TERKINI :

Thursday, March 20, 2014

Kerajaan BN perlu bertanggung jawab promosi "konsert maut"


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN perlu bertanggung jawab terhadap insiden kematian dan penyalahgunaan dadah serta alkohol pada acara Future Music Festival Asia (FMFA) kerana ia membabitkan kelulusan dan dokongan dua menteri pusat.

Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014, 17 Oktober lalu manakala Pengarah Livescape Sdn. Bhd., Iqbal Ameer  telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi memohon menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi program.

Malah tambah beliau, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014 manakala Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA. 

"Khairy mahupun Nazri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini," tegas beliau.

Menurut Nik Nazmi, kematian enam pengunjung FMFA adalah peristiwa yang amat menyedihkan apatah lagi di masa yang sama, 14 pengunjung dirawat di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur akibat penyalahgunaan dadah dan penggunaan arak secara berlebihan.

Sejumlah 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenal pasti.

Jejantas RM50 juta, kenapa bina terowong RM340 juta?

Mar 20, 2014
HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS mempersoal pembinaan terowong pejalan kaki menghubungkan Muzium Negara dengan KL Sentral yang memerlukan kos yang tinggi dan berhadapan risiko keselamatan pengguna.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, kos RM340 juta untuk membina terowong sepanjang 100 meter terlalu tinggi sedangkan terdapat alternatif lain untuk menjimatkan kos.

Katanya, kerajaan boleh membina jejantas menghubungkan kedua-dua tempat tersebut dengan kos hanya RM50 juta tetapi tetap memberikan keselesaan kepada pengguna.

"Kenapa kerajaan nak buat terowong bawah tanah sedangkan kerajaan boleh buat laluan pejalan kaki di atas dengan kos RM50 juta dan sedikit risiko keselamatan berbanding terowong bawah tanah yang berisiko tinggi kepada pengguna," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media sama berkata, dengan kos RM340 juta, kerajaan boleh membina 8,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM42,000 seunit.

"Dengan harga sama (RM340 juta) kita boleh membina 8,000 rumah kos rendah yang bajetnya lebih kurang RM42,000 sebuah.

MH370: Mengapa tiada penumpang yang cuba menghubungi keluarga?

MH370: Mengapa tiada penumpang yang cuba menghubungi keluarga?
BANGKOK: Dalam dunia yang mementingkan media sosial dan telefon pintar, soalan mengapa seorang pun penumpang pesawat MH370 tidak cuba menghubungi saudara mara mereka seperti semasa kejadian serangan 9/11 masih menjadi tanda tanya.

Ia mungkin menunjukkan bahawa pesawat itu terbang terlalu tinggi atau berada di atas air, atau mungkin juga bahawa penumpang yang tidak sedarkan diri disebabkan oleh perubahan tekanan kabin.

Pakar mengatakan peluang 239 orang di atas pesawat itu untuk menggunakan telefon bimbit mungkin akan lebih baik sekiranya terdapat rangkaian telefon di darat.

Namun, ramai yang ragu-ragu bahawa penumpang atau anak-anak kapal akan dapat membuat panggilan menggunakan telefon bimbit semasa dalam perjalanan yang laju.

Sekiranya telefon bimbit digunakan, perlu ada perhubungan di antara sebuah telefon bimbit dan rangkaian telefon.

Perhubungan ini dikenali sebagai ‘handshake’ dan untuk suatu ‘handshake’ berlaku, perlu ada isyarat yang kuat di antara menara penghantaraan dan telefon.

“Rangkaian telefon boleh berfungsi dalam rangkuman sel 23,000 kaki (7,000 meter) dan 45,000 kaki,” kata Koh Chee Koon, perunding telekomunikasi dari Singapura.

