Kerajaan miliki kuasa selesai isu harga getah  
Peserta himpunan setia mendengar ucapan Hadi walaupun hujan lebat. - Foto Sinar Harian
BALING - Kerajaan mampu atasi masalah penurunan harga getah yang kini sekitar RM2.20 sekilogram berbanding keadaan sebelumnya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan dan mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan kuasa.

“Mengapa boleh berlaku penurunan harga  sedangkan permintaan terhadap bekalan getah semakin hari semakin meningkat? Banyak produk menggunakan getah dan perkara ini tidak seharusnya berlaku.

“Ini menandakan ada kesilapan dan kesalahan yang berlaku dalam pengurusan berkaitan harga getah. Alasannya adalah kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama iaitu penyelewengan yang berleluasa,” katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat sempena memperingati peristiwa demonstrasi Baling 1974, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, kerajaan perlu lebih peka terhadap masalah melibatkan rakyat, terutama penduduk Baling yang majoritinya penoreh getah.

“Sebenarnya kerajaan boleh selesai masalah ini dengan bertindak terhadap penyangak ekonomi yang mengambil kesempatan.