TERKINI :

Wednesday, March 26, 2014

Selepas CEO MAS, Siapa Lagi Perlu Letak Jawatan?


Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir.

Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian beliau dilaporkan berkata dalam sidang media semalam.

Ahmad Jauhari bukan saja menyifatkan tragedi MH370 ini membuatkan seluruh jiwanya luluh kerana mengakibatkan kehilangan 239 nyawa, menyebabkan tangisan ribuan anggota keluarga serta kesedihan berjuta yang lain di seluruh dunia, malah ketika Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan pesawat itu dikesan hilang di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat berdasarkan analisa satelit Immasat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom, beliau memilih untuk tidak berada di atas pentas.

MH370 vs PRK Kajang

MAJDAN DAGANG



Timbul desus-desas sebelum ini mengatakan bahawa pencarian MH370 akan berakhir sebaik sahaja tamatnya PRK Kajang. Tidak pasti sama ada perkara ini dirancang atau berlaku secara kebetulan. Namun saya memilih untuk menyatakan bahawa semua ini berlaku secara kebetulan.

1.Saya bersimpati terhadap keluarga MH370 dan berharap mereka banyak berdoa dan bersabar. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan andaikan kita berada di tempat keluarga terbabit – betapa sedihnya kehilangan keluarga tercinta.

2.Walaupun isu MH370 ini sudah dianggap berakhir, namun pencarian bukti perlu diteruskan. Hal ini kerana MH370 tidak diisytiharkan terhempas, cuma data Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke arah selatan dan di situ isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu –usaha mencari bukti bukanlah suatu kerja yang mudah. Sementelahan pula Malaysia tiada keupayaan untuk berbuat demikian.

Jaga KESELAMATAN negara pun main "SANGKA-SANGKA" sahaja kah?

TUDM sangka MH370 diarah patah balik

Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

"(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.

"Cuma kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita.

[PANAS] Kasim Ahmad di tahan di KULIM

Kassim Ahmad ditahan di Kulim

 
Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.

Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

MH370: Kerajaan Pas Kelantan ucap takziah

KOTA BHARU 26 Mac - Kerajaan Pas Kelantan mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga anak kapal serta penumpang di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 khususnya selepas pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengumuman yang mengesahkan pesawat tersebut hilang di Lautan Hindi merupakan berita yang cukup menyedihkan bukan sahaja untuk keluarga yang terlibat bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau memohon kepada semua pihak supaya tidak berhenti berdoa supaya misteri kehilangan pesawat itu dapat dirungkai.

“Berdoalah agar Allah SWT menentukan yang terbaik buat mereka yang terlibat di dalam tragedi ini.

“Sesungguhnya sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, kita yakin dengan sepenuhnya terhadap kekuasaan Allah SWT yang mengatasi segala kecanggihan teknologi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MP: Minta maaf pada waris di China

MP Shah Alam dari PAS, Khalid Samad menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines.

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut.

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya.

"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu semalam berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines.

Doakan keselamatan rakyat kita di China...!

Doakan keselamatan rakyat malaysia di china, apabila manusia dikuasai oleh nafsu amarah berbagai kemungkinan boleh terjadi terutama rakyat malaysia yg ada disana.

Rumah PRIMA di KEDAH mahal, takan kerajaan MUKHRIZ tengok saja..??

HARGA RUMAH MAMPU MILIK DI KEDAH TAK MASUK AKAL.

Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri Kedah.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, harga itu adalah di luar kemampuan kebanyakan penduduk Kedah dan mereka memang tidak mampu beli.
 
Beliau berkata, harga rumah itu wajar dikaji semula bersesuaian dengan keadaan sosio-ekonomi  penduduk Kedah yang masih berada tahap pertengahan.
 
"Mungkin harga itu sesuai di bandar besar tetapi bukan di Kedah," katanya ketika bangun mencelah ketika penggulung Bajet 2014 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang), hari ini.
 
Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah lain dan menyediakan rumah yang benar-benar mampu dimilik rakyat negeri ini iaitu harganya wajar dan berpatutan.
 
Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka) turut bangun dan mencadangkan agar rumah mampu milik berada dalam lingkungan harga RM120,000 seunit dan difikirkan sesuai dengan corak kehidupan penduduk Kedah.
 
Beliau berkata, kerajaan perlu memikirkan tahap pendapatan majoriti rakyat di sesebuah negeri sebelum merangka bentuk perumahan dan harga yang ditawarkan agar betul-betul  memberi manfaat kepada orang ramai.
 
"Kalau dengan harga RM120,000, wakil rakyat macam kami pun tak mampu nak beli sebab kelayakan  pinjaman perumahan kami hanya RM100,000," katanya dalam nada jenaka.
 
Beliau juga meminta Kerajaan Negeri Kedah menetapkan syarat kawasan perumahan baru  perlu mempunyai tanah perkuburan sendiri dan tidak menumpang dengan kariah atau masjid berdekatan.
 
"Kalau sampai 5,000 rumah dalam satu kawasan, pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan Islam yang tersendiri.    "Masalah akan timbul apabila muncul lagi perumahan baru di kawasan berhampiran. Kalau berlaku kematian nak kebumi di mana," katanya.
(SUMBER SH)

KOMEN:
Apa kah ini habuan kepada rakyat Kedah yang memberi amanah kepada BN? "BN menang Kedah senang" Atau ada di kalangan Exco kerajaan negeri yang buat untung di belakang projek ini? 

