TERKINI :

Saturday, April 26, 2014

Jenuh buat kerja la pak long oi, pie pagi balik petang sambung malam...!!

Pekerjaan kedua bukan jaminan ringankan beban hutang
Alyaa Alhadjri

Tambah pendapatan bagi mengurangkan hutang isirumah. Nampak seperti nasihat yang berasas? Persoalannya, bagaimana kebanyakan rakyat Malaysia mampu melakukannya dan apa pula implikasinya?

Ada kos jelas dan terselindung yang wajar dititikberatkan sebelum mengambil nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ini bulat-bulat. Mereka mencadangkan rakyat Malaysia mencari pekerjaan kedua.

Bagi golongan yang bekerja laksana 24 jam sehari tanpa cuti hujung minggu, laporan berkenaan cadangan yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif APKP Koid Swee Lian pada 23 April ini seperti tidak logik.

Kami membuat liputan bagi pilihan raya kecil di pelbagai kawasan, contohnya, dan perlu mengikuti kempen di sebelah malam. Kadang-kala, kami tidak pulang ke rumah berminggu-minggu.

Saya tahu terdapat 10 pasangan yang mana, masing-masing bekerja di industri media kerana ‘orang luar’ sukar memahami jadual kami. Kadang-kala kami bergegas mencari berita -- tanpa mengira kos yang terpaksa ditanggung.

Kenapa PRESIDEN PAS tidak tetap pendirian bab HUDUD..!!


Kenapa UMNO suka layan BAB Hudud...!!

1- Kerana mereka tahu PAS ada pendirian dan DAP ada pendirian...
2- Dahulu PAS keluar BA kerana NEGARA ISLAM...
3- UMNO tak pernah IKHLAS bab Hudud... mereka sekadar hendak memporak perandakan rumah tangga PR sahaja...
4- Cuba cari balik apa yg TG Presiden katakan sewaktu kenyataan ini keluar....Umno GAGAL bila PAS tak layan...
5- Dan siapa yg mengaut keuntungan jika PR berpecah...

Alangkah BAHAGIANYA WAKTU ini apabila PRESIDEN PAS tak layan "GAME MUSUH"....!!!

Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar...

oleh Shahbudin Husin,

http://3.bp.blogspot.com/-XX9EspCGHos/UxnQePqqbfI/AAAAAAAAGvo/qRAfVVUc4nk/s1600/penjara.jpg
Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis.

Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu.

Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu.

Pesanan Kepada Pimpinan PKR : Selamat Berebut Jawatan..!!

http://cj.my/wp-content/uploads/2012/04/PKR3.jpg
Sesunguhnya Allah lebih mengetahui kenapa PR tidak dapat menawan putrajaya pada pru lepas.

Dulu mungkin kita begitu kecewa tetapi sekarang baru kita ketahui bahawa tidak berjaya menawan putrajaya itu lebih baik dari berjaya tapi akhirnya tumbang sebelum berakhirnya penggal.

Kita sekarang dengan jelas boleh melihat ada orang2 yg kita angkat dikalangan kita sudah berubah menjadi tamak.

Mereka bukan saja merebut kekayaan malahan berebut jawatan sehingga menjadi penyokong berpecah hanya kerana memuas nafsu serakah mereka berebut jawatan.

Walhal kebanyakan mereka tugas sebagai ahli parlimen dan dun sendiri mereka belum sempurna dan termampu untuk mengalasnya tetapi dek kerana pemgaruh mereka masih merebut amanah utk diletakan diatas belakang mereka.

Mereka ini menyebabkan penyokong jdi muak dan jijik,,,

Sudah tiba masanya kerajaan kena tegas dengan pemandu Bas

JPJ tahan empat pemandu bas ekspres positif dadah

ALOR SETAR 26 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menahan empat pemandu bas ekspres yang didapati positif dadah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, sejak ujian air kencing terhadap pemandu bas dilaksana Selasa lepas, pihaknya memeriksa kira-kira 622 pemandu di stesen bas ekspres seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya menahan dua pemandu di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan dan seorang lagi di Terengganu.

"Kesemua pemandu positif dadah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan buat sementara waktu ini, kita gantung lesen mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Utara hari ini.

Ismail berkata, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ismail berkata, JPJ turut mengarahkan anggotanya menyamar sebagai penumpang bas ekspres bagi melihat kesalahan pemandu sepanjang perjalanan menuju destinasi yang ditetapkan. - BERNAMA

ISU HUDUD : MEMOHON PRESIDEN MMA TARIK BALIK KENYATAAN

KENYATAAN MEDIA MUSLIM PROFESIONAL NETWORK

TAJUK: MEMOHON PRESIDEN MMA TARIK BALIK KENYATAAN MENGENAI HUKUM POTONG TANGAN PENCURI
Tarikh: 26hb April 2014

1. Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan hukum hudud sepertimana yang telah diluluskan oleh mereka sejak 1993 dan setelah mendapat janji sokongan penuh daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

2. Dalam salah satu temubual, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, TMB Kerajaan Negeri Kelantan ditanya berkenaan pelaksanaan potong tangan, lalu beliau berhasrat memohon bantuan doktor pakar bedah di atas dasar untuk memberikan hukuman secara profesional kepada penjenayah.

