TERKINI :

Wednesday, April 2, 2014

SHARE | Tinggal solat kerana kesesakan lalu lintas

HUKUM

Kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar adakalanya sukar diramal. Mungkin setiap daripada kita pernah terlepas mengerjakan solat kerana terperangkap di dalam kesesakan ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang pulang bekerja di waktu petang dan terpaksa menempuh keadaan trafik yang menyesakkan. Apakah hukum meninggalkan solat dalam situasi ini?
 
Menurut Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad yang merupakan Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Johor, hukum meninggalkan solat kerana alasan tersebut adalah berdosa. Ini kerana solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi adalah dengan menjamakkan solat antara zohor dan asar atau maghrib dengan isyak. Demikian seperti yang dinyatakan Sarjana Islam Kontemporari, Syaikh Muhammad Soleh Al Munajid yang merupakan anak murid kepada beberapa tokoh ilmuan antaranya Mufti Arab Saudi.

Mat Said 'tibai' FAM, beliau tak puas hati insiden terowong

'Letak jawatan kalau tidak berani buat keputusan'

Ahmad Said  

MENTERI Besar Datuk Seri Ahmad Said menempelak keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya mengenakan denda RM30,000 kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas 'insiden terowong', 1 Februari lepas.
  
Beliau berkata keputusan itu mengundang kemarahan Terengganu berikutan tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam kes berkenaan yang masih meninggalkan banyak persoalan.

Justeru, beliau membidas Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana gagal dalam melaksanakan tugas mereka.
  
"Itulah kadang-kadang kita buat keputusan secara terpilih. Kalau kita jadi hakim (atau) jadi (jawatankuasa) disiplin, kalau kita tidak berani buat keputusan dan berlaku adil, maka lebih baik letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
   

Maklumat MH370 Berbelit Lagi, Tapi Perlukah Kita Diam Saja?

Shahbudin Husin, 


Semakin lama misi pencarian pesawat MH370 berjalan, cara kerajaan menangani dan mengendalikan insiden ini semakin kalut dan mengelirukan. Bukan saja waris dan anggota keluarga yang jadi keliru dan marah, rakyat kita sendiri turut bingung dibuatnya.

Dalam tragedi yang melibatkan 239 nyawa ini, apa dimahukan oleh semua pihak ialah kebenaran dan bersikap telus tentang apa yang sebenarnya berlaku. Jangan cuba menyembunyikan maklumat, bersikap main-main, menyelitkan unsur retorik politik atau dilihat tidak serius kepada penderitaan waris mangsa serta anggota keluarga yang terlibat.

Setelah semalam Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein menafikan bahawa Najib pernah mengatakan MH370 telah terhempas dan semua penumpangnya terkorban sedangkan pengumuman Perdana Menteri bahawa pesawat itu didapati berakhir di sebuah kawasan terpencil dan jauh dari landasan di selatan Lautan Hindi, sambil menyatakan rasa sedih, membawa usul takziah di Parlimen dan memaklumkan Majlis Fatwa akan menetapkan tarikh sembahyang jenazah ghaib, adalah sama maksud dengan ianya telah terhempas dan penumpangnya turut terkorban, tidak berapa lama kemudian berlaku lagi percanggahan maklumat.

Perjanjian Air Selangor & Kerajaan Pusat sudah tidak releven..!

MB: MOU air tak akan didedah kerana tak relevan lagi

Perjanjian Persefahaman (MOU) mengenai isu air antara kerajaan Selangor dan persekutuan sebelum ini, tidak akan didedahkan kerana telah tidak relevan lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Katanya, MOU yang dimeterai pada 26 Februari dianggap berakhir apabila syarikat konsesi air tidak menerima tawaran RM9.65 billion untuk tawaran pengambilalihan yang tamat pada 21 Mac lalu.

Khalid berkata satu perjanjian baru ini akan dibuat di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) dan memberi fokus agar pengambilalihan seterusnya tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Macinus Ongkili dan saya telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan Jumaat ini bagi menyelaraskan proses memastikan industri air dipulangkan kepada kerajaan negeri," kata Abdul Khalid dalam sidang media hari ini.

