TERKINI :

Saturday, April 12, 2014

Akan Wujud "KERAJAAN BARISAN BERUK" di Kedah 2030, sebab tanah rizab MELAYU dah tak ada..!!

AKAN WUJUD ‘KERAJAAN BARISAN BERUK’ DI KEDAH PADA TAHUN 2030 YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG "CHIEF OF THE JUNGLE"

Melayu Kedah akan menjadi bangsat pada tahun 2030 jika kepimpinanan hari ini masih tidur, terlalu banyak berpolitiking dan mementingkan kocek sendiri. Ini kerana tanah rezab Melayu milik mereka sedang jatuh sedikit demi sedikit ke tangan orang lain.

Amalan mendabik dada konon Melayu Kedah kuat tanpa sesuatu tindakan yang bijak dan strategik akan menjerumuskan mereka ke dalam gaung yang dalam.

Lapuran Audit Negara 2013 yang terbaru amat mencemaskan. Lapuran ini telah mendedahkan Tanah rezab Melayu di Kedah yang telah dibatalkan berjumlah 10,907.77 hektar. Manakala jumlah yang digantikan hanya lah 2,499.56 hektar sahaja . Ini bermakna sejumlah 8,408.21 hektar tanah rizab Melayu tidak diganti.

Sebagai contoh tanah seluas 1,051 hektar di Sik mukim Sungai Pau yang mana kerajaan negeri telah meluluskan pembatalan tanah rizab Melayu daripada PKNK sehingga kini tidak diganti. 

Malah yang membimbangkan lagi ialah apabila terdapat surat hak milik tanah-tanah rizab Melayu yang diganti tidak diendorsekan oleh Pentadbir Tanah Daerah khasnya di kawasan Kubang Pasu. Implikasinya kelak ia amat mudah hak milik berpindah kepada pihak lain. Kawasan ini banyak melibatkan sebuah pemaju harta tanah Cina di Jitra.

Akhirnya laporan audit ini menegaskan agar tanah-tanah rizab Melayu yang dibatalkankan hendaklah digantikan dengan segera supaya tanah-tanah rizab Melayu tidak hilang.

Jika ini berleluasa tidak mustahil Pulau Pinang akan meluaskan empayarnya ke negeri Kedah pada tahun 2030 dan ketika itu Melayu Kedah akan terpinggir dan menjadi bangsat di tanah nya sendiri.

Tanah-tanah strategik di dalam kawasan perbandaran akan ditawan oleh saudagar-saudagar Cina dengan harga pasaran yang melangit.

Pada ketika itu Melayu Kedah akan diasak sehingga ke pinggir gigi-gigi hutan Sik, Baling dan Kuala Nerang menubuhkan satu Kerajaan baru bersama beruk, kera, siamang, monyet, mawa, lutung, musang dan jebon.

Mungkin pada masa itu kerajaan tersebut akan dikenali sebagai "Kerajaan Barisan Beruk" di bawah seorang "Chief Of The Jungle" kerana tidak ada lagi jawatan Menteri Besar.

Hakikatnya dengan angka-angka yang membimbangkan dari lapuran ini sepatutnya membuat kepimpinan Melayu Kerajaan Kedah hari ini sedar dan bertindak segera. Kalau mereka sedar akan survival bangsa mereka seharusnya mereka kurang bermaharaja lawak dan kurang berdakapan dengan isteri kerana tilam yang empuk itu adalah hak milik rakyat.

Sudah hampir satu tahun Mukhriz menjadi MB dan sudah hampir satu tahun exco-exco yang dilantik tidak menampakan apa-apa pembaharuan di negeri Kedah. Aku janji Barisan Nasional “Bersama Memacu Transformasi Kedah" masih terawang-awang tanpa hasil di depan mata rakyat.

WASSALLAM.

MH370: Hishammuddin nafi laporan akhbar tempatan


 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata, jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasat menerima pelbagai petunjuk di Laut China Selatan termasuk mengenai imej satelit oleh China, penemuan jaket dan bot keselamatan serta tumpahan minyak yang kononnya berkaitan dengan MH370 menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas dari Laut China Selatan ke Laut Andaman dan kini di Lautan Hindi.

"Kita terima macam-macam petunjuk dan kita mengikutinya tetapi malang ia adalah hanya 'roller coaster ride', di mana kita terima maklumat dan siasat tetapi ia tidak berasas," jelasnya.

