TERKINI :

Saturday, March 29, 2014

Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

BN kekal di Balingian

BN kekal di Balingian dengan majoriti besar

BN mengekalkan kerusi DUN Balingian di Sarawak dengan majoriti besar.

Calon BN Yussibnosh Balo memperolehi 8,163 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,300 undi.

Yussibnosh mendapat 84 peratus daripada jumlah undi hari ini. Daripada 13,366 jumlah pengundi di Balingian, 72.33 peratus keluar mengundi.

Ketika dihubungi, ketua PKR Sarawak Baru Bain berkata walaupun kalah dalam Balingian, PKR boleh berbangga dapat menembusi kerusi tersebut.

"Kami telah mencapai tiga perkara. Pertama, kami menambah jumlah undi. Kedua, kita tidak hilang deposit walaupun BN mendakwa sebaliknya.

"Dan akhirnya, dengan kami bertanding di Balingian, BN terpaksa mengumumkan banyak projek untuk kawasan pilihan raya itu. Kami berharap mereka akan melaksanakannya.

"Semua ini akan merangsang usaha kami dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang, " katanya.

Balingian dianggap kubu kuat BN. Penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendapat 6,210 undi dalam pilihan raya negeri 2011, atau 75 peratus undi.

Pencabar terdekat Taib ialah calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin, manakala calon PKR Suriati Abdullah hanya mendapat 871 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Taib melepaskan kerusi itu untuk dilantik sebagai yang dipertua negeri.

Ali Mamak meninggal dunia kerana leukemia

Pelawak dan penyanyi veteran, Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi ini akibat penyakit leukemia.

Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelum solat zuhur. - UTUSAN ONLINE

Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Karpal lepas jawatan pengerusi DAP

Pengerusi DAP Karpal Singh telah melepas jawatan tersebut berikutan sabitannya di bawah Akta Hasutan.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Timbalannya, Tan Kok Wai akan mengambil alih jawatan tersebut.

Menurutnya beliau melepaskan jawatannya itu sementara menunggu rayuannya yang telah difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Buat sementara waktu, katanya, Kok Wai akan bertindak sebagai pengerusi.

Karpal berkata beliau tidak akan memohon pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membolehkannya mengekalkan jawatannya ekoran sabitan terhadapnya.

Ini merupakan yang terbaru dalam siri cabaran yang dilihat sebagai bermotifkan politik yang dihadapi parti itu sejak terpaksa mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusatnya atas arahan ROS.

Pada bulan Januari, DAP akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman ROS berhubung dakwaan penganiayaan yang berterusan.

MH370 - Pihak Interpol sanggah menteri yang mengatakan terlalu rumit nak periksa passport

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. MK

Helang Merah semakin hilang bisanya, kenapa?

Oleh Marlon jr.

Lang Merah semakin hilang bisanya... Hari demi hari semakin terbang rendah dari radarnya... Nak salahkan Kapten Flight pun dah diganti dengan yang baru... Dulu merudum kata Ustaz tak pandai urus bola sebab tu lingkup tapi sekarang dok tengok macam nak lingkop juga walaupun orang lain yang ambik alih....

Punca nak melingkop nie sehari demi sehari rasanya semua dah pakat nampak dah kot... Golongan yang paling lama dalam organisasi bolasepak Kedah yang tidak bertukar dari zaman Arwah Ahmad Basri dan Coach Azrai ialah mereka yang berada dalam KFA itu... Mereka inilah yang sebenar menyusun atur bolasepak Kedah...

Datanglah siapa pun yg jadi pengurus dan coach, keputusan bolasepak Kedah berada dalam tangan mereka... Mungkin zaman arwah Ahmad Basri mereka masih follow arahan presiden dan coach dan mereka sekadar mengurus tadbir halatuju bolasepak kedah tetapi bila bertukar dengan Arwah Ustaz mereka dah besaq kepala dan mula menggunakan kuasa...

Jika dilihat hasil kerja tangan mereka bolasepak kita semakin hari semakin malap dilihatnya... Dengan susun atur pemain dan jurulatih yang dilakukan sepenuhnya oleh mereka seperti didedahkan maka hala tuju dah macam hilang kawalan... Sekadar berhias di luar dengan nama digagahkan dengan Lang Merahnya tapi isi dalaman semuanya hampas..mereka ini sudah tepu membuat keputusan dan sudah tiba masanya mereka ditukarkan...

Jika mereka ini terus di kekalkan untuk membuat keputusannya maka macam sekarang inilah akan dilihat bolasepak kita...

Disebalik MH370, banyak kelemahan negara kita terdedah..!

Kerajaan arah AG teliti implikasi perundangan dalam bab MH370

Hishammuddin memberitahu, kerajaan mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meneliti segala implikasi perundangan berikutan insiden menimpa pesawat MH370 termasuk kemungkinan Malaysia Airlines (MAS) disaman waris penumpang.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat Kabinet hari ini selepas mengambil kira perkembangan terkini insiden pesawat MH370, selain sebagai persiapan awal kerajaan untuk melangkah ke hadapan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan Kabinet turut memutuskan bahawa semua waris penumpang yang ketika ini berada dalam tekanan emosi tinggi perlu didekati dan dibantu dengan segala langkah perlu terutamanya dalam aspek penjelasan mengenai maklumat terkini MH370.

"Kerajaan faham emosi keluarga mangsa kini cukup tinggi tetapi kita bekerjasama rapat dengan semua pihak untuk mencari MH370 dan segala maklumat berkaitan dikongsi bersama ahli keluarga," katanya.

Lokasi MH370 lebih dekat berdasarkan kiraan kelajuan pesawat

KUALA LUMPUR 28 Mac - Lokasi pencarian pesawat MH370 yang dianjakkan 1,100 kilometer (km) ke arah timur laut dari lokasi sebelum ini dibuat berdasarkan maklumat meyakinkan daripada Boeing hasil pengiraan kompleks terhadap kelajuan pesawat tersebut.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan mengambil kira kelajuan, ketinggian, jarak dan keupayaan pesawat, Boeing merumuskan MH370 mungkin terbang lebih dekat tetapi masih dalam kawasan pencarian di koridor selatan.

Katanya, zon baharu itu lebih kecil berbanding sebelum ini dan operasi menyelamat mesti dilakukan berpandukan pada petunjuk terbaik yang diperoleh ketika ini.

"Semalam proses pengiraan itu memberikan petunjuk baharu yang menunjukkan MH370 terbang lebih laju daripada disangka sebelum ini iaitu 855 km sejam. Ini bermakna lebih banyak minyak telah digunakan MH370 dan pesawat itu tidak boleh terbang lebih jauh seperti disangka.

"Pasukan penyelamat Australia telah mengubah lokasi pencarian tetapi kekal konsisten iaitu di kawasan di mana banyak objek berpotensi berjaya dikesan oleh satelit pelbagai negara sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...