TERKINI :

Saturday, April 5, 2014

Umno buat surau, Menari pun buat juga..

MUAR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini.

Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat.

"Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah.

"Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.

"Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib.

Kalau PR pecah, BN jadi k'jaan selama-lamanya

MUAR: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, kesepakatan PAS, PKR dan DAP adalah senjata paling ampuh untuk menumbangkan kerajaan BN.

Berucap sempena malam perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini malam tadi, beliau menegaskan perlunya ketiga-tiga parti ini menjaga keakraban ini jika mahu perubahan politik berlaku di negara ini.

"Kita kena sedaya upaya jaga keakraban ini. Kalau DAP, PAS dan PKR tidak duduk bersama, BN akan jadi kerajaan selama-lamanya.

"Kita kena minta bukan Melayu untuk undi PAS, dan orang Melayu pula boleh undi DAP.

"Kalau ini terus berlaku, maka percayalah, BN akan hancur," kata beliau.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu membuktikan betapa gabungan ketiga-tiga parti berjaya menarik sokongan rakyat terbanyak apabila menang undi popular 52 peratus.

MH370 peluang bangkit dengan 'reset button'

Apr 05, 2014
DR DZULKEFLY AHMAD

1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.

Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.

2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70% saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.

3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.

4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.

Kapal China Kesan ping, belum disah berkaitan MH370

Xinhua dan CCTV melaporkan bahawa kapal China Haixun 01 telah mengesan isyarat sekali sesaat pada frekuensi 37.5 kilohertz, yang konsisten dengan 'pinger' kotak hitam.

Ia dikesan pada 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur - kawasan di Lautan Hindi di luar Australia.

Bagaimanapun, laporan itu mengingatkan bahawa kaitan antara isyarat itu dengan dan MH370 masih belum disahkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.

"Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia," katanya.

Kerajaan tidak ambil iktibar siri ceroboh di Sabah

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melahirkan rasa terkilan dengan peristiwa penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.

“Kami merakamkan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap semuanya akan berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya merasakan insiden pada kali ini merupakan satu lampu merah kepada rakyat Sabah agar lebih berhati-hati untuk mempercayai janji Kerajaan Pusat bahawa masalah keselamatan di Sabah akan terjamin melalui pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Kami merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Tanduo tempoh hari,” katanya lagi.

Hal ini, ujarnya seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu.

Mana pergi satelit, radar yang canggih dari AS..?


Mana pergi satelit, radar AS?  
Amerika mempunyai sistem radar tercanggih di dunia.

SHAH ALAM – Sejak kehilangan pesawat MAS MH370 8 Mac lalu, beberapa negara telah mendedahkan penemuan satelit mereka yang menunjukkan objek berpotensi dikaitkan dengan  pesawat berkenaan.

Negara-negara tersebut ialah Australia, Perancis, Thailand, Japan dan tidak ketinggalan United Kingdom melalui satelit Inmarsat.

Namun, agak menghairankan apabila negara yang mempunyai rangkaian satelit tercanggih di dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) langsung tidak berkongsi penemuan satelit mereka.

Seperti diketahui juga, AS merupakan negara yang paling mendahului dalam bidang penguasaan teknologi, termasuklah peralatan dan pesawat canggih yang pastinya mempunyai keupayaan untuk mengesan di mana sesebuah pesawat berada.

Sebagai contoh, AS memiliki dan melancarkan satelit reconnaissance (pemantauan) paling banyak dengan kemampuan yang boleh menjangkau luas seluruh pelosok dunia.

Malaysia Tanpa UMNO/BN..!!!

HARAPAN RAKYAT: MALAYSIA TANPA UMNO/BN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Jika Umno/BN dan fikrahnya tiada lagi di bumi Malaysia, kita akan mendapati suatu pentadbiran baru dengan nafas dan fikrah yang baru. Tanpa Umno/BN memerintah, apa yang kita akan dapat?

AGAMA:

1) Islam sebagai agama rasmi; hukum syariat akan dilaksana sepenuhnya secara berperingkat.

2) Dakwah Islamiyah dilaksana secara harmoni dan terbuka.

3) Zakat di-utilize sepenuhnya, mengurangkan kemiskinan secara agresif.

4) Promosi akhlak Islamiyah di media-media dan billboard, serta mengharmonikan iklan-iklan produk syarikat sesuai dengan tuntutan Islam dan kemanusiaan.

