TERKINI :

Tuesday, April 22, 2014

BN: Bertanding atau tidak di Bukit Gelugor


Apakah Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor berikutan kematian Karpal Singh, penyandang kerusi Parlimen itu?

BN secara tidak langsung membayangkan bahawa parti itu akan bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata terpulang kepada parti komponen BN, MCA untuk membuat keputusan lantaran menghormati persetujuan berhubung agihan kerusi.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan pemikir dan ahli politik percaya BN perlu mempertimbangkan semula ura-ura untuk bertanding bagi kerusi itu memandangkan laluan untuk memenanginya amat sukar.

Sejumlah 74% pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah kaum Cina.

"Sukar sekali untuk BN terutama dengan undi simpati pengundi Pulau Pinang. Ini bermakna siapa sahaja yang bertanding di bawah tiket DAP pasti menang. Ini yang kami katakan sebagai limpahan simpati.

#MH370 - Senarai Percanggahan Maklumat

TITAH UCAPAN YDP AGONG: PERBAHASAN OLEH DR SYED HUSIN ALI


mas777a 
Kebetulan dengan kehendak Allah, beberapa jam selepas Anwar dijatuhkan hukuman, sebuah pesawat milik Syarikat MAS, MH370 telah hilang lesap di tengah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing. Tidak lama kemudian sebuah lagi pesawat MAS berlanggar dengan burung di Nepal dan menimbulkan kecemasan serta kerosakan jua khabarnya.



Lepas itu sebuah pesawat MAS dalam perjalanan ke Korea terpaksa dipesongkan ke Hongkong oleh kerana mengalami masalah enjin. Akhirnya, sebuah lagi kapal terbang yang dijangka berangkat ke England terpaksa ditangguhkan empat jam kerana menghadapi masalah jentera juga.


Semua yang berlaku ini telah menambah beban kewangan ke atas Syarikat MAS, yang sepanjang  tiga tahun yang lalu telah merekodkan kerugian lebih daripada RM4 bilion. Selain itu ia mengakibatkan publisiti buruk ke atas MAS yang sudah pasti akan mempunyai kesan negatif ke atas nama, prestij dan perniagaan MAS pada jangka panjang.



Sehingga kini tidak diketahui dengan tepat kenapa dan ke mana sebenarnya MH370 telah hilang. Teorinya sangat banyak, yang tidak perlu kita bincangkan di sini. Yang penting ialah dalam tempoh beberapa jam setelah putus hubungan di antara pesawat dengan menara kawalan, tiada tanda tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh pihak Kerajaan dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Benarkah PM mengetahui hanya selepas dimaklumkan oleh isteri?

Kenapa Begitu Cepat Sijil Kematian Penumpang MH370 Mahu Dikeluarkan?

Shahbudin Husin,

Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.

Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan betujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.

Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang uji, ternyata tiada langsung kaitannya dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara, tapi sejak bila Gunung Jerai guna Bas 2 tingkat..??

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara

Perkhidmatan bas dua tingkat di enam laluan tinggi - Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Larut, Gunung Jerai, dan Bukit Tinggi akan dihentikan sementara mulai Mei depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar) berkata langkah ini diambil susulan beberapa kemalangan bas yang melibatkan maut sebelum ini.

"Keenam-enam jalan ini akan kita tangguhkan perkhidmatan bas dua tingkat sehingga kajian atau kelemahan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kemalangan bas di Putrajaya hari ini.

Katanya, keputusan ini dibuat susulan dari syor Panel Penasihat Bebas mengenai Kemalangan Bas Genting Highlands yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye kepada kementerian.

HUDUD - ABIM gesa MAHATHIR bertaubat

Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat

 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini.

Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.

"Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,” katanya.

Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.

Karpal pertahan Perlembagaan, Dr Mahathir yang hina hudud

Dalam mempertahankan rakan seperjuangannya sejak sekian lama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.

“Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Kolej Tahfiz Dok cari dana nak beli Van, mai pakat bagi sorang sikit..!!

