TERKINI :

Saturday, March 22, 2014

MH370: Tidak putus asa selagi ada harapan

SEPANG - Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selagi ada sinar harapan untuk menemui pesawat dan penumpang Malaysia Airlines MH370, yang hilang lebih dua minggu lepas.

"Saya tidak akan berputus asa dan saya akan teruskan sebagaimana hari pertama lagi dan saya menaruh harapan tinggi untuk melihat kesudahannya berdasarkan sokongan yang kami terima," kata beliau pada taklimat harian media berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata dengan lebih banyak aset digerakkan dan lebih banyak negara tampil membantu, ia akan memberi lebih banyak harapan untuk terus melangkah.

"Namun secara peribadi, saya tidak akan menoleh ke belakang," tegas beliau.

Beliau menggambarkan operasi mencari dan menyelamat ini sebagai yang terbesar dalam sejarah berikutan sokongan dan bantuan dari 26 negara yang langsung tidak membangkitkan isu kos.

"Inilah yang paling baik, tiada siapapun, tidak Malaysia mahupun rakan kami sekalipun, yang bercakap tentang wang ringgit. Perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran kami, keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini," katanya.

Ketika menggambar cabaran semasa operasi mencari dan menyelamat di selatan Lautan Hindi, beliau berkata kapal yang dikerah ke kawasan itu mungkin berdepan arus deras akibat laut bergelora.

Beliau berkata kapal juga diberi amaran kemungkinan berlaku angin puting beliung kategori satu, yang ketika ini di kawasan Pulau Christmas, menuju ke arah kawasan pencarian.

Pada Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mendedahkan imej satelit menunjukkan dua objek kira-kira 2,500km dari barat daya Perth, yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kapal terbang yang hilang itu dengan membawa 239 orang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu dalam penerbangan ke Beijing apabila secara misteri hilang dari radar. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama

MH370 - Pakar forensik tidak temui bukti mencurigakan dalam simulator

Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.

Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370: Pusat media pindah ke PWTC esok

Pusat media bagi petugas yang membuat liputan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pengangkutan hari ini.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di Sepang hari ini berkata langkah itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 minggu ini.

"PWTC dipilih bagi penempatan semula itu disebabkan kemudahan dan ketersediaan bilik hotel di kawasan berhampiran yang dapat memenuhi keperluan media," menurut kenyataan kementerian.

Persidangan media baharu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, di Aras 2 WTC dan tempat bekerja petugas media pula terletak di Dewan Mawar, Aras 2.

MH370: AS pertimbang permintaan Malaysia

Amerika Syarikat (AS) akan menimbangkan permintaan Malaysia bagi bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac lepas.
  
Ini susulan panggilan telefon Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel malam tadi.
  
Semalam Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata beliau akan meminta bantuan daripada AS, bagi aset khusus termasuk aset dilengkapi keupayaan mencari di laut dalam.
  
"Tiada permintaan spesifik dibuat bagi mana-mana jenis aset tertentu. Ia berupa permintaan secara umum untuk kami membantu mengesan serpihan pesawat dan kotak hitam," menurut laporan agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Pentagon Laksamana Madya John Kirby, semasa diminta mengulas panggilan telefon itu.
    

Ahli sendiri pertikai dan bertanya di mana kerja DAKWAH yang dilakukan PEKIDA..?



Tak payah mandi darah ler Pekida, balik umah mandi wajib lagi bagus. Aku ahli Pekida, tau ler sgt apa yg Pekida buat. Nama Pekida masyaAllah! "Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah".. Apa dakwah yg selama ini yg penah buat? Dakwah ialah mengajak org Islam kembali kpd Islam dan memperkenalkan Islam yg indah ini kpd non muslim. 

Ahli2 Pekida tak penah pun ditarbiah dan dididik mengikut Islam. Bagaimana nak ubah perspektif masyarakat klau sejak dari dulu smpai skrg asyik berperang je sesama sendiri? Ayahanda dan abg Long Pekida asyik pau duit ahli2nya dan buat keja2 haram. 

