TERKINI :

Tuesday, March 18, 2014

Menteri Minta Pengundi Cina Sokong Calon Cina - Perkauman Sempit BN Berterusan


http://www.illustrasiaku.com/wp-content/uploads/2014/02/prk-kajang-2014.jpg
1. Pilihanraya kecil Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman Bn yang memecah-belahkan rakyat. Dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah terus menjadi legasi pemerintahan hingga ke hari ini.

2. Strategi mereka melebelkan PKR dan PR sebagai liberal dan melebihkan orang bukan melayu khususnya cina di kalangan kelompok melayu namun di kelompok masyarakat bukan melayu melebelkan PR sebagai ekstrimis Islam dan menindas bukan melayu telah menjadi perkara rutin.

3. Terbaru, ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup kepada pengundi Cina dalam sebuah majlis di Kajang pada 16 Mac lepas, dengan jelas dan sedar dia mengatakan kepada orang cina supaya mengundi calon yang terdiri daripada kaum cina. Ucapan berbaur perkauman tersebut mendapat liputan beberapa media termasuk Malaysiakini. sila klik http://www.malaysiakini.com/news/257277

4. Ucapan penuh berbau perkauman ini juga berlaku ketika Bn menyalah-guna bantuan kerajaan bagi tujuan kempen pilihanraya. Bantuan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar beli-belah telah diagihkan. Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti" itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Kalau Pintu & Tingkap PWTC & Putrajaya di kopak..!!??

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
16 Jamadilawwal 1435H - (Selasa) - March 18, 2014

Taji dah tumpul.

Antara sikap cakap besar, besar cakap, cakap tinggi serta tinggi diri dan hidung tinggi, semua-semua itu mungkin sudah sedikit kendur keberadaan kerajaan minoriti yang dok memerentah Negara sekarang. Tetapi ego mereka masih ada dan membara kalau pun tidak menyala. Semua-semua itu sudah sebati menjadi perhiasan hidup untuk DS Najib RM, bini ke2nya dan kepada sekelian pemimpin umNObarubN dulu dan kini. Disebabkan fenomina kerajaan 1Malaysia memiliki kudrat sekadar 47% sokong minoriti rakyat selepas PRU13.

Manakala kerajaan minoriti 1Malaysia dibentuk mengendali cabinet,mereka terdiri dari yang bodoh sahaja. Mengikut kenyataan yang berulangkali diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammed (TDMM). Nasibmu umNObaru. Barang diingat, TDMM adalah pengasas juga ibu yang melahirkan umNObaru sebaik ia kafankan UMNO ASAL dikamar mahkamah dengan melakar sejarah besar Negara. Bukan sahaja UMNOASAL menjadi mangsa, tetapi badan KEHAKIMAN NEGARA menjadi punah ranah sampailah sekarang tidak dapat dipulih. Pemulihan badan kehakiman akan berlaku hanyanya melalui bN binyahkan dari Putrajaya digantikan dengan kerajaan PR yang baru dalam PRU14 kelak.

Sahlah TDMM dengan usianya yang panjang dengan pengetahuan dan pengalaman politik Negara yang mendalam cukup cekap menbaca perjalanan politik Negara khususnya dalam umNObarubN. Suasana politik sejak sebelum merdeka, semasa Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, semasa Singapura bersama dalam Negara dan ketika Singapura merdeka. Saya tabit spring dekat TDMM, kerana serba tahu dan berpengetahuan dan masih tajam kuku tembaganya mencengkam perjalanan politik Ds Najib RM PM1Malaysia. Hebatnya TDMM ialah memiliki hati kering dan busuk dalam membunuh karier politk musoh politiknya walau sekalipun berada dalam sekelambu sedacing, semuanya ranap dengan penangan adu dumba berhelah dan fitnah kubra keatas lawannya. Itulah hebatnya TDMM.

Isu Wan Azizah kena 'tempit' di Kajang.. ini jawapannya..!!!

Isu kak wan kena 'tengking' dengan peniaga yang mengaku dari Penang telah dijawab oleh peniaga dari Perda sendiri.

Anda bacalah jawapan dari beliau....


