TERKINI :

Sunday, April 20, 2014

Dah MAT SABU haram tunduk hormat kat KARPAL SINGH, bagaimana pula dengan NAJIB..??

Apabila ULAMAK MUDA UMNO sedang mempertikai tunduk hormat pada mayat Karpal Singh


Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.

Diantara sikap MP BN - Kata Dulu, Hentam Dulu, Menyesal Kemudian....!!!

Mazhar Yusuf


KATA DULU, HENTAM DULU, MENYESAL KEMUDIAN....!!!

Diantara sikap MP BN. Layan karenah nafsu amarah dulu sebelum berfikir. Sepatutnya berfikir dulu sebelum membuat kenyataan atau pun bercakap. Apatah lagi menyentuh perasaan kedukaan keluarga Karpal Singh.

Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata.? Awak tu pemimpin bukannya macai jalanan. Segala perlakuan, gerak geri dan tingkah laku menjadi sebutan masyarakat. 

Kekesalan ini timbul selepas teruk beliau di hentam kiri dan kanan oleh pelbagai Facebooker dan Blogger. Amat memalukan rakyat yang berugama Islam. Perlihatkanlah akhlak yang baik kepada Non Muslim. Bukannya kenyataan bodoh politik Umno.

Ini dia antara list MANIFESTO BN KEDAH, hangpa pakat belek tengok la no..!!

PRU-13: Manifesto BN Kedah tekad majukan negeri, bela nasib rakyat
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 18 April - Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah yang akan dilancarkan petang ini dirangka bagi mengembalikan semula hala tuju dan daya maju Kedah yang terbantut sepanjang lima tahun di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kedah.

Ia meliputi komitmen BN untuk memajukan semula negeri Jelapang Padi ini dan membela nasib rakyat dengan menumpukan kepada perkara-perkara teras termasuk hal ehwal agama, transformasi ekonomi, bandar raya Alor Setar, sosial, belia, sukan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Aku janji tersebut dirangka dengan penuh hemat dengan mengambil kira kemampuan dan tidak menjanjikan bulan, bintang penuh muslihat seperti dalam manifesto pihak lawan.

Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah jika rakyat memberi mandat kepada parti itu untuk kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mukhriz harap Universiti Antarabangsa Albukhary tidak ditutup

ALOR SETAR 20 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berharap Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini dapat memikirkan semula hasrat untuk menghentikan operasinya.

Mukhriz berkata, beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.

"Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup.

"Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Zon Utara (KEKKu) 2014 di sini hari ini.

Naik Kapal Terbang pun hilang, Naik Bas pun xcident...!!!

Bas kita makin tidak selamat 
Oleh ABDUL JALIL ALI

SATU lagi kemalangan melibatkan bas ekspres, Sabtu lalu. Sehingga semalam siasatan pihak berkuasa belum diketahui keputusannya. Saya berharap pemandu bas berkenaan tidak melakukan apa yang didakwa oleh beberapa penumpang pada malam kemalangan ngeri yang meragut tiga nyawa itu.

Antara dakwaan, seperti yang disiarkan media, ialah bas dua tingkat dalam perjalanan KL-Kota Bharu itu dipandu melebihi had laju. Pemandu langsung tidak menghiraukan teguran supaya kelajuan dikurangkan.

Satu lagi dakwaan ialah pemandu berusia 35 tahun itu memandu sambil jari-jemarinya asyik dengan telefon bimbit, menghantar sms. Penumpang yang prihatin – dan bimbang – merayu supaya pemandu menumpukan perhatian kepada pemanduan.

Sekali lagi teguran penumpang tidak dihiraukan. Sudahlah memecut melebihi had laju, di tengah malam gelap, sempat pula pengendali bas bermain telefon bimbit.

Bas dengan 67 penumpang itu terbabas dan terbalik ketika melalui satu selekoh di KM11 Jalan Bentong-Raub, mengorbankan pasangan suami-isteri – si isteri mengandung empat bulan, dan seorang lagi penumpang. Sepuluh lagi, termasuk pemandu cedera.

Rebut Jawatan , Jangan Untungkan Musuh

Oleh Ahmad Zawawi

Dasar yang Parti KEADILAN amalkan ialah ” satu ahli satu undi “. Bertolak dari situ sesiapa saja boleh menawarkan diri mengisi begitu banyak jawatan untuk mentadbir Parti bagi tempoh 2014 – 2017.

Namun demikian hanya ahli-ahli yang berkedudukan sahaja boleh menonjolkan diri untuk merebut jawatan-jawatan besar. Memerhati senarai nama yang bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK Pusat, rata-rata adalah dikalangan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri-Negeri.