Pertubuhan2 Islam yg lain seperti ABIM, JIM, Tabligh dan PAS dipimpin oleh ulama dan tokoh2 ilmuan yg giat berdakwah kpd masyarakat, sdgkan Pekida pemimpinnya adalah terdiri drpd org2 yg tiada langsung latar belakang agama. Jahil hukum hakam agama plak tu? 

Konsert maut: Mengapa Shabery terus membisu?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terus membisu ekoran insiden kematian remaja pada Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil baru-baru ini.

Katanya, sepatutnya menteri itu tampil memberi penjelasan kerana program tersebut mendapat kelulusan daripada kementerian tersebut.

"Saya hairan kenapa mereka terus membisu sedangkan insiden tersebut telah seminggu berlalu.

"Sepatutnya kementerian bertanggungjawab dalam isiden itu kerana mereka yang memberi kelulusan dan lagi satu kenapa perlu program sedemikian untuk mempromosikan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang menegaskan, sepatutnya kerajaan lebih prihatin dan tahu apa budaya yang harus diketengahkan untuk menarik pelancong dari luar.

MH370: Apa sudah jadi dengan radar Markoni

KAJANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa sistem radar tidak dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu ketika melintasi ruang udara dan perairan negara.

Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.

"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Tak akan ditutup?

"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu. Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.

Kehilangan MH370 dedah kelemahan radar dunia

 

Sebuah pesawat yang besar ghaib begitu sahaja selepas lenyap dari radar Malaysia menggambarkan satu paradok yang tidak selesa tentang penerbangan moden - kapal terbang canggih bergantung kepada infrastruktur lama untuk memberitahu mereka ke mana hendak pergi.

Ketika satelit membentuk hampir setiap aspek kehidupan moden, penggunaan radar dan radio dalam kokpit telah, bagi ramai juruterbang, berubah sedikit saja sejak sebelum enjin jet itu pertama kali diterbangkan.

Walaupun Malaysia mengesyaki seseorang mungkin telah menyembunyikan jejaknya, tetapi ketidakupayaan 26 negara untuk mencari Boeing 777 seberat 250 tan itu telah mengejutkan dunia dan mendedahkan kelemahan dalam penggunaan radar, yang lemah liputannya di atas lautan dan padang pasir.

Kata Don Thoma, presiden Aireon, sebuah usahaama yang dilancarkan oleh syarikat komunikasi satelit mudah alih Iridium yang berpangkalan di Amerika dan Lembaga kawalan trafik udara Kanada pada tahun 2012 untuk menawarkan pengesanan kapal terbang di ruang udara.

"Kita mengesan kereta kita, kami menjejaki telefon bimbit anak-anak kita, tetapi kita tidak dapat mengesan kapal terbang apabila ia berada di atas lautan atau kawasan pedalaman yang lain," kata Don Thoma, presiden Aireon kepada Reuters.

MAS padamkan spekulasi kebakaran kerana bateri

 

Selepas berita bahawa MH370 membawa bateri lithium-ion dalam kargo mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku kebakaran semasa penerbangan, Malaysia Airlines telah mengeluarkan penjelasan berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan ringkas, MAS berkata bateri lithium-ion yang dibawa dalam pesawat MH370 pada 8 Mac adalah mematuhi syarat-syarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di mana ia diklasifikasikan sebagai barang tidak berbahaya.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan kuantiti atau mendedahkan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan bateri tersebut yang berada dalam pesawat itu.

Kos mencari MH370 kini cecah RM8.22 juta: Pentagon


WASHINGTON 22 Mac - Pentagon menyatakan kos mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 kini mencecah AS$2.5 juta (RM8.22 juta) setakat ini.

Tentera Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan, pihaknya sudah memperuntukkan kira-kira AS$4 (RM13.16 juta) untuk operasi itu buat ketika ini.

``Peruntukan tersebut cukup untuk melancarkan operasi itu sehingga awal April ini,’’ kata Pentagon. - Reuters

MH370 mungkin dirampas ketika 'lubang hitam' radar

LONDON 22 Mac - Pakar percaya pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin dirampas ketika `lubang hitam’ radar semasa pertukaran laluan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Laman web akhbar Mirror melaporkan, pakar percaya suspek mungkin menyerang dan mengubah laluan pesawat Boeing 777 itu ketika waktu berkenaan.

