TERKINI :

Thursday, April 10, 2014

Eloklah Disiarkan Secara Langsung Majlis Tampar-Menampar Antara Dua Pemimpin Ini [Video]

Shahbudin Husin, 


Cabaran Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee menamparnya sendiri serta diberi habuan wang tunai ssbanyak RM501 dan tidak perlu bersusah payah mencari orang lain untuk melakukannya, akhirnya disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin dari Sabah itu.

Untuk menjadikan acara menampar itu menjadi realiti, beliau mempelawa Zahid agar datang ke Lahad Datu atau Semporna secara sendirian tanpa diiringi oleh polis atau dikawal oleh pengawal peribadinya.

Seterusnya, kata Yong, wang RM501 yang diterimanya daripada Zahid itu akan didermakan kepada Tabung Wira Lahad Datu.

Ini bermakna sekarang ini terpulang kepada Zahid pula sama ada bersedia membenarkan pipinya ditampar atau sebaliknya. Jika bersedia, beliau perlulah memenuhi syarat dan permintaan Yong itu iaitu datang Lahad Datu atau Semporna secara peribadi tanpa diiringi oleh polis atau pengawal peribadinya.

Lutut Teresa Kok pun Bung Moktar usha di dalam parlimen..??

Mata Bung Moktar perhatikan Skirt merah Teresa Kok?

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.
 
Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.
 
Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Tan Cheng Hoe ganti David Mitchell untuk melatih KEDAH


Untuk makluman, pengurusan pasukan skuad Liga Premier Kedah telah memutuskan untuk merehatkan sementara Ketua Jurulatih David Mitchell untuk baki perlawanan Liga Premier 2014. Tempat beliau akan digantikan oleh Tan Cheng Hoe, bekas penolong jurulatih Harimau Malaya.

Penolong Jurulatih, Ian Gillan akan meneruskan tugasnya dan membantu ketua jurulatih baru, Tan Cheng Hoe dan latihan petang ini merupakan tugas pertama Jurulatih Tan Cheng Hoe dalam menghadapi perlawanan pertamanya esok bertemu UiTM FC di Stadium Darul Aman jam 8.45 malam.

Kepada Tan Cheng Hoe, selamat datang ke skuad hijaukuning dan buat David Mitchell, walaupun tempoh singkat di Darul Aman, biar jasa jadi kenangan!

Keadilan Hukuman Negara Kita : Apa beza antara 2 kesalahan ini dengan kesalahan Khir Toyo?

ANDA BACA DAN LIHATLAH SENDIRI AKAN KEADILAN HUKUMAN YANG DIJALANKAN DALAM NEGARA KITA.. DISINI ADA 3 CONTOH HUKUMAN YANG DILAKUKAN DENGAN 3 PERTUDUHAN YANG BOLEH DIKATAKAN SAMA
'Saya terdesak, tuan'
'Saya terdesak, tuan'
Tertuduh tenang ketika diiring anggota polis untuk dibawa keluar dari mahkamah selepas hukuman dijatuhkan, semalam.
AYER KEROH - “Saya terdesak tuan, saya dah minta kerja di kilang tetapi mereka tidak mahu ambil kerana faktor usia," kata Mohd Zahar Basiron, 43, yang dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Beliau menerima hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba merompak sebuah kedai runcit, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

MH370 - Ada lagi kesan isyarat dari dasar laut didengari hari ini

Pesawat Australia kesan isyarat dasar laut terbaharu hari ini - JACC

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/p3_orion_screen_debris_sighting_nz_air_force_reuters_290314_540_345_100.JPG

PERTH: Pesawat tentera laut Australia hari ini mengesan isyarat dari dasar laut terbaharu di kawasan carian sama bagi kotak hitam pesawat MH370 yang hilang.

Pesawat P-3 Orion, yang menjatuhkan boya mengesan bunyi berdekatan dengan zon carian di selatan Lautan Hinti, menerima isyarat berpotensi yang mungkin dari 'sumber peralatan buatan manusia', kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston.

“Data bunyi ini bagaimanapun memerlukan analisis lebih lanjut," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Sekiranyanya ia disahkan, ia adalah isyarat dasar laut yang kelima dikesan dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selasa lalu, kapal Australia, Ocean Shield menerima dua kesan bunyi dasar laut dan daripada analisis dengan dua lagi isyarat bunyi di kawasan sama Sabtu lalu menunjukkkan ia konsisten dengan perakam kotak hitam pesawat. - AP

Akhirnya MAHATHIR mengaku beliau berada di tanahair ketika trajedi Memali

Dalam blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku berada dalam negara ketika peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985. – Gambar fail.Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.

Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.

Penculik tuntut RM36.4 juta wang tebusan

Bernama | 6:00PM Apr 10 2014 Penculik dua wanita dari sebuah pusat peranginan di Semporna minggu lepas telah menuntut wang tebusan AS$11 juta (RM36.4 juta) untuk membebaskan salah seorang daripada mereka, iaitu warganegara China.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak ada permintaan wang tebusan bagi seorang lagi wanita yang merupakan rakyat Filipina yang bekerja di pusat peranginan tersebut.

Beliau berkata, satu nota diterima bahawa penculik menuntut 500 juta pesos sebagai tebusan.

Berikutan itu, beliau berkata, perunding telah dihantar untuk membincangkan melalui orang tengah yang dilantik oleh pihak penculik untuk berunding.

Ahmad Zahid memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan satu segmen Program 'Wanita Hari Ini' di TV3 hari ini.

Wanita rakyat China itu, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan seorang pekerja pusat peranginan itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira jam 10.30 malam pada 2 April.

US nafi MH370 di Diego Garcia serta beritahu Malaysia tak ada minta data satelit yang di Pine Gap Australia

AS: Konspirasi Diego Garcia tidak benar

http://www.members.tripod.com/carlvillanueva/405722a0.jpg

Amerika Syarikat menafikan teori konspirasi bahawa pesawat yang hilang itu berada di pangkalan tentera lautnya di Diego Garcia di Lautan Hindi.

"Spekulasi bahawa penumpang Philip Woods telah menghantar mesej foto dari Diego Garcia adalah tidak benar...

Tidak ada tanda-tanda bahawa pesawat MH370 terbang dekat Maldives atau Diego Garcia, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang tidak disebut namnya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah dalam zaman BN

OLEH:  ZULKIFLI YAHAYA



KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.

Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.

Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

Maktab Mahmud

Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.

Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.

Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.

Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.

Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

Kisah AIU

Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.

AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

Malang rakyat Kedah

Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya. Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).
Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.

Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.

Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.

Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN. ~HD

MH370 - Siapakah Yang Bertanggungjawab Sebenarnya?

MH370: Siapa yang bertanggungjawab?

Azrai Izet, suami kepada seorang penumpang MH370, menulis kepada Astro AWANI meluahkan suara hatinya berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Terdapat kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian. Secara am, pihak mana yang seharusnya rasa bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian?

Secara spesifik, siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan pesawat?

2. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan industri penerbangan negara?

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ruang udara negara?

Setakat ini kita dapat melihat tiada pihak yang bersungguh-sungguh menyatakan rasa tanggungjawab terhadap mana-mana perkara.

Yang ada hanyalah penafian.


1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka tidak bertanggunjawab terhadap keselamatan pesawat awam yang terbang dalam ruang udara negara.

2. Tiada pihak rasa bertanggungjawab mengapa tiada kerjasama antara Pusat Kawalan Udara (ATC) penerbangan awam and ATM untuk mengesahkan status pesawat yang berpatah balik.

3. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila Panglima Angkatan Tentera menyatakan mereka menyedari pesawat dikesan radar melalui ulang tayang rakaman radar, hanya setelah empat hari kejadian berlaku.

4. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila dua penumpang menggunakan pasport palsu berjaya membolosi imigresen.

Menerusi sidang media yang kerap dikendalikan pada awal kejadian, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bahawa semangat yang ditunjukkan lebih kepada penafian tanggungjawab dan liabiliti, bukanlah perkongian maklumat ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Kerap kali kita dengar bahawa maklumat yang diminta adalah 'rahsia keselamatan negara' atau 'tidak boleh didedahkan kerana masih dalam siasatan dan boleh menjejaskan pendakwaan'.

Kebenaran yang hakiki

Di sebalik persoalan di manakah penumpang dan krew pesawat, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran yang mutlak terhadap perincian kepada apa yang telah terjadi. Walau berapa lama dan walau berapa kos, kita harus mendapatkan jawapan tersebut.

Tanpa jawapan tersebut, tiada jaminan peristiwa ini tidak akan berulang di masa depan. Jika harga 239 nyawa dan keluarga mereka tidak cukup, apakah jumlah nyawa yang cukup untuk kita mendapatkan jawapan tersebut?

Adakah setelah berulang sekali atau dua kali lagi peristiwa yang sama?

Atas harga 239 nyawa dan kesan terhadap keluarga yang terlibat, apakah pengajaran yang dapat kita ambil?

Saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu 239 ini terkorban sia-sia tanpa sebarang pengajaran. Kita mahu kepastian bahawa peristiwa ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

1. Apakah pembaharuan yang perlu dari segi keselamatan pesawat dan penumpang?

2. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan industri penerbangan negara?

3. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan ruang udara negara untuk penerbangan awam? Apakah aset ketenteraan tidak dapat digunakan untuk menjamin keselamatan awam?

4. Apakah pembaharuan kepada pelan bertindak sekiranya peristiwa yang sama berulang?

Keperluan keluarga mangsa

Seringkali kenyataan yang rakyat Malaysia dengar adalah MAS akan menjaga kebajikan keluarga mangsa. Namun kebajikan yang MAS berikan adalah berbentuk memujuk dan menenangkan keluarga. Hakikatnya keluarga hanya inginkan dua perkara pada peringkat ini:

1. Keselamatan penumpang dan krew

2. Mengetahui kebenaran mutlak terhadap apa yang telah terjadi serta segala perinciannya.

____________________

Azrai Izet ialah suami kepada Fadzilah Abd. Rahim, penumpang penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Mengapa musuh mudah lolos walaupun ada ESSCOM

Oleh MOHAMAD HUSAIN
(Ketua Penerangan PAS Sabah)

PAS Sabah memandang serius peristiwa penculikan yang berlaku pada 2 April 2014 lalu di Pulau Singamata Semporna, Sabah. Penculik yang melibatkan kumpulan bersenjata api dari luar negara itu telah melarikan seorang pelancong wanita berasal dari China manakala seorang lagi berasal dari Filipina yang juga merupakan pekerja resort peranginan berkenaan.

Ironisnya, penculikan ini berlaku hanya selang beberapa bulan daripada peristiwa sebelum ini yang terjadi pada 15 November 2013 apabila seorang lelaki warganegara Taiwan ditembak mati dan isterinya pula telah diculik.

Masih segar dalam ingatan kes yang menggemparkan negara pada tahun lalu lebih 200 orang bersenjata api mendarat di Tanduo, Lahad Datu. Sejak peristiwa itu, beberapa kali penceroboh cuba menyusup masuk ke perairan Sabah.

Mala petaka apakah yang menimpa negeri Sabah khususnya rakyat negeri ini? Nyawa terdedah kepada ancaman bahaya dan menggugat keselamatan.

Di manakah tanggungjawab pihak kerajaan terutama Kerajaan Persekutuan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam dan negara dari serangan musuh dan penceroboh?

RazakSAT hangus RM141.78 juta

Oleh ABD MALEK HUSIN

THAILAND negara ke-7 yang laporkan satelitnya mengesan objek di Lautan Hindi. Sebelum ini China, Amerika Syarikat, UK, Perancis, Australia dan Jepun.

Ops mencari dan menyelamat (SAR) mula cari dari Laut China Selatan. Kemudian Laut Andaman, Selat Melaka. Kini tumpu di selatan Lautan Hindi kerana mendapat laporan daripada satelit-satelit tersebut.

Berapa satelit di atas sana?

Sejak USSR lancar Sputnik-1 pada 1957, dah 6,578 satelit dilancarkan. Ada satelit negara dan ada milik swasta.

Sebanyak 6,578 satelit dilancar sejak 1957. Cuma 3,700 yang masih orbit keliling bumi.

Daripada itu, sebanyak 1,100 satelit masih aktif dan 2,600 sudah tidak berfungsi.

Apa fungsi satelit? Berfaedah membantu pelayaran, penerbangan, perhubungan, kajian sains, ramalan cuaca dan juga pertahanan. Ada juga satelit untuk urusan pengintipan!

Sebanyak 1,100 satelit masih aktif orbit. Menurut rekod antarabangsa, Amerika Syarikat (502), Rusia (118), China (116).

Pasca Arab Spring dan ”bahaya dari gunung”

Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD

ARAB SPRING yang melanda seluruh benua Arab sejak beberapa tahun lalu telah menyaksikan rakyat secara spontan bangkit dan keluar ke jalan-jalanraya menuntut hak dan kebebasan mereka.

Bermula dari Sidi Bouzid sebuah bandar kecil di Tunisia, ia terus merebak ke Moroko, Libya, Syria, Mesir dan negara-negra Arab lain. Tuntutan mereka adalah perubahan politik yang lebih besar serta kembali kepada asas sistem demokrasi yang bertunjangkan rakyat.

Perubahan ini juga telah memberi nafas baru kepada pertubuhan Ikhwan Muslimin. Gerakan ini yang telah sejak sekian lama dinafikan hak mereka, kembali bergiat secara terbuka dan berjaya menguasai kepimpinan politik di beberapa negara seperti Moroko, Tunisia dan Mesir. Di Mesir, Presiden Mubarak telah digulingkan selepas berlakunya kebangkitan rakyat yang keluar ke jalan-jalanraya membantah pemerintahan diktator beliau.

