Anak tidak tahu ibu mengemis  
Che Mah keluar bersama basikal buruknya untuk meminta sedekah.

ALOR SETAR - Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Tongkang Yard, dekat sini, mendakwa terpaksa meminta sedekah kerana kesempitan hidup.

Warga emas yang hanya mahu dikenali Che Mah, 82, berkata, dua anaknya sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berjauhan di negeri lain.

“Seorang anak tok (nenek) tinggal di Melaka, manakala lagi seorang jikalau tidak silap tinggal berdekatan Kuala Lumpur. Tok tinggal sendirian kerana suami sudah meninggal dunia.

“Tok terpaksa meminta sedekah sebegini akibat tidak berkemampuan sejak kematian suami, malah tidak mampu menjalankan perniagaan lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Mah berkata, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan kepada penduduk berdekatan rumahnya.