TERKINI :

Monday, March 31, 2014

Anak Dr. Mahathir dah mula kecut perut, larang rakyat Kedah jangan turun Himpunan Derita Rakyat di Baling..!!

 

Anak Dr. Mahathir dah mula kecut perut ke sampai nasihat rakyat Kedah jangan terlibat dalam himpunan tersebut...

Ada kami kesah, hang bukan umum bagi harga getah tinggi pun, hang bukan bagi elaun Getah untuk tampung titik peluh penoreh pun....

Yang hang tau bawa masuk makmal lepas tu dok buat kajian... dan hasil dia hang bagi projek RM4bilion kat kroni hang di Langkawi tapi puak penoreh dok kais pagi makan pagi macam tu laa..

Harap2 hari Sabtu ni di Baling ada geng kepala merah tunggu siap dengan senapang botol gas dan water canon...

Satu aja kata kami... Ada Kami Kesah...

http://3.bp.blogspot.com/-BzhUlsOh9WI/UwvbmS1ZWrI/AAAAAAAABJk/SM12xkyiMIw/s1600/Demo+Harga+Getah+Naka+DSC_0247.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-HHVDNl89Dds/Uzk1Y9BjGPI/AAAAAAAA9k8/_WPG4n0Dkv0/s1600/10151437_615336588546254_387315350_n.jpg

[Kagum] Kehebatan Satelit Malaysia dalam mencari MH370..!!


Thailand... Sebuah negara huru-hara..GeoPolitik.. Sosio Ekonomi tengah jahanam sekarang.

Hasil lambakkan RM yang terkalung di leher-leher Jinjang, Thailand dapat memiliki satelit sendiri.

Sama seperti China, dengan slumber Siam bagitahu dunia, satelit dorang dapat kesan hampir 300 objek di lautan Hindi.

Politik sosio ekonomi Malaysia dilaporkan berkembang tiap tahun seiring perkembangan rambut 'dia', tapi satelit kita dapat kesan berapa objek?

Satelit Astro boleh tolong tak?

Untung sabut, boleh Astro deal dengan kementerian untuk naikkan bil bulanan!

'Nikmat' hidup bermadu - ada masa bahagia ada masa merana..!!

'Nikmat' hidup bermadu


“SAYA sedih melihat perangai kaum lelaki dan wanita Melayu kita (bukan semua), nama sahaja beragama Islam, tetapi perangai langsung tak menunjukkan mereka Muslim sebenar. Saya tak mahu sentuh bab lain yang lebih teruk, tetapi memadai untuk saya memperkatakan soal nikah kahwin dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

“Si wanita, bila nak kahwin suami orang, sanggup buat apa saja, macam tak ada maruah, sementara si lelaki berjanji sanggup beri bulan dan bintang. Tapi setelah hajat tercapai atau si wanita sudah dikorbankan, baru kita tahu dia takut bini, bini terkentot langsung tak berani keluar rumah.’’ Itu cerita NorIzzaty dalam e-melnya.

“Saya tak cakap pasal orang lain, tetapi inilah perangai kakak saya. Daripada awal lagi kami sekeluarga larang dia kahwin suami orang, dia senyap-senyap kahwin lari ke Siam. Masa rahsia belum terbongkar segalanya manis. Bila bom dah meletup, dan dah dapat anak, suami takut balik rumah, mulalah menangis macam orang meroyan.

Benarkah Ejen Penerbangan Israel Enggan Terima Tempahan MH370 Pada Tarikh Kejadian..??


Sebelum ini ada teori mengaitkan Isreal dalam misteri kehilangan MH370 berdasarkan tulisan seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn. Dalam tulisan berkenaan Bollyn dalam hujahnya selain klon MH370 juga menekankan bahawa kedutaan Israel juga didakwa "bercuti" tanpa sebarang alasan kukuh pada pada hari kejadian kehilangan MH370 dimana mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2011. (boleh rujuk di sini)

Masih kita ingat seramai 4000 orang pekerja WTC terselamat dalam serangan 9/11 kerana tidak datang bekerja pada hari tersebut.

Dalam hal ini nampaknya macam ada kebetulan juga apabila terdapat penumpang Israel terselamat dari nahas MH370. Laporan daripada laman FreeMalaysianToday(1) juga mempersoalkan pesawat tersebut dapat memuatkan seramai 300 orang penumpang, tetapi siapakah dalam senarai menunggu yang tidak mengambil penerbangan tersebut.

