mengikut prosedur undang-undang apabila Tanah Rizab Melayu semakin mengecil tanpa berganti akibat dijual kepada pihak pemaju. "Warga kota sendiri dapat lihat depan mata bagaimana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun mendapat pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998," ujarnya kepada Harakah. 

Katanya, walaupun ada perintah mahkamah, tetapi orang-orang Melayu di situ tetap dihalau oleh pemaju dengan menggunakan penguatkuasa Kerajaan BN. Mengulas sikap Kerajaan Umno-BN yang beria-ia kononnya mahu membangunkan Kampung Baru, Ishak berkata, tindakan itu hanya muslihat untuk menghalalkan niat tertunda mereka untuk mengaut keuntungan di atas pengusiran Melayu di ibu negara.

"Apa makna pembangunan Kampung Baru kalau hanya dibina bangunan bertingkat yang kemudiannya gagal dimiliki Melayu? Paling penting, roh hidup bermasyarakat dalam persekitaran kampung yang sedia ada akan pupus apabila hak milik warisan bertukar tangan menjadi projek mewah," ujarnya lagi yang juga Ketua Kampung Bandar Dalam.

OK tak idea MAHFUZ nak larang pakai topeng sewaktu perhimpunan?

Mahfuz cadang larang pakai topeng sewaktu berhimpun    

[topeng.jpg]
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan pada perhimpunan akan datang, para peserta dilarang untuk memakai topeng.

Menurutnya lagi, dengan memakai topeng, ia menyukarkan tugas pihak berkuasa untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan memulakan rusuhan.

"Saya merasakan, pada perhimpunan akan datang, para peserta tidak dibenarkan untuk memakai topeng. Sekiranya mereka takut, tidak berani tunjuk muka, tidak perlu datang ke perhimpunan," ujarnya sewaktu sidang media di Pejabat Agung Pas.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menolak sebarang andaian yang mengatakan kekecohan yang berlaku semalam adalah berpunca daripada pihak polis yang memakai pakaian biasa dan sengaja mencemarkan bantahan tersebut.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa, boleh jadi mereka adalah pasukan polis, dan boleh jadi mereka adalah orang biasa.

"Mereka memakai topeng, sukar untuk kenalpasti, kerana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga memakai topeng sewaktu melakukan tugasan dan berharap pihak polis dapat menyelesaikannya," jelasnya.

Isu terpencil

Beliau berharap , perkara ini tidak berlaku lagi, dan kekocahan yang berlaku semalam adalah isu terpencil.

"Apa yang penting semalam, semua peserta dapat hadir, dan dapat menunjukkan bantahan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sememangnya membebankan rakyat," katanya.

MH370 : Rakaman audio pulak dikatakan tipu

MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: May 4, 2014

PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat 'jarak kosong' yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

"Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

"Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit," katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

"Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti," kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.

Hudud : BN jangan mimpi untuk lihat PR berpecah

KOTA BHARU - Pas yakin polemik perlaksanaan hudud di Kelantan tidak akan menyebabkan mana-mana parti dalam PR keluar dari gabungan itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melalui mesyuarat Majlis Setiausaha PR tiga hari lalu, semua pemimpin bersepakat untuk bersama mengurus isu tersebut.

"Kita putuskan tidak akan berpecah. Dalam mesyuarat tiga hari lepas kita bersetuju untuk memperkukuhkan PR, perbezaan pendapat mesti diuruskan. Jadi tak timbul isu Pas, PKR dan DAP bersendirian. Saya fikir risiko Umno lebih besar kerana mereka belum bincang dengan MCA dan Gerakan.

"DAP menolak atas dasar Perlembagaan tetapi tidak mencerca hudud. Kita akui ada perbezaan dalam PR kerana enakmen hudud wujud sebelum PR lagi tetapi kita saling hormat menghormati," katanya selepas bertemu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, mengakui tindakan DAP dan PKR menolak hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi, tetapi mereka juga perlu menerima hakikat rakyat Kelantan memberi mandat sehingga lima pilihan raya kepada Pas dan mahu hudud dilaksanakan.

Beliau berkata, sokongan penuh ahli Parlimen Umno dan empat ahli Parlimen daripada komponen BN cukup untuk meluluskan rang undang-undang persendirian yang dibawa, tetapi Pas masih perlukan sokongan PKR dan DAP.

Katanya, ahli Parlimen Islam dari PR boleh menyokong secara peribadi pembentangan rang undang-undang terbabit walaupun parti yang mereka wakili mempunyai pendirian berbeza.

"Bukan empat kerusi sahaja yang kita mahu. Kita perlukan semua sokongan PKR, DAP dari Umno. Apa yang penting komitmen wakil rakyat Islam. Mungkin rakan-rakan wakil rakyat DAP Islam mahu sokong. Itu hak ahli Parlimen. Bagi Pas kita mahu semua Muslim dan bukan Muslim. Semua ini untuk atasi jenayah," katanya.

Beliau mahu Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi perhatian pelaksanaan hudud di Terengganu kerana ia sudah diwartakan sejak 1993.

"Tidak ada makna warta tetapi tidak dikuat kuasa. Kita anggap Terengganu gagal pastikan apa yang diwartakan itu dilaksanakan. Di Kelantan walaupun Dun lulus enakmen hudud, ia belum diwartakan kerana memerlukan proses daripada Pusat. Jadi tidak ada tekanan berbanding Terengganu," katanya.

Bab nak melingkup jalan serah kat SADA & TELEKOM, tebok reti nak tampal balik haram tak buat..!!

