TERKINI :

Friday, April 11, 2014

Lutut bini hang pun tak terjaga wahai Bung Mokhtar dok kalut lutut Teressa Kok...!!!

Isu "Skirt" YB Teresa Kok Hangat Diperkatakan Sejak Semalam... 

Apapun, Rakyat Malaysia Tidak Mempertikaikan Kok Kerana Umum Tahu Yang Kok Memang Bukan Muslim Dan Hak Berpakaian Adalah Haknya (Selagi Tidak Keterlaluan)

Jadi Rakyat Tak Hairan Sangat. Lagipun, Apa Yang Kok Pakai Tidaklah Sesingkat Seperti Yang Di Dakwa Oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Kononnya Menampakkan Lutut... Persoalannya Kini, Macammana Lutut Kok Boleh Menjadi Perhatian YB Kinabatangan?... 

Timbalan Speaker Pun Takda Masalah Dengan Pemakaian Kok. Jadi "Aturan Mesyuarat" Yang Diusulkan Tidak Berbangkit. 

Nampaknya Isu Yang Dicipta Oleh YB Kinabatangan Akhirnya Memakan Diri Apabila Media Sosial Sejak Semalam "Menegur" Cara Pemakaian Isterinya, Pelakon Zizie Ezzette... Umpama Ketam Mengejar Anaknya Berjalan; Mungkin!!!

RM45 juta dibazir naik taraf lapangan terbang Ipoh, landasan berlubang halang pesawat besar mendarat



Hasrat menarik lebih ramai pelancong ke Perak tidak akan terlaksana dengan kegagalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menepati piawaian Jabatan Penerbangan Awam. - Gambar The Malaysian Insider

Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.

Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar

TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.

http://www.gaidarforum.ru/files/Moskovskiy_komsomolets_logo.jpg"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.

"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.

"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.

Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.

Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.

"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.

Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.

"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.

"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI

Kita perlukan pimpinan berakal, bukannya yang berotot besar

 – Aspan Alias
http://fc00.deviantart.net/fs51/i/2009/317/4/b/MUSCLE_INFLATION_by_jjsmithMG.jpg

Saya hendak bercakap tentang masa depan politik dan lanskapnya mengikut pandangan saya yang cetek bagi setengah pengkritik saya, walaupun saya bukan seorang yang berjaya dalam politik seperti setengah pengkritik saya tuduh.

Mereka yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa yang saya hendak perkatakan ini.

Bagi saya kejayaan seorang ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang politikus yang gagal.

Siapa yang berjaya menjadi menteri pada mereka itu adalah ahli politik yang berjaya. Pada siapa yang tidak mendapat apa-apa dalam kerja politiknya, itu dianggap sebagai ahli politik yang gagal.

Bagaimanapun bagi saya seorang yang berjaya dalam politik ialah mereka yang bijak memimpin dan tidak terlibat dengan kerja-kerja rasuah dan salah guna kuasa seperti yang kita lazim lihat pada masa kini.

Salah rotan: Warga Bangladesh saman k'jaan RM3j

Seorang warganegara Bangladesh ditangkap dan kemudian dipenjara serta dihukum tiga sebatan oleh majistret tahun lalu, walaupun mempunyai permit kerja yang sah sehingga Julai tahun ini.

Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 disebat antara 19 Julai hingga 18 November tahun lepas apabila mengaku bersalah.

Pekerja itu tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja ketika ditahan dalam sekatan jalan raya polis di Bukit Mertajam pada 6 Jun tahun lepas.

Dokumennya sebaliknya disimpan oleh majikan.

Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 25 Oktober tahun lalu menyemak semula kesnya dan mengetepikan sabitan bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen itu.

Hakim Zamani Abdul Rahim sendiri terkejut apabila pekerja itu telah disebat dan selesai menjalani hukuman, kata peguam S Raveentharan dalam sidang media hari ini.

Alamin memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, ketua pengarah dan pegawai penyiasat Jabatan Imigresen, ketua polis negara, ketua polis Pulau Pinang dan pegawai penyiasat polis sebanyak RM3 juta.

RM3 juta itu dituntut bagi tiga sebatan terhadapnya, atau RM1 juta setiap sebatan.