Disini saja sudah menunjukan “habuan yang menunggu”cukup lumayan. Dalam lain perkataan ahli biasa yang terpaksa membanting tulang untuk mendapatkan rezeki bolehlah dianggap tidak layak menawarkan diri kejawatan-jawatan besar tersebut.

Secara peribadi saya tidak setuju ujudnya kumpulan atau “team” jika seseorang itu menawar diri kejawatan besar seperti Presiden dan Timbalan Presiden. Tidak ada masaalah jika pertandingan melebar sehingga 6 penjuru sekalipun kerana akhirnya hanya seorang sahaja yang akan diambil kejawatan tersebut. Pemenang jawatan akan bertanggungjawab menjayakan Parti diarena politik tanahair. Jika menggunakan pendekatan kartel atau kumpulan untuk memegang jawatan maka khidmat presiden atau timbalan baru ini ialah untuk memakmurkan ahli-ahli kartelnya sahaja.

Waris penumpang MH370 mahu bantuan kewangan

Hamzah Zainuddin  
Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR - Waris dan keluarga penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.
  
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini, hari ini.
  
Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini.
   
"Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita.
   

Pemandu samseng rempuh kereta guru di depan traffic light Hospital Sultanah Bahiyah


Pemandu samseng rempuh kereta guru  
Bahagian hadapan kereta mangsa rosak setelah merempuh sebatang tiang lampu .

Pemandu samseng rempuh kereta guru  
Rakaman kamera litar tertutup HSB menunjukkan sebuah lori pasir melanggar kereta mangsa.
 
ALOR SETAR - Seorang guru menghadapi detik cemas apabila keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori pasir di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jalan Langgar, hari ini.

Rozuna Dagang, 44, yang dalam perjalanan pulang dari sekolah menghentikan keretanya sebaik lampu isyarat berwarna merah di simpang pintu masuk HSB kira-kira jam 4 petang.

Akibat dirempuh, beliau hilang kawalan dan sempat membelok ke arah kiri berhadapan pondok pengawal hospital dan melanggar sebatang tiang lampu jalan.

Dengaq kata Kapten Kedah BB7 pie Pahang..!! | #Pray4KFA

Photo: Tahniah BOBOI, masa azizan jaga dulu tak la lari habih player kedah mai hang jaga habih semua belah nampaknya...

Nah ambik dok julang sangat dok puji sangat kata BOBOI baguih dan akan menaikkan bolasepak kedah semula... 

Naik panya makin melingkop ada laaa... BOBOI, KFA dan TUAN PENASIHAT 25% hangpa memang pelingkop bolasepak Kedah....

#Pray4KFA #PrayForKFA 
ini apa yg di tweet beliau malam tadi..
Photo: ubat tidoq MALAM nie untuk PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING.... (y)

#Pray4KFA #PrayForKFA #KFA #Kedah #LangMerahHodoh 
 

Pengajaran kepada MP Langkawi akan kuasa FB, jangan dok toje-toje main sangat selepas nie..!!!

Umno Hanya Beri Nasihat Terhadap Tindakan Tak Bertamadun Ahlinya.. 

Umno hari ini berkata akan bertindak untuk menasihati Ahli Parlimen ‎Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad susulan daripada perbuatan pemimpin itu yang menghina kematian mendiang Karpal Singh di laman Facebook minggu lalu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan displin akan dikenakan ke atas ahli Parlimen itu memandangkan Nawawi sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya sudah komen mengenai kes ini menerusi akaun Twitter saya. Dalam kes membabitkan penghinaan kepada mendiang Karpal, perbuatan seumpama itu memang kita tidak sokong.

"Namun kita tidak akan ambil tindakan kerana ia dilakukan atas kapasiti peribadi dan saya percaya ia mungkin tidak disengajakan. Kita hanya akan menelefon dan memberi nasihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program karnival remaja di Kuala Lumpur, hari ini.

Perjalanan terakhir 'Harimau Jelutong'

 
Dewan Seri Pinang di Pulau Pinang hari ini penuh sesak dengan anggota keluarga mendiang Karpal Singh, sahabat handainya dan ahli politik yang hadir untuk upacara penghormatan negeri kepada peguam tersohor itu.

Kira-kira 1,000 orang mula berhimpun sejam jam 8 pagi untuk menunggu ketibaan perarakan dari kediaman mendiang di Jalan Utama.

Jumlah berkenaan meningkat kepada kira-kira 10,000 orang menjelang jam 10 pagi.

Perarakan yang membawa keranda Karpal Singh, yang ditutup dengan bendera negeri, tiba pada jam 8.15, dengan iringan ratusan kenderaan termasuk kereta, motosikal dan basikal.

