TERKINI :

Wednesday, April 30, 2014

Gelombang 1 Mei membara, rakyat sudah mula mara ke KUALA LUMPUR

Gelombang 1 Mei membara 


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/10268557_737510509603252_8741861835104783013_n.jpgAksi Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka akan menggegar ibu kota , Detik penuh mendebarkan ini bagai tidak sabar untuk dinantikan oleh seluruh rakyat khasnya anak muda di bandar yang sangat terkesan dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Dataran Merdeka akan sekali lagi menjadi ‘padang luas’ untuk aksi ini berjalan.Bagi mendapatkan pandangan mengenai kerahan anak muda ke himpunan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan pada 23 April lalu. Beliau menyeru semua pemuda termasuk Umno turun dalam perhimpunan 1 Mei ini. Perhimpunan aman itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati tentang pelaksanaan GST yang diibaratnya ‘bencana’ kepada rakyat.

Budaya buruk selfie, ia harus dibendung

oleh Siti Aishah Yusoff

Selfie yang merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera web untuk tujuan dimuat turun ke laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter, kini menjadi fenomena di seluruh dunia daripada orang biasa hingga kepada pemimpin dunia.

Begitu popularnya trend tersebut sehinggakan perkataan selfie dipilih sebagai perkataan tahunan 2013 selepas penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun sebelumnya.

Pemilihan tersebut dilakukan oleh syarikat penerbit, Oxford Dictionaries selepas perkataan Inggeris itu paling kerap digunakan pada tahun tersebut.

Begitupun, sebagai orang Timur lebih-lebih lagi beragama Islam, obses berkongsi gambar sehingga terlupa batas-batas dan had yang sepatutnya diselindung, tidak sewajarnya dilakukan.

Tambahan pula jika perbuatan itu sekadar mahu mencari kepuasan melihat gambar tersebut mendapat puluhan komen atau meraih ratusan atau ribuan like.

Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Siti Azura Bahadin berkata, selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait).

Beranikah Najib Terus Bertelagah Dengan Mahathir Mengenai Hudud?

Shahbudin Husin,

http://3.bp.blogspot.com/-mfY4K_ZnkTQ/U051aHGM5UI/AAAAAAABlEM/l3vxF7Mfvns/s1600/mahathir-najib.gif
Pendirian UMNO yang berpendirian positif terhadap rancangan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu melalui usul persendirian yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi, akhirnya menyebabkan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjadi semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak.

Dalam kritikan terbarunya, beliau berkata, usul hudud ini dihidupkan semula oleh Pas adalah kerana kerajaan sekarang terlalu lemah.

Ini katanya, berbeza dengan kerajaan sewaktu pimpinannya dahulu yang ssngat kuat dan memperolehi majoriti sangat besar sehingga usaha melaksanakan hukum itu dapat dihalang daripada dilaksanakan.

Berpegang kepada keyakinan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas itu tidak bersandarkan kepada keadilan yang sebenarnya, terutama berkaitan perbezaan hukuman antara orang Islam dan bukan Islam, Mahathir juga mengimbas bagaimana penentangannya terhadap usaha Pas itu akhirnya membuahkan kejayaan.

Jom Esok Turun Dataran Merdeka, jangan dok 'ceroi' pulak..!!!

Peserta himpunan bantah GST perlu patuh Akta Perhimpunan Aman 2012

April 30, 2014

Polis meminta penganjur dan peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur esok supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan secara aman itu hasil empat kali pertemuan dengan mereka.

"Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan sama sekali berkumpul dan masuk dalam padang dan podium di Dataran Merdeka kerana kawasan itu sedang dinaik taraf, mereka hanya dibenarkan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka sahaja.

"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Amatlah malang jika dalam PKR ada kelaku seperti SPR

Membiarkan penipuan dan membunuh demokrasi dalam parti bererti membunuh masa depan harapan bersama.


1. Pendedahan mengenai penyelewengan , manipulasi dan penipuan dalam Pemilihan pantas dijawab oleh Ketua Propaganda Pasukan Keadilan Raya pimpinan Azmin Ali. Namun jawapan Ekmal Ahmud membuktikan dia tidak punya maklumat dan keliru.