MH370: Nama sebenarnya 9M-MRO

MH370

9M-MRO yang kini lebih terkenal dengan nama MH370.

NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.

Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.

Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.

Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.

Inilah antara rakaman video yang menunjukkan keunggulan pesawat itu semasa hayatnya.

Malaysia dilanda musim K.Terbang bermasalah - terkini enjin terbakar

Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar ketika di udara

SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Juruterbang, Kapten Y. Y Wong  berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi tersebut selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya. Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

Bersihkan nama juruterbang MH370 - Mahfuz

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan segera membersihkan nama juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah yang telah dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memulihkan nama juruterbang itu daripada kaca mata rakyat Malaysia dan dunia.

"Dalam masa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berhubung isu kehilangan MH370, perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membersihkan nama kapten Zaharie.

"Sekarang sudah ada tanggapan negatif telah diberikan terhadap juruterbang itu dan ia perlu diselesaikan segera," kata beliau sewaktu membahas usul khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul khas itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Whip Parlimen PAS itu juga meminta kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyiasat dan membincangkan insiden tersebut.

Demokrasi hancur, pimpinan PR dihalang masuk Sarawak

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengecam keras ke atas penafian pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihalang untuk memasuki salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

Penyelaras Bersama SAMM Sarawak, Norazarizah Rahman berkata, hak sebagai anak watan telah dinafikan dengan angkuh oleh seorang ketua menteri yang memerintah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

“Setelah kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, di dalam masa yang sama, rakyat di seluruh negara diarah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing namun, penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

Menurutnya kagi, tindakan pengusiran terhadap tiga pimpinan PKR iaitu Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafzi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihanraya Kecil N51 Dun Balingian jelas bahawa pihak rejim kini ketakutan setelah banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah kebangkitan rakyat setelah menyaksikan kebangkitan rakyat yang berlaku di PRK N25 Kajang yang baru saja melabuhkan tirainya.

Sekali lagi, tegasnya pihak SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang seringkali dilaungkan oleh pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yang didukung oleh seluruh rakyat negara ini.

MAS, Boeing berdepan kes saman

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan pengeluar pesawat Boeing 777 yang digunakan untuk penerbangan MH370 kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Laporan Reuters menyebut, bapa kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut memfailkan petisyen untuk mendapatkan bahan bukti dalam kes kemalangan tersebut.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyebut, petisyen untuk memperoleh bukti berkenaan difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines yang mengendali penerbangan itu.

Firma itu mewakili Januari Siregar, bapa kepada Firman Chandra Siregar – salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki penerbangan tersebut.

Menurut firma tersebut, petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu bertujuan untuk memperoleh bukti berhubung kemungkinan kecacatan rekaan dan pembuatan yang mungkin menyumbang kepada kemalangan itu, lapor Reuters.

Peguam yang mengetuai kes tersebut, Monica Kelly dalam laporan itu menyebut, pemfailan berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga penumpang terbabit ke atas MAS dan Boeing.

“Kita percaya kedua-dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang menimpa penerbangan MH370,” katanya.

Pesawat Boeing 777 gagal dikesan tidak lama selepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu menyimpulkan, penerbangan pesawat berkenaan berakhir di tengah perairan selatan Lautan Hindi, di kawasan terpencil yang jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS turut mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam penerbangan tersebut dipercayai telah meninggal dunia.

MH370 - Cabaran getir pada 3,500m di dasar lautan

CANBERRA 25 Mac - Usaha mencari serpihan dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berdepan cabaran getir berdasarkan jangkaan ada di antara serpihan berkenaan mungkin berada 3,500 meter di dalam Lautan Hindi.

Selain itu, mengambil kira operasi mencari dan menyelamat yang telah dilaksanakan selama 18 hari, serpihan atau kotak hitam pesawat berkenaan mungkin telah dihanyutkan ombak sejauh beratus-ratus kilometer, sekali gus menyukarkan misi mengumpulkan serpihan kapal terbang itu.

Pakar pencari bangkai pesawat dalam laut Amerika Syarikat, David Mearns yang pernah terlibat dalam operasi mencari serpihan pesawat Air France AF447 yang mengambil masa dua tahun untuk dijumpai berkata, misi mencari komponen pesawat MH370 di Lautan Hindi tidak sama seperti yang disertainya di Lautan Atlantik sebelum ini.

"Berbanding Lautan Atlantik yang terletak di antara benua Afrika dan Amerika, Lautan Hindi sangat terpencil dan jarang dilalui kapal-kapal," katanya yang menjadi penasihat penyiasat Britain dan Perancis ketika misi mencari bangkai AF447 beberapa tahun lalu.

Pensyarah siasatan nahas di Universiti Central Queensland, Geoff Dell pula berkata, sekiranya kotak hitam pesawat MH370 dikesan berada di dasar laut yang dalam, kapal selam kawalan jauh mungkin perlu digunakan untuk mendapatkan objek itu, sama seperti ketika misi mengeluarkan kotak hitam kapal terbang Air France, pada Mei 2011.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...