TERKINI :

Thursday, April 17, 2014

MH370: PAS tawar wakil sertai panel siasatan antarabangsa

APR 17, 2014 | NAZRI ABDULLAH

KUALA LUMPUR: PAS menawarkan diri untuk terlibat dalam Panel Siasatan Antarabangsa berhubung insiden pesawat MH370 yang dicadang ditubuhkan kerajaan.

Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS mempunyai ramai pakar dalam bidang berkaitan dan bersedia untuk berganding bahu membatu dalam siasatan itu.

Salah satu nama yang dicadang dilibatkan sebagai anggota panel termasuklah Pakar Penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang juga setiausaha politik kepada Presiden PAS.

"Kejadian seperti ini jarang berlaku maka kerajaan kena manfaatkan sepenuhnya kepakaran tempatan yg terlatih untuk tujuan pencarian, penyiasatan dan penyelidikan bagi hadapi masa depan.

"Pasukan penyiasat juga perlu diberi kuasa untuk menyiasat kemungkinan teori konspirasi Amerika Syariakat atau CIA dan kuasa besar lain dalam kehilangan MH370," kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penubuhan Panel Siasatan Antarabangsa yang diumum oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

Menurut Hishammuddin, langkah penubuhan panel siasatan tersebut dan senarai pakar yang akan terlibat adalah bukti ketelusan kerajaan dalam menyiasat insiden tersebut.

P Pinang beri pengebumian penghormatan negeri

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penghormatan pengebumian negeri untuk veteran politik Karpal Singh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata bendera negeri akan digunakan untuk menutup jenazah Karpal.

Lim menambah semua agensi kerajaan negeri turut akan mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini sehingga pengebumiannya Ahad ini.

Orang awam turut dijemput memberikan penghormatan terakhir dalam satu majlis awam yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang Ahad ini dari jam 9 hingga 11 pagi Ahad depan.

Menurut Lim keputusan ini dipersetujui oleh exco negeri dalam mesyuarat khas hari ini.

Beliau menekankan bahawa penghormatan pengebumian negeri ini berbeza dengan pengebumian negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Rakyat tolak media utama, BN terpaksa kerahkan macai "Blue Wave Army"

oleh Zulkifli Yahaya

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan serangan dari ‘Red Bean Army (RBA)’. RBA adalah sebuah rangkaian siber yang tercetus dari khayalan para pemimpin BN selepas kecewa kerana ditolak oleh majority pengundi Cina dalam PRU13 lalu. Hakikatnya tidak wujud pun apa yang dikatakan RBA.
Menurut Ahmad,  BWA akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Penubuhan unit seperti itu bukan baharu bagi Umno atau BN. Pasca PRU12 di mana buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, parti pemerintah tua itu telah menubuhkan pelbagai unit siber pro BN dengan mendapat peruntukan besar menggunakan dana kerajaan.

Kes artis yang dikatakan Mak We menteri diteruskan..!!

Pelakon Zahida Rafik gagal ketepi saman malu bekas pemandu peribadi

Pelakon Zahida Rafik gagal ketepi saman malu bekas pemandu peribadi
Zahida Rafik - Foto Twitter
KUALA LUMPUR: Pelakon Zahida Rafik akan berhadapan dengan saman malu dari bekas pemandu peribadinya yang didakwa difitnah oleh pelakon itu sebagai seorang pencuri.

Portal berita, The Star Online melaporkan Mahkamah Tinggi pada hari ini menolak permohonan Zahida, 39 untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh bekas pemandu peribadinya itu, Noor Azman Azemi.

Hakim Hue Siew Kheng memerintahkan bahawa kes tersebut tidak sewenang-wenangnya dibatalkan dan menetapkan dua hari bermula 20 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.

Mahkamah juga menolak permohonan Zahida untuk kekal dengan keputusan mahkamah dan memerintahkan beliau membayar RM3,500 sebagai kos selepas bertemu kedua-dua pihak di mahkamah semalam.

Peguam kepada Noor Azman, Latheefa Koya memberitahu pemberita bahawa kes tersebut bukanlah sesuatu yang “biasa” untuk sewenang-wenangnya dibatalkan.

Peguam Jeffrey John bertindak sebagai peguam kepada pelakon tersebut.

SMS Palsu - PAS adakan upacara langkah mayat Karpal tersebar..!!

ini penafian Ket Pemuda PAS berkenaan SMS tersebut..!!!

Karpal: Saya hilang sahabat sejati, rakyat hilang wira - Anwar Ibrahim

karpal anwar
Antara detik-detik pertemuan mendiang Karpal Singh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Negara telah kehilangan seorang individu yang amat berdedikasi, manakala rakyat Malaysia pula kehilangan seorang pejuang kebebasan yang berani dan mulia.

Demikian pandangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan lebuh raya di Tapah awal pagi tadi.

"Bidang perundangan telah kehilangan salah seorang pencetus mindanya, dan saya pula telah kehilangan seorang sahabat sejati, yang baik pertuturannya dan mulia dalam perbuatannya," kata Anwar dalam sebuah kenyataan hari ini.

Katanya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dihadapi beliau oleh pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Apabila TYPO Salah "TAKZIAH" jadi "TAHNIAH" Dr.MAZA, lalu ia dipermain-mainkan oleh Ulamak Muda UMNO..!!



