TERKINI :

Tuesday, April 8, 2014

Penang Bandar Seks : Hajat dihati nak perli Kjaan Negeri, tapi ketua polis negeri bangun membelanya..!

Polis nafi dakwaan NGO Pulau Pinang 'bandar seks'

GEORGE TOWN 8 April - Polis Pulau Pinang hari ini menafikan laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kajian dibuat oleh NGO berkenaan juga diragui kerana ia dijalankan pada tahun 2011 dan respondennya ialah pemandu teksi.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti NGO berkenaan dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

"Pada saya dakwaan itu memang tidak benar sama sekali kerana polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah menjalankan operasi dan boleh dikatakan setiap hari kami mengadakan operasi di kawasan hotel serta premis hiburan di negeri ini.

"Sejak tahun lepas kami telah pergiatkan lagi operasi iaitu sehingga purata lima kali sehari dalam usaha membendung kegiatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Cegah Jenayah bagi Sekolah Menengah Peringkat Pulau Pinang, di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid tawar RM501 kepada Teck Lee jika berani tamparnya

PUTRAJAYA 8 April - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik.

Ketirisan masih menjadi amalan kjaan BN

Membaca laporan audit bagi tahun 2013 yang dibentangkan hari ini, suatu kesimpulan yang nyata ialah maslah ketirisan, tidak amanah, sambil lewa, cuai dan mengutamakan kroni masih menjadi budaya di dalam kerajaan pimpinan BN yang hanya memperolehi sokongan undi popular sebanyak 47 peratus dalam pilihanraya umum lalu.

Masih kedengaran lagi berita-berita menyedihkan seperti projek gagal disiapkan mengikut jadual, nilai kontrak lebih tinggi daripada sepatutnya, pemberian kontrak kepada syarikat muflis, peralatan berhabuk dalam stor, bekalan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, syarikat yang dilantik lewat menyerahkan kutipan rumah PPR sehingga kerajaan menanggung kerugia, syarikat gagal menyiapkan projek dan sebagainya.

Walaupun menurut Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, laporan audit pada tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan pemantauan yang lebih ketat oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan, hakikatnya kerugian wang kerajaan masih banyak berlaku.

Dilaporkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri akan dipanggil dan 121 kes pula berkemungkinan berdepan tindakan, harapan orangramai ialah tindakan itu benar-benar menjadi kenyataan akhirnya.

Diharapkan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, isu berkaitan ketirisan dan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Audit ini hanya meriah menjadi mainan di media-media saja tetapi tindakannya "habuk pun tak ada" atau kalau ada tindakan pun hanya ikan-ikan bilis saja yang diambil tindakan.

Seperti dalam laporan audit tahun lepas misalnya, isu berkenaan penajaan artis K-Pop telah menjadi isu besar dan percanggahan sama ada ia ditaja atau dibayar oleh kerajaan begitu jelas. Tetapi, meskipun setelah banyak percanggahan ketara didedahkan kepada umum, akhirnya tiada apa-apa tindakan pun diambil.

Yang ada hanyalah janji daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa artis K-Pop tidak akan dipanggil lagi dalam sambutan Hari Belia, manakala menteri sebelumnya, Ahmad Sabery Cheek hanya sekadar memenuhi formaliti dipanggil memberi keterangan saja dan PAC akhirnya berpuas hati dengannya sedangkan laporan audit sebelumnya adalah sebaliknya.

Keadaan seperti itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan rakyat yang membayar cukai. Mereka mahukan kerajaan membuktikan ketelusannya dan tindakan yang diambil pula mestilah menampakkan kesan yang ketara.

Dengan janji PAC untuk memanggil lima kementerian dan 121 kes lagi bakal berdepan tindakan pada tahun ini, adalah diharapkan tindakan yang benar-benar berkesan dapat diambil dan menjadi hidangan yang menggembirakan bagi rakyat yang kini sedang berdepan dengan pelbagai kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian meninggi.