Konsert FMFA adalah petaka buat Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kalau tidak kerana kehilangan pesawat MH 370 yang membawa 239 orang penumpang bersama 12 anak kapal dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, sudah tentu kematian enam orang remaja kerana mengambil dadah pada konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di stadium Nasional Bukit Jalil, 13 Mac lalu akan menjadi berita gempar buat negara kita. Malapetaka itu merupakan sejarah busuk dan hitam buat negara ini.

Kejadian seperti itu sedikit sebanyak mencalarkan kesucian negara ini yang dianggap Islam dan mengambil pendekatan 'wasatiyyah' dalam soal pentadbiran, pengamalan agama dan juga melayan kepentingan-kepentingan agama lain.

Nasib baiklah tanda tanya dan sejuta persoalan membelenggu kepala rakyat negara dan dunia juga, berhubung kehilangan pesawat itu, menjadi berita kematian remaja secara pecuma itu berlalu begitu sahaja. Ia tidak dilihat penting dan membawa apa-apa kesan kepada negara kita. Bahkan saya percaya mereka yang ternanti-nanti bagaikan nak gila terhadap pesawat berkenaan, sedikitpun tidak peduli dan terasa dengan kejadian itu.

Beginilah sikap dan sifat masyarakat kita, mudah lupa pada sesuatu keadaan bila keadaan lain lebih mendominasi. Misalnya kita lupa bersyukur sewaktu musim hujan tiba yang memberikan banyak hujan sebaliknya akan menjadi marah dan berang bila kemarau dan keputusan air. Walhal kita patut bingkas dan menerima apa juga keadaan, ia sama penting dan sama nilai.

MH370 : Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen

Shahbudin Husin, 

Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

P-8 Poseidon tidak temui apa-apa objek, lapor NBC

Kapal terbang P8 Poseidon milik tentera Laut Amerika Syarikat ini adalah antara yang tercanggih di dunia turut dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. - Gambar Reuters. 
Kapal terbang P8 Poseidon milik tentera Laut Amerika Syarikat ini adalah antara yang tercanggih di dunia turut dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. - Gambar Reuters.

Kapal terbang penyiasat canggih milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon tidak menemui apa-apa di kawasan yang dikatakan ada kelihatan objek pada radar Australia.

Menurut NBC News, kapal terbang pengintip itu selesai melalui kawasan itu namun tidak menemui apa-apa objek.

Namun begitu, kapal terbang lain dalam perjalanan ke kawasan yang sama.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan pihaknya mengesan dua imej oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter.

"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

BN menang EXCO Kedah senang..!!

ADA EXCO KEDAH YANG SUDAH MULA CANGKUL KEKAYAAN.

Belum setahun jagung umur dilantik sebagai exco Kerajaan negeri Kedah kini sudah nampak bunga-bunga awal kemewahan seorang exco apabila mula bergentayangan melagak kekayaan dengan membida plet KDT 9 sebanyak RM26,600 (Ringgit Duapuluh Enamribu Enam Ratus Sahaja).

BN yang baru mengambil alih memerintah Kedah dan masih tidak nampak apa satu pembaharuan yang dibuat sebaliknya apa yang rakyat dapat lihat segelintir pempimpin kini sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan.

Pemimpin BN Nampak suka berpesta dan berhiburan dengan konsert K-Pop dan Maharaja Lawak. Jika MB Mukhriz gagal menyekat barisan exconya yang leka dan lalai memperkudakan rakyat maka tidak mustahil rakyat akan berbalik kepada pemerintahan pembangkang.

Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dekat dengan Mukhriz seperti kejayaan "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" akan dilihat hanya lakonan di mata rakyat. Depan lain belakang lain.
Jangan sampai pengundi melabelkan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

Mummy Rokiah

ADUN Gurun angkat sumpah Exco Kedah

OLeh MOHD. RAFIE AZIMI

ALOR SETAR 20 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Dr. Leong Yong Kong mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kesembilan, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pada jam kira-kira 10.10 pagi ini.