Chegu Bard tempelak Azmin

Kartel: Azmin tepuk air di dulang – Che’Gu Bard

April 19, 2014

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR', saya amat tertarik untuk menulis komen.

Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan Keadilan 2014 kali ini.

Beliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat.

Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana-mana pakatan atau fraksi.

Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri.

Bukan sahaja anggota parti malah umum mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi, dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Walaupun Karpal mati, Anwar hanya ada lima hari untuk fail rayuannya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada lima hari untuk fail rayuan kes liwatnya. Gambar fail The Malaysian Insider.
Majlis pengebumian Karpal Singh adalah hari ini, namun anak guamnya yang paling terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai urusan yang lebih mencabar - untuk memenuhi tuntutan agar menyerahkan petisyen rayuannya terhadap hukuman meliwat oleh Mahkamah Rayuan Jumaat ini.

Petisyen rayuan itu perlu difailkan di Mahkamah Persekutuan sebelum 25 April ini.

Karpal, 73, mati dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar, Perak awal pagi Khamis. Beliau dalam perjalanannnya ke Pulau Pinang untuk mewakili anak guamnya dalam satu perbicaraan kes bunuh dan akan menemui pengundinya di Bukit Gelugur sepanjang hujung minggu itu.

Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya memberitahu The Malaysian Insider, dia bercakap dengan peguam Zaleha Al-Hayat yang turut bersama dengan pasukan peguam Karpal untuk membantu menyiapkan petisyen rayuan itu.

"Kami juga mengkaji penghakiman Mahkamah Rayuan untuk turut menyumbang kepada rayuan itu," katanya.

Kajian Merdeka Centre isu MH370 di tolak oleh Hishammudin

Hisham tolak hasil tinjauan pendapat MH370

 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tinjauan pendapat yang mendapati hanya suku daripada penduduk Malaysia percaya Malaysia jujur tentang pesawat MH370 yang hilang.

"Ini bersifat spekulatif semata-mata. Ia tidak bertanggungjawab dan ia tidak mewakili pandangan majoriti di luar sana.

"Orang ramai mahu kami teruskan dan kita telah berbuat demikian dengan kawan-kawan kita dari seluruh dunia.

"Ada sekumpulan kecil yang mungkin sinis dengan usaha kita untuk terus bergerak ke depan tetapi kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

Bukan susah Jika JKKK buat kerja, pie report kat YB dan YB pie report kat JKM...

Lega nasib keluarga terbela

Lega nasib  keluarga terbela  
Adun Kulim, Chua Thiong Gee turut memberikan sumbangan peribadi kepada mangsa.

SUNGAI ULAR - Seorang lelaki berusia 44 tahun, yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya di Taman Semarak memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak dapat bekerja akibat masalah penyakit urat dan sendi dialaminya.

K. Elangovan berkata, sebelum ini bekerja bagi menyara keluarganya bagaimanapun setelah mengalami penyakit itu dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan.

“Saya mengalami penyakit ini sejak beberapa bulan lalu di mana semua sendi termasuk jari saya tidak berfungsi dengan baik kerana berada dalam keadaan kaku.

Pegawai TUDM ditahan di Texas atas cubaan seludup senjata


Pegawai TUDM ditahan di Texas  
Pegawai TUDM yang ditahan disyaki cuba seludup senjata api.

SHAH ALAM – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata api  ke Kuala Lumpur.

Memetik sebuah portal berita antarabangsa, bigcountryhomepage.com, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, kelmarin.

Menurut portal sama, penahanan dibuat selepas imbasan ke atas beg dan kotak milik pegawai itu mendapati ada objek meragukan.

“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.

“Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu.

Alhamdulillah, pej. JKM dah buka dah, pihak UMNO pun dah mula jengok dah.. terima kasih ye..!!

Terharu ada yang prihatin

Terharu ada yang prihatin  
Suziyanti (dua, kiri) sedang bertanya khabar dengan Nor Hayati (tiga, kiri).

KUALA KEDAH -  “Terima kasih. Saya sekeluarga terharu apabila ada pihak sudi menziarahi, malah memberi sumbangan kepada kami,” demikian kata Nor Hayati Abdullah, 28.

Nor Hayati tinggal di sebuah kediaman di tepi laut, yang bukan hanya dindingnya terpelahang, sebaliknya bumbung bocor dan tiang reput dimakan anai-anai.

“Kini, kami sekeluarga cuma berharap permohonan bantuan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun, saya masih bimbang keadaan rumah kami.

“Keadaan rumah kian menakutkan untuk didiami. Jadi, kami berharap dengan adanya pihak turun padang, sekurang-kurang dapatlah kerosakan rumah dibaiki,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...