TERKINI :

Sunday, April 27, 2014

Hudud: Pakar perubatan muslim sedia bantu

APR 26, 2014 | HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (Pakar) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri atau pusat berhubung perlaksanaan hukum hudud.

Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.

"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.

"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.

Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.

Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.

"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.

Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Sekadar membantu nak buat apa, cuba mai bagi kami pie DIego Garcia tengok..!!!

MH370: Obama beri jaminan akan bantu usaha mencari
Oleh KAMIL MASLIH dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

PUTRAJAYA 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini memberi jaminan negara itu akan sedaya mungkin menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk dari segi aset dan kepakaran bagi membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Obama mengakui usaha pencarian pesawat tersebut amat mencabar, namun beliau menghargai ketelusan kerajaan Malaysia berkongsi maklumat dan kegigihan dalam operasi pencarian.

Motosikal besar, kereta mewah dan pokok ekonomi Melayu



TAJUK di atas sinonim dengan masyarakat Melayu sebaya saya yang gemarkan kereta mewah BMW, Honda, Alphard dan juga motosikal berkuasa tinggi.

Muda-muda lagi sudah berjaya dan bergaya. Hanya Alhamdulillah mampu saya ucapkan selain tum­pang gembira kerana dunia saya tidak setanding mereka. Gembira kerana rakan sudah maju dan se­nang, sedih kerana ekonomi Melayu masih belum kukuh seperti pokok sebaliknya goyah seperti lalang.

Kebanyakan peniaga yang saya jumpa lebih berusia dari saya masih terkial-kial seperti saya. Kesedaran untuk berniaga atau membina pokok emas lambat datang pada mereka. Dengan makan gaji seperti mengutip buah yang gugur, akhirnya pekerjaan mereka digantikan orang lain barulah mereka sedar, mereka hanya me­numpang teduh di bawah pokok milik orang lain.

Seharusnya orang Melayu me­ngukuhkan ekonominya dengan berniaga dan mengelakkan dari kebergantungan terhadap majikan, makan gaji dan simpanan semata. Binalah pokok yang teguh yang mengeluarkan hasil yang lumayan dan berbelanjalah dengan hasil tersebut bukan pokok.

Rakyat Kelantan belambak lagi makan tak cukup tetiba dok kalut nak buat HUDUD..!!??

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PERINTAH ALLAH: Berlaku adil, ihsan, membantu faqir, bebas riba, hisbah, agihan kekayaan secara adil, pungutan cukai, pendidikan sains, imarah masjid, keselamatan, kebersihan, kesihatan, teknoloji, media, peluang pekerjaan, gaji minimum, sukan, kebajikan OKU, hiburan, masalah anak yatim, anak tak sah taraf, hubungan antarabangsa...

Semua perkara dia atas, dan beribu lagi yang belum tersenarai termasuk perintah Allah kepada pemerintah Muslim yang melibatkan kepentingan rakyat secara langsung untuk diberi keutamaan.

Di celah-celah pengabaian kerajaan terhadap semua itu, tiba-tiba kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memotong tangan pencuri dan merejam penzina.

Mana patut didahulukan antara bersungguh-sunggguh mengesat air mata anak yatim yg miskin dan membina rumah untuk mereka yang tidak punya dengan bersungguh-sungguh mencari jalan supaya tangan pencuri dipotong?

Akhirnya drama MH370 disudahi dengan tandatangani TPPA

– Hj Osama

http://4.bp.blogspot.com/-o0KyCVOs3gc/UhnpzvaPqvI/AAAAAAAAFEw/5jCjYhTtE8o/s400/TPPA+Malaysia.jpg
Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda:

Malaysia pada mulanya agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA.

Bukan sahaja ia mendapat tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini.

Ia disedari sebagai penjajahan cara baru Amerika.

Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu lantas mahukan balasannya melalui TPPA.

Selain TPPA, Malaysia dilihat tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar baru.

Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan kem pangkalan di laut China Selatan.

Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan, apabila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan keadaan negaranya yang ditekan oleh China.

Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes Altantuya.

Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat negaranya sendiri, tidak seperti zaman Mahathir dahulu.

Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...

Dan ada yang berkata MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barack Obama, ini kerana drama penemuan MH370 akan menghilangkan curiga tentang TPPA.

Ahhh sungguh licik mereka dan sungguh mudah kita ditipu! – 27 April, 2014.

* Penulis ialah Penyelaras SAMM Kelantan.

MH370 : Kenapa salahkan MAS tapi tidak salahkan BOEING..?

MH370: Dr Mahathir pertahankan MAS, salahkan pengeluar Boeing


Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri penerbangan MH370 sehingga hari ini sejak 8 Mac lalu.

Bekas perdana menteri itu mempertahankan syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

"Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc malam tadi.

"Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing."

MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.

Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.

Apalaa Kenangan Untuk Obama sempena mai Malaysia nie, Presiden dulu boh nama felda..!!