3. Ia jelas menunjukkan sikap profesional TMB Kelantan itu. Walaupun dengan penjenayah berat seperti mencuri, beliau tetap cuba mencari solusi yang profesional untuk menjalankan hukuman berkenaan.

4.  Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan tidak semena-mena memberi respon yang kasar dan sinis terhadap permohonan bantuan tersebut tanpa menunjukkan sebarang sikap profesional, sebaliknya terus mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan doktor terlibat langsung, sedangkan hakikatnya sekarang, doktor turut terlibat  menyaksikan kes sebatan untuk memastikan keupayaan pesakit.

5. Sekali lagi Presiden MMA tersebut menunjukkan mentaliti barbarian apabila mencadangkan pemotong daging yang memotong tangan pencuri. Ia jelas menunjukkan perbezaan sikap antara TMB Kelantan dengan Presiden MMA. TMB Kelantan, walaupun berurusan menghukum penjenayah, masih memilih untuk memohon bantuan nasihat mereka yg profesional, pakar dan berilmu, tetapi Presiden MMA pula menunjukkan sikap kasar, tidak profesional dan meletakkan taraf penjenayah sama dengan binatang apabila mencadangkan si pemotong daging memotong tangan penjenayah.

6. Kami mendesak supaya Presiden MMA lebih memahami tuntutan agama kaum lain, menghormati aspirasi menteri di Jab PM yg menyokong hudud dan mendesak Presiden MMA memohon maaf secara terbuka dan tidak lagi menunjukkan mentaliti barbarian kepada rakan yang seprofesion sekeliling beliau.

Dr Ghazali Hasbullah
Pengarah Urusan
Muslim Professional Network

Ketua Ajen Sudah mendarat mai nak jumpa anak buah dia di Malaysia

Barack Obama tiba di Malaysia

PETALING JAYA 26 April - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Malaysia dengan menaiki pesawat Air Force One yang mendarat di Pangkalan Udara Subang di sini, pada pukul 4.50 petang.

Lawatan negara tiga hari presiden AS ke Malaysia itu, bermula hari ini bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ini adalah lawatan kedua Presiden negara itu ke Malaysia dalam tempoh 48 tahun.

Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu dijadualkan menghadiri sambutan rasmi di dataran Parlimen petang ini dan kemudiannya diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada majlis jamuan makan malam negara di Istana Negara. -

Hudud: DAP, PKR perlu hormat hak Pas

KOTA BHARU 26 April - Cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan merupakan hak Pas yang perlu dihormati rakan sekutu parti itu sebagaimana dipersetujui dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketika menegaskan perkara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyangkal kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali bahawa majlis tersebut memutuskan untuk menolak pelaksanaan hudud.

"Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang adalah hudud merupakan hak Pas.

"Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul sama sekali Pas membelakangi DAP dan PKR," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi sedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menerangkan secara terperinci pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara tersebut, sebaliknya meminta UMNO turut memainkan peranan aktif bagi merealisasikan muzakarah tersebut.

Tharmaseelan minta jaga mulut anda

REAKSI SABTU

Cadangan dan hasrat menggila sesetengah pihak untuk melihat terlaksananya hukum hudud di negara ini adalah tidak waras atau pun berpijak di bumi nyata serta melihat kepada realiti masyarakat negara ini. Mereka yang mahukan hukum hudud dilaksanakan tanpa mengambil kira kesan sampingan, sebaliknya hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata adalah mereka yang kuat berilusi dan tidak memahami hakikat dan rahmat disebalik undang-undang itu diperintahkan.

Kita tahu akan kecetakan pemahaman mengenai hudud dan ada mereka yang telah meletakkan keutamaan itu pada tempat bukan utamanya. Lebih parah lagi ada yang menjadikan hukum hudud sebagai ulam percakapan dan politik.

Justeru apa saja ulasan dan pandangan mengenai hukum hudud dialu-alukan untuk memberi natijah baik ke atas pelaksanaanya.

Bagaimana pun cadangan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) NKS Tharmaseelan agar kerajaan Kelantan yang tergila-gila hendak laksanakan hudud itu menggunakan khidmat pemotong daging sebagai melaksanakan hudud satu kenyataan yang keji dan sungguh biadab.

