TERKINI :

Sunday, March 16, 2014

Laluan mudah untuk Kak Wan ambil alih Kajang

TAN SRI ABDULLAH AHMAD
16 Mac 2014

DALAM politik tiada yang mustahil. Kedua calon bisa membuat kejutan dalam PRK Dun Kajang apabila keputusan diumumkan Ahad malam 23 Mac. Jangan hairan jika Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti jentera berat beroda besar bergerak dengan perlahan-lahan merata tanah dalam Dun Kajang - lebih rata lagi dari yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh dalam PRU13. Mei Fun, calon BN dari MCA juga Ketua Wanitanya, juga boleh membuat kejutan (menang) tetapi mengikut banyak analisis minggu ini peluangnya melakukan demikian tipis walaupun MCA agak optimis Mei Fun dapat membetulkan kesilapan pengundi dalam Dun Kajang yang berjumlah 39,278 terdiri daripada 48 peratus Melayu Islam, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan bakinya lain-lain dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Kajang, sebuah kawasan urban (bandar) maka lazimnya pengundi tidak memerlukan seorang “pegawai kebajikan masyarakat” sebagai wakil mereka.
Pengundi dalam bandar dan kawasan semi-urban mengikut sejarah (dan pengelaman saya) ingin ‘jurucakap' di Dun Selangor yang credible dan berpengaruh; seorang yang berpotensi memimpin negeri atau duduk dalam Kabinet Negeri Selangor (Exco).

Ini kerana, tegas an associate of Speaking, "the central role in Malaysian politics now is to break down stereotypes and erase the mistrust. For a long time Malaysians see each other too much through the dangerous prism of stereotype"- yakni terlampau ramai rakyat Malaysia melihat dan bertindak dalam politik dari segi perkauman; masa sudah tiba syak wasangka antara satu sama lain dipadamkan.

Polis siasat jurutera yang ada kaitan dengan MH370

16 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat para jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lepas.

"Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga ini, nasib penumpang dan anak kapal belum diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan oleh beberapa negara masih belum menemui pesawat tersebut.

Mengenai operasi SAR, Hishammuddin berkata, pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 buah negara di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, negara-negera berkenaan ialah Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan Perancis.

MH370, pertahanan negara, macam ada yang tidak kena

– Nazil Nuhairi Ismail

March 16, 2014

Episod pencarian MH370 memasuki fasa baru selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan secara konklusif bahawa kehilangan pesawat itu angkara rampasan kapal terbang oleh manusia durjana yang belum dapat dikenal pasti. Seluruh dunia hiruk-pikuk dengan pengumuman ini kerana mengundang lebih banyak persoalan daripada jawapan. Kenapa, mangapa dan siapa di sebalik drama ini.

Sehingga kini, sudah terkumpul 13 negara yang menghulurkan bantuan bersama-sama berganding bahu, berpegang tangan dengan niat yang satu mencari di mana tersembunyinya MH370. Bantuan dalam bentuk kecanggihan teknologi, kekuatan tenaga tentera dan peralatan moden, semuanya dihulurkan.

Sekali imbas seperti suatu demonstrasi pameran kekuatan armada pertahanan negara masing-masing. Amerika Syarikat (AS) mendahului memperagakan keupayaan radar mereka sehingga terjawab nahas ini disebabkan oleh "hijack". Menghantar pasukan udara dengan jet Poseidon dan ketumbukan lautan USS Kidd ke Lautan Hindi. China juga tidak kurang hebatnya, radar mereka terus menerus memberikan maklumat penting dalam pencarian MH370 walaupun masih belum berjaya. Jiran karib Malaysia, Singapura awal-awal lagi menghulur kapal selam mereka untuk bersama-sama mencari pesawat malang. Dan banyak lagi bantuan termoden yang digunakan oleh negara-negara dunia.

Malaysia secara rasmi minta bantuan antarabangsa

Malaysia merayu bantuan dan penyelarasan antarabangsa dalam usaha pencarian pesawat yang hilang yang bagi pencarian di dua koridor dari Laut Kaspia hingga selatan Lautan Hindi, kata diplomat pada hari Ahad, seperti dilapor agensi berita Reuters.

