TERKINI :

Sunday, March 30, 2014

Janji Najib Dimungkiri Lagi, Negara Jadi Makin Tertutup

Shahbudin Husin, 

Dalam jawapan di Parlimen mengenai kelulusan permit penerbitan akhbar Malaysiakini dan FZ Daily, Kementerian Dalam Negeri melalui jawapan bertulis oleh Menterinya, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pihaknya menolak untuk meluluskan kedua-dua permit itu adalah bertujuan untuk mengawal jumlah akhbar di negara ini.

Ia juga, menurut jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, ialah agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

Jawapan Zahid Hamidi itu juga dipetik sebagai berkata bahawa kedua-dua penerbitan yang tidak diluluskan itu didapati cenderung menerbikan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca.

Formula Satu: Mercedes kuasai podium satu dan dua

Formula Satu: Mercedes kuasai podium satu dan dua
Lewis Hamilton, Nico Rosberg dan Sebastian Vettel di podium meraikan kemenangan mereka di Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2014, hari ini. --Foto AP
 
SEPANG: Mercedes AMG Petronas menguasai Litar Antarabangsa Sepang setelah Lewis Hamilton dan Nico Rosberg mendominasi kedudukan pertama dan kedua perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2014, hari ini.

Kedudukan ketiga dihuni juara dunia tahun lalu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull.

Fernando Alonso dari pasukan Ferrari berada di tempat keempat diikuti Nico Hulkenberg dari Force India.

Rosberg yang terdahulu memenangi perlumbaan pembuka musim di Australia, kini masih mendahului kejohanan dengan 25 mata.

Antara pemandu ternama lain yang memenuhi 10 kedudukan teratas ialah Jenson Button (McLaren), Felipe Massa (Williams), Valtteri Bottas (Williams),  Kevin Magnussen (McLaren) dan Daniil Kvyat (Toro Rosso).

MH370: Proses mengesan kotak hitam bermula Isnin

Ocean ADV
Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling.

PERTH:Dengan jangka hayat hanya tinggal tujuh hari operasi mengesan kotak hitam pesawat MH370 merupakan keutamaan ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia hari ini sedang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Towed Pinger Locator
Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Proses mengesan kotak hitam di kawasan  pencarian di Lautan Hindi mempunyai pelbagai cabaran termasuk faktor masa berikutan bateri penyiar akan mati selain kawasan pencarian yang terlalu luas.

TRAGEDI MEMALI: SIAPA BERSALAH?

Mohammad Agus Yusoff

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/03/musa-hitam-dan-mahathir.jpg
Ramai yang meminta saya menjelaskan siapa yang bersalah dalam kes tragedi Memali--Tun Dr Mahathir atau Tun Musa?

Yang pasti, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu ialah Tun Musa. Maka, beban tanggungjawab perlulah diletakkan di bahu beliau.

Tapi tragedi ini adalah sejarah hitam negara. Justeru, sebagai sebuah kerajaan, maka kabinet Dr Mahathir pada waktu itu yang DSAI adalah juga menteriya perlu memikul tanggungjawab bersama dengan tragedi ini.

Soal siapa bersalahnya subjektif kerana yang pentingnya dalam pemerintahan negara ialah kebertanggungjawapan bersama.

Mengenai dakwaan Tun Musa bahawa Tun Dr Mahathir berada dalam negara pada waktu itu, dakwaan ini perlu siasatan lanjut yang boleh dilakukan dengan empat cara.

Gagal ikut arahan jurulatih punca Kedah kalah - Penasihat KFA

KEGAGALAN pemain skuad Liga Perdana Kedah mengikut strategi dan arahan ketua jurulatih David Stuard Mitchel dikatakan sebagai penyebab kekalahan mereka 1-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jumaat lepas.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Othman Aziz berkata beberapa pemain sekadar melengkapkan jadual perlawanan dan tidak bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai misi ke Liga Super 2015.

"Semakin hari semakin merudum apabila mencatat empat kemenangan sahaja. Ada masalah dalam pasukan ini di mana tidak ada koordinasi dan ketua pasukan yang boleh memimpin pasukan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

"Wujud elemen tak berapa sihat dalam pasukan ini dan saya minta pengurus dan jurulatih lakukan perubahan yang lebih besar untuk pasukan bangkit semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

MH370: Tiada keperluan bagi Malaysia mohon maaf sekarang, kata Hishammuddin


KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada keperluan bagi Malaysia membuat permohonan maaf kepada ahli keluarga penumpang MH370 buat masa sekarang.

Menurutnya, beliau tidak melihat sebab untuk mengeluarkan kenyataan maaf berikutan pihak berkuasa masih menyiasat punca kehilangan pesawat berkenaan.

Katanya, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) juga sedang menjalankan inkuiri dalaman selain Kementerian Pengangkutan mengadakan inkuri melibatkan antarabangsa.

