TERKINI :

Monday, April 21, 2014

Pengusaha BAS EKSPRES langgar syarat, penguatkuasa ambil tahu selepas trajedi...!!

27 permit bas Transnasional akan digantung

27 permit bas Transnasional akan digantung
Kemalangan bas Bentong-Raub - Gambar Fail 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung 27 permit bas ekspres Transnasional.

Penggantungan yang berkuatkuasa 23 April 2014 itu melibatkan laluan timur-sektor utara.

Keputusan tersebut diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan Global Positioning System (GPS) tidak berfungsi.

Ia susulan kemalangan melibatkan bas syarikat tersebut yang mengakibatkan 3 orang maut.

Ketua pegawai eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas keatas syarikat-syarikat lain sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan.

Segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan bas perlu diberi penekanan serius oleh syarikat bas ekspres.

Wasatiyah songsang dalam kabinet Najib Razak

Dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mengkritik lawatan “mewah” Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai menyifatkan penjelasan Pejabat Timbalan Perdana Menteri berhubung perkara itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari membangkitkan kenapa pejabat Muhyiddin tidak menjelaskan keperluan membawa 17 pegawai bersama delegasi itu untuk lawatan lima hari minggu lalu. Senarai itu didakwa meliputi pegawai yang tidak penting.

Bukan sahaja keterlaluan menghantar 17 orang, lebih mengejutkan apabila mengetahui daripada 17 orang itu, tujuh daripadanya pegawai keselamatan, seorang pembantu peribadi dan seorang aide-de-camp.

Selainnya meliputi pembantu peribadi seperti empat pegawai khas, dua setiausaha politik, setiausaha akhbar dan setiausaha peribadi.

Soal ketiadaan pegawai Kementerian Pendidikan terlibat dalam lawatan itu, walaupun Putrajaya mendakwa lawatan itu melibatkan pameran industri pendidikan turut dibangkitkan.

Paling malang, dokumen bocor turut mendedahkan lawatan Muhyiddin diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak formal” dan dua lawatan ke padang golf.

Salinan senarai 15 individu yang mengikuti Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE turut didedahkan.

Apakah misteri disebalik MH370..??

oleh Ng Kee Seng

Adakah misi mencari dan menyelamat MH370 yang diketuai Malaysia benar-benar ingin mencari pesawat itu?

Jika benar, mengapa terlalu banyak maklumat bercanggah yang diberikan? Mengapa terlalu banyak persoalan? Apa muatan kargo pesawat berkenaan? Takkan semuanya rahsia kerajaan?

Bahkan pertanyaan berhubung teknikal penerbangan juga tidak menemukan jawapan. Mengapa agaknya?

theantdaily menerima warkah panjang yang diutus pembaca kepada penterjemah, yang mempunyai keluarga di dalam pesawat tersebut.

Pengirim itu berkata: “Saya sedar salah seorang kakitangan anda terlibat secara langsung di dalam tragedi ini.

“Saya minta dia mendesak pasukan siasatan berkongsi data berkenaan ping/jabat tangan (handshake) dan masa Round-Trip bagi setiap ping yang lengkap.

“Pasukan siasatan hanya menjelaskan lengkuk bagi ping 8.11 pagi yang dikira berdasarkan masa RT dari ping tersebut. Masa RT bagi kesemua ping membolehkan lengkuk dihasilkan. Ini digunakan bagi memberi gambaran nasib pesawat MH370.

PAS: Menara Warisan rugikan pasaran harta tanah

 
  Pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur tidak diperlukan kerana ia hanya menyumbang ke arah lebihan penawaran harta tanah di Lembah Klang, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khiruddin berkata, menara itu yang dikatakan turut menempatkan kondominium mewah itu tidak diperlukan dalam keadaan lebihan penawaran harta tanah setempat.

"Maka kami menolak projek pembinaan ini yang dijangka tiada keperluan serta tidak memberikan limpahan ekonomi khususnya kelompok ini.

