TERKINI :

Monday, March 17, 2014

Misteri terbaru MH370 didedah..!!

Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq

 
"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Zahidi Hamidi mengaku tak kenal Bomoh KLIA [Video]



Adakah Perang Dunia Ke-3 Sedang Dirancang..???

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Bagi yg membaca world news hari ini, pasti terbaca krisis Russia mengeluarkan ancaman; "Russia will bomb US to radioactive ash". Ini kenyataan paling keras Russia terhadap US dalam masa 30 tahun semenjak kejatuhan Soviet Union.

2) Malah dalam sejarah US sendiri pun, tidak pernah digertak hingga ke total annihilation.

3) Bagi yg biasa dengan world politic, US kini bukan lagi superpower. Russia telah kembali, dan China dijangka akan mengatasi US pada tahun 2035. Kesatuan Eropah (EU) bukan lagi sekutu US yg boleh diharap.

4) Apa yg berlaku di Ukraine, Korea dan Syria ialah epitome bahawa US sebenarnya menghadapi masalah berhadapan Russia dan China.

5) Maka, dunia yg kita duduki sekarang, dunia yg bakal kita warisi kepada anak nanti ialah pentas competitive imperialism antara negara-negara superpower dalam dunia multi polar.

6) Dalam geo-political friction ini, pasti ada negara negara kecil yg menjadi mangsa. Dalam kes MH370, malanglah bagi kita seandainya maseh memandang ini sbg sekeping puzzle, tanpa mengetahui big picture.

Antara Tragedi MH370, Konsert Dadah Dan Nafsu Membeli-Belah

Shahbudin Husin, 

Di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, dengan sesetengah pihak menganggapnya sebagai bala Tuhan berikutan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata, kerajaan dan pemimpinnya terlihat langsung tidak menunjukkan tanda insaf atau keinginan mahu berubah.

Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita juga dikejutkan dengan adanya sebuah konsert yang sedang berlangsung yang mendapat kerjasama kerajaan di ketika seluruh negara sedang bersedih dah waris mangsa sedang berteka-teki mengenai nasib ahli keluarga mereka.

Konsert selama tiga hari itu hanya terdedah apabila akhirnya didapati 6 orang remaja didapati meninggal dunia dan 14 lagi sedang menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah berlebihan. Walaupun konsert itu sudah lama dirancang, apakah negara dan pemimpinnya tiada perasaan mahu menangguh atau membatalkan konsert itu sebaik saja tragedi MH370 ini berlaku?

Malang sekali, hanya setelah 6 nyawa terkorban dan 14 lagi sedang bertarung antara hidup dan mati, barulah konsert itu dibatalkan. Tetapi semuanya sudah terlambat, insiden ini menjadikan imej negara dicemari sekali lagi.

Dalam masa yang sama, ketika peringkat awal tragedi MH370 ini terdedah, seluruh negara bersedih dan menyatakan dukacita serta perasaan simpati kepada waris-waris wangsa. Para pemimpin negara dan isteri yang mengunjungi waris mangsa yang ditempatkan di sebuah hotel Putrajaya, didapati berpeluk-pelukan kesedihan dan saling mengalirkan air mata.

Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Perbuatan bomoh Ibrahim Mat Zin bertentangan dengan Islam dan menyebabkan Malaysia menjadi bahan ketawa dunia. Gambar fail The Malaysian Insider.

Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.

"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

MH370 membongkar keupayaan system RADAR & TUDM negara kita

Insiden MH370 timbulkan persoalan kebolehan radar dan TUDM

Biarpun semua persoalan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 belum terjawab, debat sudahpun bermula mengenai kesediaan tentera udara Malaysia, penswastaan ketenteraan dan perkhidmatan radar awam.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Abdul Aziz dari DAP hari ini mempersoalkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana tidak memeriksa pesawat yang terbang misteri merentasi Semenanjung Malaysia pada hari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang.

Pesawat misteri itu kini dikenali sebagai pesawat MH370 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar 1.30 pagi pada 8 Mac. Ia masih belum ditemui.

“Pada masa apa-apa sahaja radar mengesan pencerobohan udara oleh pesawat yang tidak dikenal pasti, mengapa TUDM tidak berbuat apa-apa? Di mana 18 Sukhoi dan MiG kita?” soalnya menerusi kiriman blognya hari ini.

MH370: MAS nafi ubah jadual petugas saat akhir

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menafikan dakwaan bahawa juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah bukan juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing pada awalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Zaharie ditugaskan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

"Tidak benar. Dia ditugaskan mengikut jadual bertugas," katanya pada sidang media harian bagi hari ke-10, hari ini.