Pegawai Malaysia menerima taklimat daripada kira-kira 20 buah negara mengenai kemajuan siasatan selepas menghentikan pencarian di Laut China Selatan bagi pesawat yang hilang daripada skrin radar lebih seminggu lalu bersama-sama 239 penumpang termasuk anak kapal.‎

Walaupun setiap negara menyelaraskannya secara individu, permintaan rasmi membawa kepada fasa diplomatik yang baru dalam operasi yang sebelum ini dibayangi oleh China yang sering mengkritik cara Malaysia mengetuai operasi mencari dan menyelamat.

"Mesyuarat itu adalah untuk kita tahu apa yang berlaku dan jenis bantuan yang diperlukan. Ia lebih kepada mereka memberitahu kami, 'sila masukkan semua sumber anda," kata TS Tirumurti, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia kepada Reuters.

Zahid Hamidi berpesan pada macai Umno yang kaitkan MH370 dengan politik

Jangan libat parti politik dalam pencarian MH370 - Zahid

HULU LANGAT 16 Mac - Semua pihak jangan mengaitkan soal kepartian politik dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pencarian pesawat itu melibatkan nyawamanusia dan soal politik perlu diketepikan.

"Ini adalah soal keselamatan, kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin (mencari MH370), jadi ketepikan soal politik dan mari sama-sama berdoa dan membantu," katanya pada sidang media selepas program sepetang bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kajang, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

TPM yakin MH370 akan ditemui tak lama lagi...!

Pengesahan kedudukan terkini MH370 legakan keluarga mangsa

HULU LANGAT 16 Mac - Pengesahan kerajaan mengenai kedudukan terkini pesawat MH370 semalam memberi semangat baru kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa untuk bangkit, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau yakin pesawat tersebut akan ditemui tidak lama lagi dan meminta semua pihak supaya terus berdoa dalam menghadapi ujian Allah ini. - UTUSAN ONLINE

Kapten Zahari ahli PKR pun dah dikait dengan rampasan MH370..!!

Kapten Zaharie hanya ahli PKR
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: March 16, 2014

Kapten Zaharie

KAJANG – PKR menolak laporan sebuah media antarabangsa yang mengaitkan penglibatan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam teori konspirasi rampasan pesawat itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa, Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Kapten Zahari bukan seorang aktivis sosial yang lantang, carilah mana kenyataan akhbar dibuat beliau. Dia hanya penyokong dan anggota parti.

"Saya sahkan dia ahli PKR dan sertai parti pada 23 Januari 2013 tapi tak relevan untuk tuduh kehilangan pesawat ini berkaitan dengan PKR,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama PKR, di sini, hari ini.

Menurut akhbar tabloid akhbar Britain itu, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER untuk ke Beijing, Kapten Zaharie telah hadir ke mahkamah pada 7 Mac lalu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Mengulas perkara sama, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

"Ini adalah satu kes membabitkan keselamatan pesawat dan tanggungjawab MAS dan pihak berkuasa.

"Isu keselamatan tidak wajar dikaitkan bermotif politik. Jangan main sentimen seumpama ini kerana menyinggung dan menjejas imej negara dalam perspektif antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, Kapten Zaharie sama dengan sejuta penyokong PKR yang lain dan mendesak supaya laporan tidak bertanggungjawab serta tidak profesional dihentikan segera.

"PKR tidak berhasrat untuk ambil tindakan undang-undang kerana ia tidak membantu carian pesawat tapi harapkan kenyataan ini dibetulkan berlandaskan fakta," katanya.

MH370: Pesawat berada di lokasi rahsia?

LONDON 16 Mac - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu, mungkin berada di lokasi rahsia.

DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber berkata, pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua penumpang kini ditahan di tempat tertentu.

Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi yang boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia ke Maldives ke Pakistan. - AGENSI

MH370: Lokasi terakhir dikesan di barat Perth

NEW YORK 16 Mac - Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan ketika berada di sebuah zon kira-kira 1,609 kilometer dari barat Perth, Australia, kata pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS).