"Malah berdasarkan satu laporan kajian pihak swasta hartanah, kawasan Lembah Klang menghadapi lebihan penawaran," katanya.

Khairil Nizam berkata, laporan itu menjelaskan segmen kediaman kondominium mewah merekodkan lebihan paling tinggi sekitar 32 peratus daripada 27,000 unit yang ditawarkan.

Himpunan 1 Mei tetap di Dataran, tiada perubahan

Apr 21, 2014
MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan himpunan 1 Mei ini tetap diadakan di Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata persiapan menjelang perhimpunan itu berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dibuat.

"Tidak ada perubahan tentang himpunan 1 Mei, ia berjalan lancar seperti dirancang.

"Himpunan tetap di Dataran Merdeka setakat ini tidak berubah, tetap mengikut jadual," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau dipanggil polis bersama Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk membincangkan rundingan berkait himpunan itu.

Memperincikan himpunan itu beliau berkata, beberapa lokasi ditetapkan kepada peserta himpunan sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Apa cuba diselindung mengenai kargo dan senarai penumpang MH370?

 – Solidariti Anak Muda Malaysia

April 21, 2014

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua keluarga penumpang dan kakitangan pesawat MH370 dimangsakan dalam trajedi kehilangan pesawat itu.

Sehingga kini tidak ada apa-apa yang 'pasti' dalam trajedi ini. Malah Perdana Menteri sendiri begitu lemah sehingga beliau sendiri gagal mengambil tanggungjawab atas apa yang diucapkan.

Umum pasti ingat bagaimana selepas dia mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, tetapi apabila ditanya adakah pesawat tersebut terhempas, muncul pula ayat pusing "berakhir" tak berhenti "terhempas".

Adakah ia kerana Najib memang lemah sehingga tak berani mengambil tanggungjawab terhadap ucapan sendiri atau ia tahu apa sebenar terjadi, sebaliknya terpaksa mengunci mulut kerana terperangkap dengan pertembungan permainan kuasa besar di sebalik misteri kehilangan pesawat tersebut?

Pejabat agama jangan hanya tonton sahaja perlakuan Raja Bomoh

– Shahbudin Husin

April 20, 2014

Selepas kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung beberapa hari lalu, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin semalam muncul di kawasan berlakunya kemalangan itu untuk melakukan ritual yang didakwanya untuk menghalau makhluk jahat yang di kawasan itu.

Dalam ritualnya sambil membawa bunga malai yang digantungkan di salah satu tiang penghadang lebuhraya itu, Raja Bomoh mendakwa, kemalangan yang menimpa Karpal Singh adalah disebabkan angkara makhluk jahat di persekitaran Gua Tempurung itu.

Tambahnya, beliau hadir untuk menghalau makhluk jahat atau penunggu itu untuk mengelakkan lebih ramai pengguna jalanraya terus diganggu dan terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas ini.

Ternampak niat dan tujuannya memang baik, tetapi jelas cara atau kaedah yang dijalankannya adalah salah.

Adakah Islam menganjurkan cara demikian? Bolehkah kita percaya kemalangan semata-mata disebabkan gangguan penunggu dan mengenepikan faktor kecuaian manusia?

#MH370 : Anwar - Apa takut sangat, apa nak dicuri?

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 yang didakwa cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada cargo manifest, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tetapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).

“Sampai sudah kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat?

Karpal gagal hiasi muka depan akhbar BM, BI


Perarakan besar menghantar mayat tokoh DAP Karpal Singh ke tempat pembakaran semalam nampaknya gagal menghiasi muka depan harian berbahasa Melayu dan Inggeris negara ini.

Sebaliknya, kesemua harian berbahasa Cina menyiarkan laporan berkaitan yang dianggarkan 15,000 memberikan penghormatan terakhir dalam perarakan 2 kilometer yang menyebabkan kesesakan teruk jalan raya.