Sejak sekian lama, rakyat sebenarnya sudah letih menatap pelbagai berita mengenai ketirisan, penyelewengan dan salah laku setiap kali laporan audit dibentangkan, bahkan pernah dilaporkan ketirisan wang kerajaan menjangkau RM20 bilion setahun beberapa tahun lalu, namun tiada jua tindakan berbentuk pengajaran dan pencegahan yang konkrit diambil. (SH 07/04/2014)

MH370: Keluarga Sofuan tidak mahu diganggu media

MH370: Keluarga tidak mahu diganggu media  
Suasana di pekarangan rumah keluarga Mohamad Sofuan, malam semalam.
ALOR SETAR -  Ibrahim Abd Razak, bapa penumpang MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, belum bersedia untuk menemui media buat masa ini.

Ketika dikunjungi Sinar Harian di kediamannya di Jalan Kota Tanah dekat sini, malam semalam, beliau meminta supaya diberi ruang untuk tidak diganggu.

"Alhamdulillah keadaan saya baik... buat masa ini bagi saya masa, Insya-Allah kalau ada kelapangan nanti kita jumpa lagi," katanya yang enggan ditemuramah.

Ibrahim berkata, sejak kejadian kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu beliau sering ke rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk mengetahui perkembangan misi pencariannya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan majlis doa selamat pada malam ini.

Kelaku PPD arah tukar guru yang sokong pembangkang dah lama berlaku, tapi bila tanya tobat tak ngaku..!!

Isteri Husam antara lebih 80 guru diarah bertukar di Bachok, kata Pakatan
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
April 08, 2014

Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar), Datin Rohana Abd Rahman.

Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat dalam salah guna kuasa kerana menukarkan seramai lebih 80 guru di kawasan berkenaan.

“Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan salah guna kuasa PPD yang dikatakan sangat sahih menggunakan alasan pertukaran yang sangat tidak relevan seperti penyokong kuat PAS.

Akhirnya Laporan AUDIT 2013 telah mendedahkan "RAHSIA" apa yang berlaku pada KUIN

Audit: Hak milik tanah Kuin belum dipindah milik

ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan hak milik tanah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, Baling masih belum dipindah milik kepada kerajaan negeri Kedah sekalipun kos pembelian telah dilunaskan.

Laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat semalam, menyatakan kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada Darulaman Realty Sdn Bhd dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian ditandatangani.

"Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah Bilangan 15/2010 bersetuju bahawa tanah seluas 320 ekar yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga nilaian berjumlah RM15 juta perlu didaftarkan di atas nama State Secretary Incorporated (SSI).

"Pindah milik tanah kepada kerajaan negeri masih belum dibuat. Kesannya, kerajaan negeri tidak mempunyai hak selaku tuan tanah," kata laporan itu.

Unit Perancangan Ekonomi negeri (UPEN) dalam maklum balas kepada Ketua Audit Negara pada 12 Januari 2014, menyatakan proses pindah milik itu akan dilakukan sebelum hujung tahun ini.

BN Berhempas pulas DI PARLIMEN membalas jasa PENGUNDI PRU13

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

20 Jamadilakhir 1435H (Isnin) 7 April 2014

Tindakkan umNObarubN ketika menghadapi PRU13, Nampak mereka bN ini macam amat peka dengan hati nurani rakyat ketika itu. Makanya dikepalai sendiri pengerusi bN yakni DS Najib berjanji macam-macam dengan AKU JANJI yang menjadi janji capati. Diantaranya janji menjadi palsu tidak mau naikkan harga barang utama keperluan guna rakyat. Akhirnya selepas PRU13 dengan sokongan 47% sokongan umNObarubN menuboh kerajaan1Malaysia.

Saya melihat pedebat penyokong bN dalam parlimen menyokong GST dibincangkan sekarang, rata-ratanya mereka adalah taukeh pelbagai jenis taukeh yang menjadi kroni umNObaru dulu kini dan selama-lamanya urat dan rengkongnya menjadi tegang dan cekang menyokong akta GST yang dibentangkan baru-baru ini. Kenapa GSTdipaksa dan ditopak keatas rakyat jelata walau pun mereka adalah rakyat yang miskin dan sebaik GST dilaksanakan rakyat miskin tersebut akan berharapan besar berpindah menjadi papa kedana.

