TERKINI :

Monday, March 24, 2014

Point Penting Sidang Media PM Najib sebentar tadi..

Berikut, point penting daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat satu sidang media tergempar baru sahaja sebentar tadi pada 9.50 malam, di PWTC.

Dato Seri Najib Tun Razak, LIVE dari PWTC.

Point Penting.
1. Lokasi terakhir MH370 berada disahkan adalah di Lautan Hindi.

2. Press conference lebih details pada esok hari, jam 5.30 petang.

3. MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.

4. Kepada pihak media haruslah memberi ruang kepada keluarga mangsa pada masa ini agar tidak mengganggu mereka.

Http://dramaraja.blogspot.com

Latest : Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


MH370 terakhir terbang dan terhempas di Selatan Lautan Hindi

PM Australia call Najib pasai 2 objek berkaitan mencari MH370

2 objek akan diambil tak lama lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi.

Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi.

Dalam tweet sebelum itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan pesawat Tentera Orion Udara Diraja Australia (RAAF) menemui dua objek itu berdekatan kawasan carian.

Ia juga menyatakan bahawa kapal HMAS Success sedang mendapat dan mengenal pasti objek itu.

Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat.

Dalam taklimat media hari ini, pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, HMS Success dijangka mampu mendapatkan objek itu dalam tempoh beberapa jam atau paling lambat esok.

'Sokongan Cina masih malapetaka buat MCA'

Sekalipun berlaku peningkatan undi kaum Cina, sokongan kaum Tiong Hua kepada MCA dalam pilihan raya kecil DUN Kajang masih dianggap 'malapetaka' kepada parti yang mendakwa mewakili komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peningkatan itu bukan satu amaran.

"Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum," kata ketua pembangkang itu.

Anwar bangga dengan pencapaian PKR memenangi lebih 50 peratus sokongan Melayu dalam pilihan raya kecil yang berakhir semalam, dan melihat isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakap kemenangan kerusi DUN itu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan mengenai kemungkinan berlakunya perubahan jawatan menteri besar selepas ini dengan mengatakan perbincangan di peringkat Selangor perlu dijalankan.

Rakyat Malaysia semakin haru biru, kereta bomba pun depa bawa lari..!

Seorang lelaki larikan jentera bomba

BAGAN DATOH 24 Mac - Seorang lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dengan memandu kenderaan itu sejauh 25 kilometer ke Teluk Intan di sini pagi ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, suspek yang membawa kenderaan secara melulu telah melanggar beberapa buah kenderaan termasuk mengakibat seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota bomba yang mengejar kenderaan tersebut yang terbabas di lampu isyarat di kawasan Batak Rabit menghala Teluk Intan dekat sini kira-kira setengan jam kemudian. - UTUSAN ONLINE

Apa status duit deposit p.raya 13 dahulu, SPR buat modal meniaga ka?

Pas Kedah gesa SPR jelas status wang deposit
OLEH: JAMILAH HAMZAH Tarikh: March 24, 2014

ALOR SETAR - Pas Kedah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan status berhubung wang deposit kempen PRU13 yang perlu dipulangkan kepada calon parti itu.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata pihak bertanggungjawab dalam pemulangan wang itu perlu selesaikan perkara berkenaan segera. Katanya, wang tersebut sepatutnya tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk dikembalikan kepada calon bertanding pada pilihan raya lalu.

“Deposit bahan cetak untuk PRU13 masih lagi tidak mempunyai ketentuan khususnya di Kedah ini. Kita telah bayar deposit untuk membolehkan kita dapat kebenaran pasang poster dan sepanduk dalam kawasan kita bertanding.

“Apabila kita tanya SPR, mereka kata pihak berkuasa tempatan (PBT) tak bagi apa-apa lagi laporan kepada mereka sama ada selesai atau tidak. Apabila kita tanya PBT Baling contohnya mereka kata sudah ‘bersih’ semuanya.

“Kita harap pembayaran ini dipercepatkan, ini duit orang dan hampir setahun masih belum ada bayaran,” katanya kepada pemberita di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, Adun Kubang Rotan, semalam.

Pada Januari lalu, akhbar Sinar Harian turut melaporkan Pas Kedah telah menyatakan kekesalan terhadap SPR dan beberapa PBT yang masih gagal memulangkan deposit kempen PRU13, selepas lebih tujuh bulan pilihan raya berakhir.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, petugas parti sudah lama menurun dan membersihkan segala bahan kempen seperti poster, banner dan billboard yang digunakan oleh calon Pas ketika kempen PRU13 Mei lalu.

“Sampai sekarang wang deposit bahan kempen PRU13 belum dikembalikan kepada calon yang bertanding. Apa alasan deposit itu diperap terlalu lama?,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...