Projek untuk KRONI sebanyak RM4BILLION di Langkawi untuk orang kaya, rakyat makan kuah jawabnya..!!

PROJEK HOTEL RM4 BILION DI LANGKAWI HABIS LAGI PANTAI AWAM... HANGPA PENDUDUK LANGKAWI BERENANG DALAM SELUT LA WOI !!!





Lagi projek besar.....lagi satu pantai awam di pantai kok akan musnah.....pasti hanya untuk tetamu hotel bertaraf pantai pensendirian.......melopong lagi rakyat Langkawi jangan harap pantai awam sebelum ini dikekalkan.......

Sebelum ini pembinaan hotel St.Regis di pantai awam Beringin Kuah.......pun dah tutup untuk awam.....





Hampa mau ka lagi anak bekas PM jadi PM, kami tak kelapaq aihhh..!!!

Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?

Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan yang diberi tugas berhadapan dengan media untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu, keupayaan dan kemampuannya mengendalikan pelbagai asakan media, terutamanya daripada luar negara, segera membangkitkan keyakinan banyak pihak tentang potensinya sebagai bakal PM selepas ini.

Hanya kerana itu,ramai yang mulai melupakan pelbagai kelemahan dan ketidakmampuannnya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam negara ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu yang menyebabkannya nyaris-nyaris kecundang sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2013 lalu.

'Tarik balik kertas putih tragedi Memali'

 
PAS mendesak kerajaan menarik balik kertas putih yang dibentangkan di parlimen sebelum ini berhubung peristiwa berdarah Memali yang mengorbankan 18 nyawa pada 1985.

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan perlu berbuat demikian kerana kertas putih berkenaan kini dianggap “meragukan” ekoran pendedahan terbaru bekas menteri dalam negeri Tun Musa Hitam berhubung urutan peristiwa tersebut.

Katanya, pendedahan Musa itu seolah-oleh menggambarkan wujud “satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi” dalam tragedi 19 November 1985 itu.

Menurutnya, Musa dalam satu forum di Kota Bharu pada 27 Mac lalu mendakwa Mahathir berada dalam negara ketika peristiwa itu berlaku dan bukannya di luar negara.

Kenyataan berkenaan membuka satu perspektif baru memandangkan kerajaan pada tahun 1987 – semasa bahang kempen pemilihan Umno sedang memuncak – mengumumkan bahawa Musa bertanggungjawab memberi arahan kepada pihak polis untuk melepaskan tembakan.

Kan dah kata...'PM tak sebut MH370 terhempas'...

 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein Onn menangkis tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia memohon maaf kepada mereka berhubung berhubung nasib yang menimpa pesawat MH370.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

“Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi.

Tambahnya, satu pertemuan peringkat tinggi dengan anggota keluarga tersebut akan diadakan tidak lama lagi, bertujuan untuk memberi taklimat dari pakar antarabangsa.

Jelasnya, kebanyakan daripada penyelidikan dalam kes tersebut dijalankan tenaga pakar antarabangsa dari banyak negara.

Kemerosotan pemikiran di Malaysia

– Oleh Aishah

pbs
SISTEM masyarakat yang semakin kompleks ini mendesak lahirnya pemikir untuk menyelesaikan masalah yang tidak beres yang dilihat dalam kehidupan sehari-hari.

Kejadian ini menurut Syed Hussein Alatas, menjadi tanggungjawab pemikir – memegang usaha memikirkan permasalahan masyarakatnya.

Negara yang baru merdeka dalam kawasan membangun diisi oleh masyarakat kelas atas dan menengah, mereka tidak menghormati pemikir masa lampau atau mengembangkan percakapan intelektual di rumah.

Golongan ini yang juga digelar sebagai Pak Pandir tidak mampu mencerna dan mengenalpasti satu-satu masalah, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah sedia ada malah menambah.

Sistem pendidikan di Malaysia, bermula dengan Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025).

Kerajaan juga memperuntukkan 16 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran.

