TERKINI :

Friday, April 18, 2014

Jangan setakat hendak menggunakan nama Allah sahaja, gunakan undang-undangNya sekali

oleh Aspan Alias

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.236889.1388757178!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Saya mengambil keputusan untuk menulis isu yang lain dan tidak akan menyambung artikel yang lepas seperti yang saya janjikan. Saya tidak dapat menyentuh blog saya sendiri sejak beberapa hari yang lepas kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Isu yang menarik bagi saya untuk memberikan komen ialah isu undang-undang hudud yang menjadi isu hangat sekarang ini setelah kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk membentang ‘private bill’ di parlimen dan bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan.

Isu ini telah mendapat reaksi yang bersalahan dari beberapa pihak termasuk dari MCA, komponen BN sendiri. Ketua Wanita MCA sendiri telah meminta Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dengan PKR untuk bertegas menentang usul yang akan dibentangkan oleh PAS kerana PAS adalah rakan kongsi Pakatan Rakyat. Heng Seai Kie telah meminta Anwar untuk memberhentikan usaha PAS untuk membentangkan bill itu jika Anwar benar-benar Anwar dan Pakatan mengotakan apa yang mereka janjikan.

MCA telah turut membidas DAP kerana tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk menggagalkan usaha PAS itu kerana ia dianggap oleh MCA sebagai permainan politik yang mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhannya. Permainan DAP, mengikut kata Ketua Wanita MCA itu adalah tindakan untuk mendapatkan undi semata-mata dan tidak membuat apa yang mereka perkatakan.

Rahsia Kenapa Mendiang Karpal Singh Tidak Memakai Serban(Turban) didedahkan..!!

Kisah Sebenar Kenapa Mendiang Karpal Singh Tidak Memakai Serban(Turban)

Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh, namun yang tidak memakainya bukan dikatakan salah tetapi dikenali sebagai sahajdhari (belajar dan menerima secara perlahan-lahan).

Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai seorang sahajdhari.

2
Wajah mendiang ketika memakai serban di Universiti Singapura

Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa.

Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong.

Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban?

Bersedialah semua, ANWAR akan ke penjara lagi..!!!

Jikalau Macam Inilah Kertas Penghakiman, Hampir Pasti Anwar Ke Penjara Lagi

Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat memutuskan kenyataan ketua pembangkang itu di kandang tertuduh tidak berwibawa kerana ia adalah penafian kosong.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Anwar semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan.

"Satu pembelaan berwibawa adalah seseorang menjawab bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Ia juga penting untuk tertuduh (Anwar) menjelaskan kesnya," kata penghakiman setebal 85 muka surat itu.

Dalam perbicaraan jenayah, tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan daripada kandang saksi, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh atau berdiam diri.

Menteri: Ulasan Zul dan Nawawi 'amat kasar'

Ulasan kontroversi MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan bekas calon BN untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin berhubung kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya semalam "amat mengecewakan" dan "amat kasar", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Zulkifli semalam dalam laman mikroblog Twitter berkata kematian Karpal, yang tegas menolak pelaksanaan hudud selama ini akan memberi laluan kepada undang-undang itu dilaksanakan dengan mudah.

Sementara Nawawi pula menerusi laman Facebook beliau menyiarkan gambar dipercayai mayat Karpal bersama keratan berita penolakan Karpal terhadap hudud dengan kenyataan "mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

Nawawi membuat tawaran agar sesiapa yang ingin melangkah mayat Karpal supaya mendaftar nama dengannya - satu kenyataan yang sudah pun ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama media pagi ini, Kurup yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini sangat mengecewakan dan itu sememangnya tidak dapat diterima.

"Saya tidak dapat terima kenyataan demikian dan ia amat menyedihkan apabila ada orang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Joseph lagi, hal-hal kematian dan agama tidak wajar digunakan untuk meraih kepentingan politik.

"Walaupun hendak dapatkan kelebihan politik, jangan dengan peralatkan keadaan sedih ini dan agama.

"Elakkan kata-kata yang akan menyedihkan lagi," katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun berharap agar kenyataan demikian tidak menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi.
 

Ikut apa yang ada dalam perlembagaan - peringatan Karpal Singh

Ngauman terakhir Harimau Jelutong di Parlimen

Karpal Singh dikenali kerana ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat sehingga membuatkannya digelar "Harimau Jelutong".

