TERKINI :

Monday, April 14, 2014

Apabila UMNO BN mula guna perisai ISLAM untuk lawan PAS..

'Elemen Islam' jadi perisai lawan PAS

Jika Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 1 Mei 2014 bagi membantah perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) atau lain-lain isu yang berkaitan pembelaan terhadap hak rakyat, maka kemungkinan yang tidak dapat disangkal ialah kerajaan BN akan menganjurkan program keagamaan bagi menyainginya. Ia mungkin program Cinta Rasul, Salawat Perdana atau forum keagamaan yang mengundang tokoh-tokoh hebat.
Baru-baru ini PAS Kedah menganjurkan Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0. Himpunan dirancang kira-kira dua bulan lalu. Tak semena-mena dalam masa tidak sampai dua minggu, Umno menganjurkan program Cinta Rasul juga di Baling walaupun lokasi berbeza.  Program kilat itu mengundang habib kecil untuk memimpin salawat ke atas junjungan nabi SAW serta penceramah pro Umno. Atas rasa ketidakyakinan bahawa program tersebut mendapat sambutan, mereka mengadakan pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk motorsikal baharu.
Sewaktu Pakatan mengadakan himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang bulan lalu, Umno pula mengadakan program salawat perdana di Putrajaya yang mengundang habib besar sebagai penarik kehadiran orang ramai. Trend terkini, program-program berselawat sebegitu mendapat sokongan besar dari umat Islam khususnya yang mencintai agama. Mereka yang membanjirinya bukan anak-anak muda perempit atau yang ghairah menghadiri konsert maksiat tetapi golongan muda yang ikhlas mencintai Rasulullah SAW serta perjuangan yang dibawanya. Golongan ini lebih selesa mengenakan jubah, serban dan ridak.

Inikah sebabnya rakyat terpaksa bayar lebih dan cukai seperti GST diperkenalkan?

Ng Kee Seng

 SEKILAS PANDANG: Hmm...tiga jam bekerja dan lima jam bersantai di lapangan golf di Dubai. Amat produktif sekali.

Wahai rakyat Malaysia! Ucapkan TERIMA KASIH kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional kerana kepimpinan melalui teladan dan diterapkan. Malaysia maju kerana mereka.

Jangan merungut. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan tahun ini, bagi menjamin dana untuk membiayai pelancongan ke luar negeri di mana menteri-menteri kita merencanakan perkembangan sosio-ekonomi Malaysia.

Ianya bagi masa depan cerah buat Malaysia dan rakyatnya. Itu sebab rakyat marhaen terpaksa mengikat perut dan merana setiap hari bagi menjamin keluarga sejahtera.

Ahh! Walaupun Malaysia belum diterangkan tentang bagaimana lawatan 15 hari delegasi Terengganu ke Kutub Selatan dapat memberi faedah, jangan berani mempersoalkan mengapa wang rakyat dilaburkan bagi penjelajahan sedemikian.

Sabar....Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan BN sudah tentu mempunyai alasan mengapa kajian di Antartika itu begitu penting. Harga ketulan ais di Malaysia tentu akan lebih murah di Malaysia bagi dinikmati kita semua.

[Video] JAKIM dengan RAKYAT bukan main berani, tapi dengan PIMPINAN suara pun tak keluar..

PKR tegur khutbah GST 'ironi' Jakim

 
Banyak ketidakpuasan hati dibangkitkan PKR berhubung khutbah terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mewajarkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan.

Bagaimanapun ironinya khutbah yang sama membangkitkan persoalan hutang, sama seperti dalam kes pelaksanaan GST akibat beban hutang kerajaan yang tinggi, hampir mencecah 48 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Teks khutbah ini bukan hanya untuk rakyat. Khutbah juga ditujukan untuk pemimpin.

"Tujuan khutbah untuk tegur, ingatkan, nasihati. Tujuan khutbah juga beri penyelesaian.

“Itu maksud khutbah Jumaat dari segi Islam. Namum mimbar Jumaat JAKIM ini hanya ingatkan rakyat jauhi hutang... hutang sekarang dilakukan Datuk Seri Najib (Razak),” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Baik buat Insuran "PUTUS KEPALA" baru CLAIM, apa kejadah punya TAKAFUL BRIM..!!

Anak muda ini terkena mesin rumput ,
- putus 3 jari ..
- Rujuk utk claim Takaful yang dipotong dari BR1M ,

tapi hampa .. Tahu kenapa ?
- Tidak termasuk dalam manfaat sbb putus 3 jari sahaja ,
- jika mahu dapatkan manfaat kena putus dari buku lali ...