Yong Kong yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Perpaduan. -

MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi disyaki serpihan

SYDNEY 20 Mac. - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba dilokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat milik Malaysia Airlines MH370m, kata Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu juga katanya, sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia juga telah diarahkan oleh pihak berkuasa Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan," katanya pakar penerbangan, Bill Waddock.

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - AGENSI

Rencana Kajang’ versi Umno marakkan Reformasi 2.0

 – Ooi Heng


Dalam kegelisahan dan ketidaktentuan berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 yang menuju ke Beijing sejak 8 Mac 2014, ahli keluarga dan kenalan 239 penumpang dan anak kapal pesawat cukup menderita menanti berita.

Malahan, juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dituduh sebagai penyokong fanatik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka timbulnya kecurigaan terhadap krew anak kapal tersebut bahawa dia berkemungkinan merampas pesawat tersebut dan menyebabkan kehilangan pesawat sebagai “protes politik” ekoran kehampaan terhadap hukuman terhadap Anwar Ibrahim pada 7 Mac 2014, sehari sebelum MH370 lenyap begitu sahaja tanpa sebarang kesan.

Demikianlah Anwar Ibrahim sekali lagi dipersalahkan, seolah-olah sebanyak 239 nyawa berharga tanpa ternilai tersebut digadaikan kerana Anwar Ibrahim. Semua salah Anwar?

Selepas tercetusnya insiden kehilangan pesawat MH370, semua perhatian tertumpu pada peristiwa tersebut. Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berprihatin dengan perkembangan usaha pencarian pesawat MH370 yang penuh dengan misteri.

Bagaimanapun, KPRU berpendapat bahawa perjalanan dan keputusan kes rayuan terhadap kes fitnah II Anwar Ibrahim, membawa implikasi yang tidak terukur terhadap keadilan dan kesaksamaan badan kehakiman dan sistem perundangan negara ini, bahkan juga menghambatkan perkembangan sistem demokrasi dan pembentukan landskap politik sistem dwi-parti turut harus dititikberatkan.

Ada aplikasi yang harga RM33 saja untuk kesan kapal terbang setiap penerbangan, MAS tak mampu beli..!!!

Penerbangan Malaysia gagal menaik taraf komputer yang mudah dan berharga hanya RM33 bagi setiap penerbangan, yang akan menyediakan maklumat penting untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang, kerana ia membuat pilihan yang lebih murah apabila membeli pesawat, The Sydney Morning Herald melaporkan.

Seorang pegawai industri satelit dipetik sebagai berkata bahawa menaik taraf sistem yang dipanggil Swift, akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar.

Jika sistem Swift dinaik taraf, termasuk pakej penuh aplikasi, ia boleh menghantar maklumat mengenai prestasi enjin, penggunaan bahan api, kelajuan, ketinggian dan arah, tidak kira sama ada transponder dan Sistem Menangani Komunikasi dan Pelaporan (ACARS) berfungsi, katanya.

Pakar yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan memberitahu harian Australia yang sistem Swift adalah sama seperti cara bagaimana telefon pintar menghantar data satelit, manakala ACARS adalah serupa dengan aplikasi untuk telefon bimbit. ~tmi

MH370 - Putrajaya tahu dimana tapi taknak beritahu, kata pakar

Putrajaya mungkin tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu, kata pakar penerbangan
March 20, 2014

Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan.

Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13.

"Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu.

Satelit Australia temui sesuatu yang mungkin MH370

Imej satelit ditemui mungkin MH370, kata PM Australia
March 20, 2014

Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

Ini berikutan penemuan imej satelit, lapor Reuters India dalam Twitternya.

Perdana Menteri Australia berkata, "Mengikut analisis pakar oleh imej satelit itu, dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines dapat dikenal pasti." tulis Reuters dalam tweet tersebut.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam kenyataan di Parlimen memberitahu tentang dua objek yang ditemui itu dan berkata, "Maklumat baru dan boleh dipercayai ditemui dalam usaha mencari di Lautan Hindi."

"Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menerima maklumat imej setelit yang kemungkinan berkaitan dengan apa yang dicari."

Abbott berkata, pesawat sedang menuju ke kawasan objek itu ditemui.

MH370 : Depa kata mungkin kokpit terbakaq!

MH370: Kebakaran kokpit mungkin punca?
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: March 20, 2014

SELEPAS pihak berkuasa mengumumkan kehilangan MH370 turut disiasat, kemungkinan akibat perbuatan manusia seperti rampasan ataupun sabotaj, pelbagai teori berkumandang daripada pakar-pakar dan mereka berpengalaman dalam bidang berkaitan di seluruh dunia.

Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang berkata, isu kehilangan MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan," katanya.

Menurut Goodfellow, apabila melihat pusingan kiri dibuat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mahu menuju ke lapangan terbang.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat," kata Goodfellow.

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang," katanya.

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit," katanya yang yakin pesawat itu boleh ditemui di sepanjang laluan terakhir yang ditetapkan juruterbang.

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus," katanya.

Jika berlaku rampasan, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke kiri dan menuju ke arah Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow, dan ramai lagi pakar di seluruh dunia, kekal menjadi spekulasi selagi MH370 tidak ditemui.

MH370: Operasi SAR terbesar dalam sejarah dunia

SEPANG 19 Mac - Usaha mengesan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 telah menjadi antara operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan dalam sejarah dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kuala Lumpur menghargai bantuan daripada semua negara terlibat dan menggambarkan kerjasama itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

"Ini mungkin merupakan perkongsian maklumat satelit dan mobilasi aset dan armada paling besar yang pernah dilakukan dalam situasi yang tenang untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima adalah sangat baik," katanya kepada pemberita di lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Hishammuddin pada masa yang sama mengakui kerjasama dalam skala besar-besaran itu turut mewujudkan cabaran yang besar.

"Kerjasama itu bukan sahaja melibatkan perkongsian maklumat radar dan satelit, tetapi turut membabitkan aspek teknikal selain mobilasi aset untuk mengesan pesawat MH370," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, dengan mengenal pasti kedudukan pesawat MH370 di koridor utara dan selatan, memudahkan Kuala Lumpur mendapat kerjasama daripada negara-negara jiran khususnya dalam soal perkongsian maklumat radar tentera.

Beliau turut memberitahu bahawa usaha mencari dan menyelamat di koridor selatan bukan satu keadaan yang menarik tetapi sangat mencabar kerana melibatkan kawasan laut yang luas.

Hishammuddin berkata, dari segi pembekalan data radar di koridor selatan, hanya terdapat dua negara yang boleh menawarkan bantuan iaitu Indonesia dan Australia.

"Kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk memimpin usaha mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita yang mahu tahu sama ada koridor selatan sebagai lebih 'menarik' kerana menawarkan lebih banyak petunjuk untuk mencari pesawat MH370.

Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa tumpuan sama akan diberikan kepada kedua-dua koridor untuk mencari pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pasukan Perancis yang berpengalaman mencari kotak hitam Air France Airbus A330 di Lautan Atlantik turut menawarkan bantuan.

"Kita tengah mengenal pasti aset yang boleh digunakan dalam usaha mencari di koridor selatan," katanya.

Koridor selatan melibatkan kawasan maritim yang luas iaitu dari timur Sumatera di Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, Hishammuddin menafikan bahawa pesawat MH370 yang hilang lebih 10 hari lalu pernah dijumpai di Maldives.

Penduduk di Maldives sebelum ini dilaporkan melihat sebuah kapal terbang besar dengan jalur merah terbang rendah ketika melalui kediaman mereka kira-kira pukul 6.15 pagi, 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengesahkan bahawa pesawat MH370 tidak ditemui di Thailand selepas beliau melakukan semakan dengan pemimpin negara itu.

Pihak Thailand dilaporkan mengesan pesawat tidak dikenali dalam radar tentera yang berkemungkinan pesawat MH370.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...