Kenyataan NKS Tharmaseelan itu juga menghina kerajaan Kelantan dan seluruh umat Islam yang yakin dan percaya dengan hukum hudud. Kalau pun beliau tidak membenarkan doktor pakar diambil sebagai pelaksana hukum hudud (potong tangan) kerana bertentangan dengan etika perubatan, tetapi jangan sampai memberi cadangan sejelek itu.

Rasanya umum faham kenapa doktor pakar bedah tidak dapat melaksanakan tugas sdeperti mana disarankan oleh Pengerusi Teknikal Hukum Hudud Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Doktor yang berpegang kepada falsafah dan piagam perkhdimatan menyihatkan manusia tidak sesekali akan bersedia dengan kehendak Mohd Amar itu walaupun doktor itu sendiri mempercayai hudud.

Saya yakin kalau kerajaan Kelantan membuat tawaran kerja untuk mencari petugas memotong tangan dengan gaji lumayan semisalnya RM100 ribu untuk sebatang tangan pun tidak ada siapa yang memohon untuk memikul tugas itu. Kalau ada pun mukim penagih pil kuda sedia melakukannya kerana untuk memenuhi kebutuhan mereka.

Tharmaseelan sebagai seorang profesional seharusnya tidak tergamak untuk memgemukakan cadangan berkenaan kerana ia bersifat memerli dan menghina Islam dan pihak kerajaan Kelantan. Beliau cukup setakat memberi penjelasan bahawa pihaknya MMA, tidak bersetuju dengan apa dicadang oleh Mohd Amar itu selain ia menyalahi etika perkhidmatan ia juga bertentangan dengan undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesiahatan dimana, mana-mana doktor atau jururawat bertaulisah tidak dibenarkan menjadi pelaksanakan hukum berkenaan.

Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata khidmat pakar bedah akan digunakan untuk melaksanakan tugas memotong tangan bagi pesalah mencuri di mana mengikut hukum hudud ianya perlu dipotong tangan. Cadangan Mohd Amar itu juga dilihat kurang profesional dua kali lima saja dengan Tharmaseelan. Tidak patut Mohd Amar membincang dan berfikir soal pelaksana hudud lebih jauh dari itu.

Apa yang Timbalan Menteri Besar itu perlu lakukan berusaha memberi penjelasan kepada semua orang agar benar-benar memahami hudud. Selesaikan dulu kegelisahan fikiran rakyat umum mengenai hal itu. Hudud walaupun ia perintah wajib tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan orang tidak memahaminya. Islam itu cantik dan indah, meletakkan keutamaan dan kesejahtraan umatnya. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam itu penyelamat.

Penyelamatan bukan sahaja dari tanggung dosa kerana tidak melaksanakan perintah Allah tetapi penyelamat kepada keadaan, dunia dan seluruh penghuni lain. Kalau Islam dilaksanakan tetapi tidak menjamin keselamatan dan kesejahtraan itu bermakna bukan Islam.

Cadangan yang dibuat oleh Mohd Amar itu untuk menggunakan khidmat pakar bedah juga menunjukkan kepincangan dari segi teknikal pelaksanaan hukum hudud itu sendiri. Ertinya kerajaan Kelantan masih belum menyediakan semua prasarana diperlukan untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Sepatutnya lengkap dahulu semua prasarana itu baru bercakap untuk laksanakan hudud.

Lantaran kepincangan inilah maka tuduhan mengatakan kerajaan Kelantan "gelenyer" dengan hudud adalah benar. Cuba faham kenapa bertahun-tahun Kanun Jenayah Syariah II diluluskan tetapi Nik Aziz tidak obses untuk melaksananya. Mungkin Nik Aziz dapat membaca impikasi disebalik hajat hendak laksanakan hukum itu tetapi prasaranannya masih belum lengkap. Maka itu belaiu menangguhkan bertahun-tahun. Di sinilah kebijaksanaannya.

Dinasihatkan Pas Kelantan janganlah bermain dengan hukum hudud ataupun mahu menjadikan hukum hudud sebagai daya penarik sokongan rakyat. Hudud akan wujud dengan sendiri, apabila syariah Islam terlaksana dengan sepenuhnya di Kelantan. Laksanakan mana-mana syariah Islam yang boleh dilaksanakan tanpa menimbulkan implikasi undang-undang sepenuhnya. Masih banyak aspek Islam lain yang tidak terlaksana di Kelantan walapun ia tidak melibatkan pindaan undang-undang. Salah satu ialah kebersihan dan pengawalan kelestarian alam sekitar.

Bagaimana pun di sini saya minta Tharmaseelan menarik balik persendaan beliau terhadap kerajaan Kelantan dan Islam itu. Jagalah mulut anda sebagai presiden kepada sebuah persatuan profesional. Saya tidak fikir minda dan kepala anda lebih kurang sama dengan beberapa presiden atau naib presiden NGO rasis sebelum ini yang mana banyak bercakapa menggunakan tumit dan kepala lutut, bukannya otak.