Komplikasi undang-undang

Menurut Khalid lagi, dokumen perjanjian telahpun disediakan minggu lalu dan bakal dibawa untuk perbincangan bersama kerajaan pusat Jumaat ini.

Beliau menjangka perbincangan mengenai mekanisme dan modus operandi pengambilalihan terbaru ini akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan peruntukan undang-undang.

"Walaupun proses perbincangan ini mengambil masa yang lama tapi ianya perlu agar penguatkuasaan dibuat selari dengan undang-undang WSIA serta tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati.

"Kita yakin mekanisme atau modus operandi yang akan diguna pakai untuk mengambilalih perkhidmatan air akan menguntungkan kerajaan negeri kerana pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang konsesi lebih murah berbanding tawaran awal sebanyak RM9.65 bilion," kata beliau.

Malaysiakini difahamkan Khalid telahpun bertemu dengan pihak Peguam Negara untuk membincangkan tafsiran kerajaan pusat berkenaan WSIA.

Sementara itu, Khalid berkata program catuan air hanya akan ditamatkan a selepas paras air di semua empangan mencecah 55 peratus.

Beliau bagaimanapun yakin paras empangan akan kembali stabil pada bulan ini.

"Sekarang masih ada lagi empangan yang bawah paras 40 peratus... Kalau dah melebihi 55 peratus, baru catuan air ditamatkan," kata beliau.

Radar AS mampu kesan MH370 jika di Lautan Hindi, tapi kenapa mereka gagal !!!

Radar AS mampu kesan MH370

Radar AS mampu kesan MH370

SHAH ALAM - Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.

“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.

“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.

Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.

Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.

“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya.

MH370 : Isu Salah Lapor, cakap biar jelas..!!

Salah lapor: Media tempatan kena tindakan?

Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Adakah media tempatan akan dikenakan tindakan oleh kerajaan  terhadap perlakuan salah lapor kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370," soal  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Menurut Mahfuz,laporan media tempatan baru-baru ini di muka hadapan akhbar mereka menyimpulkan bahawa pesawat MH370 terhempas sedangkan kenyataan sebenar  Perdana Menteri hanya menyebut isyarat  pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Ada kenyataan daripada kerajaan yang menyatakan bahawa akan mengambil tindakan terhadap pihak media khususnya media asing yang  memberikan laporan  salah atau pun 'manipulate' tentang isu pesawat MH370.

"Sedangkan Hishammuddin  mengatakan bahawa PM tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas. PM hanya katakan pesawat itu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

"Antara yang mengatakan ianya terhempas adalah sebuah akhbar tempatan  dengan tajuk akhbarnya yang merujuk kepada pesawat MH370 terhempas.

"Adakah ini menunjukkan bahawa media di dalam negara kita memberikan gambaran yang salah dan 'manipulate' kenyataan yang dibuat oleh PM dan adakah PM  akan mengambil tindakan terhadap media-media ini," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Mahfuz menggesa agar Perdana Menteri memberi gambaran sebenar mengenai apakah yang dimaksudkan dengan berakhir di Selatan Lautan Hindi itu,bagi memastikan tidak timbul lebih banyak lagi spekulasi.

"Apa maksud sebenar berakhir di Selatan Lautan Hindi .

"Adakah masih terawang-awang  ataupun bagaimana?

"Jadi harus diperjelaskan dan diperhalusi, bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak bertanggungjawab wujud," katanya.

Kapal Selam Britain digunakan untuk mencari MH370

KUALA LUMPUR: Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 pada Rabu.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan, berkata Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon pada Selasa.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya.

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air. Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.

Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.

Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.

PBNJ didenda RM30,000 insiden Terowong Larkin, bab individu tertentu itu kes polis

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi berhubung insiden kekecohan di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata hukuman berkenaan diputuskan pihaknya selepas mendengar keterangan daripada Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya dan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh.