‘Bukan kita tidak diintip tapi gagal kesan initipan’

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kebimbangan terhadap kemampuan dan kemahiran negara dalam mengesan sebarang aktiviti pengintipan terhadap Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak boleh menafikan adanya aktiviti berkenaan, sebaliknya perlu melengkapkan tahap keselamatan negara.

Lebih-lebih lagi, tegas beliau selepas pendedahan pakar komputer yang pernah berkhidmat dengan CIA dan NASA, Edward Snowden berhubung dakwaan intipan agensi keselamatan negara Amerika Syarikat terhadap Indonesia, India, Mexico dan Perancis, dan termasuk Malaysia yang didakwa diintip Singapura.

"Saya fikir kerajaan ada maklumat lebih mengenai aktiviti tersebut, tetapi mungkin tidak mahu mendedahkan di parlimen ini atas dasar menjaga keselamatan dalam negeri.

"Cuma saya bimbang, jawapan menteri itu bukan bererti negara kita tidak diintip, tetapi bimbang kita gagal mengesan intipan, yang kita tahu negara kita ada kemungkinan besar terdedah dengan aktiviti tersebut oleh negara kuasa besar," tegas beliau ketika bangun mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Nik Abduh lagi, beberapa isu yang melanda negara membuktikan kelemahan tahap keselamatan negara, antaranya isu pesawat MH370, passport palsu, dan penculikan pelancong asing di Sabah.

Dengan Terlaksananya GST maka orang miskin makan Budu & Belacan sudah laa..!!!

‘Orang miskin tak kena GST, makan budu dan belacan’

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan alasan kerajaan bahawa barangan seperti budu dan belacan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dalam cuba memberi maksud ia 'tidak membebankan' orang miskin, sebagai menghina rakyat.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, alasan kerajaan itu bukan sahaja sebagai alasan simplistik untuk ianya diluluskan, tetapi lebih dari itu ia sebenarnya memberi maksud 'rakyat miskin boleh teruskan kehidupan dalam keadaan miskin mereka'.

"Inilah 'sumbangan' kerajaan kepada orang miskin supaya mereka hanya makan budu dan belacan letak limau nipis yang tidak dikenakan GST.

"Ibarat kata, orang miskin hanya makan budu dan belacan dan tak layak dapat benda-benda lain kerana pendapatan kamu tidak layak," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.

Laporan Audit: Ketirisan terus berlaku, Kerajaan BN macam buat tak nampak saja..!!

(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 7 APRIL: Pendedahan ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun tidak mendatangkan sebarang kesan positif berikutan tiada kesungguhan daripada kerajaan untuk mengatasi masalah itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, ketirisan kali ini melibatkan lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri hanya pendedahan maklumat semata-mata.

“Mereka (kerajaan) tidak ada kesungguhan untuk mengurangkan masalah yang berlaku walaupun laporan audit kali ini mencatatkan pengurangan permasalahan daripada tahun lepas, tapi kita tak nampak semua tu (ketirisan diselesaikan),

“Yang kita tahu, ketirisan terus berlaku dengan sengaja seperti pembinaan empangan bernilai RM343.55 juta diberikan kepada pengusaha yang tidak mempunyai pengalaman, tapi sampai sekarang kita tak nampak pun hasil,” ujarnya merujuk pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu yang lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

5 Pertuduhan keatas Mejer Zaidi dikatakan cacat oleh Mahkamah Tentera

Mahkamah Tentera tangguh sidang selepas setuju lima daripada tujuh dakwaan cacat

Mahkamah Tentera yang bersidang terhadap pilot Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membuat laporan polis kes dakwat kekal ditangguhkan selepas panel hakim sebulat suara membenarkan bantahan awal oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bahawa lima daripada tujuh tuduhannya cacat.

Presiden panel itu, Saadon Hasnan berkata, perkara ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya dua lagi dakwaan terhadap Mejar Zaidi Ahmad (gambar) akan dikekalkan.

Ketika membenarkan bantahan itu, ahli panel Zainorin Mohd Dom menjelaskan adalah meragukan sama ada terdapat keingkaran sengaja atas arahan oleh Zaidi.