Jelas Hishammuddin, hanya selepas siasatan selesai, langkah seterusnya termasuk permohonan maaf akan dipertimbangkan.

Malaysia telah menjadi sasaran kritikan beberapa pihak di dunia berikutan usaha mengesan pesawat MH370 masih di jalan buntu.

Dah dok kata HUDUD PAS kenapa Mamat Umno si Asraf tak suruh UMNO yang bentangkan..!!

Merah Tinta MSO·

Politik cerdik atau politik berkualiti yang diharapkan dari Umno dengan adanya cerdik pandai berpengetahuan agama seperti Asraf Wajdi Dusuki tampaknya tidak kesampaian apabila ahli MT Umno itu masih bercakap menggunakan nada sama dengan pemimpun Umno tua sebelum ini.

Asraf dalam mempertahankan Islam dalam Umno menggesa Pas membentangkan deraf hudud di parlimen sebagai bukti parti itu benar-benar ingin melaksanakan hukum hudud. Katanya Pas boleh gunakan hukum hudud yang sudah dibentangkan di DUN Kelantan.

Cabaran Asraf itu membiadas balik kepada Umno sendiri mengenai hukum hudud. Apa yang patut Asraf gesa ialah Umno sendiri membentangkan hukum hududnya sebagai perbandingan dengan hukum hudud Pas dan tidak perlu bersusah payah meminta Pas berbuat demikian. Hudud bukan saja milik Pas tetapi milik Umno juga.

Kritikan sosial dalam filem Seniman P Ramlee

KOMEDI adalah salah satu tema besar, jika tidak yang paling utama, dalam karya Seniman Agung P Ramlee. Daripada Bujang Lapok (1957) sehinggalah filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi (1972), ramai dalam kalangan kita masih boleh ketawa pada adegan lucu yang sama, meskipun sudah berulang-kali menontonnya.

Walaupun tidak kurang bilangan filem komedi Melayu sekarang yang cuba menyalin kembali lawak-lawak P Ramlee, namun saya pasti kita semua bersetuju bahawa P Ramlee itu tiada galang gantinya.

Malam ini, sempena Festival P Ramlee Pulau Pinang 2014, Penang Institute bangga untuk menganjurkan sebuah lagi Forum Nusantara, yang kali ini bertajuk “Satira Dalam Filem Melayu.” Bagi mewacanakan unsur komedi dalam filem-filem tempatan dan P Ramlee secara khusus, kami telah mendatangkan sebagai panelis tokoh-tokoh seni tempatan seperti Hassan Mutalib, seorang pensyarah filem di UiTM serta pengasas animasi di Malaysia. Turut serta adalah Disman yang merupakan pengarah teater absurd di Kuala Lumpur, serta Abu Mamu Raja Lawak, iaitu seorang bintang yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Pengerusi forum pada malam ini pula ialah Dr Mahyuddin Ahmad daripada USM.

Tubuh RCI Memali ketika dua Tun masih hidup

Tubuh RCI Memali ketika dua Tun masih hidup, gesa Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang gesa RCI ditubuhkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh memberi keterangan berhubung peristiwa Memali 1985. Gambar fail.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai tragedi Memali 1985 ditubuhkan secepat mungkin sementara dua tokoh utama di sebalik peristiwa itu masih hidup.

Lim berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri dan timbalannya, Tun Musa Hitam ketika peristiwa itu berlaku boleh memberikan keterangan untuk mencari keadilan dan ketelusan di sebalik tragedi hitam yang berlaku di dalam negara itu.

"Dr Mahathir dan Musa masih hidup dan boleh memberi keterangan mengenai tragedi yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlalu, Musa mengambil tindakan yang mengejutkan negara apabila mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya di China ketika kejadian itu berlaku seperti dilaporkan sebelum ini.

Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan kesahihan tuduhan Musa itu.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.

Waris dari Beijing mahu M'sia mohon maaf

 
Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.

"Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.

"Pada 24 April, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang (telah) terhempas tanpa bukti," kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.

Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan "Doakan untuk MH370" dan "Kembalilah dengan aman" dalam bahasa Cina.

Lori Bawa Nadir Bumi Lynas terlibat kemalangan, Ketua Polis Daerah kata ia "tidak begitu berbahaya"

Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas, mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada lalulintas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke atas tanah.

Pesanan Untuk Golongan Yang Ada Kes Hutang Sepanjang Hidup

TOK PERAK

*WALAUPUN terus berduka nestapa di atas kehilangan pesawat dan orang-orang tercinta, alihkan sejenak perhatian kita kepada satu perkara lain yang patut juga diberi perhatian, iaitu hutang.

Orang kita banyak hutang, demikianlah yang dijelaskan dalam Laporan Tahunan 2013 Bank Negara Malaysia (BNM) minggu lalu.

