TERKINI :

Saturday, March 15, 2014

[PANAS] Bekas Pegawai CIA Pecah tembelang dalam CNN

Al Faedah added a video from 15 March to his Timeline.


ALFAEDAH WORLDWIDE ANALYSIS - CNN pada 14 Mac 2014 telah menyiarkan suatu temuramah dengan bekas pegawai CIA Robert Baer dalam usaha mereka memburuk-burukkan negara kita, di bawah tajuk:

Former CIA officer: I don't trust the Malaysians

Sayangnya, dalam pada usaha CNN & CIA untuk memburuk-burukkan orang Melayu (Malay) nampaknya mereka sendiri akhirnya membuka pekung di dada.

Menurut penemuramah, rancangan "merampas sebuah pesawat" ini nampak sangat "outlandish" (tak masuk akal) sehinggalah anda bertemu orang seperti Robert Baer. (Makna barulah nampak masuk akal..)

Baer was actually part of a CIA plot to hijack a Soviet airplane for its technology back in the 1980s.

"But thinking that somebody hijacked this (Malaysian) airliner in that fashion is truly outlandish," says Baer.
Menghurai klu-klu dalam temuramah ini......

Terburai Habis Pekong bila "BOMOH KLIA" naik angin, banyak rahsia pimpinan UMNO terbongkar..!!

Kasim Ahmad tidak tahu perkara ini...!!

Mar 15, 2014
ANIS NAZRI

SHAH ALAM: Usaha menyampaikan dakwah berkaitan akidah perlu melihat kepada latar belakang sesuatu kelompok, bagi memastikan kaedah penympaian dakwah itu benar-benar terkesan dan bersesuaian.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata sama ada kelompok sasaran itu merupakan anti-hadis, liberalisme, mahupun kafir, terdapat kaedah tertentu yang perlu digunakan.

Beliau menjelaskan terdapat tiga latar belakang utama yang harus dikenalpasti oleh para pendakwah, sebelum mengeluarkan atau menyampaikan hujah berkaitan akidah iaitu kelompok yang benar-benar jahil, jahil tetapi tidak sedar dia jahil dan tahu tentang Islam tetapi sengaja engkar.

"Apabila kita memperhalusi latar belakang sesuatu kelompok itu, barulah boleh kita menggunakan kaedah tertentu untuk berhujah dengan mereka. Golongan pertama, iaitu yang benar-benr jahil, maka kita perlu memberi ilmu agar mereka tahu.

"Manakala, bagi yang jahil tetapi tidak sedar dia jahil, kita sedarkan dia (yang dia jahil), dan yang engkar pula kita perlu berhujah dengan dia," jelas beliau ketika menjawab soalan seorang peserta Wacana Pengukuhan Akidah, di Unisel, Shah Alam, hari ini.

Orang dok kalut cari MH370, depa kalut layan konsert sampai mati...!!!

Enam maut, tiga kritikal ambil di festival muzik

KUALA LUMPUR - Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya. - Bernama

Nah orang UMNO BN yang hilang MyKad akan didenda sehingga RM500... tahniah...!!!

Denda hingga RM500 jika hilangkan MyKad

Ahmad Zahid Hamidi  
Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATOH - Individu yang didapati menghilangkan MyKad mereka dengan cuai boleh dikenakan denda sehingga RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Namun beliau berkata, kehilangan MyKad akibat bencana alam tidak akan dikenakan denda.

"Kehilangan disebabkan kecuaian, jika hilang pertama kali akan dikenakan bayaran RM100, bagi kehilangan kedua akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi sehingga RM500," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaik pulih rumah seorang warga emas di Kampung Parit 21 di sini hari ini.

Pada masa ini denda yang dikenakan ialah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 untuk kehilangan seterusnya.

Katanya sehingga kini kira-kira setengah juta MyKad dilaporkan hilang.

Mukhriz kata bukan salah BN pasal "BOMOH BUBU", Anwar tak ada isu..!!