Baik punya Takaful utk Rakyat ...insurance BRIM .. lagi cara menipu oleh kerajaan BN.

Like my page ‪#‎KingJason‬
‪#‎Kbai‬

Bila Pimpinan PR LENA, Blog Musuh ambik kesempatan menfitnah PR, namun dilihat PR macam redha sahaja..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aku dah lama tak menulis namun bila dok tengok blog haramjadah satu nie sedang memporak perandakan PR teras amacam nak sentuh sikit... Inilah bahananya bila PIMPINAN PR LENA.. seronok dengan jawatan dan kuasa yang ada... musuh sedang buat kerja tapi hangpa LENA dan terus LENA... cuba buat serangan bertali arus keatas blog ini untuk menafikan bahawa ia milik PR.. nia tak cakap sekejap lepas tu diam....

Blog "negarapakatanrakyat.blogspot.com" masih lagi menjalankan kerja fitnah mereka keatas kerja buat pakatan rakyat dengan memasukkan jarum untuk melihat kesepakatan dalam PR tidak terurus dengan baiknya.. terkini mereka menulis artikal menfitnah lawatan PM keatas Dato Harun Din di hospital...


Blog ini sudah berapa kali dah mengeluarkan artikal untuk menyerang sesama PR namun yang terbaru ialah artikal bab "‘Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan’" dan  "Anwar Tahu Lokasi MH370, Akan Dedahkan Khamis Nanti".

Dua artikal nie menajdi panas sehingga Utusan Malaysia pun ambil buat rujukan....


Modus operandi mereka mudah iaitu buat blog seperti milik pakatan rakyat namun dalam banyak2 artikal yang di copy paste itu akan dikeluarkan yang satu dua untuk melihat ada percanggahan dalam pakatan rakyat..

Kemudia artikal tersebut akan di masukkan dalam blog dan FB milik BN dan mereka berbincang macam PR yang tulis artikal tersebut...

Jadi kepada pihak PR cubalah buat sesuatu keatas strategi musuh yang cuba membelaga satu sama lain serta menfitnah PR ini... sekadar kenyataan dibawah ini nampaknya tidak berkesan kerana masih ramai yang mengatakan blog tersebut milik PR walaupun sudah dinafikan berkali-kali..

Jangan Gentar dengan Ugutan, teruskan bocor maklumat salah laku pihak kerajaan memerintah..

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam ugutan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Memang benar penjawat awam perlu menjaga etika kerahsiaan demi kepentingan negara, malangnya pemimpin regim pemerintah kini sedang menggunakan etika kerahsiaan itu demi melindungi kegiatan salah laku yang lebih merugikan negara dan rakyat terbanyak.

Ali Hamsa mengugut penjawat awam sebagai respon ketika diminta mengulas Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Selangor buat cerita katun, penaik gaji banyak-banyak lepas tu potong masuk tabung..!!

Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus
SHAH ALAM - Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini.

Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

"Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014.

"Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Adakah masih ada hantu BN dalam pentadbiran kjaan Selangor, atas arah lain bawah buat lain nie..??

TOL: Yang di atas cakap lain, di bawah buat lain

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membekukan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan atau arahan bercanggah dengan kerajaan negeri, lapor Selangor Kini.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ingkar.

“Kita menggalakkan semua permohonan diberikan kepada MTES, tetapi mendapati permohonan tak dibuat, jadi MTES fikir tiada permohonan daripada penduduk. Tetapi ini akan terjadi sekiranya yang di atas cakap lain, yang di bawah buat lain.

Tompok minyak dikesan dekat kawasan isyarat 'ping'

 
Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston mengesahkan bahawa satu tompokan minyak ditemui pada kedudukan 5.5km dari tempat isyarat bunyi dikesan sebelum ini.

Bercakap dalam satu sidang media, Houston berkata sebanyak 2 liter sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar.

Katanya, operasi juga akan diteruskan dengan menggunakan kenderaan bawah air Bluefin-21 untuk mengesan kawasan dasar laut.

Setiap misi menggunakan alat tersebut akan mengambil masa 23 jam – dua jam untuk sampai ke dasar, 16 jam untuk menjalankan tugasnya, dua jam lagi untuk timbul ke permukaan dan empat jam untuk memuat turun dan menganalisis data.

Seimbangkan guru lelaki & wanita


Guru  
Gambar hiasan. Sumber internet.

LANGKAH kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyeimbangkan pengambilan guru pada tahun akan datang pada kadar sama, iaitu 50 peratus untuk guru lelaki dan wanita, patut disambut secara positif dan merupakan langkah baik serta memandang ke hadapan.