Pihak kerajaan Kelantan juga wajar menulis surat langsung kepada Tharmaseelan untuk undang presiden MMA itu ke Kelantan untuk mendapat penjelasan mengenai hukum hudud yang dihasratkan itu. Dari satu sudut tingkah buruk Tharmaseelan itu ada hikmatnya kerana pihak yang tergilakan hudud dapat berintrasi dengannya dan beri penjelasan. Dan kepada kerajaan Kelantan janganlah gatal mulut dalam membuat janji dan mengumum sesuatu sedangkan kita sendiri masih lemah. [wm.kl.8:50 am 26/04/14]
 
Mohd Sayuti Omar

M'sia tak perlu tertekan menterai TPPA - Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di ibunegara semlamam.

Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu.

Obama dijangka tiba pada tengah hari ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina.

- Bernama

Jom mengadu kat Najib secara online

Najib lancar portal aduan 'fortherakyat.com'

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan portal aduan komuniti 'fortherakyat.com', satu lagi platform untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Portal seliaan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno itu membolehkan masyarakat menyalurkan terus sebarang masalah seumpama itu, dan biro berkenaan akan menghubungi pengadu dan menjelaskan tentang langkah penyelesaian.

Pengerusi biro itu, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman berkata, portal berkenaan berfungsi secara interaktif dan pengadu boleh memantau setiap aduan yang dibuat.

"Kelebihan portal ini ialah ia bersifat interaktif dengan setiap aduan akan mempunyai status seperti 'diterima', 'disemak', dan 'diproses'. Apabila aduan diselesaikan, ini akan dimaklumkan kepada pengadu melalui emel," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu.

Katanya hampir semua jenis aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu seperti kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi boleh diajukan ke portal itu.

Sheikh Ahmad Nafiq berkata setiap aduan dijangka melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan, selain bergantung juga kepada proses di peringkat agensi kerajaan terlibat.

Katanya sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. - Bernama

Eishh mana ada mahalnya, zaman arwah Azizan memerintah dulu lagi mahal..!

Harga tapak niaga mahal?

ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga dilanda kebimbangan apabila tapak bazar Ramadan di hadapan bangunan CIMB, Jalan Tunku Ibrahim dekat sini, didakwa naik mendadak berbanding sebelumnya.

Liza, 42, berkata, harga sewa tapak bersama deposit RM2,500 dinaikkan kepada RM3,500 pada tahun ini.

“Dengan keadaan ekonomi masa kini, harga sewa tapak bagi peniagaan baju dan perhiasan ditawarkan dikhuatiri membebankan peniaga kecil seperti dirinya.

“Kenaikan harga sewa terlalu banyak. Ia nilai terlalu besar. Tambahan pula, kos kewangan perlu disediakan dalam tempoh terdekat pada 5 Mei ini,” katanya.

Liza berkata, peniaga juga risau tidak pulang modal dengan harga tapak sedemikian, sekali gus lebih merugikan mereka sedangkan wang deposit hanya diperoleh semula pada Disember.

Malah katanya, mereka difahamkan hanya lebih kurang 36 tapak bazar disediakan di kawasan berkenaan, sekali gus memerlukan mereka bersaing antara satu sama lain.

Katanya, kebanyakan peniaga merayu pihak berkenaan menurunkan harga sewa mengikut kadar kemampuan.

Manakala Norishah, 51, berkata, sistem bidaan diperkenalkan untuk tapak bazar Ramadan Kedah Capitol, Jalan Sultan Badlisah, dekat sini menimbulkan tanda tanya buat mereka.

“Kami perlu membida tapak bazar dengan kadar mulai RM3,000. Sekiranya, ada peniaga membida tapak dengan harga lebih tinggi, kami juga terpaksa menaikkan kos kami,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga mendakwa sistem berkenaan tidak adil buat mereka kerana ada kemungkinan individu tertentu menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurutnya, mereka memohon sistem bidaan digantikan semula dengan sistem terbuka secara cabutan undi demi membolehkan peniaga mengetahui sesiapa berhak mendapat tapak itu.

Manakala, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Kedah, Sarjakhan Abu Bakar berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tapak bazar di kawasan itu.

“Kami mohon pihak berkenaan menjelaskan tindakan menaikkan harga ini,” katanya.

Katanya, kenaikan harga sedemikian dilihat akan menyebabkan usahawan tempatan terpinggir, sebaliknya peniaga luar pula mengambil kesempatan atas perkara itu.

Sarjakhan berkata, beliau merayu Exco Kerajaan Tempatan, Badrol Hisham Hashim melihat masalah ini, sekali gus menyelesaikannya supaya ia tidak menjadi isu setiap tahun apabila tiba musim perayaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...