Menurut peguam, Alamin memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini dan menyaman defendan kerana liabiliti gantian atas kecuaian, ketidakcekapan kerja dan menjalan hukuman pada orang yang tidak bersalah.

Alamin juga menuntut ganti rugi "kehilangan kelelakiannya" ekoran sebatan itu, hilang pendapatan RM1,300 sebulan untuk lima hari tidak bekerja, untuk kemurungan dan juga RM25,000 sehari untuk tempoh 90 hari untuk salah penjara (tiga bulan).

MH370 : Buah manggis bukan dari Muar


Polis menjelaskan buah manggis yang dibawa dalam penerbangan MH370 tidak bukan berasal dari kebun di Muar, sebaliknya hanya dibungkus di bandar Johor itu.

Ini ekoran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bahawa ketika insiden itu bulan lepas, tiada musim manggis di Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hanya pembekal buah itu daripada Muar dan polis masih menyiasat perkara itu.

Katanya, buah itu dikumpulkan di bandar itu sebelum dibawa ke KLIA dan dimuatkan ke MH370.

Jangan lelong murah nama Nabi s.a.w

– Mohd Asri Zainul Abidin

April 10, 2014

Saya tertarik dengan Twitter Imam dan khatib Masjidil Haram al-Syeikh Su’uud al-Syuraim yang menyebut: (terjemahan) “dakwaan bermimpi Nabi s.a.w menyuruh membunuh banyak nyawa adalah satu kejahatan yang nyata.”

Beliau mungkin menjawab satu ucapan seorang tokoh agama di Mesir dalam videonya yang mendakwa bahawa beliau bermimpi berjumpa dan Nabi s.a.w menyuruh membunuh penunjuk perasaan yang membantah kerajaan tentera.

Salah guna

Demikian nama Nabi s.a.w sering digunakan untuk pelbagai kepentingan. Oleh kerana nama baginda begitu laku mana ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk pelbagai kepentingan diri dan puak.

Mendakwa mimpi berjumpa Nabi, di samping untuk kepentingan tertentu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan diri kepada orang ramai bahawa diri yang bermimpi itu sangat istimewa.

Inilah yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah guru agama dalam membina pengaruhnya dalam masyarakat.

Hal ini berbeza dengan golongan salaf terdahulu yang sentiasa merendah diri dalam memperkatakan tentang kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T.

GST dan sektor kesihatan

Oleh Dr Afif Bahardin

"Pelaksanaan GST adalah pada 2015 dan kementerian ini akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk melihat keseluruhan spektrum perkhidmatan kesihatan bagi meminimumkan kesan GST terhadap kos penjagaan kesihatan" - Menteri Kesihatan, M Star Online, 7 November 2013

Inilah kenyataan Menteri Kesihatan pada November lepas apabila diminta mengulas mengenai kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada perkhidmatan kesihatan di negara kita. Walhal tiga hari sebelum itu, beliau menafikan sebarang kesan akan menimpa perkhidmatan kesihatan negara kerana perkhidmatan ini dikecualikan daripada cukai GST 6%.

Menurut Laman Web Rasmi Jabatan Kastam Malaysia, GST adalah levi yang dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

Kadar yang ditetapkan adalah pada 6%. 7 April 2014 yang lalu, ketika sesi Parlimen; Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Dewan Rakyat dengan 118 ahli Parlimen Barisan Nasional menyatakan persetujuan manakala 81 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan. Hakikatnya kini kerajaan akan tetap melaksanakan GST menjelang 2015.

BN tidak dapat bezakan antara politik dan pentadbiran

oleh Ng Kee Seng

Tidak menghairankan mengapa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno hilang keyakinan majoriti rakyat Malaysia pada PRU13 yang lalu.Selepas memerintah sejak Merdeka 1957, atau lebih lima dekad, BN sememangnya lemah dan kurang kemahiran.

Ia bimbang kuasa politiknya hilang dan tidak mampu lagi berfikir dengan waras. Ia tidak mampu membezakan di antara politik dan pentadbiran.

Diapungkan dengan perasaan sombong dan didokong perkhidmatan awam yang hanya bersetuju dengannya, pentadbiran BN langsung tidak professional.