 Langkah dan usaha positif ini sebenarnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh guru-guru dan ia patut disokong oleh ibu bapa serta masyarakat bagi mengatasi beberapa masalah disiplin di sekolah.

Pada masa ini, nisbah guru lelaki dan wanita di sekolah tidak seimbang. Majoriti guru wanita melebihi guru lelaki dan jurangnya amat ketara, terutama di bandar-bandar iaitu 70 wanita berbanding 10 lelaki.

 Justeru, pengambilan guru pada tahun akan datang, 50 peratus adalah lelaki dan nisbah yang sama untuk wanita. Selain itu, 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan selebihnya dari Sabah dan Sarawak. Keperluan untuk mempunyai guru lelaki lebih banyak adalah penting di sekolah terutama melibatkan aspek disiplin dan pembangunan sukan di sekolah.

Baling dan derita rakyat: Di mana sikap mahasiswa?

– Adib Azman

April 14, 2014

Masyarakat Baling rata-ratanya golongan petani, senang kata hasil daripada keringat mereka bercucuk tanam dan mengutip hasil getah itulah yang menjadi alas perut mereka. Baik yang menoreh getah, kemudian dikumpul dijadikan getah sekerap (masih ingat baunya yang tengik dan pekat, kalau melekat pada tangan, susah betul untuk berselera makan). Kalau yang bersawah, dari relung sawah itulah padi itu dituai untuk ditanak menjadi nasi di dapur, lebihannya pula ditolak kepada peraih.

Memori Baling 1974 mungkin ramai yang sudah tidak mengingatinya, baik yang sudah melangkah umur 40-an, apatah lagi golongan 20-an, kalau ada yang masih ingat, syukur alhamdulillah, di situlah detik nafas rakyat yang tersepit dalam keadaan serba terpuruk kemiskinan di celah desa. Pemerintah sehingga ke hari ini melupakan isu Baling dan kesengsaraan rakyatnya, malah lebih hina bila mana menconteng arang hitam legam dengan "mengecop" Baling sebagai markas ajaran sesat (lihat kisah Ustaz Ibrahim Libya). Hanya golongan mahasiswa sahaja yang terpanggil membawa suara rakyat Baling, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siddiq Fadzil. Tetapi jawapan mudah menanti mahasiswa sesudah itu, di hujungnya tangkapan ISA.

MH370 - Lebih 50% Rakyat Malaysia dari tinjauan kata kerajaan BN sembunyi maklumat

Tinjauan menunjukkan lebih 50% rakyat Malaysia yakin Putrajaya sembunyi maklumat MH370

Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.

Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.

Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.

Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.

Akhirnya Media Kerajaan Sendiri Tolak Kesimpulan PM

Oleh Shahbudin Husin, 

http://i1.wp.com/www.zunar.my/wp-content/uploads/2014/03/Cartoonkini-MH370-12-Mac-2014.jpg 
Setelah masuk hari ke 35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi.

Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting.

Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak keatas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali?

GST - Kenapa 81 yang tolak, bukannya 89, apakejadahnya nie.. MP PR pun ponteng pie parlimen..!!

GST : Mengapa Hanya 81 Yang Menolak?

Rang Undang-Undang GST yang telah diluluskan pada tanggal 7 April 2014 merupakan antara rang undang-undang besar yang memberi kesan langsung kepada keadaan kehidupan rakyat apabila dilaksana kelak.

RUU ini telahpun menjadi bahan mulut ramai semenjak kempen PRU 13 lagi dan lebih kuat kedengaran apabila Perdana Menteri mengumumkan hasrat Kerajaan untuk melaksanakannya menjelang April 2015. Serentak itu juga, pelbagai kumpulan masyarakat sivil telahpun menjalankan kempen masing-masing sama ada menyokong atau membantah perlaksanaan GST ini.

Namun, SAMM Johor agak terkejut sewaktu RUU ini diluluskan dengan undian 118 menyokong dan 81 menolak. Mengapa hanya 81 yang menolak? Ke mana 8 orang Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti komponen Pakatan Rakyat menghilang sewaktu Rang Undang-Undang ini dibentang untuk pengundian? Walhal, Pakatan Rakyat secara jelas membantah RUU ini.

Ia memang pasti bahawa 89 tidak akan dapat mengatasi 133 namun, keikhlasan sebagai mengotakan janji bahawa merekalah merupakan pemimpin yang mendengar derita denyut nadi rakyat inilah yang ditagih. Hampir selalu pemimpin-pemimpin ini berdegar-degar sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di pentas ceramah menyatakan 51% rakyat Malaysia menyokong mereka, nah inilah masanya untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam mempertahankan kehendak dan suara 51% itu.