Pendedahan mengejut dari Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

http://4.bp.blogspot.com/-MS-9E85_DxQ/Uyf9mYmwcnI/AAAAAAAAGJY/VRROAsYPDz4/s1600/huzlan.jpg

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

kenapa Amerika tarik Kapal USS Kidd dari mencari MH370..!!!

Amerika Tarik Diri Dalam Misi Mencari MH370?

Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu, lapor agensi berita antarabangsa AFP.

Laporan memetik kenyataan pegawai Pentagon itu mengatakan keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas dan adalah lebih baik pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut AS bercadang menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.

Hari ini masuk hari ke-11 operasi mencari dan menyelamat dilakukan untuk pesawat tersebut.

USS Kidd menyertai pencarian MH307 minggu lalu dan mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman atas permintaan kerajaan Malaysia.

MH370 menteri kata melampaui politik, tapi panggil taklimat MP BN sahaja..?

Kehilangan MH370 lampaui politik, kata Hisham

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri berkata, situasi kehilangan pesawat MH370 melampaui politik partisan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada penyiasat telah menyoal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas berhenti sekejap, Hishamuddin berkata: “Fokus daripada hari pertama untuk mencari pesawat. Perkara ini melampaui politik.”

Beliau berkata, perkaitan itu dibangkitkan oleh media asing, Daily Mail dari United Kingdom, dan bukannya kerajaan.

Tabloid British itu dengan memetik sumber antaranya menggambarkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai penyokong kuat Anwar dan “fanatik politik”.

Ezam Mohd Nor kembali ke Kem. Kewangan

Ezam pengarah komunikasi Kementerian Kewangan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Mohamad Ezam dilantik sebagai Pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

"Tugas utama beliau ialah membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya.

Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada tahun 1996 hingga 1998.

Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah.

- Bernama

Orang Melayu dapat penyakit gila rogol bawah umur

Rogol statutori: Bukan Melayu mungkin kurang sensitif

Orang bukan Melayu mungkin kurang sensitif dengan kes rogol di bawah umur berbanding orang Melayu yang beragama Islam dan tidak menerima fenomena anak tidak sah taraf, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian sewaktu menjelaskan sebab di sebalik statistik rogol bawah umur yang hampir 80 peratus melibatkan orang Melayu, bagi tahun 2012 dan 2013.

"Ini bukan bermakna orang Melayu kebanyakan secara nisbah melakukan kes rogol sedemikian.

"Sebenarnya, oleh kerana orang Melayu sensitif sangat kepada kes-kes seks di antara belia ini, maka laporan mesti dibuat oleh pihak-pihak ini dan pihak lain mungkin kurang sensitif kepadanya maka nisbahnya dapat diterima.

"Perkara yang berlaku itu boleh diterima oleh pihak-pihak lain yang mereka nisbahnya lebih di bawah dan turun sedikit daripada angka yang ada di balai polis," katanya sewaktu memberikan jawapan tambahan kepada soalan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan MP Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu tahu statistik rogol di bawah umur 16 tahun dan langkah kerajaan bagi membendungnya.

Menurut Wan Junaidi, 1,550 daripada kes yang dilapor pada tahun 2012 – sebanyak 1,243 daripadanya melibatkan orang Melayu, 73 kes melibatkan orang Cina dan 45 kes melibatkan orang India dan 189 kes melibatkan kaum-kaum lain.

Pada tahun 2013 pula pecahannya adalah 1,147 kes melibatkan orang Melayu, 62 kes orang Cina dan 32 kes orang India dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,424 yang dilaporkan.

"Statistik daripada kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum lain kerana laporan yang diterima daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tidak dapat menerima anak tidak sah taraf hasil daripada hubungan seks tanpa nikah adalah salah daripada segi hukum agama Islam," jawapan bertulis beliau dipetik.

Hargai segala usaha SAR MH370 - Presiden PAS

KUALA LUMPUR 17 Mac - Semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu seharusnya dihargai.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) berkata, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk menggunakan teknologi terkini dengan penglibatan banyak negara.

"Kita turut mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ilmu, teknologi yang ada pada masing-masing, daripada semua negara untuk menghantar, mencari seberapa daya yang dapat.

