TERKINI :

Saturday, April 19, 2014

Wahai Artis... Buat apa berkemban, telanjang lagi syok!


Kepada artis-artis yang 'ghairah' sangat nak tunjuk you all punya body demi mengejar ringgit, apa kata kalau korang telanjang je semasa buat filem.

Alang-alang korang teringin nak kena humban dalam neraka, biar telanjang baru berbaloi.

Tunjuk je apa yang korang ada, nanti peminat korang boleh tolong kira berapa helai b*l* yang korang ada.

Satu lagi, kalau korang teringin sangat nak kena humban dalam neraka dan redha masuk neraka, janganlah korang nak tarik orang lain sama masuk neraka. Korang masuk la neraka dan boleh geng dengan setan-setan laknatullah. Bukan ke setan-setan tu suka kalau manusia ramai yang jadi geng mereka?

Kisah Ulama Jahat...

TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF


175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.

Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin

Shahbudin Husin,

http://www.tranungkite.net/v12/gambar/zulkifli_nordin1.jpg
Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini.

Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu.

Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan.

MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal

MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.

Nawawi dua hari lalu menyiarkan keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam.

Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu".

Laman Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama".

Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya.

"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri.

"Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku," katanya lagi.

Kenyataan beliau bersama seorang lagi bekas calon BN dalam pilihan raya umum lalu, Datuk Zulkifli Nordin dikritik orang ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menganggapnya sebagai "amat kasar".

Zulkifli menyifatkan kematian Karpal sebagai memudahkan laluan untuk undang-undang hudud dilaksanakan.

Bukan potong tangan semata-mata


Zaharuddin Abdul Rahman
Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya.

"Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan.

Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan.

"Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur," katanya, semalam.

Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu.

"Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang melakukan jenayah, itu adalah orang yang paling jahat.

"Sekiranya seseorang didakwa melakukan jenayah tetapi tiada pembuktian yang kukuh, hukuman yang boleh dikenakan adalah hukuman takzir seperti hukuman yang mahkamah laksanakan sekarang.

Jadi tidak perlu potong tangan," katanya. Bagaimanapun, katanya pelaksanaan hukum hudud memerlukan kesepakatan dan kuasa dua pertiga Ahli Parlimen bagi meluluskan pelaksanaannya.

"Ahli Parlimen yang beragama Islam saya yakin lebih dua pertiga merentasi parti politik. Pelaksanaannya nanti akan memerlukan ilmu agama dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang," katanya.

Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja?

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.246391.1391171975!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
SHAH ALAM - "Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka  juga," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor.

"Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat  Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera  catuan air.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

"Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam.

Pelan catuan bekalan air di selangor bermula pada 2 Mac lalu, antara kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Ianya dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air.

Tidak salah Pas bawa usul hudud ke Dewan Rakyat


Abdullah
Tun Abdullah Ahmad Badawi

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan Pas Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat. 

"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah. 

Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya". 

Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini. 

Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.  - Bernama

Perebutan jawatan Presiden FAM, 3 penjuru

Pertandingan 3 penjuru rebut jawatan Presiden FAM

PETALING JAYA 19 April - Persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2014-2018 melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

T erlalu awal untuk nilai operasi MH370

KUALA LUMPUR 18 April - Masih terlalu awal untuk meramal misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dengan menggunakan kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 menemui kegagalan.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad berkata, penggunaan kenderaan khas itu merupakan yang terbaik buat masa ini walaupun sehingga kini misi pencarian tidak menemukan sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.

Beliau berkata, beberapa faktor perlu dilihat secara lebih luas termasuk cuaca, permukaan dasar laut dan kedalamannya sebelum mengklasifikasikan misi pencarian itu gagal dan pendekatan baharu dirancang.

Malah katanya, terlalu awal untuk meletakkan sasaran tempoh operasi pencarian memandangkan misi berkenaan merupakan antara yang tersukar berdasarkan keluasan dan kedalaman Lautan Hindi.

'Penggunaan Bluefin-21 ini pun baru lagi, belum sampai seminggu. Masa sebulan pun belum tentu cukup untuk mencari pesawat dan mungkin mengambil masa sehingga 24 bulan atau lebih.

'Operasi ini bukan sesuatu yang mudah malah lebih sukar apabila tiada lagi penerimaan isyarat daripada kotak hitam. Bagaimanapun usaha itu masih pada landasan yang tepat kerana tumpuan diberikan di kawasan berhampiran isyarat 'ping' yang diterima daripada kotak hitam sebelum jangka hayat baterinya berakhir,' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masyarakat Tidak perlu khuatir dengan hudud

NORUTUL ILHAM MAD JARI

SHAH ALAM - Kekhuatiran sesetengah pihak bagi pelaksanaan hukum hudud tiada asasnya kerana undang-undang itu menjamin keadilan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu berlaku kerana masyarakat hanya melihat kepada hukuman, bukannya keadilan yang diangkatnya.