--- Dana Infaq Pembelian Van KITTIS ---

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :
a) sedekah jariah, atau
b) ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, atau
c) anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS) sedang mengumpul dana bagi membeli sebuah van untuk kegunaan sekolah & para pelajar tahfiz. Butiran adalah seperti di bawah :

Van Nissan Urvan 3.0 (Tahun 2012)
- Berkapasiti 12-14 penumpang
- Kos 70k
- Dana terkumpul 30k
- Pejabat Zakat allocate 30k
- Nak topup 10k

Kerajaan Kedah Sudah Bankrap dah kaa ..Dewan Dato' Syed Omar Tidak Terurus... | @MukhrizMahathir


[Gempar] Misteri di Selangor - Air tak naik di EMPANGAN tapi naik dalam SERDANG

Foto
Banjir berdekatan Stesen Komuter Serdang.

Kuala Lumpur: Banjir kilat dan ribut di Lembah Klang petang semalam, menjejaskan beberapa lokasi di Sri Serdang selain mengakibatkan beberapa kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Petaling Jaya.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan kawasan berhampiran Stesen Komuter Serdang dinaiki air sedalam satu meter, sekali gus menimbulkan kesesakan lalu-lintas. [KLIK SINI]

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/02/28/12/19/empangan%20selangor.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

# Status paras air di dua empangan.

Empat lelaki disyaki merusuh di Stadium Perak nafi terbabit kekecohan tersebut

 Nafi terbabit kekecohan bola sepak
Nafi terbabit kekecohan bola sepak Empat lelaki disyaki merusuh di Stadium Perak dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam. - Foto Supian Ahmad

Ipoh: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 3 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula bagi kes seorang peniaga burger yang didakwa terbabit dalam insiden kekecohan ketika perlawanan bola sepak Liga Perdana, Perak menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, 15 April lalu.

Muhammad Sahar Yahya, 26, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan pegawai pendakwa, Inspektor Nazarudin Ibrahim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan didenda sehingga RM10,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Anwar tarik diri tanding presiden PKR

 
  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

Johari berkata, JPP menerima surat minggu lalu daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

Tanda tanya nama Al Bukhary dipadam

Tanda tanya nama Al Bukhary dipadam
Tanda tanya nama Al Bukhary dipadam Papan tanda yang sepatutnya memaparkan perkataan ‘Singgahan Al Bukhary’ di Jalan Langgar, Alor Setar kini sudah ditukar. - Foto Sharul Hafiz Zam

Alor Setar: Tindakan pengurusan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) mengubah suai beberapa blok bangunannya dan mengisi blok yang sebelum ini kosong dengan kelengkapan serta perabot menimbulkan tanda tanya pelajarnya.

Pelajar juga mendakwa keliru dengan tindakan AiU memadamkan nama Al Bukhary pada tiga papan tanda blok bangunan Pusat Rawatan Al Bukhary, Souq Al Bukhary dan Singgahan Al Bukhary.

Mereka berkata, ia menimbulkan tanggapan bahawa pusat itu kini sudah beralih tangan kepada pihak lain dan bukannya ditutup seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Tinjauan BH semalam, mendapati nama ‘Al Bukhary’ yang sebelum ini tertera pada tiga bangunan itu sudah dipadam namun tidak diketahui tujuannya.

Wakil pelajar, Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, berkata apa dilihat mereka menguatkan lagi kemungkinan AiU sebenarnya sudah beralih tangan.

Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan kenyataan pengurusan sebelum ini bahawa AiU ditutup atas masalah yang tidak dapat dielak.

Syarikat telekomunikasi untung terlalu banyak?

Pengguna juga perlu peka
Pengguna perlu peka terhadap sebarang pembelian pakej dan pelan telekomunikasi agar tidak tertipu. - Gambar hiasan


GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.

Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.

“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.

Baddrol nafi sertai Tok Gajah | #Pray4KFA

Anwar dedah lagi maklumat kekayaan Daim dengan menyimpan duit di Tanzania

KEADILANDAILY
https://www.madisondiocese.org/Portals/22/Outreach/tanzania-map.gif

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempunyai bukti penyelewangan besar bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Siapa Daim Zainuddin? Bekas Menteri Kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).