5) Membanteras kezaliman menurut hukum syariah dan sivil secara bersepadu.

6) Bukan Islam boleh memilih untuk melantik pakar agama masing-masing untuk mengurus hal-ehwal keagamaan mereka.

Sykt. Minyak Milik Anak Mahathir, PETRON menindas 400 pengusahanya dengan caj tambahan

Kira-kira 400 pengusaha stesen minyak Petron minta kerajaan bertindak

SUNGAI BULOH 5 April - Kira-kira 400 ahli pengusaha stesen minyak Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (Petron Malaysia) meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat berkenaan yang mengenakan caj tambahan ketika memperbaharui lesen bagi mendapatkan bekalan.

Pengusaha Stesen Minyak Petron Sungai Buloh, Datuk Alang Zari Ishak berkata, majoriti pengusaha stesen minyak itu tidak bersetuju dengan tindakan syarikat berkenaan yang didakwa melanggari perjanjian awal.

"Pengusaha menyatakan tidak setuju ke atas kenaikkan kadar tersebut bersandarkan fakta.

"Surat dari kerajaan bertarikh 3 Januari 2001 dan 22 Mac 2006 dengan khusus dan jelas tidak membenarkan pihak syarikat minyak mengenakan sebarang caj tambahan ke atas pengusaha tanpa kebenaran kerajaan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir dalam pesawat AirAsia ke Alor Setar yang dilencongkan ke Pulau Pinang

Pesawat AirAsia ke Alor Setar dilencong ke Pulau Pinang
Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR SETAR 5 April - Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang yang sepatutnya mendarat di sini pagi tadi telah dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.

Menurut salah seorang penumpang pesawat terbabit yang tidak ingin dikenali, pesawat AK6012 itu berlepas dari LCCT pada pukul 7.05 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini pukul 8.05 pagi.

''Sebaik sahaja memasuki ruang udara negeri ini kami dimaklumkan kapten juruterbang bahawa pesawat terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Pulau Pinang akibat cuaca buruk,'' katanya di sini hari ini.

Difahamkan pesawat terbabit turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dijadualkan menghadiri satu program di Gurun pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Adakah kapal selam kita akan jadi biawak hidup..?

Selepas 30 tahun, keluarga Memali masih cari jawapan, mahu penyelesaian

Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Selepas hampir 30 tahun, mereka yang terselamat daripada tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat pegawai polis mahukan keadilan bagi mereka yang kehilangan nyawa dan kebenaran mengenai mengapa ianya berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.

Harapan ini berpunca daripada pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam minggu lepas mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika insiden itu berlaku, bercanggah dengan laporan media dahulu yang mengatakan beliau berada di China.

Sekarang mereka ingin ketahui apakah peranan Dr Mahathir dalam insiden itu.

MH370: Kos mencari cecah RM160.8 juta, termahal dalam sejarah? Siapa yang bayar..??

Kos Pencarian

Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media.

Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370

 
MH370 Selepas hampir sebulan berlalu, dengan maklumat yang tidak banyak, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk mengisi kekosongan maklumat itu dalam usaha untuk menjelaskan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Malah terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori tersebut.

"Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?" soal beberapa pengguna Twitter.
                      
Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas - sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas - dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.

Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500

 
Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.

Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru.

Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.

Apabila Tun Mahathir "dibelasah" oleh bekas orang kuat beliau suatu ketika dahulu...


Siapa boleh terfikir akan berlaku seperti ini... segalanya muncul sedikit demi sedikit...

Adakah ESSCOM gagal, buktinya perairan Sabah tetap dibolosi..!


Esscom mampu mantap pertahanan negara


KOTA KINABALU - Seorang aktivis masyarakat dan hak asasi manusia optimis Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang kini diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek mampu memantapkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Datuk Patrick Sindu berkata sejak penubuhan Esscom pada 1 April tahun lepas, tiada lagi pencerobohan pengganas Sulu yang berlaku, yang kejayaan itu adalah selaras dengan aspirasi pewujudan Esscom dan wawasan kerajaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah.

"Namun ramai lagi yang tidak mengetahui peranan atau bidang kuasa sebenar Esscom. Saya dimaklumkan Esscom hanya mempunyai kuasa menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga keselamatan rakyat di Esszone.

Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: April 4, 2014

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...