TERKINI :

Wednesday, April 9, 2014

MH370 : Houston optimis pesawat akan ditemui dalam masa terdekat

MH370: Houston optimis pesawat akan ditemui dalam masa terdekat
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, berkata beliau optimis bahawa pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu akan ditemui di dalam masa terdekat.

Beliau berkata meskipun tidak begitu yakin sebelum ini, tetapi sekarang, keyakinannya kian bertambah.

"Saya kini optimis bahawa kita akan dapat mencari pesawat itu, atau apa yang tertinggal darinya, dalam masa terdekat," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.

Namun, Houston berkata pencarian untuk pesawat itu adalah tetap mencabar.

"Saya ingin mendapatkan bukti yang kukuh, bukti bergambar, untuk memastikan itulah tempat MH370 berakhir," katanya.

Budaya UMNO Sudah Meresap Dalam PKR?

Shahbudin Husin, 

Pemilihan pucuk pimpinan PKR akan berlangsung daripada 25 April hingga 11 Mei depan. Semua jawatan utama, daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketua sayap dan lain-lainnya, nampaknya bakal menyaksikan persaingan yang sengit kali ini.

Walaupun Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, kedua-duanya yang merupakan pasangan suami isteri, masing-masing telah mengemukakan pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden, tetapi dipercayai pertandingan tidak akan berlaku kerana salah seorang daripadanya akan menarik diri bila tiba masanya nanti.

Anwar sebelum ini telah mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden bagi mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, tetapi hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan sama ada dari segi undang-undang pertubuhan, beliau layak bertanding atau sebaliknya.

Jika didapati layak sudah tentu Anwar akan bertanding tetapi jika ada halangan dari segi peraturan, Dr Wan Azizah akan terus mempertahankan jawatan Presiden PKR yang disandangnya sejak parti itu ditubuhkan.

Di antara semua jawatan yang bakal dipertandingan itu, tumpuan tentunya lebih kepada jawatan Timbalan Presiden. Penyandang jawatan, Azmin Ali akan dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, Tian Chua (sekarang memegang jawatan Naib Presiden), K Rama dan Ganusegeran.

GST : Ahli Parlimen BAHAS dah, Parlimen pun LULUS dah, mai dengaq ULAMAK pulak BAHAS..!!

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam 
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
gst
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI
Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-

 1. Haramnya cukai secara mutlaq.
Mereka berhujjah berdasarkan dalil :

a.    Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.
Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.
    
b.    Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut
أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه
Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.

GST: Masuk wang di poket bocor!

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (RUU GST) 2014 diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan 218 undi menyokong dan 81 undi menentang.

RUU GST ditentang ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan hujah yang bernas namun apabila diundi melalui proses belah bahagi, Barisan Nasional (BN), dengan hujah yang dangkal masih menang dengan 218 undi.

Bagi pihak PAS, empat ahli Parlimen diberi peluang berhujah bermula Ahli Parlimen Shah Alam, saya sendiri, Ahli Parlimen Marang iaitu Presiden PAS dan Pokok Sena iaitu Datuk Mahfuz Omar.

Prinsip dalam percukaian adalah tiada percukaian tanpa perwakilan. Dengan BN hanya perolehi 47% undi popular, maka mereka hakikatnya bukan mewakili suara popular rakyat tentang GST.

Maka, bagaimana GST dikira suatu percukaian yang sah dan memenuhi prinsip yang saya katakan itu.

GST adalah cukai regresif. Cukai pendapatan sama ada individu atau korporat pula bersifat progresif.

Cukai progresif secara mudahnya bermaksud semakin tinggi pendapatan individu atau korporat, semakin tinggi cukai yang mereka kena bayar.

Isu Getah : Nak kena berdemo baru Kerajaan nak dengaq masalah rakyat, itupun baru kaji je..!!

Kerajaan kaji harga lantai getah selepas demonstrasi Baling

Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Baling Sabtu lepas. Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat. – Gambar dari blog Omakkau, 9 April, 2014.
Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Baling Sabtu lepas. Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat. – Gambar dari blog Omakkau, 9 April, 2014. 

Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu yang tidak stabil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.

"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Berita Dari Selangor Yang Tidak Disiarkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3..

Seramai 5,767 menerima pembiayaan Program Pinjaman Mikrokredit Bandar (MiMBAR) sementara 3,480 daripadanya dalam proses membuat pembayaran semula pinjaman.
Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, daripada jumlah ini sebanyak 23 peratus peminjam berjaya meningkatkan pendapatan mereka sekaligus mencapai sasaran dasar daripada kebajikan kepada berpendapatan.
Daripada peratusan ini, seramai 811 orang telahpun meningkatkan pendapatan mereka.
“Kalau dahulu pendapatan sekitar RM700 tapi sekarang yang mencecah RM3,000 hingga RM5,000 pendapatan bersih,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).
Sebagai contoh katanya, pengusaha kek dan roti, Arbaiyah Ahmad yang dahulu meminjam RM1,500 kini telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM5,000 sebulan.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah memiliki satu premis perniagaan sendiri dan dalam proses untuk menambah mesin dan peralatan.