"Walaupun di sana ada kelemahan manusia, kita perlu memperbetulkan kelemahan ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

China mula cari MH370 di wilayah sendiri

BEIJING 18 Mac - China telah memulakan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di wilayahnya sendiri memandangkan terdapat kemungkinan pesawat itu terbang menuju ke arah pedalaman barat China.

Duta China di Kuala Lumpur, Huang Huikang hari ini berkata, analisis data dari satelit dan radar tentera menunjukkan terdapat kemungkinan pesawat boleh berada di koridor utara pencarian iaitu membabitkan sebahagian wilayah China. - AFP

Lokasi-lokasi di mana MH370 boleh mendarat?

MAKLUMAT data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.

Menurutnya, isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn back’ ke Selat Melaka.

Sidang media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak.

Walau bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.

Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?

Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.

Menurut pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.

Jika mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.

Berbeza dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan.

Jika teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ.

Pulau Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara Kepulauan Sumatera.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

Sebuah lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah tidak lagi digunakan.

Landasan kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah kekuasaan China.

Pilihan terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’ milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses pengubahsuaian.

Akaun Facebook & Instagram Kapten Zaharie dipercayai ditutup oleh ahli keluarga

Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang dipandu Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebelum ini, media antarabangsa Daily Mirror melaporkan bahawa isteri Zaharie bersama tiga orang anaknya telah keluar ke luar negara sehari sebelum kejadian pesawat tersebut hilang.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati Facebook dan Instagram Zaharie telah ditutup dan dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang menjejas imej keluarga.

Manakala, akuan Twitter beliau juga tidak mempunyai sebarang status lama dan kekal kosong.

Ahli keluarga kapten tidak lari

SHAH ALAM - Dakwaan mengatakan isteri kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar.

Menurut sumber terdekat keluarga, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang.

Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.

"Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.

"Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul," katanya, semalam.

Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya.

Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan.

"Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pagi semalam, menunjukkan kediaman Zaharie lengang serta berkunci rapat.

Set Simulator boleh dibina sendiri di rumah

http://poskotanews.com/cms/wp-content/uploads/2014/03/Pilots-Zaharie-Ahmad-Shah-simulator-475.jpg
SHAH ALAM - Satu perkara biasa sekiranya juruterbang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Menurut sumber, kebanyakan juruterbang pesawat komersial di seluruh dunia mempunyai simulator sendiri atas beberapa faktor.

“Mungkin sesetengah juruterbang mempunyai minat atau hobi untuk menggunakan simulator sekiranya mempunyai waktu lapang dan rasanya itu bukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, setiap enam bulan sekali juruterbang pesawat komersial perlu menjalani ujian termasuklah menerbangkan pesawat menggunakan simulator.

“Ujian menggunakan simulator ini meminta setiap juruterbang mengendalikan satu penerbangan sebagai contoh, penerbangan dari Malaysia ke Melbourne.

“Simulator ini juga digunakan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pengendalian pesawat,” katanya.

Kes Anwar: Siapa salah sebenarnya?

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

TIGA Hakim Mahkamah Ra yuan telah memutuskan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah dan dihukum lima tahun penjara.

Mengambil kira Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Un dangan Negeri (Dun) Kajang, keputusan tersebut bu kanlah begitu memeranjatkan. Sejak bila perbicaraan kes Anwar adalah normal?

Anwar memulakan langkah ‘Gerakan Kajang’ tetapi musuh beliau juga mengambil langkah lain untuk menggagalkan gerakan Kajang.

Keputusan rayuan Anwar seolah-olah mematikan ‘Gerakan Kajang’ namun musuh Anwar perlu sedar ini bukan permainan chess.Meremehkan Anwar bermakna musuh Anwar masih belum memahami gerakan taktikal Anwar.

Rayuan Anwar memihak kepada pihak pendakwa dan berakhir dengan keputusan Anwar bersalah. Namun mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam mencapai keputusan bersalah itu ramai pihak atau institusi yang juga hakikatnya melakukan kesalahan .