Laman web berita Bloomberg melaporkan, petunjuk terbaharu itu dimaklumkan oleh sumber kerajaan AS berdasarkan keputusan analisis data transmisi satelit oleh pasukan penyiasat tersebut. - AGENSI

MH370: India tangguh operasi mencari

NEW DELHI 16 Mac - Kerajaan India hari ini menangguhkan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 selepas kerajaan Malaysia mahu menilai semula operasi itu ekoran mendapat petunjuk kemungkinan pesawat itu dirampas.

Tentera Laut India terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di dua kawasan iaitu Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan barat Teluk Bengal.

Jurucakap tentera laut, Komander Babu berkata, misi mencari ditangguhkan buat sementara dan mungkin akan bersambung semula, bergantung kepada permintaan kerajaan Malaysia. - REUTERS

Semua pemimpin Islam Malaysia perlu 'bertaubat' dan mengajak rakyat 'bertaubat'.. !!

Robby Zaid Bin Tandang


Adakan perhimpunan raksasa solat Hajat bersama yang menggabungkan kesemua pemimpin islam politik negara dari semua parti politik ....duduk solat dan sujud bersama,... mudahan Allah dpt lembutkan hati kita bersama utk mencari titik permulaan kpada penyatuan umat2 ISlam ....

Segala banyak benda berlaku kini berkaitan dgn negara kita tidak cukup kah ini suatu peringatan Allah ?? Sudah tiba masanya semua pemimpin2 kita Islam 'bertaubat' dan mengajak rakyat 'bertaubat' sama.... Mohon perlindungan Allah... hentikan benda yang sia2.... tutup segala ruang pintu yang boleh menyebarkan fitnah berleluasa......

Saya berdoa sesungguhnya kepada Allah dan menyeru agar pemimpin2 Islam kita baik dari PAS/PKR/UMNO/PERKASA/PEKIDA dan lain2 agar menggerakkan usaha utk bersatu kembali kepada syariat agama.... tiada ruang lagi utk kita terlalu banyak bertelagah ... PErlu ada usaha segolongan banyak org Islam utk terus menyeru KESATUAN umat ISLAM ini.... Saya amat berharap Allah akan memudahkan petunjuk utk kembalikan kekuatan Islam dibawah pemimpin yang warak/adil/saksama....

Semua umat Islam adalah bersaudara .... Mari kita berdoa agar pemimpin2 kita semua mengajak kembali kepada syariat agama ....

Bomoh jutawan rapat dengan VIP, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.

Bomoh jutawan rapat dengan VIP: Mencari pesawat hilang dan rasa hormat


Ibrahim Mat Zin, “raja bomoh” yang mencetuskan kekecohan dengan upacara ritualnya dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dilihat sebagai seseorang yang berkeyakinan tinggi, malah berlagak.

Dia mendakwa dirinya sebagai bomoh jutawan dengan pelanggan terdiri daripada orang kaya dan berpengaruh, termasuk ahli politik Umno dan personaliti luar negara. Dia juga menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kawan.

Ahli politik Malaysia, katanya, ada mendapatkan bantuannya untuk memperolehi antara lain kelebihan dalam politik, perniagaan dan perkahwinan.

“Saya tidak menafikannya. Tetapi bukan mereka sahaja pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan saya. Ada juga pelanggan dari Brunei, Arab Saudi dan Indonesia yang minta bantuan saya untuk menyembuhkan mereka menggunakan perubatan tradisional,” katanya kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

MH370: Wakil asing diberi taklimat penuh

Satu taklimat penuh kepada wakil kerajaan asing yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta mempunyai warganegara yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas, diadakan semalam.

Taklimat tertutup kira-kira sejam di Hotel Sama Sama di Sepang, disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Antara wakil kerajaan asing yang hadir ialah China, India, Australia dan Brunei Darussalam.

Taklimat diadakan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi, khususnya perkembangan terbaharu operasi SAR MH370.

Akhirnya terbang sana terbang sini cari MH370, last jumpa atas kepala ANWAR..!!!



Theory's media luar negara. Pilots kununnya protes pasal Anwar Ibrahim. Hebat pilot tu boleh landing di airport dan sembunyikan pesawat dengan semua penumpangnya.