Antara Sebab Kenapa Melayu Suka UMNO..!!


Setelah hampir 24tahun aku menetap di Johor, aku dapati mansyarakat melayu di sini memang cukup sinonim dengan bacaan Yaasin malam Jumaat di surau, di masjid maupun di rumah-rumah, timbul di fikiran mengapa melayu Johor kekal sokong Umno BN walaupun jelas kerajaan Umno BN menolak hukum Al-Quran dan juga termasuk tuntutan dalam dalam Surah Yaasin.

Antara lain satu jawapan yang boleh dikongsikan di sini ialah, cuba kita nilai perbualan antara aku dan seorang jamaah masjid di kampung aku. Perbualan kami berkisar hal-hal aktiviti masjid dan aku kongsikan antara yang penting untuk kita nilaikan bersama...

Aku(S) : Aji dah lama jemaah di sini?
Pak Haji(J): Sejak pindah tahun 1985…
S: OOOooo lama dah tu...
J: Lama…anak akupun dah ada yang mengajar...
S: Aji, kita baca minima 17kali Fatihah untuk sehari, Aji umur berapa ek?
J: 75
S: Sejak bila mula solat?
J: peh, lama dah…mula umur 18 tahun tak silap…
S: Lama dah…kalau saya minta aji doakan untuk saya boleh?
J: Doa apa?
S: Doa untuk saya dapat anak lagipun Aji dah lama baca Fatihah kompomlah aji dah masak setiap ayat dalam Fatihah tu?
J: Errr…aku mana hafal makna Fatihah tu…!

Menteri pun suka perabih duit sana sini, tapi dok kalut nak ber GST dengan rakyat..!!

BAGAIMANA RAKYAT MAHU BAYAR GST JIKA MENTERI TERUS MEMBAZIR?


Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan khususnya setahun kebelakangan ini, rakyat telah digesa untuk akur menerima cukai baru ini yang dikhabarkan efisyen demi kelangsungan ekonomi negara.

Pelbagai usaha berbentuk promosi yang menelan belanja ratusan juta telah diperhabis demi memberi kefahaman kepada semua betapa GST itu kononnya tidak membebankan rakyat. Lagu GST dicipta dimainkan di televisyen dan corong radio, papan billboard diwarnai dengan kebaikan GST, pelbagai poster dilekat di bermacam tempat awam termasuk dalam LRT dan Tren, dan pelbagai lagi kaedah promosi dengan tujuan untuk menghasut rakyat menerima GST.

Namun rakyat pula saban hari didedahkan dengan pelbagai ketirisan, pembaziran, rasuah dan perilaku tidak amanah dalam pentadbiran kerajaan. Malah kerajaan sering menanggung kerugian dari setiap keputusan kurang bijak dalam memberi tender, akhirnya kos tambahan bernilai ratusan juta ringgit terpaksa dikeluarkan. Antaranya adalah akibat dari kelewatan kontraktor menyiapkan projek, bangunan tidak siap dan bangunan rosak atau runtuh, yang menyebabkan wang rakyat terus mengalir di saluran yang tidak sepatutnya.

MH370 - Seandainya CIA tahu dimana, apa yang perlu kita lakukan?

MH370: CIA tahu hal sebenar

MH370  
Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk. Foto EPA

WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

Taman Wira Mergong dilanda puting beliung petang kelmarin..!!

Terkejut rumah dilanda puting beliung

Terkejut rumah dilanda puting beliung  
Noor Mohammad sugul melihat keadaan bumbung rumahnya yang dilanda puting beliung.

ALOR SETAR - Seorang pesara tentera terkejut apabila rumahnya dilanda angin puting beliung di Taman Wira, Mergong di sini, kira-kira jam 1 petang hari ini.

Noor Mohammad Lawamiah, 57,  tidak ada di rumah ketika kejadian kerana sedang menguruskan kedai makannya.

Beliau terkejut apabila jiran menelefonnya memaklumkan bumbung rumah terbang terkena puting beliung.

"Macam tak percaya kerana mulanya cuaca elok. Tak hujan dan angin pun tak kuat.

"Saya bergegas balik ke rumah. Tengok-tengok habis sebahagian atap pecah manakala rumah jiran lain tidak kena," katanya yang juga seorang OKU.

Noor Mohammad mengangarkan kerugian kira-kira RM3,000 akibat kejadian itu termasuk 15 keping atap rumah pecah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...