Guna pangkat menteri tapi yang dipanggil taklimat MH370 hanya MP BN

Pakatan mahu sertai taklimat isu MH370 | 4:30PM Mac 17 2014 MP Pakatan mempersoalkan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mengehadkan taklimat berhubung kes kehilangan pesawat MH370 kepada MP BN.

Seorang daripadanya ialah MP DAP Serdang, Ong Kian Ming yang turut mengedarkan satu gambar surat didakwa sebagai jemputan dari menteri berkenaan kepada MP BN.

Menurut maklumat dalam jemputan bertarikh 14 Mac itu, taklimat berkenaan akan diadakan pada jam 8.30 malam di satu lokasi berhampiran KL Sentral, Kuala Lumpur.

Ong mengedarkan gambar surat ditandatangani Hishammuddin tersebut di Twitter untuk meminta menteri itu memberi penjelasan berhubung perkembangan tersebut.

Turut mempersoalkan perkara itu ialah MP PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzim yang mendakwa Hishammuddin bermain politik kerana enggan memberi taklimat kepada MP Pakatan.

“Saya terkejut bila satu jemputan taklimat dihantar kepada MP BN sahaja. Ia adalah tragedi nasional dan semua MP patut diberi taklimat menyeluruh.

“Pada saat kritikal begini, Hishammuddin sebagai menteri pengangkutan masih lagi bermain politik kepartian, dan (ini membuatkan) kami sedih dan kecewa.

“MP Pakatan bersatu hati dengan seluruh rakyat dalam mendoakan untuk keselamatan MH370,” katanya yang mahu kerajaan bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sementara itu, MP Kelana Jaya Wong Chen berkata Hishammuddin selaku naib presiden Umno seharusnya menggunakan saluran dalam parti tersebut sekiranya hanya berniat untuk memberi maklumat kepada MP BN.

"Bagaimana menteri boleh guna kepala surat kementeriannya, tetapi hanya MP BN yang dibenarkan datang?

"Jika beliau hanya mahu jemput BN, beliau sepatutnya guna kepala surat Umno dan guna sumber Umno sahaja," katanya.

Simulator penerbangan dipasang semula di Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dipasang semula di Bukit Aman, demikian menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini.

Kenyataan itu menyebut simulator penerbangan berkenaan diambil dari rumah juruterbang terbabit dengan bantuan anggota keluarganya.

"Pada Ahad 9 Mac, anggota polis ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang serta bercakap dengan anggota keluarga.

"Polis sekali lagi ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit pada 15 Mac," katanya.

Menurut kenyataan itu, polis mula menyiasat kesemua anak kapal MH370 termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang serta petugas lain yang mengendali pesawat berkenaan.

- BERNAMA

Seorang maut, dua parah nahas bas jatuh gaung dekat Gua Tempurung

KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini.

Bayi melecur akibat salah ubat, meninggal dunia pagi tadi

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

ALOR SETAR 17 Mac - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang melecur selepas menggunakan ubat diberikan sebuah klinik swasta di sini pada 16 Februari lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal pagi tadi.

Bayi malang itu, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HSB pada pukul 1.25 pagi.

Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Pematang Buluh, Kota Sarang Semut dekat sini pada pukul 9 pagi tadi.

Pada 1 Mac lalu, akhbar ini melaporkan seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit ruam bayinya yang berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kulit di seluruh tubuh anaknya melecur.

Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa, dia membawa bayinya, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan pada 16 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami anaknya itu di bahagian paha dan perut. - UTUSAN ONLINE

Kedutaan: Obama akan tetap lawat M'sia

Wakil kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memberi isyarat bahawa kes kehilangan pesawat MH370 tidak menjejaskan lawatan presidennya, Barack Obama ke wilayah ini pada bulan April.

Atase Akhbar Kedutaan AS Harvey Sernovitz berkata tarikh bagi jadual lawatan yang turut meliputi Malaysia itu bagaimanapun masih belum ditetapkan.

“Seperti yang White Hous nyatakan bulan lalu, Presiden akan melawat Malaysia sebagai sebahagian dari kunjungan ke empat negara di Asia pada penghujung April.

“Tarikh sebenar dan jadualnya masih belum diperolehi buat masa ini,” kata Sernovitz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Wan Azizah: Adakah semua salah Anwar?

Sambil mempersoal laporan yang mengaitkan juruterbang pesawat MH370 dengan suaminya, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menyoal kembali: “Adakah semuanya salah Anwar?”