“Kalau kita tahu apa prinsip-prinsip hukum mencuri, tidaklah jika mencuri RM10 sudah boleh dijatuhkan hukuman potong tangan. Ia akan mengambil kira sebab individu itu mencuri, mungkin ia berada dalam kebuluran.

“Tapi kalau itu merupakan puncanya, hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atasnya, mungkin dihukum berdasarkan undang-undang mahkamah sekarang, dipenjara atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Saifuddin lawan sebenar Azmin

Saifuddin lawan sebenar Azmin

ANTARA tiga nama besar yang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat lebih menonjol sebagai pencabar utama kepada penyandang, Mohamed Azmin Ali berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Imej  dan kredibiliti yang dibawa Setiausaha Agung PKR itu lebih ‘cocok’ dan meyakinkan akar umbi pada Pemilihan PKR Mei nanti, jika diberi peluang menjadi gandingan mantap presiden serta kepimpinan parti.

Bagi pemerhati politik,  pakatan dibentuk Saifuddin bagi memasuki gelanggang persaingan timbalan presiden ini bersama Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli merebut jawatan Naib Presiden PKR, membolehkan gabungan itu bertambah kuat.

Tambahan pula dalam pasukan ini, terdapat dua nama besar Izzah-Rafizi yang boleh mendapat impak sokongan daripada akar umbi.

Pasukan yang dinamakan ‘Masa Depan Bersama’  itu juga, disertai  Nik Nazmi Nik Ahmad yang bertanding Ketua AMK dan Chang Lih Kang bertanding Timbalan Ketua AMK.

Kos yuran pelajar Malaysia, Jordan tidak sama


Kos yuran pelajar Malaysia, Jordan tidak sama 
 Laporan Sinar Harian, semalam.
 
ALOR SETAR - Perbelanjaan pengajian pelajar Malaysia di Jordan didakwa semakin meningkat apabila beberapa pusat pengajian di negara itu menaikkan kadar yuran mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan, ini disebabkan pelajar dari Malaysia yang tidak mendapat kos yuran dengan kategori Adi iaitu kadar yang sama untuk warga Jordan.

Penuntut Universiti Yarmouk, Irbid, Muhammad Syukri Alias, 22, berkata, terdapat tiga kategori yuran pengajian di Jordan iaitu Adi (untuk warga Jordan), Mawazi (untuk warga Arab selain Jordan) dan kategori Duwali (untuk ajnabi selain warga Arab).

Menurutnya, bagi yuran kategori Adi mempunyai kuota tertentu mengikut perjanjian antara Education Malaysia Jordan (EMJ) dengan universiti masing-masing.

Hanya 10% berhenti merokok selepas pemulihan

rokok 
 
GEORGETOWN - Hanya 10 peratus daripada 200 perokok yang mengikuti program pemulihan di klinik berhenti merokok di negeri ini berjaya meninggalkan tabiat itu sepenuhnya. 

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata tiada disiplin, sukar mengawal ketagihan dan kurang kesungguhan antara punca majoriti perokok gagal melepasi tempoh enam bulan minimum yang ditetapkan untuk berhenti merokok.

"Perokok tegar biasanya akan menghadapi beberapa simptom seperti berasa kurang bertenaga dan mudah mengantuk apabila tidak merokok dalam tempoh lama dan ini menyebabkan mereka susah meninggalkan tabiat itu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran Tempat Kerja Bebas Asap Rokok di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri di sini hari ini.

Pelajar tahfiz mati tersedak Mee Segera

 
Pelajar tahfiz mati tersedak PEDU - Seorang pelajar tahfiz  dari Sekolah Agama Assiddiqiah  Al Islamiah dekat sini meninggal dunia ketika sedang tidur dipercayai tersedak mi segera yang dimakannya di bilik asrama, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelajar Mohamad Daud Shariff, 18, dikatakan baru sahaja mengimamkan solat Isya dan kemudiannya ke dewan makan bersama beberapa rakannya untuk menikmati makan malam.

Kemudian, mangsa pulang ke asrama dan masak mi segera.


Pelajar tahfiz mati tersedak  
Keluarga Mohamad Daud berhimpun ketika menunggu jenazah di Hospital Kuala Nerang.

Rakannya, Mohamad Hisham  Zainal, 17, berkata, selepas makan mi segera itu, mangsa bersama beberapa rakan lain berehat di ruang tamu asrama dan tertidur kerana keletihan bermain bola.

Katanya, kejadian disedari mereka apabila terdengar suara berdengkur yang kuat ketika tidur, lalu mereka menyalakan lampu kerana bimbang jika berlaku sesuatu antara rakan mereka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...