Hutang isi rumah meningkat, pendidikan merosot, Wawasan 2020 hanya mimpi?


lge kanak2

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kualiti sistem pendidikan merosot dan peningkatan hutang isi rumah merupakan ancaman besar yang mampu merosakkan Wawasan 2020, kata Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, hutang isi rumah yang tinggi akan menurunkan kualiti kehidupan dan rekod sosial membuktikan bahawa pendidikan anak-anak akan menjadi mangsa pertama apabila kesempitan ekonomi melanda.

“Pendapatan negara tidak meningkat dengan cukup untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

“Peningkatan harga barangan seperti gula, petrol, tarif elektrik dan premium insuran motor dari Kerajaan BN tahun lalu makin menekankan hakikat bahawa upah tidak dapat mengatasi inflasi,” katanya ketika berucap dalam Perbahasan Bajet Tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Demikian itu, beliau mencadangkan agar kerajaan melaksana gaji minimum RM1,100 bersekali tempoh tangguhan selama 5 tahun untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya dapat meningkatkan pendapatan rakyat serta membantu pertumbuhan ekonomi.

LANGKAWI - Ini baru UNTUNG..buat MAAHAD TAHFIZ mana UNTUNG..!!

http://4.bp.blogspot.com/-x9V1S-q_Mbs/UbwiTJh6OnI/AAAAAAAAS8A/NTZjcZ-9A0M/s1600/988502_620717587948209_1865404621_n.jpg 
 

TAHNIAH KERAJAAN MUKHRIZ
DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGUNDI

Hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin akan lahirkan kumpulan radikal baharu


Wartawan Sinar Harian

Maszlee
SHAH ALAM - Hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin (IM) dikhuatiri akan melahirkan kumpulan radikal dan subversif baharu yang kecewa dengan penindasan terhadap golongan moderat Islam.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara sama pernah berlaku sebelum ini ketika pemerintahan Gamal Abdul Nasir sehingga mencetuskan kemunculan kumpulan pengganas al-Qaeda.

“Apa yang dilakukan rejim Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi sekarang akan mencipta pengganas lebih besar di masa depan. Ini kerana mereka telah membunuh harapan golongan moderat yang percaya pada keamanan.

“Tidak mustahil kumpulan pengganas atas nama agama lebih ganas dari al-Qaeda akan muncul. Mereka merupakan kumpulan terpencil yang bangkit dengan keganasan,” katanya, semalam.

Menurutnya, insiden tersebut juga mencatatkan sejarah pencabulan hak asasi manusia yang paling teruk pernah dilakukan.

Apa terjadi pada pelan induk wakaf?

MUHAMMAD ALI HASHIM

MINGGU lalu di bawah tajuk “Umat Islam lebih Barat daripada Barat”, saya melahirkan rasa bimbang terhadap trend keterlaluan umat Islam menciplak model ekonomi Barat, terutama kapitalisme liberal merosakkan.

Trend ini dilihat semakin berleluasa seperti disaksikan di sekitar kota ikon Islam Makkah yang sedang pesat dibangunkan semula. Dominasi hotel mewah bertaraf dunia berjenama Barat dan kompleks belibelah menawarkan barangan berjenama mahal serta makanan segera berjenama global membawa banyak persoalan.

Namun pada akhirnya saya masih optimis setelah melihat beberapa pembangunan ikon Islamik dimajukan di Makkah yang berpotensi mengubah dan memperbaiki masa depan umat Islam. Ikon Islamik paling hebat ialah Kompleks Menara Zamzam yang mendominasi suasana sekitar Kaabah Baitullah.

Ia satu binaan yang mangagumkan, terutama kerana seluruh kompleks ini dibangunkan berlandaskan institusi wakaf, iaitu Waqaf Raja Abdulaziz al Haramin al Sharifin.

Saman ke atas bekas setpol ditolak & Plaintif diarahkan membayar kos keseluruhan RM20,000


Saman ke atas bekas setpol ditolak  
Aminuddin (dua, kiri) bersama Sanusi (depan, tengah) dan Zulkifli (dua, kanan) gembira selepas menerima keputusan mahkamah, semalam.

ALOR SETAR - Mahkamah tinggi di sini semalam menolak tuntutan saman seorang ahli perniagaan terhadap bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan seorang lagi defendan yang didakwa memfitnahnya berhubung pelaburan balak di Papua New Guinea yang mengalami kerugian, dua tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Mas Incorporated (PNG) Ltd (Mas), Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid memfailkan saman terhadap Sanusi sebagai defendan pertama dan bekas Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kedah, Zulkifli Yahya sebagai defendan kedua.