Namun perubahan ’Arab Spring’ ini amat menggerunkan pemimpin-pemimpin di negara-negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait, Jordan dan Arab Saudi. Ini ditambah lagi dengan apa yang dilihat sebagai ’kebangkitan semula Ikhwan Muslimin’ di dunia Arab. Negara-negara teluk yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini juga telah lama menjadi sekutu rapat pemerintah Amerika Syarikat dan Kuasa Barat.

Pemaju Perumahan kencing Rakyat, Cuba call Mukhriz tengok tentu dia dapat tolong..!!

'Kami tak akan pindah'

'Kami tak akan pindah'  
Rumah sementara di mana pemilik tanah ditempatkan sementara menunggu rumah mereka siap sejak 13 tahun lalu

LUNAS - Lima beradik yang tinggal di Kampung Seluang Atas kecewa dengan pemaju yang menjalankan pembinaan sebuah taman perumahan, di sini, apabila janji yang ditabur tidak dikotakan.

Menurut mereka, 13 tahun lalu pemaju berbincang dengan waris terlibat dan meminta 1/5 keluasan tanah di kawasan itu dijual bagi membolehkan projek pembinaan rumah dijalankan.

Seorang waris terlibat, Rodziah Ismail berkata, hasil perbincangan dibuat, keluarga sedia menjualnya bagaimanapun pemaju perumahan bersetuju untuk membina lima rumah di kawasan sama dan diberikan kepada pemilik tanah sebagai ganti wang tunai.

Menurutnya, ahli keluarga terlibat percaya dan membuat surat perjanjian untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

"Apabila pembinaan rumah hendak dijalankan, waris terlibat diberi wang sebanyak RM3,000 bagi tujuan berpindah dan membina sebuah rumah sementara untuk mereka diami sebelum rumah dijanjikan siap dalam tempoh dua tahun.

Arwah Ustaz Azizan pernah kata, Aku Hutang Hangpa Bayaq..Jika takbuat gitu pakai tak ada KUIN di Kuala Ketil

Kedah disaran cari alternatif lunas bayaran Kuin

Laporan Ketua  
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013

ALOR SETAR - Kerajaan negeri perlu mencari alternatif pembiayaan baharu bagi meneruskan bayaran tertangguh kepada kontraktor pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sekaligus mengelaknya dikenakan penalti.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 menyebut Kedah juga bersetuju membayar kos pembinaan RM327.7 juta dengan bayaran tertangguh sebanyak RM44.5 juta setahun selama 12 tahun.

Bagaimanapun, kaedah itu akan menyebabkan kerajaan negeri dikenakan bayaran penalti lapan peratus setahun.

"Berdasarkan maklum balas Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen)  pada 12 Januari 2014, proses rundingan dan perbincangan dengan pentadbiran negeri sedang dijalankan bagi mencapai keputusan terbaik.

Kepada Warga Emas nie, sila tepon Mukhriz tengok tentu depa dapat menolong..!!

Warga emas hidup dalam ketakutan

Warga emas hidup dalam ketakutan  
Che Ayub menunjukkan kediamannya yang uzur.

ALOR SETAR - Seorang warga emas, Che Ayub Yaacob, 66, yang tinggal sendirian selepas kematian isterinya mendakwa kian dihimpit kesulitan di kediamannya di Kampung Alor Gandak Limbong, dekat sini.

Difahamkan, warga emas itu kini hidup dalam ketakutan apabila rumahnya kian uzur akibat dimakan anai-anai, malah hanya menunggu masa rebah.

Lebih memilukan, dia terpaksa tidur di ruang dapur apabila bahagian rumah atas rosak, malah terpaksa menggunakan bilik air di rumah anaknya kerana tidak mampu membaiki.

Che Ayub berkata, dia bergantung kepada anak-anak yang tinggal berhampiran untuk  makan dan minum.

“Pak cik tidak bekerja mahupun memiliki pendapatan. Dahulu, pak cik sara hidup hasil kerja memproses ayam semata-mata.

Petunjuk baru: 'Mari terus berdoa', seru PM


Twitter PM 
 
KUALA LUMPUR - "Marilah kita sama-sama berdoa," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan Twitternya sebagai respons kepada mesej mengenai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
  
Beliau membalas tweet yang dihantar pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Hishammuddin menghantar tweet: "Melalui Angus Houston JACC (Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Bersama Agensi) memaklumkan kepada kami tentang dua isyarat baharu pagi ini. Kami agak lebih yakin".
    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...