TERKINI :

Thursday, April 3, 2014

Pejabat UMNO Kedah kena conteng lagi.. untuk rekod dulu pun dah kena dah..!!!

pejabat umno Kedah diconteng cat merah....hahaha...untuk rekod...ini bukan kali pertama ia berlaku....kejadian hampir serupa berlaku beberapa tahun lepas...aku tak ingat tarikh tepatnya....tapi setahu aku, tidak ada seorang pun yg berjaya diberkas walaupun semua tuduhan dihalakan kepada PAS.... yg sebetoinya thah thah puak depa sendiri yg buat....taik boh kat PAS....mana lah tau he he..

Utk makluman, bersebelahan pejabat umno Kedah adalah Bank CIMB...sudah tentu depa ada CCTV dan begitu juga kawasan sekitaran nya ada Agro Bank, Hotel, Bangunan KWSP dan pelbagai premis perniagaan lain.... sudah tentu semua premis ini punya CCTV yg berfungsi dengan baik....hahaha...kalau berani....dedah mai laaa....kita pakat tengok rupa puak2 mana.....[fb]

Mukhriz Bidas Tindakan Conteng Bangunan Umno Kedah, Minta Anggotanya Rasional

Umno Kedah
Setiausaha Kerja Umno Kedah, Haris Che Mat menunjukkan perkataan 'RE4MASI 2.0' yang diconteng pada bangunan Umno negeri di Alor Setar. Foto G.C. TAN / THE STAR

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir membidas tindakan pihak tidak bertangungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar bagi menempatkan ibu pejabat Umno negeri.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, tindakan menconteng dinding itu bukan sekadar mencerminkan kedangkalan minda perlakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Cerita manggis... bukan yang dalam MH370 tau..!!!

 – Harris Nasril


Sudah tau petunjuknya!
Buah manggis!
Mari cari susur jalannya!

Ahmad, suspek 1

Ahmad: "Sayalah orang yang masukkan manggis ke dalam lori!"
Penyiasat: Siapa yang bawa lori?
Ahmad: Ah Tong, tinggal di Klang.
Penyiasat: Ada alamat dia?
Ahmad: Ini dia.

Ah Tong, suspek 2

Penyiasat: Siapa suruh lu angkat ini buah manggis?
Ah Tong: Itu kebun punya boss lo. Gua angkut dekat kebun dia la.
Penyiasat: Siapa nama dia?
Ah Tong: Murali.

Misi Mencari MH370 Satukan Dunia Bagi Satu Matlamat

PERTH: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di sini Khamis bahawa misi mencari pesawat Malaysia yang hilang telah menyatukan 26 negara di dunia bagi satu matlamat.

Rakan sejawatan Najib dari Australia Tony Abbott turut senada dengan menyatakan negaranya berikrar untuk meneruskan misi pencarian tanpa sebarang tempoh ditetapkan.

"Kami tidak akan berputus asa dan mengalah," kata Najib dalam sidang media bersama di sini Khamis.

Najib mengadakan pertemuan dengan Abbott dalam rangka lawatan kerja dua hari beliau untuk meninjau lebih dekat misi mencari yang sedang dilakukan di bandar raya barat Australia ini, bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Najib mengucapkan terima kasih kepada kesemua 26 negara terlibat dalam operasi mencari, khususnya Australia bagi apa yang beliau sifatkan sebagai reaksi spontan dan sedia menyahut permintaan Malaysia bagi membantu misi pencarian itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua negara, atas komitmen mereka untuk membantu mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, dan semua anggota pasukan mencari yang merisikokan segalanya untuk mencari dalam keadaan laut bergelora dan cuaca buruk di Lautan Hindi.

Najib berkata beliau menghargai komitmen Australia yang disifatkan sebagai "sahabat amat bernilai" Malaysia atas iltizam negara itu untuk meneruskan misi mencari tanpa sebarang tempoh ditetapkan.

Beliau berkata Australia turut menerima pelawaan Malaysia untuk turut serta sebagai wakil bertauliah dalam penyiasatan mencari pesawat yang hilang itu.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pada Khamis, Abbott menyatakan komitmen negaranya untuk meneruskan misi mencari "walaupun ia mengambil masa yang lama".

"Ia merupakan misi mencari yang paling sukar pernah dilakukan," katanya dan menurutnya operasi mencari adalah berdasarkan maklumat dikumpul oleh pakar daripada data satelit.