Tuntutan berkenaan dibuat setelah defendan pertama yang didakwa melakukan fitnah terhadap plaintif dengan membuat kenyataan di laman internet sekitar bulan Oktober 2012. Antaranya melabelkan plaintif sebagai tokoh putar alam.

Video Susana Ribut di Kg Pinang Pedu yang mengangkat bumbung rumah

Oleh : Oleh Norul Awatif Romli

Padang Terap: Kira-kira 30 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Kampung Pinang, Pedu, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan penduduk berada di rumah mereka.

Salah seorang mangsa, Mohd Subhi Bakar, 40, berkata, rumah mereka ranap apabila ditimpa pokok kekabu yang tumbang ketika angin kencang.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama ibunya Mek Tik Ahmad, 73, sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum terdengar bunyi runtuhan kuat di bahagian dapur.

Foto

Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia


 Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia
 
SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Apa sudah jadi dengan prestasi skuad "Lang Merah" musim ini?

Rombak juga pemain tempatan
Lang MerahAPA sudah jadi dengan prestasi skuad Lang Merah musim ini?

Selepas garang pada beberapa perlawanan awal, prestasi skuad kendalian David Mitchell kini terumbang-ambing dan sekadar menghuni kedudukan keenam Liga Perdana dan ketinggalan 10 mata dibelakangi pendahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Situasi ini jelas mengundang perasaan kurang senang Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah yang bimbang hasrat kembali ke saingan Liga Super berkubur.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang menerima tajaan berjumlah lebih RM15 juta dari kerajaan negeri dan badan korporat harus bertindak pantas termasuk melakukan rombakan besar-besaran dalam skuad Hijau Kuning.

"Bukan sahaja awang import, pemain tempatan pun wajib dirombak sebenar pelaburan RM15 juta bukan satu jumlah yang kecil.

Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A bakal menjahanamkan system sekolah MALAYSIA..!!

Beri sekolah kuasa autonomi, elak fokus semua A, selamatkan sistem pendidikan, kata pendidik
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
March 27, 2014
Isu PBS ▪ Tiga tahun pelaksanaan, tiga tahun sekolah ditekan dengan pelbagai pencapaian. Ditekan oleh siapa? Kepada siapa yang mengejar KPI.
Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun.

Guru, aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul.

Seorang aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik pelajar.

Ulasan tersebut dikemukakan selepas Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Frederico Gil Sander, berkata kualiti pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada kadar hutang isi rumah negara.

Gil Sander mengulas tentang bagaimana tahap pelajar sekolah menengah di Malaysia lebih rendah daripada negara lebih miskin seperti Vietnam dalam program penilaian antarabangsa, Pisa.

Anak Kapten Zaharie selar Akhbar DAILY MAIL sebab fitnah bapanya..

 “Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam Facebooknya (FB) semalam. Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Aishah dan kapten Zaharie MH370
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu. Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu. Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.

Hanya rakyat sahaja yang membuat bantahan, tapi kerajaan Malaysia diam membisu sahaja..!!

Rakyat kita terus bantah

Rakyat kita terus bantah  
Laporan Sinar Harian pada 29 Mac yang memaparkan bantahan rakyat Malaysia terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada penyokong Mursi.

KOTA BHARU - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Cakna Palestin meminta kerajaan dan rakyat negara ini bersama-sama menyatakan solidariti mengecam tindakan Kerajaan Mesir serta sistem mahkamah yang menganiaya rakyat sendiri.

Presidennya,  Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, dalam masa terdekat satu perhimpunan solidariti akan diadakan bagi menyatakan pendirian terhadap isu tersebut.

“Di mana letaknya kewarasan sebuah kerajaan seandainya mendakwa dan membunuh rakyatnya sendiri? Puluhan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin (IM) didakwa sebagai pencetus rusuhan rakyat diburu, ditangkap dan dipenjarakan.

Najib buat lawak hari ini.. lancar pelan tarik pelancong ke Langkawi!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa pelancaran itu.

DS Najib sedar tak??

Orang lain sedih berduka.. Hishammuddin seorang aje bergembira..!


South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong menulis Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menerima kritikan dalam mengendalikan krisis MH370 daripada media luar mendapat sokongan yang baik daripada rakyat Malaysia.

