TERKINI :

Wednesday, March 19, 2014

Ahli UMNO Jangan Marah, Ganjaran Kepada Ezam Akan Membuatkan Wan Azizah Kecundang Di Kajang

Shahbudin Husin, 

Ganjaran kali kedua sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan yang diterima oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Razak, berkuatkuasa 15 Mac lalu, membuatkan ada sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bersungut dan mencebikkan bibir kerananya.

Dengan sebelum ini beliau sudah diberikan jawatan Senator sejak 2010 tetapi khidmatnya yang tidak disambung untuk penggal kedua, diteruskan dengan perlantikan sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan gred jawatan JUSA B membuatkan Ezam yang merupakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim dan bercakap juga "stail sengau" seperti Anwar Ibrahim sehingga hari ini, dilihat mempunyai nilai istimewa di mata Najib.

Nasib dan rezekinya nyata lebih baik berbanding sekian ramai ahli dan pemimpin yang setia kepada UMNO, tidak pernah keluar UMNO dan tidak pernah mencerca UMNO.

Selain Ezam daripada kalangan bekas pimpinan PKR yang mendapat ganjaran kerana meninggalkan PKR dan sanggup memaki-hamun Anwar ialah bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim yang dijadikan Duta Besar ke Indonesia, Zulkifli Nordin diberi peluang bertanding sebagai calon BN di Shah Alam dalam PRU 13 lalu manakala selebihnya ada yang berpeluang berkhidmat dengan beberapa kerajaan negeri dan juga GLC.

PRK Kajang: SPRM wajar ambil maklumat siasat Daim

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar memanfaatkan maklumat-maklumat yang disampaikan dalam PRK Kajang termasuk dakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan PKR tetap berpendirian bahawa Daim perlu disiasat dengan segera oleh SPRM.

Tambahnya, apa yang dibangkit oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Daim itu ada benarnya kerana beliau telah mengenali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Sepatutnya pandangan Anwar tidak berhenti setakat itu. Kalau betul apa yang didakwa Anwar SPRM perlu manfaatkn dakwaan itu dan jalankan siasatan," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.

Shamsul berkata demikian bagi menjawab kononnya Anwar telah jadikan Daim tohmahan terbaru dalam kempen PRK Kajang.

Bahkan beliau pernah mempertikaikan mengapa Daim dan anaknya tidak tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia.

Penganalisis percaya MH370 telah selamat mendarat

KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
  
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.
  
Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.
  
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
  
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.     
    

Keluarga penumpang warga China MH370 berang, serbu auditorium sidang media

Sekumpulan ahli keluarga warga China penumpang pesawat MH370 membuat kecoh apabila menyerbu masuk ke dalam auditorium sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Kumpulan tersebut menyerbu masuk ke dalam auditorium di mana sidang media harian diadakan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang dituduh menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai bagi usaha mencari dan menyelamat.

Masuk hari ke-12, ketegangan semakin memuncak ketika ahli keluarga cuba mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini kehilangan pesawat misteri tersebut.

"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Beberapa kad rentang dalam bahasa Mandarin juga dibawa kumpulan tersebut, meminta jawapan daripada pihak berkuasa. – 19 Mac, 2014.

Apabila calon BN Melayu Kajang salahkan PR berkenaan konsert menyebabkan kematian di Bkt Jalil..

AMK tolak kenyataan Chew isu kematian 6 remaja

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Shamsul Iskandar Md Akin menolak kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun semalam yang mendakwa kematian enam remaja dalam sebuah konsert di Bukit Jalil minggu lalu kerana polisi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Shamsul berkata konsert Future Music Festival Asia (FMFA) dianjurkan dengan permit dan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia malah kerajaan negeri hanya menyediakan tapak kerana ia sebahagian program Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Siapa yang anjur (konsert) itu? Ini persoalannya dan apa keperluan konsert sedemikian dalam usaha promosi Tahun Melawat Malaysia?" kata Shamsul dalam sidang media hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Chew berkata kematian tersebut dapat dielak sekiranya Selangor mengawal pertumbuhan rumah urut dan kafe siber haram yang berleluasa di negeri itu.

Pada Jumaat lalu, enam remaja meninggal dunia manakala 14 lain dirawat di hospital akibat pengambilan dadah ketika menghadiri konsert FMFA 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat dan Sabtu lalu.

Aduhai ingatkan cerdik calon BN Melayu UMNO di #Kajang nie...