Beliau menasihatkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal supaya bersabar.

MH370 - Akhirnya....adakah rakyat akan mula melupakannya..??

Pusat media MH370 ditutup minggu depan

 

Pusat media berhubung perkembangan MH370 di di Kuala Lumpur akan ditutup pada 7 April ini, sebulan selepas kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu.

Menurut kementerian pengangkutan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pasukan petugas teknikalnya pada hari ini.

“Semua kenyataan media (jika ada) bermula 8 April 2014 ke depan akan dikirim terus e-mel terus media yang diberikan kepada pusat media.

“Jika sidang media diperlukan, media akan diundang melalui notis,” menurut kenyataan kementerian hari ini.

Selepas sebulan, isyarat daripada kotak hitam pesawat tidak akan dapat lagi dikesan.

Laksana 'cukai maha kaya' dulu sebelum GST kata MP Pakatan kepada Kerajaan BN

Laksana 'cukai maha kaya' dulu sebelum GST

 
MP Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mempertimbang bagi melaksanakan tiga cukai yang telah dilaksanakan negara maju sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Menurutnya yang juga pengarah strategi PKR, cukai itu antara lain dapat menambah pendapatan negara sekali gus mengelakkan membebankan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah jika GST dilaksanakan.

Tiga cukai itu antaranya Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.

Membahaskan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat petang ini, Rafizi berkata cukai tersebut telah dilaksanakan di negara maju tetapi tidak dilaksanakan di negara ini.

Malah beliau memberi contoh untuk mudah penjelasannya dan perbahasannya.

Mengulas 'cukai atas pertambahan nilai', dengan memberi contoh, jika beliau memegang saham dalam satu syarikat dan kemudiannya mendapat keuntungan daripada harga saham naik mendadak itu, maka ia dinamakan laba modal (capital gain).

UMNO KEDAH jadikan Selawat sebagai perisai kegagalan mereka perjuangkan hak rakyat termiskin

Anak kita makin kurang ajar..!!

ABDUL JALIL ALI

Photo: Yang mana lagi berkesan??

»»»»» Kata-Kata Hikmah «««««WALAUPUN marah dan kecewa, tidaklah boleh saya menyalahkan peraturan dan undang-undang Sweden. Kita kena menghormati dan mematuhi undang-undang orang lain, sama seperti kita mahu orang lain menghormati dan tidak mencampuri urusan undang-undang kita.

Sebagai rakan senegara simpati amat saya kepada Azizul Raheem Awalludin, dan isterinya Shalwati Nor Shal, yang masing-masing dihukum penjara 10 bulan dan 14 bulan, oleh Mahkamah Daerah Solna negara itu, 28 Mac lalu.

Tidak sahaja hukuman penjara, si suami juga diperintahkan membayar ganti rugi 67,200 SEK (mata wang Sweden) @ RM33,900, sementara si isteri kena 36,400 SEK @ RM18,362.

Mereka didakwa atas kesalahan mencabul integriti dan mendera anak-anak mereka –Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8. Seperti yang dijelaskan pasangan tersebut memukul anak-anak kerana mereka enggan solat.

Dalam Islam – juga dalam budaya Melayu di negara kita – merotan anak untuk mengajar adalah dibenarkan. Islam telah menetapkan kaedah merotan untuk peringkat-peringkat usia kanak-kanak.

Tentu sekali merotan untuk mengajar anak, bukan satu penderaan. Pukulan suami-isteri tersebut ke atas anak-anak tentu tidak mencederakan. Malah Hakim Mattias Moller dalam perbicaraan tersebut sendiri mengakui bahawa kekasaran yang dilakukan terhadap kanak-kanak itu bersifat kecil.

Namun beliau menegaskan, walaupun kecil kesalahan tersebut diputuskan mahkamah sebagai satu pencabulan serius terhadap integriti mereka yang melibatkan keganasan berulang dan sistematik.

Apa di sebalik skrip MH370?

Oleh Arif Atan
RAKYAT banyak kali diingatkan supaya tidak berspekulasi tentang kehilangan pesawat MAS MH370. Namun, masuk pencarian hari ke-17, Perdana Menteri sendiri berspekulasi mendakwa lokasi MH370 itu “berakhir” di Lautan Hindi.