"Lima dakwaan pertama tidak menyatakannya, dan terdapat kekaburan di situ," katanya.

Zanorin berkata lagi, tertuduh tidak boleh tidak patuh kepada Majlis Angkatan Tentera yang bukannya pegawai atasan kepada Zaidi.

Laporan Audit 2013 - Duit Hilang Lagi..!!!

Peralatan hospital RM2.58 juta 'tak dijumpai'

Sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, dikategorikan sebagai 'asset not found' (V4L) atau peralatan tiada di lokasi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L dan baki 419 peralatan tidak dapat disahkan status yurannya, sementara yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF telah dihentikan.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan pihak audit tidak dapat mengesahkan status peralatan itu kerana tiada daftar selenggara bagi memantau peralatan V4L, lapor Bernama.

MH370 - Ping Sana, Ping Sini, Pong Sana, Pong Sini.. Apa pun tak boleh..!!!

Menteri Umum Petunjuk Menggemparkan Dalam Misi Pencarian MH370

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa."Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu‎ Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.

Chegubard Dedah Teori Panas MH370 Kepada Media

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan rasa simpatinya dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang tidak diketahui nasibnya hingga kini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin peristiwa kehilangan pesawat MH370 ini merupakan tragedi yang amat malang.

“Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara,” katanya dalam posting blognya yang terbaru

Tambah Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Che’ Gubard, antara kelemahan yang dapat didedahkan adalah kejadian passport palsu dan sehingga kini persoalan itu terus menjadi persoalan misteri dan bagaimana secara mudah warga negara asing dapat memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu.

“Dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media,” jelas pengasas SAMM ini.

“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya dan rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa kapal selam yang dibeli tidak berkemampuan.

“Apabila kes ini muncul beberapa negara telah menghantar kapal selam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya dan juga beberapa pimpinan politik seperti Lim Kit Siang telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya dan menteri tersebut telah menjawab bahawa Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.

“Operasi yang boleh dilakukan oleh kapal selam negara adalah kita adalah operasi mencari bukannya operasi mencari dan menyelamat,” ujarnya.

Tidak miliki sistem sonar

Dikatakan bahawa kapal selam negara kita, tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakkan bot nelayan laut dalam turut miliki sistem tersebut.

“Kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal adalah hanya untuk menghalalkan pembelian sumber pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri.

“Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu,” ujarnya.

Selain itu juga, sistem radar yang dimiliki oleh sistem pertahanan negara juga begitu lemah kerana kebocoran sempadan darat, sempadan air dan sempadan udara juga turut bocor.

“MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak.

“Ini amat memalukan,” katanya yang kecewa.

Jelasnya lagi, lebih memburukkan keadaan adalah kenyataan menteri yang berbelit-belit dalam menerangkan kepada rakyat.

Bermula dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak seterusnya kenyataan sepupunya yang juga merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah konsisten dan terus menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia.

“Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

“Kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa,” katanya.

Desak PM lebih tegas

Ekoran kejadian yang berlaku, pihak SAMM mendesak perdana menteri untuk menjadi lebih tegas.

“Rahsia mengenai wujudnya satu ‘kargo’ misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut telah terbuka, maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya. ~fmt

Kes Raba Pelajar UiTM: Ini "Jawapan" Prof Izzi...


Kuala Lumpur – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”


Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

klik untuk lebih jelas

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan. -malayazoom

ULASAN GB

GB tidak tahu apa maksud pensyarah berkenaan hendak sampaikan dengan menyampaikan sepotong ayat :

“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Apakah ia sebagai peringatan kepada pelajar yang menuduhnya, atau kepada dirinya sendiri, atau kepada semua orang yang sedang memperkatakan isu hangat tersebut. GB ambil jalan gtengah bahawa ia adalah untuk semua.

Jika beliau tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pelahar berkenaan, maka tidak apa pun yang perlu dirisaukan. Fitnah tidak akan dapat merubah dan merobek kebenaran.

