TERKINI :

Friday, April 25, 2014

MH370 - Dedah siapa pemilik Bateri dan Buab Manggis..!


KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat.

"Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

"Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu.

"Kerajaan perlu membentuk satu jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi sebarang bentuk pembelian melibatkan aset pertahanan negara dalam memantau mahupun menyemak keperluan tersebut," katanya.

Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.

"Harga untuk aset pertahanan amat mahal dan ruang berlakunya rasuh itu terlalu tinggi, ini telah terbukti ketika pembelian Scropene.

"Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut," jelasnya.

Patutlah Daim Melabur Di Tanzania, Ini Sebabnya..

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, tindakan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin memilih Tanzania sebagai tempat lokasi pelaburannya menimbulkan keraguan.

Menurut Azan, ini kerana negara tersebut sukar mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak luar."Kita semua tahu kalau melabur di Tanzania, mereka sukar memberi kerjasama untuk dapatkan maklumat walaupun kita nak buat siasatan.

"Apa masalah melabur di Malaysia kalau tidak ada penyelewengan. Sebab itu Daim pilih Tanzania untuk dia melabur," kata Azan.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai 20 April lalu mendedahkan bahawa Daim mempunyai bank di Tanzania.

Beliau mengesyaki Daim menyalahguna kuasanya melalui penubuhan bank tersebut.

Lanun bersenjata rampas kargo diesel kapal Thailand pula

Lanun bersenjata merampas kargo diesel kapal tangki Thailand pula di perairan pantai timur Malaysia pada 17 April dengan mencederakan kapten, kata Biro Maritim Antarabangsa (IMB) semalam. Dua hari lepas, perompak bersenjata merampas diesel dari kapal kargo Jepun.

Dalam kejadian 17 April, 16 lanun yang menggunakan bot laju itu menaiki kapal dalam suasana kegelapan malam, kata Ketua Pusat Laporan Lanun IMB yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong.

"Kapal dirampas di Pulau Aur dekat perairan pantai timur Malaysia. Lanun bersenjata itu mencederakan kapten dengan pedang dan merosakkan alat komunikasi," katanya kepada AFP.

Choong tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung keadaan kapten itu yang menjaga 14 anak kapal dalam pelayaran dari Singapura ke Kemboja.

"Lanun memindahkan sebahagian kargo diesel dan mencuri barangan berharga anak kapal sebelum melarikan diri," katanya yang menyebut IMB hanya diberitahu pada Khamis setelah alat komunikasi kapal itu dirosakkan.

Chong berkata IMB bimbang peningkatan serangan lanun di perairan Malaysia tahun ini.

Takbur penyakit hati perlu diperangi

Perbaiki kualiti solat bagi menyedarkan betapa kerdil manusia di sisi Tuhan

Realiti zaman ini, ramai manusia yang bersolat tetapi akhlak dan jiwa mereka umpama manusia tidak beragama. Hanya takwa sebagai jalan penyelesaian utama bagi masalah ini. Oleh itu, tingkatkanlah kualiti takwa dan iman kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh serta hati yang ikhlas.

Takbur adalah sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia. Ia juga dikenali sebagai sifat sombong yang banyak berjangkit kepada manusia di zaman kini, tidak kira golongan yang jahil atau daripada kalangan cerdik pandai, malah alim ulama sekalipun.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)

Perlu diingatkan, takbur ibu bagi segala sifat mazmumah kerana orang yang takbur akan merasakan dirinya lebih baik dan mulia berbanding orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya (sifat) takbur (walaupun) sebesar zarah. Lalu seorang lelaki bertanya: (Bagaimana dengan) orang yang suka berpakaian dan berkasut cantik? Maka jawab Baginda: Sesungguhnya Allah itu sifat-Nya cantik, Dia suka kepada kecantikan. Adapun takbur ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia lain.”

Najib kata Radar Tentera dapat Kesan pulak MH370 pada malam kejadian tapi....

MH370: Radar tentera kesan pesawat pada malam kejadian - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata radar tentera ada mengesan pesawat terbang merentas Semenanjung Malaysia pada malam kehilangan pesawat MH370, "tetapi tafsiran dilakukan selepas kejadian itu".