Menurut laporan tersebut tahap hutang isi rumah negara ini berjumlah RM854.3 bilion yang merupakan 86.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Untuk pengetahuan, hutang isi rumah ialah nilai terkumpul pinjaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah domestik.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi memastikan pengurusan kewangan yang kukuh dan menggalakkan pasaran hartanah yang stabil dalam usaha mengawal perkembangan hutang isi rumah.

Langkah tersebut bertujuan memastikan pengembangan kredit yang berhemah, menggalakkan tingkah laku individu dan institusi yang bertanggungjawab, pasaran hartanah yang teguh dan membendung tingkah laku spekulatif.

Bagi orang biasa apa yang dilaporkan oleh BNM agak sukar untuk difahami, terutama istilah-istilah seperti KDNK, spekulatif, hartanah dan sebagainya. Tidak perlu mendalami istilah-istilah ekonomi yang pelik itu. Memadailah kita faham bahawa orang kita banyak hutang.

*MENARIK juga untuk diketahui bahawa sebanyak 61.8 peratus atau RM527.6 bilion daripada keseluruhan hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah hutang pinjaman pembelian kediaman dan kenderaan.

Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/03/musa-hitam-dan-mahathir.jpg
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi.

Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

Trajedi MH370 - Objek Sana Objek Sini, Tapi Satu Apa Pun Tak Ada Kaitan..!!

Tragedi MH370 : Berita Memalukan Najib Ini Sudah Tersebar?
 
Wartawan BBC menunjukkan objek pelbagai warna yang ditemui dan sebenarnya ia hanya cebisan jaring yang besar kemungkinan daripada bot nelayan, bukan MH370.

Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.

Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Susulan penemuan itu, kapal China membuat pencarian di kawasan itu bagi mengesan pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu.Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.

Apa Hishammuddin fikir sebelum sidang media?

KUALA LUMPUR - Apa yang sering bermain dalam fikiran pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu lepas?

"Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu... bahawa saya boleh memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka," katanya.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual media tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.

"Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat yang seperti ini umpama 'roller-coaster' untuk saya. Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.

Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif. Itu yang saya lalui bersama anggota Kabinet khususnya Perdana Menteri," katanya.

Empati beliau terhadap keluarga terbabit diluahkan secara terbuka sebelum ini, dan Hishammuddin berharap waris mereka yang berada dalam pesawat malang itu faham bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha sedaya upaya serta konsisten dalam insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.

Pelajar China gesa media henti burukkan imej Malaysia

 Pelajar China gesa media henti burukkan imej Malaysia
PRESIDEN Persatuan Alumni Pelajar Cina Malaysia (MACSA), Adam Huang (duduk, tengah) menunjukkan sijil penghargaan mengenai bantuan kerajaan Malaysia kepada China semasa gempa bumi tahun lalu ketika mengadakan sidang media mengenai tragedi pesawat MH370 di Wisma MCA di sini, hari ini. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370.

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang, berkata persatuan itu sudah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.

BUKIT SELAMBAU - Arah henti sedut pasir


Kerajaan Negeri Kedah mengarahkan agar projek pengambilan pasir oleh sebuah syarikat di Kampung Batu Belacan dekat sini, dihentikan segera sehingga satu siasatan lanjut dibuat mengenainya.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, syarikat itu diminta menghentikan operasi walaupun mendakwa sudah mendapat kelulusan.

Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri membekukan permit baharu pengambilan pasir kepada mana-mana syarikat yang membuat permohonan dan perkara sama dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kita menerima aduan penduduk berhubung tindakan pengusaha syarikat yang menjalankan kegiatan mengorek pasir yang dikatakan boleh menjejaskan aktiviti mereka yang menjalankan pertanian,” katanya.

Menurutnya, projek pengambilan pasir didakwa dilakukan sebuah syarikat sejak awal tahun ini dan kehadiran syarikat itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati petani yang bimbang dengan situasi itu.

Malaysia masih menaruh harapan ada yang masih hidup dalam MH370

PUTRAJAYA 29 Mac - Kerajaan masih menaruh harapan untuk menemui penumpang atau anak kapal pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat biarpun peratusannya sangat tipis.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, harapan masih ada berikutan operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang objek serta maklumat sahih mengesahkan pesawat jenis Boeing 777-200 itu terhempas di lautan tersebut.

“Tidak kira terpencil mana sekalipun kawasan pencarian ini kita tetap berharap untuk menemui penumpang yang masih hidup. Saya berharap dan berdoa operasi mencari dan menyelamat ini dapat menemui mereka yang hidup biarpun harapan itu agak tipis.

“Saya juga memahami sensitiviti ahli keluarga terbabit dan sekiranya ada bukti yang menjurus ke arah penemuan bukti mengenai pesawat tersebut termasuk penumpang yang masih selamat ia tetap menjadi keutamaan kita dalam misi ini," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...