Transkrip yang baharu didedahkan menunjukkan masa sebenar ketika pesawat itu berada di `ruang udara’ tersebut antara dua zon kawalan laluan udara trafik di mana ia tidak dipantau dari darat. - Agensi

MH370 - Kenyataan berbelit, dulu manggis kini bateri litium pula..!!

Selepas bawa manggis, CEO mengaku MH370 bawa bateri litium


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya sebelum ini berkata, pesawat MH370 bawa manggis, tiada bahan mudah terbakar. Gambar fail The Malaysian Insider.
 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya sebelum ini berkata, pesawat MH370 bawa manggis, tiada bahan mudah terbakar. Gambar fail The Malaysian Insider. 

Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.

Mail Online melaporkan, bateri litium pernah menyebabkan 140 kejadian di udara dalam tempoh 29 tahun lalu.

Dikelaskan sebagai ‘berbahaya’ oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bateri itu biasanya digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba.

MH370: Komunikasi 54 minit terakhir didedahkan The Telegraph

MH370: Komunikasi 54 minit terakhir didedahkan The TelegraphKUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Berita Yang Anda Tidak Sanggup Dengari Dari Ahli Keluarga MH370


Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.

Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.

Terbongkar - Rahsia kenapa Najib tidak mahu jawab soalan dari wartawan


 Sebaik sahaja selesai membacakan kenyataan bertulis sewaktu sidang akhbar MH370 tempohari itu, PM Najib yang enggan menjawab sebarang soalan dari wartawan telah bergegas mahu keluar dari bilik tersebut.

 Namun ada seorang wartawan luar,  Bob Woodraff dari ABC News telah menerjahnya kerana mahukan pengesahan PM Najib samada mereka (Polis) sedang membuat pemeriksaan rumah dua juruterbang pesawat yang hilang itu .Tetapi PM Najib buat dek sahaja.


I asked the Malaysia PMi if they searching homes 
of the pilots. He wouldn't respond.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?


Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib.

Sangat berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang nak cari dia pakai kupiah pun sangat susah sehingga saya difahamkan gambar dia berkupiah dalam buku karangan Ahmad Lutfi Othman "Mufti lawan Mahathir" telah dibeli dengan harga RM70 daripada wartawan. Itu pun ada yang kata gambar ini edit photoshop.

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC
KUALA LUMPUR: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Adun Gurun angkat sumpah sebagai Exco Kedah


Adun Gurun angkat sumpah sebagai Exco Kedah  
Yong Kong (tiga, kanan) bersama Azmi (empat, kanan) sejurus selesai majlis angkat sumpah.

ALOR SETAR - Adun Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong, mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Kedah di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah, mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

Pelantikan Yong Kong sebagai Exco ke-sembilan adalah bagi mengisi kuota yang diperuntukkan kepada wakil MCA.

Beliau dijangka mempengerusikan portfolio Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan.

POKOK SENA - 'Kedaifan mereka meruntun hati'


'Kedaifan mereka meruntun hati'  
Buaneswary menyampaikan sumbangannya kepada Saad sekeluarga di Kampung Tanjung Musang bagi membantu keluarga itu.

POKOK SENA - "Saya terharu membaca tentang keperitan keluarga ini yang terpaksa membasuh nasi basi untuk dimakan semula. Keperitan keluarga ini meruntun hati saya untuk bertemu dan menghulurkan sumbangan,”.

Demikian kata Buaneswary Nadarajan, 37, selepas bertemu dengan keluarga Som Md Diah, 67, dan Saad Md Isa di Kampung Tanjung Musang baru-baru ini.

Buaneswary berkata, kini hatinya puas dan lega apabila dapat bertemu untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu yang terpaksa menanggung seorang anaknya, Azizawati, 40, yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, sejak membaca tentang keluarga itu di akhbar ini, jiwanya tidak tenteram menyebabkan dia memaklumkan kepada suami, K Arapan untuk sama-sama datang ke Pokok Sena bagi menziarahi keluarga itu.

“Kedaifan keluarga itu menyebabkan kami sanggup memandu beratus-ratus kilometer dari Rawang, Selangor hingga ke Pokok Sena.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...