Wan Azizah merujuk laporan tabloid United Kingdom (UK) Daily Mail yang menyatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang juga anggota PKR, sebagai “fanatik politik”.

“PKR ada ramai anggota. Mereka kata Kapted Zaharie (kanan) menangis ketika keputusan (Liwat II).

"Berjuta-juta lagi rakyat Malaysia turut menangis,” kata Wan Azizah.

Akhbar itu melaporkan Zaharie berada dalam mahkamah ketika keputusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan, kurang 24 jam sebelum pesawat MH370 berlepas pada jam 12.41 pagi, 8 Mac.

Sebuah akhbar tempatan juga mengetengahkan teori bahawa misteri kehilangan itu berkaitan dakwaan juruterbang MAS itu menyokong Pakatan Rakyat.

Wan Azizah juga menafikan Pakatan mempolitikkan peristiwa itu tetapi menegaskan hanya mengkritik apa yang dilihat sebagai pengurusan krisis yang lemah di pihak kerajaan.

MP Pakatan tawar diri jadi tebusan

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat sedia menawarkan diri sebagai “tebusan” jika pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau mengesyaki rundingan berkaitan telah bermula.

Justeru, jika pesawat itu berada di suatu tempat, beliau meminta diberitahu lokasinya supaya mereka dapat menjadi pengganti kepada 239 'tebusan' di dalamnya.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. - MK

Tiada data MH370 hampiri Australia

Pesawat MH370 tidak terbang berhampiran Australia

SYDNEY 17 Mac - Kerajaan Australia tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu, memasuki ruang udara berdekatan negara ini selepas pesawat itu dipercayai terbang berhampiran kawasan barat Perth, kata Perdana Menteri Tony Abbott.

Bagaimanapun Abbott berkata, semua agensi yang berkaitan akan membantu memberikan maklumat yang mungkin dapat membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.

"Tiada data yang menunjukkan pesawat itu menghampiri Australia," katanya. - AFP

Kisah Bomoh VIP mengalahkan kisah artis Hanez Suraya

Assalamualaikum,

Saya nak sentuh sikit tentang kisah Bomoh VIP yang tengah hot sekarang ini mengalahkan Hanez Suraya. Sana sini rakyat Malaysia asyik mengutuk bomoh ini, memalukan, syirik, khurafat malah ada ustaz kata kufur.Yang seronoknya ramai juga dikalangan orang yang mengutuk itu sendiri kaki bomoh, pantang jadi apa sikit, bomoh yang dulu dia cari.

Saya bukan nak bela bomoh ini tapi sekadar nak mengingatkan orangramai terutama para alim ulama, kalau nak kutuk tu biar berpada-pada jangan sampai menjatuhkan maruah beliau. Kita perlu ingat niat dia baik, nak tolong cari kapalterbang hilang, cuma cara yang dia buat tak kena, jadi tolonglah tegur secara berhemah. Tolong nasihat secara yang lemah lembut macam yang Islam ajar.

Sebagai seorang yang dikenali dia pun ada maruah yang perlu dipertahankan. Macam bergaduh dengan KJ, dia tak minta banyak, dia cuma minta supaya dihormati sebagai orang tua bukan sebagai seorang bomoh yang ada power macam ultraman.

Tapi apa pun yang terjadi, terimakasih lah kepada bomoh tikar terbang ni kerana sedikit sebanyak mengurangkan sedikit ketegangan dan memberi sedikit hiburan sambil bekerja.

Hamba Allah

p/s: ini pandangan penulis

Adakah Kapten Zahari akan jadi "KAMBING HITAM"

Sukar pergi jauh tanpa kesan radar

Mohamed Tarmizi Ahmad

SHAH ALAM – Sukar untuk sebuah pesawat komersial seperti MH370 untuk pergi terlalu jauh tanpa dikesan oleh radar, kata pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Lt. Kol Mohamed Tarmizi Ahmad.

Menurut Mohamed Tarmizi, pesawat seperti Boeing 777, hanya boleh dihilangkan daripada radar sekiranya pesawat itu terbang dengan rendah.

“Jika mengambil kira kemungkinan MH370 terbang rendah untuk mengelak radar, agak sukar untuk pesawat itu pergi terlalu jauh kerana, semakin rendah ia terbang semakin kuat tekanan minyak digunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebagai seorang juruterbang berpengalaman, bekas Ketua Juruterbang Penerbangan MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, kebiasaannya minyak akan diisi lebih daripada jarak ditetapkan kerana ada ketika memerlukan sesebuah pesawat itu melalukan 'air turn back' atau diversi ke lapangan terbang lain jika berlaku kecemasan.