AWAS !! MH370 sedang dihala ke jubur Anwar..!!


Propaganda Salahkan Anwar Dalam #MH370 Bermula. 




Kepala hotak Soz Cyili on Sunday, April 6, 2014
Apa benda la.

Yang sebarkan tue blog fitnah. Bukan blog pro PR. Tapi pro BN. Saja je nama blog dia macam pro PR tapi hakikatnya untuk kenakan dan fitnah PR.

Dan tersebar di wassap.

Then kat facebook pula.

Neh aku nak cakap, perkara kat bawah neh

FITNAH

Tak payah tanya ANWAR pun dah terang2 FITNAH.

Tak payah tunggu KEADILAN KELUAR STATEMENT RASMI pun dah tahu FITNAH.

Dia menyindir DSAI tue. Pasal DSAI kritik kerajaan sorokkan maklumat berkaitan #MH370. Itu citer sebenar dia. Hadoooii.

Nampak gayanya FAM tetap pakai 'enjin lama'..!!

Khabar angin bertiup kencang bahawa berkemungkinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hendak beri laluan di Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM bulan Mei ini. Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada muka-muka baru bagi menerajui FAM sebagai titik permulaan untuk mengubahkan kedudukan bolasepak negara supaya lebih maju dan sampai ke suatu tahap kita mampu layak bukan sahaja untuk Sukan Asia, Olimpik dan akhirnya Piala Dunia.
 
Kalau negara seperti Korea Selatan dan Jepun suatu ketika dahulu adalah saingan kita dan kita mampu kalahkan mereka, kini telah mencapai bertaraf dunia. Yang perlu ialah komitmen yang tinggi dan kena berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu dan tidak mustahil untuk mencapai cita-cita itu.Kita yakin boleh melakukannya.
 
Dalam masa yang sama disyorkan juga semua Pegawai-Pegawai Kanan dalam persatuan induk FAM juga dapat memberikan laluan agar kita berikan muka-muka baru mengisikan jawatan tersebut agar ianya mampu mengubahkan segalanya nanti.
   

Untuk Makluman Shahidan Kassim, Tindakan Musa Hitam Bukan Membuka Aib Namanya

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/03/musa-hitam-dan-mahathir.jpg Dalam usaha mempertahankan Mahathir Mohamad dan mengelakkannya daripada dijadikan bahan kecaman berikutan pendedahan Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri itu sebenarnya berada di dalam negara ketika berlakunya tragedi Memali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengingatkan bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalakkan umatnya supaya menutup aib orang lain dan sesiapa yang melanggarnya dianggap berdosa.

Dari segi moral, tutup aib orang dan Allah akan tutup aibnya di akhirat kelak. Saya ingat kalau hebat macam mana sekali pun, sebagai orang Islam elakkan daripada dedahkan aib orang dan sebagainya. Janganlah kebebasan bercakap mengurangkan pahala kita, demikian katanya di Parlimen.

Beliau memberi jawapan secara umum dan bersandarkan etika Islam itu ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamad Hanipa Maidin yang meminta beliau menjelaskan sama ada maklumat baru yang didedahkan oleh Musa Hitam berkaitan peristiwa Memali dan kenyataannya bahawa Mahathir berada di dalam negara dan bukan di China seperti tanggapan ramai sebelum ini, sebagai suatu kebocoran maklumat.

Usah ghairah jadi selebriti agama jika.......

Apr 09, 2014
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL

Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri, juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama.

Keberagamaan hari ini amat membingungkan.

Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30-an. Sibukkan diri dengan mengaji.

Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada kehidupan yang berisiko tinggi itu. Hakikat menjadi selebriti agamawan, kesilapanmu dipertahankan peminat, kebenaranmu dicemburui lawan. Selamatkah dirimu, tanpa ilmu yang jitu?

Justeru, dalam banyak keadaan, rebutlah kelebihan menjadi insan bertaqwa yang tidak dikenali. Viral, trend, populariti, ia adalah ujian yg berat. Mengapa engkau dengan sengaja menempa susah? Apatah lagi kesusahannya adalah beban yang jauh dari berbaloi.

Dua lagi isyarat ping dikesan

 
Pihak berkuasa Australia mengumumkan dua lagi isyarat ping berjaya dikesan semasa operasi mencari pesawat MH370 semalam.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyatakan, analisis ke atas isyarat tersebut menunjukkan ia “bukan berpunca dari sumber alam dan berkemungkinan berpunca dari alat elektrik tertentu”.

Ketua JACC Angus Young dalam sidang medianya hari ini menyebut, dua isyarat bunyi tersebut dikesan selang 1.106 saat, yang konsisten dengan isyarat dari perakam data penerbangan.

