Rancangan jahat Israel cemari Al-Aqsa didedah  
Israel mendedahkan rancangan jahat mereka untuk membina kuil Yahudi di pekarangan masjid Al-Aqsa.

BAITULMAQDIS - Rancangan jahat Israel untuk membina sebuah kuil baharu berhampiran Al-Aqsa dengan tujuan untuk mencemari kesucian kawasan masjid tersebut akhirnya terbongkar.

Model kuil Yahudi yang ditunjukkan kepada umum untuk pertama kali itu turut dilengkapi dewan besar yang boleh memuatkan ratusan pengunjung pada setiap hari.

Susulan daripada itu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al-Aqsa bertindak menyelar langkah biadab tersebut dan ia turut disifatkan sebagai satu ancaman langsung terhadap masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.