Katanya lagi cara Hishammuddin mengendalikan kes ini lebih baik daripada peristiwa Lahad Datu dan akhbar itu mampu mengedalikan tugas dan mengambil alih tugas perdana menteri.

Perkara ini di sokong oleh Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009 kata akhbar SCMP berkenaan.

Hishammuddin juga dikatakan tidak terlibat dengan rasuah (ya ke?) dan politik wang serta tidak banyak masalah dalam umno.

Anggota Keluarga dari China Mahu bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi

MH370 PETALING JAYA - Kerajaan Malaysia diminta mengadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua anggota keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.
  
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China hari ini.
  
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.
  
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
  
"Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad...Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
    

Isu "PENJAMIN" di istiharkan MUFLIS perlu dilihat semula..!!

Isu muflis: Perlu kaedah lebih efisien

Isu muflis: Perlu kaedah lebih efisien  
Sohaimi (kanan) mendengar aduan seorang lelaki yang didakwa teraniaya di sebuah hotel, di Alor Setar, semalam

ALOR SETAR -  Notis serahan gantian melalui pengiklanan akhbar tempatan, dilihat hanya sebagai syarat mencari individu yang terlibat dalam hal berkaitan muflis.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ada individu tertentu hanya menyedari dia muflis selepas tidak dibenarkan keluar dari negara mahupun berdepan masalah lain, walhal tiada dokumen berkaitan diterima.

“Malah, individu berkaitan hanya mengetahui status kebankrapan diri masing-masing setelah menerima notis perintah mahkamah mahupun akaun bank dibekukan pihak berkaitan.

“Kami mencadangkan supaya penambahbaikan akta bankrap sedia ada dilaksanakan menerusi pindaan akan datang bagi membantu penjamin yang menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media Siri Ketiga Jelajah Taklimat dan Pendaftaran Sekretariat Bebas Muflis, di sebuah hotel, Jalan Stadium, dekat sini, semalam.

Amacam? Hak Istimewa Orang MELAYU hendak dibuka kepada MUALAF...

Mualaf sepatut nikmati hak istimewa orang Melayu

Mohd Noor Abdullah  
Datuk Mohd Noor Abdullah

SEREMBAN - Golongan mualaf di negara ini sewajarnya diberi hak istimewa sebagaimana yang dinikmati orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd. Noor Abdullah hari ini.
  
Mohd Nor yang juga penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan, sebuah persatuan Mualaf, berkata ini kerana kedudukan mualaf adalah sama dengan ciri-ciri takrifan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang Melayu.
  
Namun, kata beliau, pada masa ini ramai di antara saudara baharu ini disisihkan daripada menerima manfaat tersebut oleh sesetengah pegawai kerajaan yang menganggap mereka sebagai bukan Bumiputera.
  
"Hak istimewa orang Melayu itu termasuk peluang membeli tanah rizab Melayu, Amanah Saham Bumiputera dan menikmati kuota untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
  

Pengemis Berkeliaran Di Sekitar Alor Setar, mana pihak berkuasa?

Tidak selesa 'diburu' pengemis

Tidak selesa 'diburu' pengemis
Seorang peminta sedekah duduk di hadapan sebuah kedai kain di Jalan Langgar


ALOR SETAR - Kehadiran seorang lelaki yang meminta sedekah di depan sebuah kedai kain di Jalan Langggar di sini menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai.

Malah, lelaki sekitar usia 50-an itu didakwa sering meminta-minta sambil menadah bekas wangnya pada sesiapa sahaja yang lalu-lalang di sekitar kedai kain terbabit.

Pelanggan yang hanya ingin dikenali Nurul Atikah, 23, berkata, dia tidak selesa dengan kehadiran peminta sedekah terbabit.

“Apabila saya dan rakan melalui kawasan terbabit untuk ke bank, dia secara tiba-tiba menghulurkan bekas wangnya hingga mengejutkan kami.

Najib lancar pelan tarik pelancong ke Langkawi

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia," katanya semasa pelancaran itu.

Najib berkata enam tahun daripada sekarang kerajaan mahu menyambut ketibaan 36 juta pelancong ke Malaysia dan mengutip hasil RM168 bilion setahun atau lebih RM3 bilion setiap minggu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...