Aduhai ingat cerdik calon BN Melayu UMNO Kajang nie...
Nasib baik tak kata salah ANWAR... jika tidak melalak lagi la
pejuang-pejuang MELAYU di KAJANG tuuuu
 

Radar Thailand pun kesan AIR TURN BACK, tapi tak pasti adakah ia MH370

Pesawat dikesan radar tentera Thailand

BANGKOK: Sebuah pesawat disyaki penerbangan MH370 dikesan pihak tentera Thailand beberapa minit selepas sistem komunikasinya dikatakan ditutup.

Jurucakap Tentera Udara Thailand Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, pesawat itu dikesan menghala Selat Melaka.

Namun, Montol tidak dapat mengesahkan jika ia pesawat yang sama seperti dikesan radar Malaysia pada 8 Mac.

Maklumat ini tidak didedah awal lagi kerana pihak tentera Thailand tidak menganggapnya sebagai ancaman, kata Montol.

“Jika ia bukan ancaman, kami hanya akan membuat pemerhatian tanpa mengambil tindakan,” katanya.

Tambahnya, pesawat itu tidak terbang ke ruang udara Thailand dan Malaysia tidak meminta maklumat terperinci pada permulaan operasi pencarian.

“Apabila ditanya sekali lagi berdasarkan maklumat dan andaian baru, kami meneliti semula data. Ia tidak mengambil masa yang lama tetapi memerlukan pertolongan pakar,” katanya.

MH370 punya pasal, sampai ada yang tak sedar hari ini ialah proses "Pengundian Awal di #Kajang"

PRK Kajang: Proses pengundian awal bermula

PRK Kajang

KAJANG - Seramai 1,197 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) berasingan pada PRK Dun Kajang, hari ini.

Pusat undi yang dibuka bermula seawal jam 8 pagi tadi membabitkan dua daerah mengundi iaitu Taman Kota Cheras dan Taman Kajang.

Daripada jumlah itu, seramai 382 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi awal di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Manakala 124 pengundi lagi akan membuang undi di pusat mengundi Makmal Forensik PDRM bagi daerah mengundi Taman Kota Cheras.

Bakinya seramai 691 pengundi pula akan membuang undi di pusat mengundi Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sebanyak tiga saluran di setiap pusat mengundi dibuka hari ini proses pengundian awam akan tamat pada jam 5 petang nanti.

Apabila Ustaz M. Asri Zainal Abidin ulas bab Kapten Zaharie...

Leman Raja Lawak punya pasai, PAS & Umno BN 'bersatu' di #Kajang

 
Kajang...

Ideologi parti pada diri masing masing...
Tapi tetap satu budaya, adat dan seagama...
Kemesraan ini harus dipupuk untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita dimalaysia berperang dengan sistem dan masyarakatnya adalah unik..

Keramahan dan kemesraan ini mungkin membuatkan ahli umno tertarik mendekati PAS..

‪#‎voteforkakwan‬

dari fb : Leman Raja Lawak

Sekali Ketua Penerangan PAS Kedah membebel, baru hangpa ada akai..!!

MH370 boleh mendarat di landasan pendek [Gambar]

NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK

 
 
SHAH ALAM - Pesawat MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya memerlukan pendaratan kecemasan mengikut kecekapan juruterbang.

Bekas Pengawal Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Mustapha Kamal Abdul Rahman berkata, apabila ada kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat.

Menurutnya, tidak kira di pulau atau di atas jalan, asalkan kawasan sekitar muat untuk pesawat itu mendarat.

“Setiap pesawat pastinya ada prosedur pendaratan yang disyaratkan agar mengelak sebarang kemalangan.

“Oleh itu, pesawat MH370 yang panjang dan besar perlu mendarat di landasan lebih 11,000 kaki panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebolehan pesawat itu mendarat di landasan pendek jika berlaku kecemasan.

3 Juta penduduk dunia cari MH370 tapi masih belum jumpa..!!

Foto

WASHINGTON : Tiga juta penduduk dunia berganding bahu bagi mengesan pesawat MH370 berpandukan imej satelit yang dirakam oleh DigitalGlobe di koridor utara dan selatan kawasan pencarian Boeing 777-200ER milik MAS itu.

DigitalGlobe berkata, lebih tiga juta orang mengambil bahagian dalam program membabitkan 257 juta imbasan peta 2.9 juta kawasan yang ditanda oleh peserta dengan rakaman imej membabitkan kawasan seluas 24,000 kilometer persegi itu ditambah setiap hari.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan kru itu dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan hingga kini 25 negara terbabit dalam operasi SAR yang dibahagikan kepada koridor utara iaitu dari Malaysia hingga Kazakhstan dan koridor Selatan hingga ke Lautan Hindi.