Hormati hasrat PAS laksana hudud, kata penyokong kerajaan Kelantan

Hormati hasrat PAS laksana hudud, kata penyokong kerajaan Kelantan
KOTA BHARU: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) meminta DAP dan Parti Keadilan Rakyat supaya menghormati hasrat kerajaan PAS Kelantan yang mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Presidennya, Razak Abas berkata kedua-dua parti itu tidak perlu mempertikaikan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud kerana undang-undang jenayah Islam itu tidak melibatkan orang bukan Islam.

Katanya, kerajaan negeri juga harus melaksanakan undang-undang Islam itu tanpa memikirkan soal hubungan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

"DAP (parti) bukan Islam, Karpal Singh bukan (beragama) Islam. Jadi kalau hendak ambil kira bukan Islam dengan membatalkan hudud itu, ia bercanggah dengan hukum Allah.

"Saya percaya semua ahli parlimen dan ADUN Kelantan daripada UMNO akan menyokong hukum ini kerana mereka beragama Islam," katanya dalam satu sidang media selepas kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada Jumaat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum itu mengeluarkan kenyataan menggesa semua ahli Parlimen beragama Islam supaya menyokong rang undang-undang persendirian PAS Kelantan itu apabila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak mengapa sekiranya ahli parlimen bukan Islam daripada DAP atau PKR menolak rang undang-undang tetapi suatu masa nanti mereka mungkin akan menyokongnya juga.

"Kita harap Allah akan buka hati semua ahli parlimen untuk menyokong," katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat.

Nik Aziz juga menjelaskan undang-undang hudud itu bukan ciptaan PAS tetapi telah ada lama sebelum parti Islam itu ditubuhkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan 1993 akan dibentangkan di Dewan Rakyat seawal-awalnya pada Jun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa mengulangi bantahan parti itu terhadap hudud dan mengatakan pendirian DAP masih belum berubah.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan enakmen Kelantan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh Parlimen.

Jelas Razak, Karpal Singh tidak perlu bimbang kerana hukum hudud tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam.

Dalam pada itu, Razak berkata adalah mustahil Karpal tidak faham mengenai hukum hudud kerana sebelum ini bekas pengerusi DAP itu pernah diberi taklimat mengenai hal tersebut.

Beliau berpendapat kenyataan keras Karpal mengenai penentangannya terhadap hudud hanyalah politik semata-mata untuk menjaga ahli-ahli DAP.

Rahsia P.Ramli buat jenaka Alif Min Nun tendang Wau terdedah..!

Hadiah Untuk Penyokong BN yang Jilat Bontot Lembu Kak Jat RM250juta..!!!


Matlamat kementerian pertanian bagi pinjaman 250 juta kepada syarikat NFC untuk bela lembu dan stock dagingnya akan stabilkan keperluan penduduk Malaysia amnya. Lantas harga akan stabil.

Nah..apabila...

Lembu dah masuk kondo. Tu yg harga naik...

Dah sah salah tadbir.. pinjaman di songlap. Rembat duit pembayar cukai. Jelas terbukti...

Tapi lantik juga bangkai petualang jadi pemimpin.

This is melayu umno.....

Sebelum ini didera ibu bapa, kini mereka didera mahkamah Sweden

Oleh Subky Latif

Mahkamah Sweden berpuas hati akan kesalahan sepasang suami isteri, pegawai pelancongan Malaysia merotan anaknya, lalu menjatuhkan hukuman penjara beberapa bulan ke atas mereka.

Hukuman itu mengakhiri siasatan reman beberapa minggu.Pasangan itu dikenakan tindakan demikian kerana merotan anaknya tidak sembahyang.

Merotan sedemikian adalah satu kesalahan mendera kanak-kanak di bawah undang-undang Sweden.

Kementerian luar Malaysia melakukan pelbagai tindakan diplomatik untuk membebaskan mereka, tetapi mahkamah Sweden adalah kebal daripada campur tangan diplomatik.

Tindakan mahkamah itu adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada dizalimi, termasuk daripada kezaliman ibu bapa sendiri.

Ada alasan keadilan atas tindakan itu, tidak kira apa sebab ibu tadi merotan anaknya. Dengan ketegasan undang-undang itu, terjamin perlindungan ke atas kanak-kanak.

Mungkin ia satu undang-undang yang boleh dipelajari oleh semua.

Mahkamah tadi mengira ia menjalankan keadilan bagi melindungi anak yang didera oleh ibunya itu.

Harga rumah naik selepas GST, TPPA dilaksana?

KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsungnya satu wacana rakyat bertajuk 'Kesan GST dan TPPA terhadap sektor perumahan: Adakah harga rumah akan naik' bagi merungkai sejauh mana perlaksanaan kedua-dua program itu mempengaruhi harga aset rumah.

Wacana tersebut diadakan di Auditorium MPAJ, Pandan Indah bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang ini.

Ianya dianjurkan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Penganjur Program, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor berkata, dengan wacana ini diharap menjadi titik tolak kepada kajian seterusnya oleh mana-mana institusi akademik atau bukan kerajaan yang ingin menjadikan sektor perumahan sebagai subjek dalam kajian terhadap GST dan TPPA.

"Kajian juga harusnya tertumpu kepada perolehan negara yang pincang. Isu rasuah, ketirisan, kronisme dan pembaziran masih lagi gagal ditangani oleh pihak kerajaan, dan GST bukanlah satu tindakan yang bijak ke atas rakyat untuk menyelesaikan permasalahan tadi," kata beliau.

Najib ziarah Haron Din di IJN


Najib ziarah Haron Din di IJN 
 Foto FB Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. - Bernama

KFA buang masa satu pusingan, kini lantik jurulatih baru mula pula dari 'zero' | #PrayForKFA

'Jurulatih baharu, taktik pun baharu'

'Jurulatih baharu, taktik pun baharu'  
Cheng Hoe (kiri) tekad lonjak skuad Lang Merah pada tahap terbaik selepas ini. - Foto Sinar Harian AHMAD ZAKI OSMAN

PENGURUS Kedah, Datuk Jeffry Low Han Chan yakin skuad Lang Merah mampu memperbaiki kedudukan Liga Premier yang sudah memasuki pusingan kedua musim ini.

Menurutnya, pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai pengendali sementara pasukan tidak bermakna Kedah boleh bangkit dengan serta-merta.

"Kita bermula dari kosong semula di pusingan kedua ini. Jurulatih baharu maka taktikal pun baharu.

"Kita bagi ruang kepada beliau menyusun pasukan dan saya percaya ada perubahan positif selepas ini," katanya.

Phahrolrazi: Jadikan ulama sebagai idola


Phahrolrazi Zawawi  
Phahrolrazi Zawawi

ALOR SETAR - Demi membolehkan ulama menjadi idola belia, Pas Kawasan Kuala Kedah dengan kerjasama Ulama Pas Kuala Kedah dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Kuala Kedah menganjurkan Kuliah Tajdid Haraki.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kuliah selama dua jam setengah terbabit dianjurkan bersama Pemuda Pas Kawasan Kuala Kedah dan Muslimat Pas Kawasan Kuala Kedah.

“Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, yakni Tuan Guru Hj Abdul Rahim Abdul Rahman akan menjadi tenaga pengajar utama dalam kuliah mingguan percuma terbabit.

“Tiada had umur mahupun syarat dikenakan. Sesiapa berminat boleh menghadirinya. Jadi, kuliah buat julung-julung kalinya ini akan diadakan pada 18 April ini di Dewan Al-Amin, Kampung Telok Bagan,” katanya.

Katanya, penduduk akan didedahkan dengan perkara seperti tafsir, hadis, aqidah, sirah dan fikrah, sekali gus mendekatkan diri masyarakat terbabit dengan ulama.

MH370 - Ada skrip baru pulak selepas sebulan, nie dia mai baca..!!

Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?

 Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat terbang rendah?KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneliti laporan muka depan akhbar New Straits Times (NST) dan akan memberikan kenyataan berkenaannya secepat mungkin, lapor AFP.

Ia susulan laporan eksklusif akhbar itu mengenai satu panggilan telefon yang  telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Menurut laporan tersebut, sumber panggilan itu datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)

Setakat hari ini,  tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

MH370: Sukar lenyap spekulasi AS terlibat

Wartawan Sinar Harian
12 April 2014

SHAH ALAM – Pelbagai spekulasi mengaitkan Amerika Syarikat (AS) dengan insiden pesawat MH370 yang kini memasuki hari ke-35 pencarian sukar untuk dilenyapkan walaupun ada penafian daripada pihak berkuasa negara itu.

Pakar Penerbangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, namun selagi tiada bukti, tuduhan tidak boleh ditujukan ke mana-mana pihak.

Menurutnya, pelbagai spekulasi dan andaian ini muncul kerana orang ramai mahukan maklumat cepat dan akhirnya mereka memperoleh maklumat tidak tepat.

