TERKINI :

Thursday, March 27, 2014

Anwar Ibrahim membantah tindakan Tayyip Erdogan yang mengharamkan Twitter

OLEH: NIZAM ZAIN Tarikh: March 26, 2014

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap membantah tindakan sahabat karibnya, Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan yang mengharamkan media sosial Twitter di negara itu.

Bagaimanapun dakwa Anwar, walaupun langkah itu ditentang, namun negara Asia Barat itu masih mengamalkan kebebasan media khususnya kepada pihak pembangkang.

"Saya secara prinsip tidak setuju. Walaupun beliau sahabat baik saya, tetapi media masih bebas (Turki)...televisyen negara itu bebas... Pembangkang boleh bercakap dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berjalan lancar.

"Walaupun saya banyak menyokong keputusan mereka tetapi saya tidak bersetuju beberapa langkah termasuk sekatan terhadap kebebasan media Twitter," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut langkah tegas Turki menyekat Twitter pada Khamis lalu selepas beberapa jam Erdogan memberi amaran akan menghapuskan rangkaian sosial itu yang mendedahkan dakwaan penyelewengan terhadap beberapa pemimpin kanannya.

Menurut agensi berita Anatolia, pihak berkuasa secara teknikal menyekat akses kepada Twitter kerana perkhidmatan itu tidak menghiraukan beberapa arahan mahkamah untuk membuang sebahagian pautan yang disifatkan melanggar undang-undang.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, jika media sosial itu disalahgunakan untuk memfitnah dan menimbulkan suasana tegang, negara itu boleh mengambil tindakan mahkamah.

"Ternyata ada undang-undang untuk mengenakan tindakan kalau ada orang gunakan Twitter untuk memfitnah," katanya lagi.

Satelit Thailand kesan 300 objek terapung

Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.

Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.

The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli.

KDN sudah kontrol permit surat khabar

KDN: Tolak permit M'kini supaya orang tak keliru

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini dan FZ Daily atas alasan mahu mengawal jumlah akhbar.

Ia juga, menurut KDN, agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

"Penolakan permohonan surat khabar umum bertajuk FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan surat khabar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai surat khabar," menurut KDN.

Kementerian memberi jawapan itu ketika menjawab soalan bertulis MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di Parlimen.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca," jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dipetik.

Dalam jawapan sama, KDN turut menjelaskan yang permit lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula ditolak kerana kandungannya melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984".

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013.

Dua kapal China dikerah cari objek terapung


BEIJING 26 Mac - Dua buah kapal milik China dikerahkan untuk mencari objek terapung sepanjang dua meter yang dikesan pada awal pagi ini.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, objek berkenaan dikesan oleh sebuah pesawat yang membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - REUTERS

Pengesan kotak hitam tiba di Australia


PERTH 26 Mac - Peralatan dari Amerika Syarikat (AS) yang direka untuk mengesan isyarat kotak hitam, tiba di Australia hari ini sekaligus meningkatkan lagi usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - REUTERS





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...