Tu cerita kaki DVD. Kata orang lar. Hari ni cuti hujung minggu admin nak ulas sikit apa admin tahu berdasarkan rentetan dan fakta.

Siapa yang umum pesawat hilang dan lepas tu umumkan pesawat tak hilang tetapi berada di Nanning China?

★Jawapannya - TV3

Kerjaan jelas cakap pesawat terputus hubungan dan radar pada masa pesawat hilang.

Jawapannya - Kerajaan sebenarnya telah tahu pesawat berkenaan telah U Turn. Ini jelas diperkatakan oleh seorang pilot yang ditemubual LIVE tv3 dalam Buletin Utama malam tadi. Berdasarkan apa yang pilot tu cakap. Pesawat U turn ke poin A dan malangkaui ruang udara Penang dan terus ke laut Andalam sea.

Pesawat sebesar itu boleh hilang?

ANTARA persoalan utama yang diutarakan ramai ialah kenapa pesawat Boeing 777 yang besar itu boleh hilang tanpa dapat dikesan, dan mengambil masa berhari-hari atau lebih untuk ditemui oleh pasukan pencari.Hal ini terjadi antaranya disebabkan perspektif yang tidak tepat diperolehi, dari sudut pandang kita sebagai manusia melihat kapal terbang, dan juga menaikinya.

Kapal terbang sememangnya kelihatan besar di mata kita, tetapi tidak apabila diletakkan dalam perspektifnya, yakni kapal terbang dengan kawasan yang luas meliputi daratan dan lautan.

Dalam kes MH370 yang dianggarkan hilang di sebuah kawasan perairan di antara Malaysia dengan Vietnam, kawasan tersebut sangat luas.

Menurut seorang juruterbang Airbus A330, Bill Palmer yang menulis di laman CNN, "Jarak antara pantai utara Malaysia dan pantai selatan Vietnam sejauh 250 batu (sekitar 400 km) ialah bersamaan jarak antara Philadelphia dan Pittsburgh (bandar di Amerika Syarikat). Data telemetri penerbangan yang terakhir, seperti dilapor flightware.com, menunjukkan kedudukan pesawat pada 35,000 kaki.

Konsert 'Mati' - Sudah-sudahlah nak menjahanamkan muda-mudi negara kita..!!

oleh Rakyat Prihatin

Kami terkilan dengan apa yang berlaku di Bukit Jalil dua hari lepas... dalam negara berkesedihan trajedi MH370 ada sekelompok rakyat negara bersuka ria melanggar tatasusila agama dan undang-undang negara.

Jika dilihat akan konsert tersebut pun ia ibarat mengundang bala dari ALLAH swt... dan apa yang sedih lagi penganjur konsert tersebut kebanyakannya beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU...

dari carian kami di internate tokey LIVE SCAPE SDB BHD dimiliki oleh Sdr Iqbal Ameer dan Rakan-rakan...

Sudah ada dok buat cerita Trajedi MH370 adalah salah Anwar..!!

 
JIKA BENAR ANWAR YANG JADI DALANGNYA... APAKAH DALILNYA?

Dilihat keuntungan yang diperolehi dari isu ini ialah kerajaan memerintah kerana rakyat akan bersatu dalam isu utama dan rakyat akan lupa akan isu LIWAT PENJARA 5 TAHUN, BARANG NAIK, KAJANG, AIR TAK ADA, JEREBU, GST serta pelbagai lagi isu dan masalah rakyat... Lihatlah akan gerak kerja rakyat bila Reformasi 2.0 diumumkan... macam tak ada sambutan kerana big event skrg MH370... Seruan untuk rakyat bangkit seperti tak ada sambutan...

Selain itu keuntungan di pihak Anwar dilihat tak ada apa-apa yang dapat menufaatnya melainkan dapat menekan NAJIB & Menterinya dengan isu urus tadbir dan mengawal selia akan trajedi ini. Sidang media yang selerak, centralise maklumat tak ada.. menteri gila buat kenyataan.. data maklumat yg di sampaikan bercelaru...serta pelbagai lagi yang lompongnya...