"Selepas mendengar keterangan yang diberikan mereka serta pengadil dan penolong perlawanan serta koordinator umum, kita mendapati bahawa PBNJ gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

"Mereka dibenarkan membuat rayuan tiga hari selepas menerima surat hukuman berkenaan kerana hukuman minimum (bagi kawalan keselamatan yang longgar) adalah sebanyak RM20,000, manakala hukuman maksimum adalah sebanyak RM100,000," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir 11 jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di Petaling Jaya, malam tadi.

Menyentuh penglibatan 'individu tertentu' daripada pengurusan tertinggi PBNJ yang dikatakan menyerang pemain lawan di dalam terowong itu, Taufik berkata perkara berkenaan diserahkan kepada polis memandangkan kes itu berprofil tinggi.

"Saya difahamkan bahawa pihak polis telah selesai melakukan siasatan mengenai perkara berkenaan dan pejabat Ketua Polis Negara telah menyerahkan siasatan kes kepada pejabat Peguam Negara (beberapa minggu lepas).

"Mereka (Pejabat Peguam Negara) mempunyai tempoh dua tahun unyuk mengkaji kes berkenaan... sekiranya mereka tidak meneruskan siasatan kes berkenaan, kita mempunyai hak untuk meneruskan siasatan sebelum mengambil tindakan ke atas individu terbabit," kata Taufik.

Misteri MH370 - Bekas Pekerja Radar rasa mustahil hilang tiba-tiba daripada radar..??

Mustahil hilang tiba-tiba daripada radar

Mustahil hilang tiba-tiba daripada radar  
Remli menunjukkan fail prosedur yang perlu diikuti.

KEHILANGAN pesawat MAS, MH370 yang memasuki hari kelapan pencariannya, menimbulkan pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak.

Kes pesawat hilang daripada radar kawalan dikatakan mustahil berlaku ketika sistem teknologi canggih digunakan kini.

Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temu bual bersama bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) Jabatan Penerbangan Awam (DCA), REMLI MOHAMAD, 62, dengan Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan, wartawan, Noor Ainul Yakin Mohamad Ishak, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed.

Pusat kawalan terus hubungi pesawat jika tiga minit hilang daripada radar. Sepanjang tempoh bertugas, pernahkah alami situasi seperti kes MH370 yang hilang daripada radar?

Saya mula bertugas pada 1971 sehingga 2010, dekat 40 tahun. Pernah menggunakan primary radar dan secondary radar. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi pesawat kecil memang biasa berlaku hilang daripada radar tetapi tidak lama selepas itu ditemui semula.

Kebiasaannya apabila pesawat hilang daripada radar, pengawal trafik akan kumpul maklumat untuk dapatkan kepastian, di mana pesawat dikesan kali terakhir daripada radar. Bila dah dapat kita akan salurkan maklumat kepada pihak berwajib dalam kes ini, polis yang lebih tepat untuk kes di daratan. Unit lain jika di hutan, Jabatan Orang Asli. Kalau di perairan Jabatan Maritim dan yang berkaitan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Benarkah MH370 di rampas..tapi siapa.. apa mereka mahu.. jawapan ini NAJIB & HISHAM sahaja yang tahu..??

Persoalan utama siapa rampas pesawat

Persoalan utama siapa rampas pesawat

SHAH ALAM – Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Senarai Kadar TOL untuk JAMBATAN Ke 2 Pulau Pinang

JKSB pertahan kadar tol jambatan kedua
Photo: Tu dia senarai TOL dah keluaq.... Habuan... :-)
Kadar tol Jambatan Kedua tak melebihi RM10  
Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol 
yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).
  
Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama.
  
Tetapi, kata beliau, jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama.
  
"Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    

Mufti Kedah: Enakmen anti-Syiah dikemas kini | Bila nak tangkap nie??


Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad  
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Enakmen anti-Syiah yang diluluskan oleh kerajaan negeri Kedah sebelum ini akan dikemas kini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah.
  
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, enakmen sedia ada terlalu umum sehingga menyebabkan penguat kuasa Majlis Agama Islam negeri Kedah (Maik) gagal melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengikut fahaman itu.
  
"Enakmen yang sedia ada longgar dan menyebabkan pengikut dan penyebar fahaman Syiah boleh terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini hari ini.
   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...