TERKINI :

Sunday, March 23, 2014

[Video] Keputusan RASMI PRK KAJANG - Tahniah Pakatan Rakyat

TAHNIAH PKR




PKR - 16,741
BN - 11,362
  Majoriti - 5,379

Hati-hati terima bantuan luar


Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Kerajaan perlu berhati-hati ketika menerima bantuan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH 370 yang masih hilang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, bantuan negara luar melalui ejen perisik termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) untuk membantu dalam operasi itu  perlu  ditapis bagi mengelakkan rahsia negara terdedah.

"Ini sangat berbahaya kepada campur tangan orang asing terutama dalam isu simulator kapten pesawat (Zaharie Ahmad Shah). Ia juga memberi tanggapan kurang baik terhadap negara kita sebagai sebuah negara Islam yang seringkali kaitkan dengan keganasan oleh Barat.

"Saya minta kerajaan lebih berhati-hati dengan campur tangan negara asing yang berkemungkinan untuk 'mencaturkan' politik dalam negara kita," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Kubang Rotan, hari ini.

Kajang - Tak Rasmi : PKR menang

 
  Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam.

Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

LAPORAN LANGSUNG

7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

7.30pm Tak rasmi:

PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427

Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.

PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.

Kajang - keputusan seawal jam 9.00 malam

KAJANG: Kesemua 15 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup pada 5 petang ini setelah dibuka sejak 8 pagi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua.

Proses pengundian turut berlangsung di Balai Raya JKKK Kg Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.

Misbun tegas tolak tawaran BAM bukan kerana duit

http://1.bp.blogspot.com/_xKL2fTWc0Ig/TSG3bKqJ-8I/AAAAAAAAAXk/ip0M0tVAZYw/s320/Misbun%2BSidek.jpg
'INI SOAL MARUAH'

Ketika ramai mengharapkan Datuk Misbun Sidek menerima tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu melantiknya sebagai Pengarah Keupayaan dan Kemahiran, namun beliau menolaknya tawaran berkenaan atas alasan masalah peribadi.

Namun, di sebalik alasan yang diberikan itu, tampak ‘luka lamanya masih berdarah' biarpun menegaskan tiada dendam disimpannya selepas membuat keputusan mengejut meletak jawatan dari BAM pada 31 Disember 2010.
Ketika itu ada orang yang bijak pandai mereka katakan tanpa saya sekalipun mereka laksanakan program lebih bagus daripada saya. Sebab itu, saya beri laluan dan saya pun tidak mahu kacau"
Biarpun punca peletakan jawatannya itu sehingga hari ini masih menjadi tanda-tanya, tetapi Misbun memberi bayangan yang beliau kecewa dengan sikap segelintir pegawai BAM yang dianggapnya 'bijak pandai'.

Adakah Objek Yang Ditemui Satelit China Itu Sayap MH370?

Objek Ditemui Satelit China Sayap MH370?

Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga.
Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar.
Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Apabila ditanya apakah penemuan satelit China itu menyerupai imej satelit awal diumumkan Australia, Dr Blaxland dari Australian National University berkata, ia berbeza.
“Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya,” katanya.Menurut pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara berkata, objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing, lapor SMH.

MH370: Pesawat SAR kesan palet kayu, tali pinggang di Lautan Hindi

PERTH: Pegawai Australia berkata, sebuah pesawat yang terbabit dalam misi mencari pesawat MH370 mengesan palet kayu bersama tali pinggang atau pengikat dikesan di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Objek itu dikesan oleh pesawat awam yang membantu dalam misi berkenaan semalam.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan bahawa "objek pertama ketika pencarian secara visual setakat ini'.

"Sebahagian daripada objek itu ialah palet kayu dan sejumlah barangan lain serta tali pinggang berlainan warna di keliling dan tali pengikat berlainan ukuran," kata Penyelaras Operasi pesawat AMSA, Mike Barton. - AFP

[PANAS] Video Raja Bomoh Bubu kena bambu dengan manager wanita tersebar





Lebih ramai percaya MH370 dirampas daripada terhempas?

– Shahbudin Husin

http://www.standardmedia.co.ke/sdemedia/sdeimages/pulse/malaysia16032014.jpg
Sudah dua minggu berlalu tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa berita mengenai pesawat MH370. Pada Sabtu 8 Mac, kerajaan mengumumkan pesawat itu hilang daripada radar di perairan Vietnam dan mengesyaki ia mungkin terhempas di Laut China Selatan tetapi pada Sabtu seterusnya iaitu 15 Mac, Najib pula membuat pengumuman pesawat itu sebenarnya dikesan berpatah balik dan radarnya dimatikan dengan sengaja oleh seseorang yang berada di dalam kokpit.

Sejak itu, pencarian tidak lagi dilakukan di Laut China Selatan tetapi sudah menjarak sehingga ke Lautan Hindi dengan jumlah negara, pesawat udara, kapal laut, radar dan anggota pasukan mencari dan menyelamat yang turut bertambah. Namun sehingga ini masih juga tiada tanda pesawat itu akan ditemui.

Pada Sabtu seterusnya iaitu semalam, ramai sebenarnya yang mengharapkan ada sesuatu pengumuman yang positif daripada kerajaan dan seterusnya merungkai misteri kehilangan pesawat yang sudah berlarutan selama dua minggu itu. Tetapi nampaknya Sabtu, 22 Mac tiada apa-apa berita daripada kerajaan.

Yang ada hanyalah beberapa penemuan yang makin membingungkan rakyat, lebih-lebih lagi waris mangsa. Jika sebelum ini kita diberitahu, antara muatan kargo adalah bertan-tan manggis, kini kita dibertahu lagi bahawa di dalamnya terdapat bahan kimia litium yang biasa digunakan untuk membuat bateri.

Kedah dah ada cerita hindustan, ada kes culik sebab makwe kahwin orang lain..!!

Wanita didakwa kena culik 3 hari sebelum nikah

 Wanita didakwa kena culik 3 hari sebelum nikah  
Seorang pengguna Facebook melaporkan kejadian wanita diculik serta nombor kereta yang didakwa digunakan oleh suspek.

ALOR SETAR - Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an didakwa diculik di  depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil, Baling, enam hari lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta.

Menurut sumber, keluarga wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tawar pada hari kejadian.

Susulan kejadian itu, seorang pengguna laman Facebook turut menghebohkan kejadian itu berserta nombor pendaftaran kereta yang didakwa digunakan suspek.

Setiap negara hati-hati dedah maklumat radar

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Setelah dua minggu misi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, masih belum ada sebarang petunjuk tepat yang membolehkan penemuan MH370.

Misi SAR ini adalah yang terbesar di dunia setakat ini, melibatkan 26 negara berkongsi kepakaran serta aset bagi merungkai misteri kehilangan pesawat, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapalnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, operasi SAR kini tertumpu pada koridor selatan dan utara, yang keduanya diberikan keutamaan yang sama.

Bagaimanapun, selepas seminggu aset dan anggota yang terlibat digerakkan, masih belum ada jawapan yang pasti.

Kelmarin, penemuan objek bersaiz 24 meter di perairan Australia menggemparkan pelbagai pihak, tetapi kerajaan negara itu belum sahkan sama ada objek itu milik MH370 atau tidak.

Tinjauan Sinar Harian di laman-laman sosial dan blog mendapati ramai yang mempersoalkan kebolehan radar dan satelit yang dimiliki negara-negara terlibat, termasuk Malaysia.

Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mohd Noor berkata, perkongsian maklumat radar dan satelit antara negara satu perkara yang amat sensitif.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...