Ahli politik BN fikir ini negara mereka dan merekalah tuan segalanya. Penjawat awam pula berperangan seperti ahli politik BN sedangkan mereka seharusnya bersikap berkecuali.

Mengapa kita perlu panggil mereka penjawat awam? Mereka bukan bekerja untuk orang awam tetapi untuk ahli politik BN sahaja.

Dulu Dok kata Kat Melayu Mudah lupa tapi lanie Dr Mahathir ingat-ingat lupa rupanya..!!

– Shahbudin Husin

http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2012/02/mahathir.jpg

Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Baru pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa membuat kenyataan di Kota Baru itu, Dr Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Profesor, siswa turut hanyut bersama Najib?

 Penulis TamuOleh SHIRZAD LIFEBOAT

TATKALA Abdulfattah Jandali, pelajar kelahiran Syria dan pasangannya Joanne Carole Schieble, pelajar rakyat Amerika Syarikat berketurunan Switzerland menyerahkan anak luar perkahwinannya kepada pasangan Paul Reinhold Jobs dan Clara Jobs, mereka tidak menyangka sama sekali suatu ketika nanti bayi tersebut akan hidup dan kemudiannya mati sebagai seorang perintis, teknokrat, ahli-perniagaan, pengurus peringkat tertinggi dan legenda dalam bidang teknologi baru yang mengubah kehidupan seluruh warga dunia suatu ketika nanti.

Benar, IBM yang memperkenalkan aplikasi komputer peribadi kepada dunia. Tetapi anak angkat Paul dan Claralah yang antara lain mencipta tetikus, perintah grafik (bukan sekadar perintah papan kekunci) dan konsep desktop dengan bekerja hampir bersendirian dalam bangsal di belakang rumahnya. Dia kemudian menamakan komputer peribadinya sebagai ‘Apple’ dengan sistem pengendalian cakera ‘Macintosh’ berbeza daripada komputer peribadi pengguna keluaran IBM atau yang dilesenkan oleh syarikat tersebut.

Hari ini Steve Jobs telah meninggal dunia tetapi komputer Apple terus digunakan dan dipilih sebagai alat grafik dan pengeditan bagi hampir semua penerbit akhbar, majalah, video, fotografi, media elektronik di seluruh dunia. Itu pun belum lagi menyebut tentang i-phone, ipods dan i-pads yang merevolusikan cara kita menggunakan peralatan komunikasi peribadi.

Ambillah Pengajaran Dari Proses Pilihan Raya Indonesia

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Selama dua minggu di Indonesia, saya melawati beberapa daerah untuk meneliti proses pilihan raya di negara ini. Tujuan saya sederhana: untuk meneliti kebaikan sistem pilihan raya di negara orang bagi memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya di negara kita.

Selama saya menulis, saya gembira dengan komen kawan-kawan. Walaupun ada segelintirnya yang teremosi, tetapi secara umumnya komen kawan-kawan adalah cukup bermanfaat. Cumanya, jika saya boleh tegur, elaklah dari memberi komen yang bersifat 'menyumpah menyeranah.' Ubah sedikit cara berbahasa dan berdebat. In Sha Allah, mutu perbincangan kita akan ada nilai tambahnya.

Analisis akhirnya, membandingkan sistem pilihan raya di Indonesia di Malaysia, saya dapati kita mempunyai banyak kelebihan dan kehebatan. Logistik kita hebat, kempen poster kita hebat, belanja kita hebat dan banyak lagi hebatnya.

Khutbah Jumaat: 'Usah tunggu usia senja untuk bertaubat'

Pengampunan Tuhan sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan yang benar

Sedarkah kita betapa rahmat dan maghfirah Allah amat luas kepada semua makhluk-Nya. Malah, ketika mula menciptakan sekalian makhluk, Allah SWT menyediakan limpahan rahmat yang meliputi semua makhluk-Nya.

Rahmat-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Inilah yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam al Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: “Tatkala Allah SWT mentakdirkan penciptaan makhluk-Nya, Dia telah mencatatkan di dalam kitab-Nya yang berada di sisi-Nya di atas Arasy: Bahawa sesungguhnya Rahmat-Ku meliputi kemurkaan-Ku.”

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah az-Zumar, ayat 53)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...