2. Dia tidak menafikan sebarang penglibatan pasukan Keadilanraya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP),Johari Abdul dan Setiausaha Agong, Saifuddin Nasution yang juga kebetulan merupakan salah seorang calon Timbalan Presiden.

3. Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak ? Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak ? Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur ? SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara.

SAMM - Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM. 

Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?

AL-FATIHAH : Kartina Dahari meninggal dunia



KUALA LUMPUR 30 April - Penyanyi veteran, Kartina Dahari, 73, yang popular dengan lagu Sayang Disayang meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.

Allahyarham sebelum ini menderita barah payu dara dan pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya.

Menteri enggan jawab isu landasan RM100j

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.

Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Lima kesilapan Khairy tentang krisis air Selangor

– Yeo Bee Yin

April 30, 2014

Saya merujuk tulisan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertajuk "Who is to be blamed for Selangor Water Woes?".

Beliau dengan cemerlang memasukkan sebahagian fakta sambil tidak mempedulikan sebahagian fakta lain, mengakibatkan pembaca percaya kerajaan Selangor sahaja yang mesti dipersalahkan berkaitan krisis air ini.

Pertama, saya menyatakan kekurangan bekalan air semasa adalah disebabkan perubahan corak hujan akibat perubahan iklim. Oleh itu, sementara ramalan kerajaan persekutuan pada 2010 nampaknya sedang menjadi nyata krisis air akan berlaku pada 2014, punca kepada krisis ini bukan pertumbuhan permintaan seperti yang diramal kerajaan persekutuan.

Berdasarkan trend pertumbuhan permintaan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya pada waktu itu Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk memuaskan permintaan sehingga 2019. Walaupun beliau mungkin membuat kesilapan dengan tidak mengambil kira risiko cuaca (perubahan corak hujan tahun ini berlaku kali pertama dalam sejarah), kerajaan persekutuan mesti berhenti berkelakuan seolah-olah berkata 'kan kami dah cakap' hanya kerana ia secara kebetulan, benar dalam ramalannya tentang krisis air.

MH370 - Depa nak mula bincang kos operasi dah, berapa pulak duit rakyat nak hangus nie..!!

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) akan bertemu pihak berkuasa Australia minggu depan bagi membincangkan kos operasi pencarian penerbangan MH370.

Isu kos tidak pernah dibincang atau dibangkitkan pihak berkuasa sepanjang operasi berjalan, bagaimanapun Hishammuddin berkata memandangkan misi mencari masuk fasa baru maka isu mengenai kos perlu dibincangkan.

"Saya akan ke Australia minggu depan untuk bincang fasa selanjutnya.

"Mereka (Australia) tidak pernah membangkitkan mengenai sen atau kos sehingga sekarang. Tapi memandangkan fasa mencari masuk fasa baru maka penting untuk kita bincangkannya," kata Hishammuddin semasa sidang media yang diadakan di klia2 hari ini.

Hishammuddin berkata perbincangan mengenai kos perlu melibatkan semua pihak berkepentingan dalam operasi pencarian tersebut dan beberapa aspek perlu diteliti terlebih dahulu.

"Semua pihak terlibat perlu berbincang.

"Tapi sebelum kita menentukan kos tersebut, kita perlu pertimbangkan di mana kawasan pencarian, aset apa dan sumber dari mana," kata Hishammuddin.

Cara PM mengelak hudud

SUBKY LATIF | 30 April 2014.

Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.

Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.

Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.

Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak.

Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.

Adakah Tahan 9 individu untuk tunjuk kepada Obama?

KUALA LUMPUR: Penahanan sembilan rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kegiatan militan hanya untuk menunjukkan kepada Amerika Syarikat kononnya Malaysia memiliki cara untuk menangani isu militan.

Perkara sama pernah berlaku pada tahun 1966 ketika Presiden Amerika ketika itu, Lyndon Johnson kembali ke AS selepas selesai lawatan di Malaysia.

"Kali ini, dengan kehadiran Obama (Barrack Obama) pula, sekali lagi situasi itu berlaku kononnya membuktikan Malaysia mempunyai cara untuk menangani isu militan, sedangkan tiada bukti jelas mengenai pembabitan mereka," tegas bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Syed Ibrahim mengatakan tindakan kerajaan menahan dan mendakwa mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 juga mengulangi siri kezaliman seperti ISA yang dimansuhkan.