BN akui bina masjid kerana projek

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

AKHIRNYA, Barisan Nasional (BN) Terengganu mengaku bahawa pembinaan sebegitu banyak masjid di negeri itu oleh kerajaan pimpinannya bukan kerana memenuhi keperluan masyarakat setempat

Setelah hampir sedekad PAS mempersoalkan keghairahan luar biasa kerajaan negeri membina dan terus membina masjid di serata negeri, kini baru BN mengiyakan bahawa memang pembinaan itu lebih didorong agenda politik pemimpinnya ketika itu.

Kenyataan terbuka seorang anggota Exco kerajaan negeri dua minggu lalu bagaikan menempelak perancangan tidak teliti itu.

Terengganu memang memiliki jumlah masjid yang agak banyak, mungkin antara negeri paling banyak masjid di negara ini.

Bahkan, jika dinisbahkan kepada jumlah penduduknya, kemungkinan untuk negeri itu mengungguli senarai nisbah terkecil penduduk berbanding jumlah masjid amatlah cerah.

MH370 - Berfikir tentang yang tidak terfikir

Oleh Subky Latif

Sedang kebanyakannya berfikir tentang semua orang fikir terhadap penerbangan MH370 MAS, saya suka berefikir tentang yang orang tidak fikir.

Semua orang sama ada rakyat, mahupun warga asing, pakar dalam bidang masing-masing berteori tentang pesawat yang hilang itu, tiada siapa terfikir mengatakan ia dilarikan ke Mongolia, terhempas di Mongolia atau ia adalah balasan gara-gara tidak berlaku adil nasib yang menimpa warga Mongolia.


Sudah dekat sedekad dunia dihebohkan oleh mayat nona Mongolia, Altantuya diletupkan secara zalim di Malaysia oleh orang yang bekerja dengan kerajaan Malaysia dan ketahui bertugas dengan keluarga yang sangat berkuasa, maka tiada apa-apa keadilan ditegakkan keatas nona itu.

Ada dua kejadian menjolok mata menimpa nona itu. Pertama dia dibunuh. Kedua mayatnya diletupkan hingga hancur berkecai.

Ayahnya berkali-kali datang ke negara ini menuntut keadilan ditegakkan atas nona itu. Tiada pembelaan dan keadilan dibuat terhadapnya.

Dah Lama Dah pun puak nie dok Selamba jual rokok seludup, cakera padat.. Penguatkuasa Mana..???


Selamba jual rokok seludup, cakera padat  
Lelaki ini selamba menjual rokok seludup dan cakera padat cetak rompak.

BALING - Seorang lelaki selamba menjual rokok seludup dan cakera padat cetak rompak secara terbuka di pekan Baling.

Tinjauan mendapati, aktiviti lelaki berusia lingkungan 40-an itu bermula berniaga di situsejak dua minggu lalu.

Menurut sumber, lelaki terbabit turut berniaga di hadapan kedai serbaneka di Batu 42 Baling sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

Penduduk yang tidak ingin dikenali berkata, walaupun pernah dinasihati, lelaki terbabit terus menjual barangan itu secara terbuka.

Alhamdulillah, Rakyat Kedah semakin Senang..!!!

OKU terpaksa tidur dalam 'kotak'

OKU terpaksa tidur dalam 'kotak'  
Anak-anak terpaksa tidur bersebelahan dapur akibat 
ruang rumah yang terlalu sempit.

OKU terpaksa tidur dalam 'kotak'
ALOR SETAR - Sebuah keluarga di Lorong Pendekar, Jalan Teluk Wanjah, dekat sini, terpaksa berteduh dari panas dan hujan di kediaman beratap zink bocor gara-gara tidak berkemampuan.}

Akibat kesempitan hidup, pasangan suami isteri ini tidur dalam ruang sempit bersaiz kotak satu meter (4 x 4 persegi), manakala empat anak mereka berusia sembilan hingga 19 tahun tidur di ruang tidur yang bercantum dapur.

Tinjauan mendapati ruang masuk ke kediaman mereka terlalu kecil, malah kelihatan tiada ruang untuk duduk berehat sehingga keluarga berkenaan hidup dalam ketidakselesaan.

Kini, Fuad Ahmad, 61, yang juga orang kurang upaya (OKU) menyara kehidupan dengan berharap bantuan kewangan RM300 daripada Jabatan Kebajikan (JKM), manakala insan ramai untuk sesuap nasi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...