Namun jika perkara yang didakwa oleh pelajar berkenaan itu adalah benar, maka menjadi kewajipan kepada beliau untuk memohon maaf kemudian bertaubat dengan Allah swt untuk tidak mengulangi perkara tersebut. Ia mudah diselesaikan tetapi memerlukan keberanian, keikhlasan dan kejatian diri yang tinggi untuk membuat pengakuan dan berani untuk mengambil tindakan mengubah sikap kepada yang lebih baik. Bukankah beliau seorang yang sering memberikan motivasi kepada orang lain? Maka beliau sebenarnya kini diuji dengan apa yang beliau sendiri ajarkan dan serukan kepada orang lain..... iaitu keberanian untuk memperakui bahawa kebenaran itu kebenaran...

Sesungguhnya tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan daa tidak ada manusia nyang tidak berbuat dosa dan salah. Dan sebaik-baik mereka yang berdosa dan bersalah ialah yang bertaubat.

Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).

Wallahu 'alam.

[greenboc]

Ribut: 50 rumah di Alor Setar rosak

ALOR SETAR - Lebih daripada 50 buah rumah dan sebuahrumah flat yang keseluruhannya dihuni kira-kira 200 anggota keluarga di empat buah kampung di sini mengalami kerosakan teruk selepas bumbung rumah tercabut akibat dilanda ribut petang tadi.

Abdul Manaf Romli, 64, berkata kejadian itu berlaku dalam tempoh 10 minitsahaja dengan kehadiran ribut berserta hujan hingga menerbangkan bumbung rumahnya sejauh 200 meter.

Katanya ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu beliau sedang berehat bersama isteri, seorang anak perempuan dan seorang cucu perempuan di ruang tamu apabila mereka terdengar angin kencang bersama bunyi atap zinkdari rumah jiran lain yang menghempas bumbung rumahnya.

"Kami terdengar angin kencang bersama bunyi atap zink dari rumah jiran lainyang menghempas bumbung rumah kami. Tidak lama kemudian sebatang kayu dari pokok berhampiran rumah tumbang pada bumbung rumah kami mengakibatkan cucu saya SitiNorbaya Che Azlan, 3, cedera di kepala," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Telaga Bata di sini.

Abdul Manaf berkata mereka sekeluarga bergegas menyelamatkan diri dengan keluar rumah dan pergi ke rumah saudara yang terdekat.

Menurut beliau, kejadian sedemikian adalah kali kedua berlaku sejak tujuh tahun lepas dan beliau mengalami kerugian lebih RM20,000 selepas pelbagai barangan elektrik serta perabot rosak.

Mohd Sabri Don, 48, yang berada di sebuah surau ketika kejadian berkataakibat terlalu panik beliau bertindak melaungkan azan selepas melihat bumbung rumah berterbangan.

Katanya walaupun rumahnya mengalami kerosakkan teruk namun tetap bersyukur kerana kesemua anggota keluarganya selamat.

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu adalah Kampung Telaga Bata, KampungAlor Gandar Limbong, Kampung Alor Gandar Tajar, Kampung Tanjung Inggeris dan Flat Setia Jaya yang berada dalam daerah Kota Setar. - Bernama

Kes wanita diculik dekat Kuala Ketil selesai, bukan culik tapi ikut pakwe dia..!!

Kes bakal pengantin hilang selesai
 Kes bakal pengantin hilang selesai
Laporan Sinar Harian bertarikh 23 Mac lalu.


ALOR SETAR - Kes seorang wanita yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil tiga hari sebelum majlis akad nikah dianggap selesai.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, wanita itu sendiri sudah membuat laporan polis di Ipoh, Perak akhir bulan lalu.
 
Beliau berkata, laporan polis itu menyebut bahawa wanita berkenaan mengakui tidak diculik sebaliknya mengikut teman lelakinya ke tempat lain.
 
“Dia buat laporan polis mengatakan bersetuju untuk ikut teman itu ke satu tempat dan sudahpun berkahwin dengan teman lelakinya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurutnya, laporan polis itu dibuat supaya pasangan berkenaan tidak lagi diganggu oleh mana-mana pihak.
 