Jelas Syed Ibrahim, akta tersebut yang lebih dikenali sebagai SOSMA itu mirip seperti ISA yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini, biarpun di bawah SOSMA ada peluang dibicarakan serta membela diri.

"Nampak seolah-olah SOSMA ini lebih baik kerana ada bicara atau ruang untuk membela diri, sebaliknya ia mungkin lebih teruk berbanding ISA kerana wujud penahanan berterusan di bawah akta tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

" ISMA Kamu Jangan Hanya Pandai Bercakap. Kerja Hanya Menyalahkan Orang Lain "


Aku dok perhati lama dah kenyataan demi kenyataan ISMA nih. Dok sibuk pasal kafir tolak hudud, MCA pun tolak hudud lagi teruk dari DAP tolak hudud. MCA sampai menghina hudud tetapi kenyataan yang dikeluarkan ISMA lebih menjurus kepada DAP.

Jangan sembang lebihlah ISMA. Kalau setakat keluar kenyataan macam nih aku pun bolehlah. Tapi apa ISMA buat????, ISMA ada persatuan, ada kuasa untuk bersuara terhadap kerajaan mahupun rakyat.

Apa salahnya kalau ISMA gunakan kuasa ISMA untuk memberi penerangan tentang hukum Allah ini. Bukannya asyik menyalahkan orang kafir menolak hudud, orang kafir ini sememangnya tidak mengetahui tentang hukum Allah ini, kita yang ada kuasa dan persatuan yang sepatutnya memberi kefahaman kepada mereka-mereka yang kafir ini.

Rupanya Dalang Sebenar Catuan Air Di Selangor Terbongkar

Catuan air di Selangor akan ditarik balik mulai esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kassim dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan hari ini.

Kira-kira tujuh juta pengguna air sekitar Lembah Klang bakal menarik nafas lega dengan pengumuman itu apabila bekalan air dijangka pulih seperti biasa esok dikebanyakan kawasan atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan yang bertekanan rendah.

Keputusan itu dibuat kerajaan negeri dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi lain.

"Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Syabas untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sedia kala," kata Khalid dalam sidang media di SUK di Shah Alam, hari ini.

Ayuh 1 Mei.. lesen sudah dapat..!!!

'Polis benar demo di jalan dekat Dataran'

 
Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.

Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

Bagaimanapun, Mohamad berkata hasil pertemuan itu juga memutuskan peserta "tidak dibenarkan berarak".

Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.

5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.

6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.

Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)

Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.

Sekian dan terima kasih

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Peminta Sedekah muncul kembali di bandaraya Alor Setar

Peminta sedekah muncul kembali

ALOR SETAR - Terdapat segelintir peminta sedekah didakwa muncul kembali meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, dekat sini, sejak kebelakangan ini.

Jikalau, kelibat beberapa peminta sedekah itu menghilang buat seketika, namun nampaknya mereka muncul semula meminta sedekah di kawasan terbabit baru-baru ini.

Kehadiran mereka dikesan seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Suhaimi, 39, yang mendakwa melihat seorang wanita warga emas meminta sedekah di bank berkenaan.

"Dua tiga menjak ini, ada orang minta sedekah semula sekitar kawasan tersebut. Namun, ia seakan-akan orang berbeza setiap hari sebab ada kalanya nampak muda, ada kalanya tua.

"Itu pun, kejap ada kejap tidak. Terbaru, saya nampak ada seorang mak cik ini. Dengan berbaju kurung biru, sambil membawa satu bungkusan dia duduk minta sedekah di sana," katanya.

Tidak lama kemudiannya, katanya, dia melihat mak cik itu meninggalkan barangannya lalu memasuki sebuah restoran, yang kemungkinan dia juga berhajat menjamah makanan.

Manakala, rakannya juga hanya ingin dikenali Sofian, 41, berkata, ada juga peminta sedekah tertentu meminta wang kepada pelanggan dalam restoran.

"Pernah satu ketika, ada seorang pak cik jalan dari satu meja ke satu meja minta wang. Dia juga membawa satu dokumen menerangkan keadaan dirinya," katanya.

Sofian berkata, meskipun bersimpati terhadap nasib insan berkenaan, namun ada kalanya dia musykil sama ada mereka meminta sedekah kerana kemiskinan hidup ataupun malas bekerja.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...