TERKINI :

Thursday, May 1, 2014

MB Selangor : Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

MB

SHAH ALAM 1 MEI : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memegang jawatan Menteri Besar selepas penggal ini dibuat atas kemahuan sendiri dan bukan desakan parti PKR atau Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata keputusan itu dibuat lebih awal dan mengambil kira cara pentadbiran kerajaan di negara maju yang kebiasaannya memegang dua penggal sahaja.

MBKatanya, langkah berundur membolehkan legasi kepimpinan di Selangor dipegang pemimpin lain untuk membawa negeri ini ke aras lebih tinggi.

“Kita ingin mencontohi kerajaan lain seperti Amerika Syarikat dan kita juga ingin cadangkan kepimpinan parti politik dan negara untuk mengikut cara sama.

“Ini perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain, jika tidak kita akan berada di takuk sama menyebabkan tiada idea atau inovasi baru,” katanya.

Brunei haram 19 perkataan untuk bukan Islam

Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Polis ucap terima kasih walau ada langgar peraturan

Polis ucap terima kasih walau ada langgar peraturanKUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sikap toleransi dan bekerjasama mereka semasa perhimpuan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun ada yang melanggar syarat ditetapkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan kembali seperti biasa selepas peserta beredar kita-kira pukul 5.30 petang.

“Malah kawasan yang dipenuhi peserta perhimpunan juga berada dalam keadaan terkawal selepas peserta beredar,”

“Walaupun terdapat insiden kecil melibatkan tolak menolak antara peserta namun keadaan masih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media lewat petang Khamis.

Bagaimanpun polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

Alangkan Indahnya suatu hari nanti tajuk Utusan : Hudud Malaysia bermula hari ini.

Kalau kita tidak lakukan jenayah takut apa - Vincent

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengambil ketetapan menyokong cadangan kerajaan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11.

Naib Ketuanya, Vincent Lee berkata, keputusan itu dibuat anggota jawatankuasa Dewan Harian DHPP baru-baru ini kerana sekarang masa paling sesuai bagi pelaksanaan perundangan syariah.

“Kalau kita tidak lakukan jenayah hendak takut apa. Lagi pun perundangan hudud hanya untuk orang Islam sahaja.

“Sebab itulah saya sedih apabila ada pihak yang tidak faham mendakwa wanita dan kanak-kanak akan teraniaya dengan perundangan hudud,” katanya pada ceramah penerangan hudud di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan wakil-wakil NGO.

#BantahGST - Peserta mula bersurai, Tahniah Rakyat MALAYSIA


4.30pm Dataran Merdeka - Anwar berkongsi saranan dari rakan-rakannya di luar negara yang menggesa beliau agar tidak pulang ke Malaysia selepas berkunjung ke London baru-baru ini.

"Tapi saya katakan 'tidak'! Saya akan balik ke Malaysia untuk berjuang!,” katanya.

Anwar berkata mereka tidak seharusnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita kerajaan, kita perlu dengar cakap kerajaan atau kerajaan dengar cakap kita?,” soalnya.

Anwar berkata, perhimpunan hari ini yang dijayakan oleh Mat Sabu akan digerakkan sekali lagi sehingga kerajaan menghentikan pelaksanaan GST.

Kumpulan peserta seterusnya bersurai selepas bacaan doa dan turut mengutip sampah termasuk botol plastik dan beg plastik.

4.12pm NGO hak asasi Lawyers for Liberty mengucapkan tahniah kepada PDRM yang membantu kelancaran perhimpunan hari ini.

NGO tersebut menyiarkan gambar di Twitter menunjukkan anggota polis trafik mengawal lalulintas.

"Begitu jarang sekali. PDRM menghentikan lalu lintas demi rakyat. Syabas kerana membantu hak berhimpun," tulisnya.

[Video] Penjelasan TG Nik Aziz selepas pertemuan empat mata dengan beberapa pimpinan UMNO

http://img.astroawani.com/2014-04/41398604598_295x200.jpg
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.275579.1398827197!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg

Antara koleksi gambar-gambar #BantahGST

 
 

Terima kasih Tuan Lawyer dan Selamat Hari Pekerja - Mazlan Aliman

Saya ingin mengambil kesempatan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hanipa Maidin dan pasukan peguamnya, Nassar dan Azhana Khairuddin yang bertungkus lumus bagi pihak saya selaku Defendan Pertama dan Defendan Kedua hingga keenam dalam kes saman fitnah Felda mengenai penjualan minyak sawit ke Israel.

Khidmat bakti mereka tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian berbagai pihak.

Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan, teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai kumpulan pendesak, untuk mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela dan terpelihara hak-hak mereka.

Apa faedahnya saya memfitnah Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Kepada Ketua Wanita Gerakan - Bagaimana pula dengan hukuman perogol yang sekadar dipenjara & denda?




Adilkah perogol dilepas bebas?

Nasrudin Hassan 31 Ogos 2012.

1. Kes Noor Afizal Azizan yang baru sahaja terlepas dari hukuman penjara sangat memeranjatkan majoriti rakyat Malaysia terutama mereka yang mengikuti perkembangan kes ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga sangat terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Ada sticker provokasi ditemui disekitar tempat #BantahGST



Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".

Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripafa pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu.

Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".

Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.

Peserta demo #BantahGST mula berarak

 

Perhimpunan ini yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Buruh yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sebelum mengisytiharkan perhimpunan itu haram tetapi sekarang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.

Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka dimana ia dijadual berlangsung antara jam 2 hingga 5 petang.

Video Macai BN kantoi tidak faham 'perumpamaan'

dari fb:



Adakah UTUSAN jadi WAKIL DAJAL dengan menggelar pejuang2 kita di SYRIA sebagai militan?

 Macam nie punya serangan pun ada lagi UTUSAN dok hina pejuang2 
kita di SYRIA...  sudah2 la jadiWAKIL DAJAL tuuu....

 

Apa masalah dengan #GST, dan kenapa kita tentang..??

Nasrudin Hassan




Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau lebih sinonim dengan GST telah pun diluluskan dalam Dewan Rakyat pada sesi yang lalu. Walauapapun keputusannya, Pakatan Rakyat tetap bertegas dengan pendirian tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan sistem pencukaian GST yang akan bermula April 2015.

Maka digerakkan bantahan rakyat, selepas rundingan dan perbincangan di Dewan Rakyat gagal. Kerajaan gagal memahami ‘makna’ survival kepada sebuah kehidupan seorang rakyat. Alasan kerajaan hanya satu; memulihkan semula hutang negara yang berada pada paras yang kritikal iaitu kira-kira 53% sedangkan paras mandatori hutang sesebuah negara tidak boleh melepasi paras 55%.

Inilah yang dibimbangi kerajaan walaupun mereka boleh berhujah seribu satu alasan yang memunasabahkan tindakan mereka. Persoalan yang sering timbul, bagaimana boleh berlakunya hutang tersebut atau adakah hutang tersebut terhasil kerana kerajaan menggunakannya untuk pembangunan sosial dan pendidikan rakyat? Ironi, jawapannya tidak.

Benarkah Rafizi mengamuk kerana kalah Ketua Cabang?.. Ini penjelasan Rafizi..


Tiga hari yang lalu iaitu pada 28 April, Berita Harian telah menyiarkan satu laporan dengan tajuk besarnya 'Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam'.

Dalam laporannya itu akhbar tersebut telah melaporkan kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon yang dimaksudkan ialah Pengarah Strategi PKR, yang menyandang jawatan Ketua Cabang sejak dari 2010, beliau ditentang oleh Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman buat kali pertama.

Memandangkan Rafizi antara pimpinan PKR yang popular ditambah pula dengan hebahan oleh Ketua Pemuda UMNO ianya menjadi perbualan ramai..

PAS Kedah nafi ahlinya antara militan ditahan

Pas Kedah nafi ahlinya antara militan ditahan
Gambar Mohd Lotfi (kiri) di Syria dikemaskini menerusi Facebook
 
ALOR SETAR - Pas Kedah tidak tahu menahu sama ada ahlinya antara tiga yang ditahan Polis Bukit Aman kelmarin, kerana dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan.

Ketua Penerangannya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat semalam, pihaknya tidak menerima maklumat sama ada ahli atau pemimpin dari parti itu ditahan seperti heboh diperkatakan.

“Jika ada ahli parti yang ditahan, sudah pasti Pas negeri akan dimaklumkan oleh Pas kawasan, bagaimanapun, tiada laporan setakat ini,” katanya.

Menurutnya, parti itu sentiasa memastikan perjuangan ahlinya berasaskan perlembagaan parti serta mengikut lunas perundangan di negara ini.

Mengulas desas-desus yang bertiup kencang sejak kelmarin, mendakwa Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Lotfi Ariffin yang dikatakan antara yang ditahan Polis Bukit Aman, dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah, Muhammad Sanusi berkata, Mohd Lotfi sudah meletakkan semua jawatannya dalam sayap parti itu.

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia akibat kanser

IPOH: Ahli Parlimen Teluk Intan, dari DAP, Seah Leong Peng, meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur dan mendiang akan dibawa ke Teluk Intan untuk disemadikan hari ini," katanya.

di bawah ini keputusan PRU13 tempohari...

Hudud : Majlis S/usaha PR dan K'jaan Kelantan bertemu mata

Hudud: Setuju pelihara keharmonian dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.

"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.

"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Tiada kompromi dengan kontraktor


Tiada kompromi dengan kontraktor  
Badrol (dua, kiri) menunjukkan isyarat bagus terhadap buku manual operasi sambil disaksikan Sanusi (kiri) dan Saiful (kanan).

ALOR SETAR - Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor pembersihan awam yang gagal mematuhi peraturan sebaliknya mereka bakal berdepan tindakan tegas.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, tindakan tegas berkenaan termasuk menamatkan kontrak perkhidmatan terhadap mana-mana kontraktor terlibat.

“Jika kontraktor yang bertanggungjawab gagal melaksanakan tugas, rakyat tidak akan berpuas hati dan memberi kesan secara langsung kepada pihak kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran dan taklimat manual operasi sisa pepejal dan pembersihan awam di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, di sini, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...