Malah, dalam penampilan terakhirnya di Parlimen, veteran politik 74 tahun itu nyata tidak mengecewakan walau berucap daripada atas kerusi roda.

"Ikut apa yang ada dalam perlembagaan. Undang-undang yang utama dalam negara ini bukan standing order. Standing order boleh disuspend-kan. Ada peruntukan. Boleh menggunakan budi bicara. Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak mahu menggunakan budi bicara itu?

"Ini kali yang kedua di mana kelakuan hakim-hakim ada disebut dalam Dewan yang mulia ini. I, dengan izin to move on similar motion against the chief justice, the former Chief Justice Tan Sri Zaki. Nothing happen.

"Kenapa? Adakah dewan ini takut daripada hakim-hakim? Tidak berani untuk berbahas kelakuan hakim-hakim? So apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua? Jangan main-main, jangan," katanya.

Perkara itu antara 'ngamaun' terakhir Karpal pada 10 April lalu – 36 tahun selepas beliau kali pertama melangkah ke Parlimen untuk kali pertama sebagai anggota Parlimen Jelutong.

Karpal mencelah terhadap keputusan speaker menghalau Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Hanipa Maidin (PAS-Sepang) daripada dewan, ekoran usul berhubung hakim Mahkamah Rayuan.

Isu Air : Pengajaran untuk Khalid & Pimpinan PR yang lain, kita bukan urus syarikat sdn bhd...

ISU AIR : SELANGOR HARUS DITADBIR SECARA BERSAMA

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor kerana tampil berbeza dengan sidang DUN negeri lain . Sidang DUN Selangor berlansung panjang dan penuh perbahasan yang penuh semangat berbeza dengan sidang DUN negeri dibawah Bn yang walaupun banyak isu muncul dalam negeri tersebut tetapi ada yang hanya berlangsung sehari sahaja.

Perbahasan dan soalan kepada kerajaan negeri bukan sahaja diasak oleh pembangkang Selangor (Bn) sebaliknya di pihak parti kerajaan juga. Ini membuktikan betapa DUN Selangor itu benar - benar dimanafaatkan dan subur nilainya.

Namun di satu pandangan lain ia juga boleh dilihat dari segi ada sesuatu yang tidak kena jika asakan itu lebih hebat dari pada sebelah kerajaan sendiri. Sidang DUN yang sedang berlangsung minggu ini menyaksikan beberapa isu yang dibangkitkan antaranya isu rundingan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku). Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.

Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

"Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Ini dari kaca mata rakyat sudah tentu ada yang tidak kena. Persoalan yang muncul sudah tentu, adakah keputusan sepenting rundingan air tidak dibincangkan diperingkat exco dan diperturunkan diperingkat wakil - wakil rakyat kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan itu sendiri (PR).

Anwar: Ini mungkin pidato terakhir saya

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

"Ini mungkin pidato terakhir saya di sini."

Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap "ketidakadilan" sekitar kesnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.

Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.

Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.

Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.

Zul Kulim Tak Layak Jadi Calon BN - Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.
"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di sini.

Respon Berita Tidak Tepat, Mana Pegawai, Penasihat Dan Con-Setan Najib?

Shahbudin Husin, 

 
Untuk menunjukkan kerajaan pimpinannya sentiasa bertanggungjawab dalam misi pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan beliau pula tidaklah seteruk yang disangka, Perdana Menteri, Najib Razak segera menyelar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan kemelut itu hanya dalam satu saat.

Kata Najib, kenyataan Anwar yang disiarkan dalam majalah Southern Weekly itu langsung tidak masuk akal dan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat negara ini.

"Maka kalau ada yang mendakwa konon kalau dia diberi kuasa, dia boleh cari pesawat MH370 yang hilang itu, ia memanglah tidak masuk akal sama-sekali, malah boleh dikatakan memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat secara keseluruhannya," ujar Najib di perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, semalam.

Secara logiknya, akal waras sesiapa pun tidak mempercayai Anwar boleh mengeluarkan kenyataan seangkuh itu memandangkan beliau bukanlah pemimpin taraf hingusan yang boleh memberi kenyataan tanpa berfikr panjang terlebih dahulu, kecualilah jika beliau sudah benar-benar hilang akal.