Pengajaran daripada kehilangan MH370

 – Baharom Mahusin

Rasanya tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi sebagaimana yang mereka hidangkan dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Pada Jumaat lalu, tiga agensi berita antarabangsa iaitu Reuters, Agence France Presse (AFP) dan Associated Press (AP) melaporkan lebih 70 item berita berkaitan Malaysia dan MH370 yang dikemaskinikan dari masa ke masa.

Stesen televisyen, akhbar, majalah dan portal berita dari seluruh dunia memberi fokus kepada kehilangan MH370, daripada pakar-pakar penerbangan di Amerika Syarikat, China, India, Australia hinggalah kepada begitu ramai orang biasa di negara-negara di benua Eropah dan Asia.

Berbilion manusia di seluruh dunia sedang menunggu berita apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370 laluan Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China menerusi akhbar, stesen televisyen, portal berita internet, Facebook dan Twitter. Hashtag #MH370 dalam Twitter menjadi antara trending paling popular sejak seminggu lalu.

Pada 2012, terjadi dua nahas pesawat iaitu nahas Dana Air di Lagos, Nigeria yang mengorbankan 150 orang dan juga kejadian pesawat Bhoja Airlines terhempas di Islamabad, Pakistan yang melibatkan kematian 127 orang.

Bagaimanapun, minat orang ramai di seluruh dunia terhadap kedua-dua nahas pesawat itu tidak seperti keghairahan mereka untuk mengetahui punca kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 153 orang rakyat China.

Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang



bomoh SHAH ALAM - 'Raja Bomoh' yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di sini.

Masya'Allah !! Rumah Allah pun dah tak ada perasaan "GENTAR" & "TAKUT" dah...!!

Kecurian di masjid menjadi-jadi

Kecurian di masjid menjadi-jadi  
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mencuri duit tabung masjid tanpa menyedari kegiatannya berjaya dirakam.

TEMERLOH – Dua kejadian curi harta benda awam dalam kawasan masjid Kampung Raja Songsang, dekat sini menyebabkan jemaah khuatir untuk beribadat.

Kejadian pecah tabung masjid telah beberapa kali berlaku dan terbaru pada 28 Februari lalu, kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup yang dipasang jawatankuasa masjid.

Kejadian kedua membabitkan kehilangan tiga komputer riba milik tiga jemaah dari Kuala Lumpur yang singgah menunaikan solat Jumaat, kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Masjid, Rusdan Ramli berkata, berdasarkan rakaman CCTV beberapa hari lalu menunjukkan usaha seorang penjenayah melarikan duit tabung masjid tetapi tidak berjaya.

KD Kasturi berlabuh isi bekalan, sebelum meneruskan lagi misi mencari pesawat MH370


KD Kasturi berlabuh isi bekalan  
KD Kasturi ditunda masuk ke dermaga kira-kira jam 10 pagi, bagi tujuan ulang isi bekalan termasuk diesel di pangkalan TLDM Tanjung Gelang, semalam.

KUANTAN - KD Kasturi, salah sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di perairan Laut China Selatan sejak seminggu lalu berlabuh di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, semalam.

Kapal bersama 140 anak kapal termasuk 18 pegawai itu berlabuh kira-kira jam 10 pagi bagi mengisi keperluan termasuk bekalan makanan dan bahan api.

Pegawai Pemerintah KD Kasturi, Komander Mohd Zaidi Ibrahim berkata, kapal yang berpangkalan di Lumut, Perak itu, singgah sementara di Pangkalan TLDM dekat sini, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi SAR kira-kira jam 4 petang, hari yang sama.

Menurutnya, sebanyak 180,000 liter diesel dan bekalan makanan untuk keperluan anak kapal selama dua minggu diisi sebelum pelayaran.

“Ini kali pertama KD Kasturi berlabuh untuk ulang isi bekalan sejak menjalankan misi SAR di salah satu sektor membabitkan keluasan 60 x 60 batu nautika di Laut China Selatan bermula Ahad lalu,” katanya semasa sesi taklimat media di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang, semalam.

Turut hadir Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...