TERKINI :

Tuesday, April 1, 2014

Antara kejadian misteri yang berlaku di Malaysia

Apr 01, 2014
JUFRI SALLEH

http://walls-world.com/wp-content/uploads/2013/11/Malaysia-Flag-HD-Wallpaper.jpg

Sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia dilanda pelbagai tragedi yang misteri atau dengan maksud lainnya sehingga kini tiada jawapan yang diperoleh. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan misteri UFO, maka Malaysia juga tidak ketinggalan – mungkin dengan cara yang berbeza.

Yang berikut merupakan antara perkara misteri mengikut pandangan saya.

1.Kes Teoh Beng Hock. Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. kematiannya dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Kes ini masih belum ada penghujung yang jelas. Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh. Sehingga kini kematiannya masih menjadi misteri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

2.Kes Ahmad Sarbani Mohamed. Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Ahmad Sarbani pada ketika itu berumur 56 tahun, dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor. Kes ini juga masih menjadi misteri kerana tiada tanda-tanda beliau dibunuh atau membunuh diri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

MOU air Selangor yang bijaksana

Apr 01, 2014
SUBKY LATIF

Photo: Aikkk macam ada tak kena jaa perjanjian ini... Bila lagi konsesi air dari SYABAS dan 4 sykt lain akan diserahkan kpd kerajaan negeri... 

Tuuu la kalut sangat nak sain, skrg depa mcm dok pebodo kita jaaa....
Sehingga rencana ini ditulis kandungan MOU antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan tentang penyelesaian isu air di Selangor belum didedahkan.

Tetapi ia adalah satu penyelesaian yang mengikut bahasa orang sekarang menang-menang. Pada pandangan kasarnya negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak kalah dan kerajaan BN Malaysia pun tidak kalah. Walaupun Selangor tidak menang semua, kerajaan pusat BN pun tidak menang semua.

Yang dikehendaki oleh kerajaan Selangor ialah ia mahu menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor yang Wilayah Persekutuan Lembah Kelang termasuk di dalamnya. Ia mahu memberi apa yang dijanjikannya dalam manifesto PRU 2008.

Ia mahu memberi air percuma bagi yang bilnya tidak melebihi 20 meter padu sebulan, tiada kenaikan tarif air dalam jangka waktu belum difikirkan lamanya, cukup air terawat di luar masa bencana dan lain-lain.

Semua kemudahan dan kebajikan rakyat tidak berikan diberikan selagi semua agensi air yang dikonsensi itu tidak dipulangkan pentadbirannya kepada kerajaan Selangor.

Tinjauan: Makin ramai tak puas hati dengan PM

 
Satu tinjauan oleh firma kajian bebas Merdeka Center menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan sikap tidak puas hati ke atas kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tinjauan pada bulan Mac itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden memberi jawapan tidak berpuas hati dengan dengan kepemimpinan Najib.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding hasil tinjauan Merdeka Center pada bulan Disember.

Bagaimanapun, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal tidak berubah pada tahap 52 peratus.

Kajian menunjukkan 50% rakyat Malaysia tidak puas hati cara MH370 dikendalikan

OLEH MD IZWAN

Hasil tinjauan badan bebas mendapati hampir 50% rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan krisis kehilangan penerbangan MH370, ketika kritikan terhadap ketelusan dan percanggahan maklumat ke atas Malaysia semakin memuncak.

Kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 43% rakyat berpuas hati dengan cara kerajaan pemerintah Barisan Nasional mengendalikan misteri tersebut.

Keputusan tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan meliputi 1,005 responden terdiri 60% kaum Melayu, Cina 31% dan India 9%, ia dilakukan menerusi panggilan telefon sehingga 20 Mac.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Sejak hari pertama, Malaysia Airlines dan pihak berkuasa dikritik, malah sidang media dan pengumuman kehilangan pesawat tersebut dibuat pada jam 11 pagi oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat, Jim Hall membidas kewibawaan pihak berkuasa Malaysia ketika berdepan dengan krisis.

MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga

MSO

MENGENANG MH370                                                                          
Tempoh Najib sebagai PM juga hampir BERAKHIR.
Persoalan di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini ialah berhubung maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Bervariasi.

Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Aairline Syestem (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.

Turut juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM juga menyorong tarik analisa dan dapatan awal dari radarnya tentang pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa dititik nokhtahkan.

Antara ANWAR & BILL SHORTEN, apa hubungkait mereka berdua dengan MH370..!!


Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?
HAMBALI AKRAM

Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.

Mahkamah di Amerika Syarikat tolak permohonan untuk mendapatkan bukti kecacatan MH370

Firma AS gagal peroleh bukti kecacatan MH370

 
Mahkamah di Amerika Syarikat semalam menolak permohonan dari satu firma guaman untuk mendapatkan bukti berhubung kecacatan yang mungkin berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Hakim mahkamah di Illinois itu menolak permohona Ribbeck Law Chartered dengan alasan, firma berkenaan sebelum ini pernah mengemukakan satu petisyen serupa yang dianggap sebagai “salahlaku”.

Laporan Reuters menyebut, Hakim Cook County, Kathy Flanagan merujuk kepada petisyen firma berkenaan berhubung kejadian pesawat Asiana Airlines yang terhempas di San Francisco tahun lalu.

Flanagan memberi amaran kepada kepada Ribbeck Law Chartered sebelum ini untuk mengenakan sekatan atas tindakan itu.

"Walaupun dengan arahan ini, firma yang sama meneruskan juga tindakan memfailkan petisyen segera itu, walaupun mengetahui tiada asas untuk berbuat demikian,” kata Flanagan.

Mengapa polis asyik nak pantau Internet sedangkan jenayah di luar berleluasa?

Ahli Parlimen DAP mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membatalkan penubuhan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (CIRC) bagi memantau aktiviti atas talian pengguna media sosial sedangkan pihak berkuasa berkenaan seharusnya menjadikan aktiviti mencegah jenayah sebagai fokus utama memandangkan ia masih menjadi isu nasional di negara ini.

Dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, mereka berkata tidak ada keperluan bagi PDRM menubuhkan CIRC pada masa ini terutama apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai unit yang berfungsi menyiasat jenayah siber.

"Kami merujuk melalui laporan Utusan Malaysia bertarikh 21 Mac 2014, di mana PDRM akan menubuhkan satu unit khas bagi memantau aktiviti atas talian kepada pengguna media sosial," kedua ahli Parlimen itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

"Mengapakah PDRM menumpukan perhatian terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter sedangkan masalah jenayah masih berleluasa?"

Ahli Parlimen pembangkang itu juga mempersoalkan sama ada penubuhan CIRC oleh kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Berdasarkan keputusan PRU13 yang lalu, Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk di kalangan segmen masyarakat yang mempunyai capaian media sosial yang baik, seperti di kawasan bandar dan orang muda.

Jangan jadikan krisis MH370 alasan kerajaan "membeli-belah"

Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat.

“Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370.

“Amat malang sekali, kami berpendapat krisis MH370 sebagai satu alasan untuk pergi membeli-belah,” katanya dpada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 1 April, 2014.

Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi?

Soalan Mudah Untuk Bakal PM: Apa Bezanya Berakhir Di Lautan Hindi Dengan Terhempas Di Lautan Hindi?


Berikutan desakan waris penumpang MH370 daripada negeri China agar kerajaan memohon maaf kerana sehingga ini masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein yang dikatakan terlonjak namanya sebagai bakal PM berikutan insiden ini, terpaksa membuat kenyataan berdolak-dalik untuk menyelamatkan sepupunya, Najib Razak.

Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

Memanglah dalam kenyataan Najib itu beliau tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi. Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.

Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya.

Adakah lagi seminggu MH370 akan bersemadi dalam Lautan Hindi selama-lamanya

MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap


Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu.

Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.

Isu Air Selangor : Nah Ambik Habuan Hangpa, Percaya Lagi kerja buat dengan UMNO BN..!!!