Polis siasat kemungkinan sabotaj #MH192

Polis akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat kemungkinan sabotaj mengenai kerosakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 menuju ke Bangalore, India, awal pagi tadi.

"Kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk menyiasat perkara itu," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Putrajaya pagi tadi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum itu meminta polis menyiasat berkemungkinan terdapat unsur sabotaj terhadap pesawat syarikat penerbangan Malaysia itu.

Awal pagi ini, MH192 berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pemangku menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui Twitternya berkata, pesawat itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Gambar Juruterbang #MH192 dengan 159 penumpang dan 7 kru selepas mendarat | @MAS #MASalert #Malaysia

KAPTEN NOR ADAM AZMI 4 JAM HARUNGI DETIK CEMAS
JURUTERBANG PESAWAT MH192, KAPTEN NOR ADAM AZMI DEDAHKAN HARUNGI 4 JAM DETIK CEMAS | Kuala Lumpur : Apalagi yang ingin diucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hidrat ilahi, mengharungi detik cemas selama 4 jam berlegar di udara kerana masalah tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas.
Namun masalah ini ditangani dengan tenang oleh Kapten kapal yang bertugas itu Kapten Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang Prakash Kumar.
DETIK CEMAS KAPTEN NOR ADAM AZMI

Penumpang kata kapten pesawat MH192 cekap

 
Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam, katanya.

"Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita.

Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Pengarah Urusan Malaysia Airports Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.
    

TAHNIAH BN..!! Orang nak turun harga kereta hangpa tak mau sekarang merasa kenaikan kadar pinjaman pula..!!

KADAR FAEDAH PINJAMAN KERETA TURUN LAGI....TERIMA KASIH BN....!!!




Kadar Faedah Pinjaman Kereta Naik 5.25% Rupanya dah naik bermula
18hb Mac 2014 ...tapi tidak dihebohkan dalam media massa..???

~~Kredit :MYroadtax.com ...
Memang sudah sah tahun 2014 ini merupakan tahun barang naik. Semua naik secara mendadak pada awal tahun. Apa lagi yang perlu kita tanggung beban pada tahun 2014 ini. Diharap semua rakyat Malaysia dapat bersabar.

Betul ke kadar faedah pinjaman kereta sudah naik? Ya betul.

Senyap sahaja bukan berita pasal kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni. Tidak keluar pun khabar ini dalam berita semasa. TV dan akhbar senyap sunyi sahaja. Berita kenaikan kadar faedah pinjaman kereta ni macam sahaja ditutup supaya orang ramai tidak melatah.

Kami baru mendapat berita yang kadar faedah pinjaman kereta untuk kereta nasional seperti Proton dan Perodua sudah naik kepada 5.25% untuk pinjaman selama 5 tahun pada 18hb Mac 2014, Selasa lepas.

Kadar tersebut adalah 5.5% untuk pinjaman 6 tahun dan 5.75% untuk 7 tahun.

[Video] Keadaan sewaktu #MH192 mendarat kecemasan di KLIA | #MASalert @MAS


#Alhamdulillah | #MH192 selamat mendarat di #KLIA | #MASalert


#MH192 : Akan mendarat kecemasan di KLIA sekitar jam 2.00am @MAS #MAS #MASalert

MH192 Incident




Sepang, 21 April 2014: Malaysia Airlines confirms that flight MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound for Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur. The aircraft’s right-hand landing gear malfunctioned upon takeoff and is expected to make an emergency landing at KLIA at around 2.00am, today

Flight MH192, operated on the B737-800 aircraft, was scheduled to arrive in Bangalore at 11.35pm the same day. The flight was carrying a total number of 166 people on board which include 159 passengers and 07 crew members.

Malaysia Airlines is currently working with the Airport Fire Rescue Services (AFRS) in anticipation of the landing.

The airline will provide regular updates on the situation.

[ #MASalert ] MH192 alami masalah di udara, marilah kita berdoa semoga selamat semuanya

 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...