“Berdasarkan laporan dan keterangan wanita itu, kes dianggap selesai dan kertas siasatan berhubung orang hilang ditutup,” katanya.
 
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita dalam lingkungan usia-20 didakwa diculik di depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil tiga hari sebelum majlis akad nikah.
 
Menurut laporan itu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta.
 
Siasatan polis mendapati wanita itu mempunyai teman lelaki lain sebelum bertunang dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Mac lalu sebelum dilaporkan hilang.
 
Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang yang berpunca daripada masalah dalaman keluarganya.

Surau Nurul Iman perlu sumbangan


Surau Nurul Iman perlu sumbangan
Ketiadaan pagar menyebabkan Surau Nurul Iman di Kampung Masjid, Naka terdedah kepada pencerobohan haiwan ternakan.

NAKA - Jemaah Surau Nurul Iman, Kampung Masjid dekat sini merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan bagi membina pagar surau.

Setiausahanya, Abd Fatah Ahmad, 52, berkata, surau yang berusia enam tahun itu memerlukan sumbangan bagi membina pagar untuk menghindari ternakan masuk dan mencemar rumah ALLAH itu.

Katanya, pihaknya tidak dapat mengawal ternakan yang terbiar hingga kawasan persekitaran itu dicemar dengan najis binatang.

“Jemaah surau di sini berharap ada pihak dapat menghulurkan sumbangan bagi membina pagar supaya dapat mengawal binatang ternakan yang masuk ke surau ini. Keadaan ini terjadi kerana kadang kalanya pintu surau itu tidak tertutup menyebabkan ternakan seperti ayam dan kambing memasuki surau,” katanya.

Di samping itu juga, pihak jemaah juga turut memerlukan tangki air.

Katanya, setiap kali musim kemarau kampung itu akan berhadapan dengan masalah air untuk jemaah mengambil wuduk. Dengan adanya tangki menyimpan air, masalah itu diharap akan dapat diselesaikannya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghantarnya menerusi akaun CIMB Islamik di atas nama Surau Nurul Iman di akaun 02060000097209.

Dendangan Lagu Lama Berkenaan Laporan Audit bermula, sana bocoq sini lubang..!!

Audit: Peralatan rosak tetap dibayar
RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Laporan Ketua

KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengenalpasti banyak kelemahan dikenalpasti dalam pengurusan perkhidmatan kejuruteraan peralatan perubatan (BEMS) di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan.

Menurut Tan Sri Ambrin Buang, sebanyak 829 peralatan bernilai RM 11.19 juta yang dibatalkan belum dihentikan yurannya.

Selain itu, kata Ambrin, Penyenggaraan Berjadual (PPM) juga tidak dilaksanakan antara 12 hingga 32 bulan.

"PPM tidak dilaksanakan antara 12 hingga 32 bulan namun sejumlah RM 1.68 juta yuran masih dibayar bagi 113 peralatan yang tidak disenggara itu.

"Sebanyak 16 peralatan masih dibayar yuran bulanan walaupun peralatan berkenaan telah rosak atau tidak digunakan melibatkan bayaran berjumlah RM2.56 juta," katanya.

Melalui laporan Audit itu juga, sebanyak 445 peralatan yang bernilai RM2.45 juta dikategorikan sebagai 'aset not found' dan 26 daripadanya masih dibayar yuran perkhidmatannya berjumlah RM9,346.

Manakala 419 lagi peralatan itu tidak dapat dipastikan status yurannya.

Laporan itu juga menyebut ada peralatan yang dibayar yuran bulannnya sebanyak dua kali.

"Semakan Audit terhadap semua senarai 'variation order' yang diluluskan mendapati yuran perkhidmatan BEMS bagi 19 peralatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKK) dan 37 peralatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang telah dituntut dua kali.

"Berdasarkan perkiraan Audit, jumlah yuran lebih dibayar bagi keduanya adalah RM 43,650," katanya.

Beliau menyarankan pihak kementerian memastikan yuran bulanan bagi peralatan yang dituntut dua kali itu dihentikan.

Manakala bagi yuran terlebih bayar perlu dibuat tuntutan balik segera.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...