DigitalGlobe mengaktifkan platform sumber daya kerumunan (crowdsourcing) dipanggil Tomnod pada 11 Mac lalu bagi mengajak orang ramai meneliti imej yang dirakam menggunakan lima satelit berdefinisi tinggi.

Maklum balas yang diterima DigitalGlobe sangat hebat hingga melebihi kapasiti sistem pelayan komputernya pada minggu lalu.

#MH370 : Unit Komando sudah turun, agak anda nie nak pie 'cari' atau 'serbu'..??

Komando cari MH370
 
Kuala Lumpur: Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian

Foto
KAPAL KD Selangor berlayar ke lokasi pencarian di Koridor Selatan, semalam.

Jawapan Untuk MENTERI Yang Sokong Program 'LAGHO SAMPAI MATI' di Bukit Jalil tempohari

 
Ini jawapan kat hang wahai NAZRI...

MH370 - Doa daripada Ustaz Don

https://www.facebook.com/pages/Berdoalah-Untuk-MH370/1430621373845477?ref=stream


KLIK BANNER UNTUK LIKE PAGE

Taklimat MH370 : Pembangkang tak mintak - Menteri



Pembangkang tidak membuat permintaan untuk taklimat penerbangan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas selesai bertemu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Hishammuddin berkata kerajaan bersedia memberikan taklimat kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) jika mereka membuat permintaan.

"Kalau pembangkang mahukan taklimat sama, mereka juga patut minta perkara sama," kata Hishammuddin semasa ditanya mengapa tiada ahli Parlimen PR yang dijemput dalam taklimat malam tadi.

Hishammuddin berkata taklimat tersebut diberikan atas permintaan oleh Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang mahu mengetahui perkembangan MH370 yang masih tidak ditemui sehingga hari ini.

"Kita membuat taklimat kepada BNBBC kerana mereka memintanya.

"Ini hanya memenuhi apa yang mereka (BNBBC) minta," kata beliau, yang juga menteri pertahanan.

Hishammuddin menafikan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik krisis kehilangan MH370 yang dihadapi Malaysia ketika ini.

Mengapa TUDM tidak kerah pesawatnya pintas MH370?

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikritik hebat terutamanya oleh media asing berikutan kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) sembilan hari lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Media-media luar negara seperti The New York Times, BBC dan CNN mempersoalkan mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa ketika radar pertahanan udaranya mengesan sebuah pesawat tidak dikenali membuat "Air Turn Back" dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke perairan Laut Andaman.

"Di mana TUDM ketika semua ini berlaku," tanya Andrew Brookes, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British (RAF) dan penganalisis penerbangan kepada BBC hari ini.

Sejurus sebelum membuat pusingan, pesawat itu telah menutup transponder yang memberikan maklumat tentang jenis, kelajuan dan kedudukan pesawat kepada menara kawalan, selain mematikan sistem dikenali Aircraft Communication Addressing And Reporting System (ACARS) yang menyampaikan maklumat terkini tentang pesawat menerusi satelit.

Mungkinkah MH370 berada di belakang pesawat Singapura menuju utara?

Teori mengatakan pesawat MH370 mungkin mengikuti secara rapat pesawat Singapore Airlines (SIA) ke Barcelona tanpa berjaya dikesan oleh radar muncul di internet selepas 10 hari operasi misi mencari dan menyelamat antarabangsa diadakan.

Teori ini konsisten dengan laluan pesawat sepanjang laluan yang berakhir di Laut Kaspia di utara dan selatan Lautan Hindi di selatan, ia sedang dicari oleh sekurang-kurangnya 26 negara.

Juruterbang dihubungi oleh The Malaysian Insider mempunyai teori sama mengatakan sesiapa sahaja yang mengawal Boeing 777-200ER yang masih hilang itu boleh memadamkan semua lampu pesawat dan terbang sepanjang malam untuk mengelakkan hubungan visual.


“Sebaik sahaja transponder dipadamkan dan lampu dimalapkan, pesawat MH370 terbang di udara tanpa boleh dikesan. Ia boleh mengikuti pesawat lain secara dekat, atau berada di bawah mereka tanpa sesiapa mengetahui.

"Pesawat lain boleh diketahui kedudukannya melalui perbualan radio," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider.

Batalkan satu lagi pesta liar: Life in Color Malaysia


Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.

Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...