Ditanya sejauh mana MH370 boleh terbang jika benar bahawa pesawat itu masih berada di udara selepas terputus hubungan dari Menara Kawalan Trafik Udara, Kuala Lumpur, Nik Ahmad Huzlan berkata, dengan kapasiti minyak berbaki dan kelajuan yang ada MH370 boleh bergerak sejauh 5,100KM.

“Kita mengambil kira satu jam minyak digunakan dan berbaki enam jam lagi. Dengan kelajuan itu pesawat boleh pergi sehingga 5,100KM (850KM/jam X 6 jam),” katanya. Bagaimanapun, beliau menyifatkan kehilangan MH370 sesuatu yang misteri dan sukar diramal.

Beliau turut menyifatkan pesawat Boeing 777 antara yang paling selamat dan setelah 18 tahun dibawa masuk ke Malaysia, tiada sebarang laporan kerosakan elektronik dilaporkan.

Selepas lebih 140 jam MH370 hilang, masih belum ada sebarang tanda-tanda dikesan di manakah kedudukan sebenar pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu.

[Video] Ulasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan Trajedi MH370


MH370 & Bomoh: Dr Harun Din Mula Berbicara


Dalam mengikuti perkembangan MH370 di dalam kuliah beliau,Dr Harun Din menasihati…

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpgIni antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

Anwar - Ingat main-main depa tuduh saya pasal MH370 hilang, rupa-rupanya makin serius

Anwar: Tak sangka mereka serius tuduh saya
OLEH: JANATUL FIRDAUS YAACOB

KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kehilangan MH370 impak daripada kesedihan juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dan dipenjara lima tahun.

Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden yang memilukan hati seluruh dunia.

"Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.

"Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun," katanya dalam ceramah di Sungai Chua, semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, situasi tersebut bukan sahaja juruterbang (Kapten Zaharie) sedih malah jutaan rakyat Malaysia turut berkongsi rasa sama.

"Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tak pula pergi langgar orang.

"PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar tabloid antarabangsa, Daily Mail melaporkan, kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) ke Beijing, Kapten Zaharie turut hadir ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, pimpinan PKR mengakui Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya ahli PKR namun menolak spekulasi yang beliau terlibat dalam konspirasi rampasan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

India tak yakin MH370 terbang ruang udara mereka, jika lalu RADAR mereka akan kesan!!

India Dedah Petunjuk Baru Kehilangan MH370

Penganalisis dan pegawai industri penerbangan antarabangsa tidak yakin pesawat Malaysia Airlines yang hilang lebih 200 jam lalu boleh terbang dengan mudah ke wilayah sebelah utara  tanpa dapat dikesan oleh radar.
Ini kerana negara-negara di kawasan jalur antara sempadan Kazakhstan hingga ke utara Thailand itu diketahui mempunyai sistem radar pertahanan yang mantap khususnya India.

Pengawal trafik udara di Kolkata, India menolak kemungkinan pesawat penerbangan MH370 yang hilang itu masuk ke ruang udara India dan terbang sehingga ke jalur utara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media pada Sabtu.
"Tentera Udara India mempunyai radar di beberapa tempat di serata negara dan adalah mustahil tidak ada satu pun antaranya yang mengesan blip ganjil yang tidak ada kebenaran terbang," kata setiausaha persatuan pegawal trafik udara di Kolkata, Sugata Pramanik seperti dipetik oleh Times of India.
Jelas Sugata, pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan oleh tentera udara.

Kenapa Kapten Zaharie di Panggil Tergesa-gesa

Kapten Zaharie di Panggil Tergesa-gesa Untuk Menerbangkan Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Bejing

Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Amaran hujan lebat di Kedah, Perlis

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan Kedah dan Perlis.

Menurut laman sesawang jabatan itu, ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Pendang, Sik dan Baling.

Kejadian itu diramalkan berterusan sehingga lewat petang. Keadaan sama juga diramalkan berlaku di daerah Yan dan sekitar Kuala Muda.

Kejadian ribut petir dan hujan lebat ini berkemungkinan akan menyebabkan angin kencang.

Pada masa sama, kejadian hujan lebat di negeri ini juga diramalkan berlarutan sehingga 21 Mac ini.

Di Perlis, kejadian hujan lebat diramalkan berlaku sehingga 19 Mac ini dan cuaca diramalkan kembali panas pada 20 dan 21 Mac.

Ambil iktibar kejadian di konsert liar

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...