Ini pembetulan yg dilakukan....


MP Langkawi sudah padam 'cabaran langkah mayat Karpal ' di fb dia serta beri sedikit penjelasan..!!

MP bangkit cabaran 'langkah mayat' Karpal

 
Seorang lagi pemimpin politik, MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, meraih kontroversi melalui tindakannya menyiar gambar mayat mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan pagi ini.

Gambar yang menunjukkan mayat dengan cedera parah tersebut dikesan disiarkan dalam laman Facebook dengan nama “Dato Ir Nawawi Ahmad” sejak jam 9 pagi.

Turut disiarkan adalah gambar keratan akhbar memuatkan laporan berhubung kenyataan Karpal, 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian MP DAP tersebut ke atas pembentukan negara Islam.

“Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,” kata Nawawi di laman tersebut dengan nada bergurau.

Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.
Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

Apabila PLUS dimaki hamun oleh pengguna sebab bayar TOL untuk hadap "Jammed"


Aduhai nampaknya kakak nie dah tak tahan pendam dalam dada dah nie tu yg pecah kedebuak tuuu... Nak kata kat kakak tu pun dia yg alami masalah tersebut... nak marah kat operator tu pun tak kena jgk beliau sekadar operator namun yg buat keputusan bangang tutup jalan tu pihak atasan dia....

walau bagaimanapun benda dah pecah dan diharap menteri atau pihak pentadbiran PLUS kena faham akan isu ini.. rakyat dah semakin menyampah dengan kerja buat anda dah la tibai TOL lepas tu masuk lebuhraya sangku jammed pula bila tengok jalan tinggai 1 lorong sebab dok selenggara...

sapa tak angin jadi mcm nie... sepatutnya buat tak waktu puncak...tak pun rate TOL di kurangkan 20% ke 50% ka sebab ada gangguan perjalanan.... baru ada alasan bila kena maki berkandaq macam nie...

TG Nik Aziz - Apa kata beliau berkenaan kematian Karpal Singh

Nik Aziz 'terkilan' Karpal tak sempat diberi pemahaman hudud

 
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat 'sedikit terkilan' kerana Karpal Singh yang maut dalam nahas pagi ini, tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud.

Ini ekoran hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud," tulis bekas menteri besar Kelantan itu dalam Facebook.

"Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh.

"Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali," tulis Nik Aziz.

KJ sound Zul Nordin bila kaitkan kematian Karpal dengan Hudud di Kelantan



Ketika seluruh negara bersedih dengan pemergian Karpal Singh, Zulkifli Noordin, seorang ahli politik kontroversi, seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.
Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

MP Langkawi nie suka sangat ke bila Karpal Singh mati..???

 
 

Kuala Kedah - Ibu tunggal perlu bantuan, mai pakat tolong sorang sikit sebab pej. Zakat & JKM tutup


Ibu tunggal perlu bantuan  
Nor Hayati (kanan) dan ibunya, Azizah (tengah) terpaksa mendiami rumah itu, 
meskipun lantai kian mereput.

KUALA KEDAH - Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah kesukaran hidup ditempuh ibu tunggal, Nor Hayati Abdullah, 28, di Seberang Kampung Baru, Bakar Kapur, dekat sini.

Nor Hayati tinggal bersama ibunya, Azizah Ali, 54, yang juga ibu tunggal, dua adiknya dan seorang anak lelakinya di sebuah kediaman usang tepi laut.

Menurut Nor Hayati, suaminya, Ruzaini Hashim, 38, meninggal dunia pada 2010 kerana masalah pernafasan, manakala bapa, Abdullah Hanafiah, 68, pula meninggal dua tahun kemudiannya akibat tibi.

Salinan Laporan Polis Kemalangan Maut Karpal Singh

 
Selamat Sejahtera YDH Dato2/Tuan2,

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

7. Mangsa: 
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown, Pulau Pinang

"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori

'Saya tak tahu itu Karpal' 
 Foto Ihsan PDRM

IPOH - "Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Syukur Alhamdulillah, pihak polis dah rampas senjata api dibumi Kedah, mai mana tak tau benda nie?

Op Cantas Khas: Rampas senjata api

Op Cantas Khas: Rampas senjata api  
Ahmad (tiga tiri) menunjukkan pistol dan barang-barang yang berjaya dirampas polis sejak Mac lalu.

ALOR SETAR - Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai atas kesalahan memiliki senjata termasuk pistol jenis Luger dan Revolver membabitkan empat tangkapan di tiga lokasi berasingan sejak Mac lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata penahanan yang dibuat sempena Op Cantas Khas itu, membabitkan lelaki warga tempatan dan warga Myanmar yang berusia 30 hingga 40 tahun di daerah Alor Setar, Sik dan Kuala Muda.

Beliau berkata, dalam kes pertama pada 21 Mac lalu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah.

Menurutnya, hasil soal siasat lelaki itu, polis menahan dua rakan suspek warga tempatan.

“Lelaki Myanmar terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Hasil siasatan lanjut kita berjaya merampas sepucuk pistol jenis Luger, sebilah parang, topeng muka dan sebuah motosikal.

Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan ucap "RIP"

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia
Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

ISU:

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Gambar & Video di lokasi kemalangan Karpal Singh





Karpal maut dalam nahas, anak cedera


Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
 
Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
 
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
 
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
 
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...