Dalam temubual bersama CNN semalam, Najib berkata ketika itu tidak diketahui sama ada ia MH370 dan tiada pesawat dihantar untuk menyiasat "kerana ia dianggap bukan ancaman" dan "bergerak seperti penerbangan komersial lain yang mengikuti laluan penerbangan biasa".

Katanya, kehilangan pesawat MH370 adalah "amat, amat berbeza" daripada nahas pesawat SilkAir pada 1997 dan pesawat Air France pada 2009.

“Ini belum pernah berlaku," katanya.

Perdana Menteri berkata, hanya ada isyarat "ping" dan "handshakes" dengan satelit sebagai petunjuk.

"Itu sudah kita kaji secara mendalam. Itu saja yang kita ada," katanya.

Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, 10 hari notis untuk PAA tidak berperlembagaan


Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.

Hakim itu berkata demikian dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis 10 hari untuk mengadakan himpunan itu.

Pemilihan PKR : Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.

Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.

UMNO Benci Karpal Bukan Kerana Islam

Balasungkawa ke atas Karpal Singh yang telah meninggalkan kita.

Janganlah kita termakan dengan taktik UMNO membenci Karpal Singh konon kerana Karpal berkata "Untuk Negara Islam, Langkah Mayat Saya Dulu"

Tak mungkin UMNO sayang pada Islam dalam waktu yang sama bekas2 Presiden UMNO rasmi kilang Calrsberg and Guiness.

Sekaligus lulus 13 lesen judi sampai orang Cina pun komplen banyak sangat judi.

Karpal bersama DAP banyak memdedahkan kepincangan serta kebobrokan pentadbiran UMNO.

Karpal sering mendedahkan perangai makan duit rakyat pemimpin2 UMNO di Parlimen.

Maka, UMNO membenci Karpal kerana itu.

Kebencian UMNO kepada Karpal tiada kena mengena dengan Islam

Kalau Karpal sokong UMNO confirm UMNO tidak akan marah pada Karpal.

TULANG BESI

Najib kata k'jaan tak pernah tolak hudud tetapi cuba tengok video ni…



KUALA LUMPUR: Dalam agenda untuk terus memperbodohkan rakyat dan dalam masa yang sama menjadikan pakatan antara PAS, PKR dan DAP haru biru, Najib hari ini dilaporkan telah berkata Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak hukum hudud.

Bagi penulis blog Anak Sungai Derhaka, kenyataan Najib itu dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bila mana media-media tunggangan Umno menyiarkan laporan mengenai penolakan pelaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.

Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.

Perlukah BR1M diteruskan?

Mohammad Agus Yusoff

PERLUKAH PEMBERIAN BR1M DITERUSKAN?

Saya ke hospital melawat saudara, sedih melihat katil yang sesak. Saya ke Kuala Lumpur, gelisah melalui jalan yang sibuk. Saya balik kampung, sedih mendengar cerita penoreh getah yang susah. Saya melihat data ekonomi negara, sedih melihat hutangnya banyak.

Maka, saya terfikir bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Tentunya tidak mudah untuk kerajaan mengatasi kesemua masalah di atas kerana memerlukan belanja yang banyak. Lalu, terlintas di hati saya tentang BR1M. Perlukah kita pada BR1M?

BR1M diperkenalkan dalam kempen pilihan raya yang lalu dengan tujuan untuk membantu rakyat miskin. Tidak cukup dengan itu, mahasiswa juga diberikan baucer buku dan anak-anak sekolah diberikan wang poket di awal tahun untuk meringankan beban ibu bapa.

Belanja BR1M bukan sedikit. Pada Februari lepas, sejumlah RM3 bilion dibelanjakan kerajaan untuk BR1M. Dengan belanja sebanyak itu, apakah kesannya kepada rakyat?

Saya tidak nampak kesan yang BR1M boleh mengurangkan beban hidup, apatah lagi kemiskinan rakyat. Yang saya nampak ialah kenaikan harga meningkat, cukai yang meningkat dan lainnya. Di pihak penerima pula, yang saya nampak ialah mereka gembira buat sehari dua dan selepas itu kembali hidup dalam kesusahan. Lebih dari itu, yang saya nampak ialah BR1M menjadi momokan pembangkang bahawa pembayarannya adalah semata-mata untuk kerajaan mendapat keuntungan politik.