Data dari dua ping pertama itu diteliti di pusat analisis JACC di kapal HMAS Albatross mengesahkan bahawa isyarat tersebut "stabil, terang dan jelas" pada frekuensi at 33.3 kilohertz.

Houston berkata beliau perlu berhati-hati agar tidak memberi maklumat salah kepada keluarga penumpang MH370.

[Video] Ucapan AZMIN yang buat MP BN meroyan sewaktu wakil Autralia melawat parlimen

Apa NASIB MALANG lah lu orang Pengundi-Pengundi di Kawasan Parlimen Tanjong Karang mendapat seorang Wakil Rakyat seperti Datuk Seri Noh Omar ni beb, bercakap sudah lah bunyi MERIAM BULUH PECAH tapi masih ADA HATI nak TOLONG Azmin Ali untuk Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR... baik lah lu Cermin dulu Muka lu tu... kah kah kah !.

Oiiii... Noh Omar gua nak tanya lu ni beb, berapa Harga Pasaran LEMBU NFC... UDANG dan LINTAH DARAT pada masa sekarang ni. Apakah Harga nya masih BERTAHAN seperti masa lu jadi Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani satu ketika dulu atau Harga nya sudah Meningkat atau Menurun selepas lu tidak lagi menjadi Menteri ni Noh Omar... kah kah kah

Tangguh GST atau Rakyat bangun protest gergasi 1 Mei nanti..!!

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

https://lh3.googleusercontent.com/-fpZQ-QbcWH4/U0QB3xoLuJI/AAAAAAAADkE/5w5udcEkFTA/s2560/1396966054290.jpegSAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.

Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;

· Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.

Laporan Audit : Setakat panggil lepas tu heboh dalam media, namun hakikatnya duit rakyat yang lebur..!!

PAC: Jangan hanya panggil tapi tiada tindakan - Salahuddin

KUALA LUMPUR: Hasrat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil lima kementerian berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2013 janganlah sekadar satu formaliti sahaja, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin.

"Rakyat tidak mahu lagi ulang tayang apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini di mana tindakan PAC memanggil pihak-pihak yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara nampak sangat sekadar untuk melengkapkan siri tindakan formal sahaja dan selepas itu tidak kedengaran sebarang tindakan," katanya.

Semalam Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil lima kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kelima-lima kementerian berkenaan adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan.

Pesta Seks Telanjang : Pengajaran Kepada TOKEY PROGRAM SETAN & PENGUATKUASA

Niat berpesta liar tersekat

INILAH poster utama yang tersebar di internet berkaitan parti separuh bogel di Ampang, Kuala Lumpur Jumaat ini.

KUALA LUMPUR – Hasrat sebuah premis iaitu The Pool untuk menganjurkan parti separuh bogel pada 11 April ini tidak kesampaian apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup tujuh hari mulai semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Allah'Huakbar, Polis pun 'tahi dadah' apa cerita nie...!!??

14 polis 'tahi dadah'
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

http://skim-lencana-anti-dadah-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2009/08/s.jpg

IPOH - Seramai 14 anggota polis yang menyertai Kursus Pemantapan Intergriti di Kem Biro Tatanegara (BTN) Ulu Kenas, Kuala Kangsar dekat sini didapati positif dadah jenis syabu, pil kuda serta ganja selepas menjalani ujian saringan air kencing kelmarin.

Dalam ujian saringan yang dijalankan pada pukul 4.58 petang itu, seramai tujuh daripada anggota tersebut didapati positif dadah jenis amphetamine (pil kuda), lima syabu manakala dua lagi delta 9-tetrahidokabinol (THC) atau ganja.

Sering menguap tanda semakin tua


FAKTOR usia mempengaruhi individu untuk menguap.


KETIKA tubuh terasa penat, mengantuk dan bosan, biasanya seseorang akan menguap. 

Hal ini sebenarnya wajar, kerana menguap akan membekalkan kandungan oksigen yang lebih banyak ke otak, sehingga tubuh menjadi lebih bertenaga tetapi menguap terjadi disebabkan pertambahan usia.

Sebuah penyelidikan yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan di Universiti Duke membabitkan seramai 328 responden ditayangkan video individu lain menguap dan selang tiga minit selepas itu mereka yang menontonnya pula menguap.

Penyelidik mendapati, 68 peratus responden menguap ketika menonton video tetapi mengikut kategori usia.

Sebanyak 82 peratus responden yang berusia bawah 25 tahun menguap, sementara 60 peratus responden menguap pada kelompok usia 25 hingga 49 tahun dan hanya 41 peratus di kelompok usia lebih dari 50 tahun yang menguap.

Hasil kajian mendapati, faktor usia mempengaruhi variasi di dalam kajian ini tetapi penghidap autisme dan skizofrenia cenderung tidak mudah menguap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...