Dalam tempoh beberapa jam selepas sidang media Najib Razak jam 10 malam itu, portal antarabangsa hangat dengan cemuhan pembaca masing-masing.

Penelitian Harakah ke atas komentar pembaca dalam akhbar atas talian, seperti The Telegraph, Daily Mail dan The Guardian sahaja menunjukkan pihak Barat tidak percaya apa yang keluar dari mulut Najib.

Masyarakat di Britain dan Amerika Syarikat rancak memperkatakan senario yang dianggap paling misteri dalam industri penerbangan dunia menggunakan teori sains ketika banyak pihak masih berdiam diri melihatkan beberapa kali penampilan bomoh berlencana 1Malaysia mengusung buah kelapa dan teropong buluh di KLIA.

Soal bukti menjadi perkara paling mereka tuntut daripada kerajaan Malaysia. Tidak terkecuali ahli keluarga bagi 153 penumpang warga China yang berarak meluahkan rasa marah di Kedutaan Malaysia.

MH370 – Perjalanan Akhir Ke Piala Dunia

Oleh Mizichi

"Assalamualaikum Sebagai rakyat biasa yang mengikuti laporan tragedi MH370 setiap hari, saya cuba bersikap adil kepada semua pihak khasnya MAS, Kerajaan Malaysia, Kerajaan China, waris dan sahabat mangsa yang terbabit. Untuk mencari pencerahan bagi merungkai misteri ini banyak kajian dan pendapat perlu diambil kira.

Malangnya semua pendapat, teori dan spekulasi hanya terarah pada mencari objek pesawat MH370, tuduh menuduh dan pihak mana yang mesti bertanggungjawab tanpa meneliti moral pada kisah ini sebagai pengajaran.

Saya percaya kalau kita banyak membaca buku-buku Sherlock Holmes pasti dapat membantu membuat keputusan. Tetapi bagi untuk menenangkan semua pihak, kita anggap ini sebagai ketentuan tuhan, bersabar dan reda.

Bagaimana reaksi keluarga mangsa di Beijing dan fahaman rakyat di China dimana otak mereka telah diprogram business minded, kuat cemburu dan kuat berusaha? Adakah mereka boleh dipaksa agar reda dan bersabar? Sehinggakan ada yang mengatakan “Apa yang sedang disorokkan oleh Kerajaan Malaysia? Apa kaitan ‘sejarah’ yang menghukum Malaysia sekarang? Semua alasan-alasan hanya mengarut dan tidak profesional langsung.

Esscom serah kes culik pada polis

Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.

"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu kenyataan ringkas di Kota Kinabalu, hari ini.

- Bernama

PM Najib cipta rekod baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mencipta rekod apabila tinjauan yang dibuat institusi penyelidikan bebas menunjukkan 44 peratus responden tidak berpuas hati kepadanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengulas dapatan terbaru itu menyifatkan rekod yang dicipta Najib adalah lanjutan kepada pelbagai rekod luar biasa yang dicipta beliau sebelum ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kerana Najib sekali lagi membuktikan beliau berupaya mencipta rekod-rekod luar biasa yang dianggap menggembirakan bekas Perdana Menteri itu," kata beliau.

Dr Mahathir dan pengikut-pengikut tegarnya dilihat sebagai pihak yang paling tidak berpuas hati terhadap Najib kini.

Blogger-blogger yang dikenali sebagai pentaksub Dr Mahathir kini adalah pihak yang paling keras mengecam Najib, jauh melebihi apa yang dilakukan blogger-blogger pembangkang.

"Rekod yang paling cemerlang yang dicipta oleh Najib ialah beliau adalah Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama di negara ini sejak Merdeka," kata Salahuddin.

Dalam pilihan raya lepas, BN hanya berjaya mendapatkan kira-kira 47 peratus sahaja dari keseluruhan undi.

Kalau Tak Tahan Kritikan, Berhentilah Jadi Menteri...

Oleh Shahbudin Husin

Berikutan kritikan dalam banyak media terhadap kerajaan, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenyataan bercanggah, maklumat tidak tepat, kelewatan menyalurkan maklumat dan seumpamanya berkenaan operasi pencarian pesawat MH370, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein membayangkan akan mengambil tindakan saman terhadap perbuatan media yang didakwanya salah lapor itu.

Menurut sepupu Najib Razak itu, kerajaan telah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi lagi dan apabila tiba masanya, kerajaan patut menyaman mereka.