“Segala persoalan mengaitkan AS oleh sesetengah pihak sukar untuk dilupakan masyarakat walaupun mereka mengeluarkan kenyataan penafian.

Pernahkah umat Melayu bersatu?


Dr Dzulkefly Ahmad  
Dr Dzulkefly Ahmad

SAYA mulakan penulisan ini dengan tajuk perpecahan bangsa Melayu. Sebabnya, kerana persoalan ini acap kali dikemuka kepada saya di pentas forum dan masih tidak tertulis.

Buat permulaan izinkan saya tanya pembaca, benarkah Melayu berpecah? Jawapannya tidak semudah pilihan binari; ya atau tidak. Mungkin lebih mudah untuk mentakrif Melayu.

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu  mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu. Nah kemelayuannya terletak pada Islamnya, adat dan bahasanya.

Tegasnya, agama orang Melayu itu Islam. Di segi itu, kedudukan orang Melayu istimewa. Walau dari gugusan mana sekali pun, Melayu disatukan Islam. Takrif ini telah menyatukan umat Melayu.

Tidak timbul Melayu berpecah kerana Islam, meskipun wujud ikhtilaf atau perbezaan di segi kefahaman dan amalan. Sangat sengit, contohnya terkini tentang penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan-Islam.

Amannya Bumi Kedah, main terjang motor ja nak ragut orang...

Tak dapat beg, motosikal disepak

Tak dapat beg,  motosikal disepak  
Rosnawi (dua, kanan) melihat keadaan anaknya sebelum dibenarkan pulang.

MERBOK - “Disebabkan tak dapat beg, motosikal saya ditendang peragut sehingga jatuh terguling."

Demikian luahan mangsa ragut, Nor Hairiani Rosnawi, 17, yang mengalami retak tulang bahu selain luka di bahagian muka.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nor Hairiani bersama rakannya, Amira Md Isa, 17, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sungai Petani selepas selesai melakukan tugasan di perpustakaan awam.

Sementara itu, bapanya yang juga merupakan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kuala Muda, Rosnawi Zenon, 43, berkata, anaknya ketika itu menunggang motosikal dan difahamkan baru sahaja melalui Jeti Semeling.

Gaji Samy Vellu lebih tinggi daripada jumlah pelancong India

Gaji Samy Vellu lebih tinggi daripada jumlah pelancong India, kata MB Selangor
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
April 11, 2014

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.

Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.

"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.

"Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan menerima pendapatan bulanan serta elaun berjumlah RM27,227.20.

Amannya Bumi Kedah, dah main rompak-rompak tepi jalan di siang hari..!!

Pemuda nyaris dirompak empat lelaki

Pemuda nyaris dirompak empat lelaki  
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

ALOR SETAR - Seorang pemuda berusia 23 tahun melalui detik cemas apabila hampir dirompak empat lelaki dalam satu kejadian di Jalan Lencong Barat, Mergong, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ady dalam perjalanan untuk mengambil wang di sebuah mesin juruwang elektronik (ATM) berhampiran sebelum ditahan dua lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba.

Menurutnya, dia terus memberhentikan kereta sebaik ditahan dua suspek yang berpura-pura bertanya jalan, manakala dua rakan suspek menunggu dalam sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna perak gelap.

“Tiba-tiba mereka rampas kunci kereta saya dan mengugut supaya ikut mereka ke lokasi lain. Tetapi saya enggan dan lari sambil menjerit minta tolong daripada orang awam yang melalui jalan itu.

“Suspek kemudiannya cuba bertindak melarikan kereta saya,” katanya kepada Sinar Harian.

MH370 catat jalan cerita yang panjang

NOOR AZURA SAHRIL, NORAWAZNI YUSOF & NURULFATIHA MUAH

 MH370 catat jalan cerita yang panjang  
HMAS dan KD Lekiu terlibat mencari pesawat MH370. Foto EPA

MISTERI kehilangan pesawat MH370 belum terjawab meskipun pencarian melibatkan banyak negara dengan kelengkapan moden.

Menyorot tragedi setelah lebih sebulan berlalu, pesawat MH370, jenis Boeing 777-200ER, membawa 239 individu termasuk 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Pagi itu,dunia terkejut, apabila Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan kehilangan MH370 pada 7.30 pagi.

Selepas lebih sebulan, 26 negara terlibat serta pelbagai aset digunakan untuk mencarinya.

Dari hari pertama sehingga kini, misi SAR menemui pelbagai petunjuk yang mengecilkan kawasan pencarian bagi menemui kotak hitam pesawat  yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...