Apa Agaknya Pengabadian Untuk Obama
Oleh A Kadir jasin

SETAKAT bertanya.
Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?
Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.
Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu
Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B. Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”

Perlukah Pemberian BR1M Diteruskan ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff.

Saya ke hospital melawat saudara, sedih melihat katil yang sesak. Saya ke Kuala Lumpur, gelisah melalui jalan yang sibuk. Saya balik kampung, sedih mendengar cerita penoreh getah yang susah. Saya melihat data ekonomi negara, sedih melihat hutangnya banyak.

Maka, saya terfikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tentunya tidak mudah untuk kerajaan mengatasi kesemua masalah di atas kerana memerlukan belanja yang banyak. Lalu, terlintas di hati saya tentang BR1M. Perlukah kita pada BR1M?

BR1M diperkenalkan dalam kempen pilihan raya yang lalu dengan tujuan untuk membantu rakyat miskin. Tidak cukup dengan itu, mahasiswa juga diberikan baucer buku dan anak-anak sekolah diberikan wang poket di awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa.

Belanja BR1M bukan sedikit. Pada Februari lepas, sejumlah RM3 bilion dibelanjakan kerajaan untuk BR1M. Dengan belanja sebanyak itu, apakah kesannya kepada rakyat?

Saya tidak nampak kesan yang BR1M boleh mengurangkan beban hidup, apatah lagi kemiskinan rakyat. Yang saya nampak ialah kenaikan harga meningkat, cukai yang meningkat dan lainnya. Di pihak penerima pula, yang saya nampak ialah mereka gembira buat sehari dua dan selepas itu kembali hidup dalam kesusahan. Lebih dari itu, yang saya nampak ialah BR1M menjadi momokan pembangkang bahawa pembayarannya adalah semata-mata untuk kerajaan mendapat keuntungan politik.

Polis harus bertindak terhadap pemilik Facebook mengatakan Wan Azizah ‘maut’ seperti mana Rosmah dahulu

Polis harus bertindak terhadap pemilik Facebook mengatakan Wan Azizah ‘maut’, kata PKR

OLEH LOOI SUE-CHERN
April 26, 2014

Photo: Dah tak ada idea dah ka nak menulis...?http://2.bp.blogspot.com/-v9jzXR7Bqy0/Uz-jg3JTMCI/AAAAAAAAEKg/T_MJ5qaFMH0/s1600/1339.jpg
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor dihina dalam status Facebook, kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikenakan dengan laman web sosial tersebut yang mengatakan beliau sudah 'menghembuskan nafas terakhir'. – Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. 

Kali ini ianya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan presiden PKR serta isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah kononnya 'mati' semalam, menurut tulisan pengguna Facebook 'Blue Wave Army'.

Pengguna tersebut menulis dalam bahasa Melayu: "Isteri ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-Fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"

Dalam tulisan tersebut juga disertakan gambar Dr Wan Azizah diselubungi kain putih dan satu lagi gambar beberapa lelaki sedang menggali kubur.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook tersebut kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian presiden parti mereka.

Tahniah KULIM hangpa ada 'pasukan' yang hebat ini, mintak2 daerah lain pun buat sama...!!

Pemandu cemas dikejar ahli PPKM
Wartawan Sinar Harian

KULIM - Dua lelaki berusia 20-an yang memandu kereta jenis Honda City berjaya melarikan diri setelah dikejar Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kira-kira jam 10 pagi.

Ketika kejadian, orang awam ternampak kereta suspek dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan Taman Selasih sebelum memaklumkan kepada PPKM.

Ahli PPKM mengekori kereta suspek mendapati kereta itu menggunakan dua nombor pendaftaran.

Menyedari diekori, suspek kemudiannya memecut kenderaan mereka.

Ahli PPKM meminta bantuan semua ahli yang berada di pekan Kulim untuk membantunya.

Dalam keadaan cemas, suspek cuba melarikan diri menggunakan jalan sempit di tepi rumah teres di kawasan Taman Cengal sebelum terbabas di dalam longkang.

Penanam daum ketum disaran ceburi pertanian organik - Mukhriz

Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai daun dan air ketum daripada Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah, Adli Koshim (dua dari kiri) selepas penutupan Seminar Penyalahgunaan Daun Ketum peringkat negeri di Alor Setar, Kedah semalam. - BERNAMA

ALOR SETAR 21 April - Penduduk di negeri ini yang menjadikan penjualan daun ketum sebagai punca pendapatan utama disarankan agar menceburi bidang pertanian organik bagi menggantikan penanaman pokok ketum di kawasan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau bimbang dengan penyalahgunaan daun ketum di negeri ini kerana tanaman pokok itu diusahakan sebagai satu industri yang membawa pulangan yang tinggi.

"Saya lihat dari segi ekonomi, kalau boleh tunjuk kepada mereka dengan menanam sayur dan buah-buahan organik boleh menjana pulangan yang tinggi berbanding menjual daun ketum. Ini boleh menjadi motivasi agar mereka berhenti menanam pokok ketum.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...