Walaupun beliau mendakwa sudah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi mencari MH370 lagi tetapi tindakan Hishammuddin ini dipercayai lebih didorong selepas pengumuman Perdana Menteri pada 24 Mac lalu yang membawa erti pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, telah menimbulkan rasa marah waris mangss kerana sehingga ini tiada bukti kukuh mengenainya.

Sementara kenyataan Najib yang berbunyi "berakhir di Lautan Hindi" itu ditafsirkan oleh media sebagai "terhempas" serta disiarkan secara meluas keesokannya dan tidak dianggap salah tafsir oleh kerajaan, namun kerajaan hanya menganggapnya salah lapor selepas tujuh hari kemudian, itu pun setelah waris penumpang dari China meluahkan kemarahan mereka.

HUDUD : Kelantan bawa "bola tanggung" ke Parlimen, kita tengok Kjaan Pusat nak "Libas atau Tidak"

Hudud: Kelantan bawa 'private bill' ke parlimen

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

"Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

"Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.

Yang ‘ghaib’ MH370, yang ‘hilang’ maruah negara

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat prihatin dan bersimpati dengan tragedi yang menimpa juruterbang, pembantunya, krew serta seluruh 227 penumpang pesawat malang MH370, empati kita juga dirakamkan kepada seluruh keluarga yang terpisah dari orang tersayang.

Segala usaha baik pihak berkuasa bagi mengurang tekanan jiwa dan derita kepada keluarga penumpang adalah sangat-sangat dihargai.

Penggemblengan seluruh tenaga dalam pencarian jet Boeing 777-200ER ini menyatukan dunia seluruhnya sekaligus mengizinkan mereka mempamerkan “state-of-the-art” teknologi satelit dan memperagakan kecanggihan aset-aset ketenteraan masing-masing.

Di antara 20 pesawat dan kapal tercanggih di dunia dari China, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun yang berada di perairan 2,000km barat Perth, dua pesawat Navy P-8 Poseidon milik Amerika Syarikat juga turut dimobilisasi di perairan Lautan Hindi itu.

Berharga AS$220 juta satu pesawat yang lengkap dengan kamera serta sensor infra-red dan radar yang mampu mengesan kapal selam musuh di dasar lautan, kesemua menemui kegagalan.

Sememangnya kita tidak mahu mana-mana media barat seperti CNN atau Fox News dan mana-mana negara khasnya Amerika Syarikat mengambil kesempatan memburukkan nama baik serta imej negara.

Pembikin enjin pesawat MH370 yakni Boeing dan Rolls-Royce tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja.

MH370: Hisham persoal Boeing, Rolls Royce


Datuk Seri Hishammuddin  
Datuk Seri Hishammuddin

SHAH ALAM – Setelah hampir sebulan MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan tanggungjawab Boeing dan Rolls Royce dalam membantu merungkaikan persoalan yang timbul.

Menurut beliau, dalam situasi ini cukup mudah untuk orang menuding jari tanpa melihat kepada perkara sebenar.

Katanya, adalah tidak adil bagi jika hanya MAS dipersalahkan dalam menangani kes itu.

“MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga.

“Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi. Kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Di mana suara mereka?” katanya dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen China, CCTV semalam.

Pendang - Bantah program batal tanam padi

Bantah program batal tanam padi  
Zakaria Hanafi (kiri) bersama adiknya, Nasir Hanafi menunjuk tanah mereka 
yang sudah ditambak bagi mengatasi masalah tanah jerlus. Gambar kecil : Rosmizan.

PENDANG - Lebih 500 petani sekitar Kawasan Mada D3, Titi Haji Idris dekat sini mahu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menangguh dan mengkaji semula bagi meneruskan Program Pembatalan Musim Penanaman Padi musim 1/2014 dan 2/2014 (setahun) di kawasan itu.

Mada dikatakan mahu meneruskan program itu supaya tanah jerlus yang menjadi masalah sekian lama di kawasan itu dapat dipulihkan kembali dan petani difahamkan akan mendapat wang ihsan yang diperuntukkan selama kerja penanaman dihentikan.

Bagaimanapun, program itu dibantah sebahagian petani di situ kerana masalah tanah jerlus sudah mula dapat diatasi selepas petani yang menghadapi masalah itu mengeluarkan wang bagi mengatasi hal itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...