HUDUD - PAS mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan

Hudud: Jawapan balas terhadap ugutan Gerakan
MOHAMED HANIPA MAIDIN 

Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang PAS mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada PAS berkenaan isu hudud.

Keduanya,PAS yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. PAS mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.

Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh PAS adalah berkisar kepada isu Perlembagaan.  Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.

Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh PAS atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada PAS hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.

Apa hukumnya Suami ceraikan Isteri Melalui SMS, namun tetap bersama dalam masa idah

Perceraian setelah 'bersama' dalam idah

Perceraian setelah 'bersama' dalam idah  
Gambar hiasan
Soalan:

Saya telah diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan saya. Dalam masa idah, dia ada beberapa kali 'bersama' dengan saya. Tapi setelah tiga bulan, baru dia berterus-terang yang dia telah menceraikan saya. Kami ke mahkamah dan hakim telah menjatuhkan talak satu pada saya. Apakah sah perceraian kami kerana dia telah 'bersama' saya ketika dalam idah?

Jawapan:

Dalam soalan puan, saya dapat mengenal pasti beberapa isu yang perlu saya kupas. Pertama, adakah perceraian melalui SMS tersebut sah atau tidak? Kedua, Adakah terjadi rujuk dalam tempoh idah?

Hukum perceraian melalui SMS ini telah diteliti dan diperhalusi dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam kali ke-55. Hasil daripada muzakarah itu menyatakan seperti berikut:

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan dengan jelas dan khusus kepada isterinya adalah merupakan talak berbentuk kinayah. Talak dalam bentuk kinayah ini adalah sah jika si suami memang berniat untuk menceraikan isteri. Talak dalam bentuk tulisan ini termasuk melalui faksimili, SMS, emel dan sebagainya.

Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju penjualan arak dalam pesawat dihentikan

Setuju jualan arak dihentikan

RS Mohan Shan  
RS Mohan Shan
SHAH ALAM -  Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju penjualan arak dalam pesawat dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang penganutnya mengambil minuman keras.

Presidennya, Datuk RS Mohan Shan bagaimanapun berkata, beliau tidak menghalang MAS meneruskan hidangan arak memandangkan tiada larangan demikian dalam agama lain.

“Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa arak dilarang untuk semua. Bagaimanapun, kita mencadangkan agar jumlah isi padu yang dihidangkan dalam pesawat dihadkan.

“Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk. Ini kerana, ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain dan keadaan dalam pesawat sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ada lagi budak Pusat Tahfiz Amal dok buat jualan amal, cikgu bagi RM10 setiap hari

Cikgu bagi RM10 setiap hari

Cikgu bagi RM10 setiap hari  
Kegiatan pelajar PTA yang sempat dirakam wartawan Sinar Harian.




SHAH ALAM - Seorang remaja dipercayai pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA), Jalan Yan-Kuala Kedah mendakwa diberikan RM10 setiap hari sebagai kos sara hidup sekiranya keluar menjalankan jualan amal mereka.

Pelajar berusia 15 tahun itu berkata, wang berkenaan akan digunakan sebagai perbelanjaan makanan dan minum seharian ketika mereka menjalankan aktiviti itu di sekitar ibu kota selama seminggu.

"Kami juga akan diberikan komisyen dengan jualan yang diperoleh, selebihnya wang berkenaan diberikan kepada ustaz yang membawa kami.

"Ustaz kata, kalau nak makan boleh guna duit jualan, tetapi kami kena maklumkan berapa yang kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Internet: Malaysia duduk rangking pertama


KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pengiktirafan itu dikeluarkan dalam laporan oleh A For A One, iaitu Alliance for Affordable Internet bertarikh 8 November tahun lepas.

"Pencapaian dan pengiktirafan ini tercapai hasil usaha berterusan kerajaan menambah baik liputan dan capaian Internet menerusi pelbagai program yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk meningkatkan capaian Internet di negara ini diteruskan apabila perdana menteri mengumumkan pelbagai program tahun ini melibatkan peruntukan hampir RM5.8 bilion.

Beliau berkata dalam pelaksanaan projek tambahan itu nanti, spesifikasi liputan dan capaian Internet akan ditambah mengikut kesesuaian dan keperluan teknologi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...