Apakah Selangor sedang dipermainkan dalam isu air, soal pemimpin Pakatan
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
April 01, 2014

Memorandum persefahaman antara Putrajaya dan Selangor yang mengundang pelbagai tafsiran kepada banyak pihak terutamanya pembangkang yang merasai ia lebih kepada muslihat kerajaan persekutuan. - Gambar The Malaysian Insider.
Memorandum persefahaman antara Putrajaya dan Selangor yang mengundang pelbagai tafsiran kepada banyak pihak terutamanya pembangkang yang merasai ia lebih kepada muslihat kerajaan persekutuan. 

Apakah Putrajaya sedang mengambil kesempatan ke atas Selangor berhubung persetujuan ke atas industri air berbilion ringgit yang boleh dilihat apabila penswastaan konsesi dilaksanakan?

Itulah persoalan ahli Parlimen dan politik Pakatan Rakyat (PR) yang mengawasi secara rapat perjanjian antara pentadbiran persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor.

Kenyataan Putrajaya baru-baru ini menunjukkan ia tidak melihat terma perjanjian itu dengan cara yang sama seperti Selangor. Walaupun Selangor terus menegaskan segala terma masih diikuti.

Siapakah yang mendapat keuntungan daripada ketidakmampuan Selangor menguruskan krisis air yang membekalkan air terawat kepada tujuh juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya?

"Kenyataan itu bertentangan dengan memorandum persefahaman (MoU) tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkenaan kenyataan Putrajaya bahawa penyusunan semula industri akan dijalankan oleh agensi persekutuan – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Gila Jawatan JKKK sampai tak peduli orang kampung suka atau tidak..!!

Ugut mahu berhimpun setiap hari

Ugut mahu berhimpun setiap hari  
Penduduk Kampung Ulu Sepetang nekad menolak pelantikan ketua kampung baharu.

BATU KURAU – Penduduk Kampung Ulu Sepetang, di sini, mengugut mahu berhimpun setiap hari berikutan tidak berpuas hati dengan corak pemilihan ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan.

Perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung baharu yang dipercayai bukan anak jati kampung berkenaan.

Penduduk, Zulkifli Osman, 47, berkata, pelantikan itu dibantah dan mereka sebulat suara akan terus berhimpun sehingga ada pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.

"Penduduk di sini lebih tahu siapa yang layak menerajui pentadbiran kampung, namun sebaliknya berlaku, tiada perbincangan hingga keputusan ditentukan orang luar.

“Kami akan terus berhimpun setiap hari bagi menunjukkan bantahan sehingga pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Hisham pie jumpa Amerika bincang bab MH370

Hishammuddin mohon kerjasama penuh AS

MH370: Hishammuddin mohon kerjasama penuh AS  
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) menjawab pertanyaan media pada sidang media mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan berangkat ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.

Mesyuarat yang akan diadakan mulai 1 hingga 3 April akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.

Menurut beliau, pertemuan itu diadakan untuk meminta bantuan dan kerjasama dari Amerika Syarikat dalam usaha mengesan MH370.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya akan memberikan maklumat terkini dan juga prkembangan terbaru berkenaan dengan misi mencari pesawat MH370,"

Mai Pakat Tolong Mak Cik nie pasang balik bumbung rumah dia yang kena ribut..!!

Buntu fikir kos baiki kediaman rosak

Buntu fikir kos baiki kediaman rosak  
Siti Kholijoh menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan angin.

ALOR SETAR - Nasib malang menimpa sebuah keluarga di Kampung Tandop Batin, dekat sini, seakan berterusan apabila bukan sahaja baru kehilangan kerja, malah bumbung rumah mereka pula rosak dalam kejadian ribut petang kelmarin.

Siti Kholijoh Tneh Abdullah, 40, berkata, mereka hanya sempat mengangkat beberapa barang sahaja namun bilik tidur basah dan perabot rosak akibat bumbung yang diterbangkan angin.

“Kami asyik memikirkan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan untuk kos membaiki rumah sedangkan suami tidak lagi berniaga selepas lumpuh. Kami tidak mempunyai mata pencarian lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...