Buat kerja separuh jalan?

jalan berlubang  
Mohd Azman Abullah menunjuk lubang yang wujud selepas kerja menanam paip air di sekitar pekan Bandar Baru Pokok Sena.

POKOK SENA - Penduduk di Bandar Baru Pokok Sena kecewa dengan kontraktor yang memasang paip  air dikatakan gagal membaiki jalan di hadapan Masjid An Nur hingga menyebabkan beberapa lubang  terjadi.

Penduduk, Mohd Azman Abdullah, 50, berkata, selepas kerja menanam paip tamat dilakukan oleh pihak kontraktor terbabit, pihak itu terus meninggalkannya tanpa sebarang tinjauan susulan hingga menyebabkan wujudnya beberapa lubang di situ.

"Selepas kerja menambak dilakukan di atas paip yang ditanam, beberapa minggu kemudian tanah itu semakin mendap.

"Malah, kenderaan yang selalu melalui di jalan itu mempercepatkan lagi berlakunya mendapan dan berlubang di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mari menilai setahun mandat PRU13

– A Kadir Jasin

http://4.bp.blogspot.com/-1jSjN5MlU5k/TkjDE37i4PI/AAAAAAAACtY/DTNoh67AGyU/s400/Najib-Tun-Razak.jpg

Demikian masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.

Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.

Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: "Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."

Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: "Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.

"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap... bijak... amanah... serta berwawasan."

Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: "Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

"Apa kata kalau saya cadangkan Dato' kupas sedikit mengenai report tersebut."

Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.

Kepada cikgu dari Kuantan yang hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:

"Kalau pada suatu pagi yang berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadat, maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin, timbang rasa dan sama rata."

Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita, kerana beberapa hari lagi, iaitu pada pada 6 Mei, genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.

Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.

Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, serta banyak lagi slogan dan motto.

Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas.

Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu. – kadirjasin.blogspot.com, 3 Mei, 2014.

Beras tak cukup, nie dia salah satu sebab dia wahai Mukhriz...Pak Hang laa..

Bekalan beras Kedah merosot

Bekalan beras Kedah merosot  
Mukhriz (dua, kanan) menabur benih padi sebagai gimik pelancaran EMM, semalam.

SUNGAI PETANI - Bekalan beras Kedah untuk menampung permintaan negara semakin menurun dan trend itu amat membimbangkan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun dikenali sebagai negeri jelapang padi, tetapi pengeluaran hasil padi Kedah tidak lagi seperti dahulu.

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan kekurangan hasil pengeluaran padi atau jumlah penduduk yang semakin ramai sehingga permintaan semakin meningkat.

“Dulu kita boleh membekalkan 70 peratus beras kepada permintaan negara. Tetapi ia semakin menurun kepada 43 peratus dan terkini hanya tinggal 30 peratus.

Ada juga orang dalam UMNO yang sedar bahawa anak muda meluat UMNO

Anak muda meluat pemimpin hanya fikir kuasa

Syed Ali Alhabshee  
Syed Ali Alhabshee

KUALA LUMPUR - Pemimpin Umno yang hanya berfikiran hendak mengekalkan kuasa mereka telah menyebabkan Umno semakin dipinggirkan oleh golongan anak muda.

Ketua Bahagian Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, oleh itu Umno perlu berubah, demi kelangsungan survival politiknya.

"Pemimpin Umno yang hanya berfikir hendak kekal kuasa telah menyebabkan anak muda makin jauh daripada Umno.

"Ini menyebabkan anak muda sukar untuk mendekati Umno kerana 'halangan' tersebut.

"Oleh itu,pemimpin Umno perlu memberi ruang dan peluang kepada anak muda yang mempunyai daya kepimpinan supaya masuk Umno,angkat mereka sekiranya mempunyai 'semangat untuk memimpin'.

Mukhriz kata Syria hanya berlaku perang saudara sahaja..!!

Kenali dahulu perbezaan jihad dengan militan - Mukhriz

KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun D. Mahathir meminta umat Islam supaya bijak membandingkan antara konsep jihad sebenar yang dituntut dalam Islam dengan aktiviti militan supaya ia tidak mensia-siakan nyawa mereka.

Beliau berkata, kebanyakan individu yang terlibat dalam aktiviti militan menganggap ia sebagai satu perjuangan jihad seperti membantu masyarakat negara Islam yang sedang bergolak seperti di Syria.

"Namun setakat ini kita pun belum tahu pihak mana (di Syria) yang betul. Seperti yang kita tahu, ini merupakan satu perang saudara yang langsung tidak melibatkan Malaysia.

Dari Zaman UMNO mai PAS pie ke UMNO balik, surau di Std. Darulaman nie tetap dok besaq kelemboi..!!

Tunggu giliran mahu solat

Tunggu giliran mahu solat  
Pengguna menunjukkan bahagian lantai yang mengalami kerosakan.

ALOR SETAR - Kebanyakan pengguna Surau Taman Merdeka, Jalan Stadium dekat sini, mendakwa tidak selesa kerana keadaan surau terlalu sempit dan daif.

Tinjauan mendapati, ruang solat dalam surau itu hanya mampu memuatkan sehingga sembilan orang jemaah saja untuk satu-satu masa.

Beratur untuk solat

Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Islam kawasan Stadium Darul Aman, Fauziz Zakaria berkata, keadaan surau yang kecil sememangnya tidak mampu menampung bilangan jemaahnya.

“Surau sempit. Jadi, orang awam terpaksa beratur menunggu giliran menunaikan solat.

“Sedangkan, kawasan stadium terbabit sering menjadi lokasi tumpuan ramai untuk menyertai sesuatu karnival mahupun menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...