Ini kerana apalah yang boleh dilakukan dalam tempoh satu saat, meneguk segelas air pun memerlukan tempoh masa lebih lama daripada itu.

Empat komponen BN bantah hudud, apa cerita nie..??

Hudud KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara. 

"Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Umno patut bantu Pas realisasi hudud

EIKHWAN ALI

 EIKHWAN ALI 
 EIKHWAN ALI
PAS tidak pernah tidak merasai susah dalam memperjuangkan agar terlaksananya di negara ini sebuah pemerintahan yang hukum-hukumnya diredhai oleh ALLAH SWT.

Usaha Pas untuk merealisasikan tujuannya seperti yang termaktub dalam Fasal 5 Perlembagaan Pas akan terus digerakkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kerenah termasuklah dari Pakatan Rakyat (PR) sendiri dan juga kerajaan BN.

Seperti yang pernah ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas dengan pendekatan ‘muwujahah silmiyyah’, akan sedaya upaya memanfaatkan saluran demokrasi yang ada sehingga ia benar-benar terlaksana.

Gambaran bahawa pelaksanaan hudud di Kelantan akan berhadapan dengan kesukaran kerana ia tidak sepakati dua (2) parti komponen PR iaitu DAP dan PKR sering dimainkan di media massa untuk melemahkan usaha-usaha ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu.

'Ajak PM tinggal sehari di rumah pangsa kos rendah'



Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama beberapa NGO hari ini pada persidangan meja bulat mengenai masalah perumahaan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tinggal sehari di sebuah rumah kos rendah bagi memahami masalah rakyat miskin di bandar. 

Selain itu, wakil Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) Jayanath Appudural juga mencadangkan supaya Najib cuba hidup dengan gaji RM680 sebulan. 

Pada akhir perbincangan itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jayakumar memberitahu satu memorandum juga akan dihantar kepada Kementerian Perumahan dan kerajaan tempatan bagi menuntut pihak kerajaan campur tangan berhubung isu perumahan rakyat miskin. 

Orang Perlis jangan buat lecey, dok juai buah HARU MANIS TIPU..!!

Terbeli harum manis palsu?

Terbeli harum manis palsu?  
Penguatkuasa PPDNKK Perlis memeriksa buah mempelam harum manis yang dijual di GBBS di Ulu Pauh.

ARAU - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan jenama mempelam harum manis yang dijual di tepi-tepi jalan sekitar negeri ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis, Zulkarnain Kamis berkata, sejak mempelam harum manis dijual minggu lalu, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa mereka ditipu oleh penjual.

Menurutnya, mengikut aduan yang diterima, penjual mempamerkan harga dan nama mempelam harum manis namun apabila dibawa pulang dan dimakan pembeli mendakwa buah yang dibeli bukan mempelam harum manis.

“Kita tak mahu peniaga mengambil kesempatan menjual buah manga lain namun harga dan namanya adalah buah mempelam Harum Manis hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

'Ibu pesan jaga diri baik-baik' - Fazliata Taib


'Ibu pesan jaga diri baik-baik'  
Jenazah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk dibawa pulang ke Changlun.

ALOR SETAR - Jenazah ibu kepada pemain pertahanan bola sepak Kedah, Mohd Fazliata Taib yang meninggal dunia di Jordan pada 12 April lalu selamat dibawa pulang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Pasir, 13 April lalu.

Allahyarhamah Rokiah Husin, 63, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika mengadakan kunjungan ziarah di Jordan selepas menunaikan umrah sejak 28 Mac lalu.

Jenazah Rokiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Pasir, Changlun, kira-kira jam 3 pagi hari yang sama.

Dia yang merupakan anak kesembilan daripada 14 beradik berkata, ibunya juga ada menunjukkan beberapa perubahan sikap sebelum dan semasa berada di tanah suci Makkah.

Adun Paloh cedera, isteri maut... Takziah

Nozula Mat Diah  
Gambar kiri: Kenderaan Nozula yang rosak teruk dalam kemalangan yang mengorbankan isteri beliau. Gambar kanan: Keadaan Nozula yang cedera akibat kemalangan petang tadi.

IPOH - Isteri Adun Paloh, Kelantan, Datin Maziah Din disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, turut menyebabkan, Datuk Nozula Mat Diah cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kereta jenis Nissan Murano dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke arah Simpang Pulai hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...