TERKINI :

Friday, March 28, 2014

Pecat Timb Menteri Pertahanan kerana memalukan TUDM...!

| HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Lim Kit Siang berkata, di tengah krisis seperti yang kita hadapi sekarang, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menyebut perkara yang karut di Parlimen pada hari Rabu lalu bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak cuba menghalang MH370 sewaktu pesawat itu dikesan oleh radar tentera berhampiran Selat Melaka pada 8 Mac kerana TUDM “mengandaikan” bahawa pesawat itu telah diarahkan untuk berpatah-balik oleh pengawal lalu lintas udara.

“Tidak cukup untuk beliau menarik balik dakwaannya itu setelah lebih 24 jam mengaibkan TUDM, kerajaan, dan negara serta dengan menyebut bahawa kata-katanya di Dewan Rakyat berkenaan pesawat MH370 yang berpatah balik itu ternyata silap dan hanya berasaskan andaiannya sendiri,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagaimana di bawah..

Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Malaysia telah pun berada dalam kemelut kerana masih belum mampu menjelaskan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines sehingga kini dan berdepan pula dengan kritikan masyarakat dunia yang mempertikaikan kemampuan negara ini untuk menangani krisis apabila keluarga penumpang dan anak kapal terbabit tidak diberikan semua maklumat yang berkaitan.

Seperti yang disebut oleh seorang pakar media dari Kanada, dalam dunia komunikasi krisis, persepsi dapat membawa akibat yang buruk.

Agensi pelancongan China henti jualan tiket MAS

Agensi pelancongan atas talian China menghentikan jualan tiket untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

South China Morning Post melaporkan beberapa agensi popular China akan memulaukan MAS sehingga "kebenaran terserlah" dalam kes MH370.

Agensi yang tidak lagi menjual tiket penerbangan MAS sebagai pilihan termasuk agensi popular seperti eLong, LY.com dan Qunar.

Bagaimanapun, hariaj itu melaporkan Ctrip.com, agensi pelancongan atas talian terkenal, masih menjual tiket MAS ekoran “bantahan daripada jabatan jualan”.

Pasangan Malaysia di Sweden didapati bersalah dan dihukum penjara

Pasangan Malaysia didapati bersalah

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pasangan Malaysia yang didakwa mendera anak-anak mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden hari ini dan dihukum penjara selain diperintah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka.

Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji dihukum penjara 14 bulan sementara suaminya, Azizul Raheem Awaludin, Pengarah Tourism Malaysia di Sweden, dihukum penjara 10 bulan.

Shalwati didapati bersalah mencabul integriti anak perempuan mereka, Aishah, 15, dan sulung lelaki pasangan itu, Ammar, 13, serta memukul dua lagi anak mereka.

Azizul Raheem pula didapati bersalah mencabul integriti Ammar selain memukul Aishah dan Adam, 12, tetapi dibebaskan daripada sebarang pertuduhan yang membabitkan anak bongsu mereka, Ariff, 8.

Apabila lori LYNAS xcident, maka pie laa panggil menteri dan mb mai tolong

Akhirnya Tembelang MAHATHIR dalam isu MEMALI didedahkan oleh bekas Timbalannya sendiri..!

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014. MI

MH370 - Kronologi Bergambar - Antara terus ke LAUTAN HINDI & ke DIEGO GARCIA..??

MAKLUMAT YANG DI BERIKAN KERAJAAN MALAYSIA

PERSEPSI YANG DITIMBULKAN OLEH MASYARAKAT MAYA
MANA SATU PADA FIRASAT ANDA???
Nak Baca Maklumatnya Sila KLIK SINI

MH370: Lokasi pencarian berubah ekoran petunjuk baharu

PERTH 28 Mac - Lokasi mengesan serpihan pesawat MH370 ditukar ke satu kawasan lain yang terletak kira-kira 1,000 kilometer timur laut dari lokasi asal pencarian selepas pasukan mencari mendapat petunjuk baharu, lapor pihak berkuasa Australia hari ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, maklumat terbaharu itu diperoleh berdasarkan analisis radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan komunikasi terputus.

“Data tersebut juga menunjukkan kemungkinan pesawat malang itu terbang lebih laju daripada jangkaan awal, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan mengurangkan jarak ketika menuju ke selatan Lautan Hindi," jelas kenyataan berkenaan. -AFP

UMNO dan Kuncu-kuncu tak bantu Papagomo ka sampai kena merayu saman mahkamah RM500,000..!!

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk dibayar Wan Muhammad Azri Wan Deris kepada seorang ahli perniagaan berhubung artikel berunsur fitnah yang dimuatkan dalam blognya dikenali sebagai Papagomo.

Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian daripada rayuan Wan Muhammad Azri mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dengan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Wan Muhammad Azri disabitkan memfitnah Abdul Razak Mohd Noor.

Pada 13 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo dan memerintahkan dia (Papagomo) membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Abdul Razak.

PAS yakin MH370 dirampas..!!

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI


YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Contoh terkini negara luar begitu serius jaga ruang udara mereka, tapi TUDM kita hanya main SANGKA saja..!!

Dua Pesawat Pejuang pintas Boeing 777 yang tak dikenali..

Insiden ini telah dilaporkan oleh CNN semalam, dalam laporanya CNN melaporkan pihak berkuasa Belanda telah menggerakkan dua buah pesawat pejuang bagi memintas sebuah pesawat Boeing 777 yang menceroboh ruang udaranya.

Pesawat Boeing 777 milik LAN Cargo terbang  untuk ke Amsterdam dari Miami telah diiring keluar dari ruang udara Belanda kerana telah melanggar perintah sekatan udara  yang dikuat kuasakan sekitar kawasan  Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2014 (NSS 2014) yang berlangsung di The Hague

Edmund Messchaert, jurucakap Kementerian Keselamatan dan Keadilan Belanda, memberitahu CNN, pesawat pejuang F16 Belanda itu hanya mengikut protokol atau SOP dengan mengiringi pesawat Boeing itu ke Jerman tanpa sebarang kejadian tak diingini.

Anak Kapten Zahari bercakap mengenai bapanya..!!

Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu.

Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain.

“Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain.

“Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Bukti Pegawai ADUN Jertih ada power nak dapat atau tidak duit BRIM..!!

 

Pencarian MH370 mungkin termahal dalam sejarah penerbangan

Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kemungkinan akan menjadi operasi yang termahal dalam sejarah penerbangan, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini yang memetik saintis China.

Mereka memberi amaran bahawa bil tahunan untuk pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France lima tahun dahulu.

Ia melaporkan bahawa Perancis dan Brazil membelanjakan lebih daripada 40 juta dolar (RM 131.6 juta) dalam masa dua tahun untuk membawa kembali kotak hitam daripada penerbangan 447 Air France tersebut yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada 2009.

Satelit Jepun pula jumpa objek, kapal terbang tak tau tangmana lagi..!

Satelit Jepun kesan 10 objek terapung

Grafik daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. - Foto ihsan AP

SHAH ALAM - Satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.

Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.

Raja Bomoh perlu taubat - Mufti Perak

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.

Beliau berkata, Ibrahim menggunakan kaedah ilmu perbomohan baru-baru ini ketika proses mencari pesawat MH370 yang nyata mengelirukan serta bercanggah dengan hukum agama dan perbuatan syirik.

“Bomoh ini wajib bertaubat kerana ia tidak membawa ke mana-mana.

“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya selepas menyampaikan tauliah kepada 33 tenaga pengajar Islam, kelmarin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...