“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tapi ada siasatan? kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai malam tadi.

Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisyen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania.

“Saya diundang semasa saya Profesor di George Town University dan menjadi perunding di Bank Dunia.

Inilah Gambar Tayar #MH192 yang pecah

Tayar pecah punca patah balik


Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA.
SEPANG 21 April - Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.

MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.

Persepsi lwn Realiti Dalam Era Internet

A Kadir Jasin

SEMALAM (21 April) saya dijemput oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk “bersembang” mengenai isu semasa, khususnya yang berkaitan dengan peranan media massa.

IDR adalah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir bagi menyemarakkan semula tradisi berfikir serta membantu menyelidik hal-hal berkaitan siasah dan pentadbiran negeri.

Dua majlis diadakan. Satu membabitkan kalangan politik Barisan Nasional bertempat di kediaman rasmi MB dan satu lagi melibatkan kakitangan kerajaan awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.

Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.

Apa dah jadi Lang Merah...Asyik kalah je...sapa nak pi Stadium...?? | #Pray4KFA @MukhrizMahathir

oleh Mazhar Yusof

PASUKAN BOLA NEGERI KEDAH KEKAL BERCELARU

Apa dah jadi Lang Merah? Meskipun dari Kenari bertukar menjadi Helang Merah namun masih gagal mecapai impian Rakyat Kedah.

Bagaikan hilang sentuhan, Lang Merah terus menjunam di persada liga. Tiada lagi aksi menarik menjadi hidangan penonton bagaikan ada yang tidak kena.

Permainan yang tidak kosisten mengundang kemarahan peminat/penyokong. Kekalahan demi kekalahan mengaibkan telah menimpa pasukan. Pihak pengurusan pula di lihat buntu mencari penyelesaian.

Mampukah Presiden KFA Datuk Mukhriz anak bangsawan menilai kembali apa yang terjadi..?

Penduduk menderita apabila JKKK makan elaun buta..!!

Penduduk sudah puas menderita

Penduduk sudah puas menderita 
Penduduk sudah puas menderita
Syed (belakang) dan Zubir menunjukkan keadaan sistem perparitan taman perumahan yang sempit dan mengalami kerosakan.

ALOR SETAR - Macam air terjun! Begitulah keadaan limpahan air yang turun laju tanpa henti dari kawasan taman perumahan baru ke Taman Mentaloon/Taman Damai, dekat sini, apabila hujan.

Limpahan air terbabit menyebabkan kediaman penghuni di Taman Mentaloon Fasa 1 dan 2, serta Taman Damai Fasa 1 dilanda banjir kilat sejak 2006 lagi.

Penduduk, Zubir Abdul Rahman berkata, kawasan kediaman mereka pastinya bertakung kerana taman perumahan baru dipercayai dibina lebih tinggi berbanding yang asal.

“Taman perumahan kami paling awal dibina di kawasan ini. Jadi, kewujudan banyak taman baru menggunakan sistem berbeza menyebabkan sistem perparitan menerima bebanan berlebihan.

Media Makin Bosan Dengan Pencarian MH370 Yang Tiada Kesudahan.. Ini Buktinya

Liputan media berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-45 tanpa menunjukkan sebarang hasil.
Khemah-khemah media kelihatan berkurangan, demikian juga kelengkapan dan kenderaan yang biasanya diletakkan dekat Dumas House, di Perth, di mana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) biasa mengadakan sidang akhbar, atau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, kira-kira 40 minit pemanduan dari Perth. 
Selain maklumat harian terkini menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC, tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas.
Seorang pegawai media RAAF yang enggan dinyatakan namanya memberitahu Bernama dan wartawan Malaysia yang lain bahawa petugas media tidak lagi dibenarkan memasuki pangkalan itu untuk liputan berita sejak minggu lepas. 
Untuk operasi pencarian harian secara visual, kata pegawai wanita itu, ia diteruskan seperti biasa sebagaimana yang diberitahu oleh JACC pada pagi Isnin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...