JIKA BENAR BUKAN BN, KAMI NAK TANYA SATU AJELAH... APA YANG BOMOH NIE DOK BEBEL PANJANG-PNJANG MARAH KJ SAMPAI KELUAQ HABIS CERITA KAIN UMNO BN DENGAN BOMOH TERSEBUT..
Bomoh bubu: Tanda Anwar ketandusan isu

Mukhriz Mahathir KAJANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  menunding jari ke arah BN dalam isu 'bomoh bubu' dianggap sebagai orang politik yang sudah kehabisan isu.

Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan bahawa Anwar sudah kehabisan agenda untuk dibawa kepada rakyat,sehingga sanggup menyalahkan BN bagi memperlihatkan sisi baiknya kepada rakyat.

"Saya fikir, Anwar buat macam itu, sebab beliau tiada  isulah, dia tidak boleh cerita apa kebaikan yang boleh dibawa  untuk Kajang walhal kita lebih tertumpu kepada soal-soal  kebajikan rakyat di sini.

Jawatan MB Selangor: Tanya Azmin, kata Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KAJANG - Calon PKR Dun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menidakkan misi utama Langkah Kajang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Wan Azizah yang juga Presiden PKR meminta soalan penukaran penukaran menteri besar itu diajukan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Perkara ini kena tanya Azmin sendiri sebab itu kenyataan dia. Tapi pada saya jawatan itu tidak penting kerana niat saya hanya untuk berkhidmat dan memperkuatkan pasukan.

"Ada banyak perubahan dan pembaharuan yang kita boleh baiki dan itulah niat saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Penyampaian Anugerah Pekerja Sosial Cemerlang 2014, di sini, hari ini.

MH370 : Suatu Misteri...!!!!! [Fikiran di Luar Kotak]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW serta sekalian Ahli Baitnya. Dan dengan merekalah kita senantiasa beroleh syafaat dan manfaat baik dunia mahupun akhirat. Semoga terungkai segala misteri yang terbuku di alam Nusantara ini, Amiin.

Ini adalah artikel pertama saya yang ditulis di blog selepas beberapa hari tragedi kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pihak media. Sejak 8 Mac sehingga kini, saya diasak bertalu-talu. Inbox saya tidak putus-putus menerima pelbagai mesej dan email daripada orang yang dikenali dan tidak dikenali berkenaan MH370.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menulisnya di wall facebook saya secara peribadi. Setelah beberapa siri artikel saya tulis di facebook, saya kira ia amatlah terhad dan kini setelah hampir 1 minggu kes ini berjalan, saya tergerak untuk menulis artikel ini di sebuah blog baru dan bukannya di blog bradokapak sendiri. Sila pastikan sebelum anda membaca artikel berikut, lengkapkan pengetahuan asas mengenai kes MH370 terlebih dahulu agar memudahkan anda untuk memahami situasi yang hendak diceritakan. Jika belum ada pengetahuan asasnya, boleh baca disini.

Tanpa melengahkan masa, saya nukilkan artikel saya seperti berikut....

MH370: Suatu Misteri

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.

1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.

2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

3. Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak Malaysia.

4. Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA, MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum, operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan kelaurga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

Apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong....

Mohammad Agus Yusoff


BETAPA MUSTAHAKNYA KEJUJURAN

Saya semakin tertarik kepada tiga pemimpin kita yang sejak seminggu lepas seiring bersama memberikan sidang media. Mereka ialah Dato Seri Hishamuddin Hussein, Dato Ahmad Jauhari Yahya dan Dato Azharuddin Abdul Rahman.

Pada hari pertama, saya nampak mereka kaku dan seperti menyembunyikan sesuatu. Selepas itu, saya lihat beberapa kenyataan yang bercanggah. Sedih dan kecewa saya kerana ini melibatkan soal negara.

Tetapi sekarang, setelah melihat beban yang mereka tanggung dan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan 'misteri' ini, saya kagum sekali. Saya faham kekangan mereka dalam hal ini.

Menariknya, dengan tekanan yang dihadapi, tiga pemimpin kita ini semakin mantap. Keyakinan, kesungguhan dan kejujuran mereka dalam memberikan maklumat yang tepat terserlah. Saya berubah menjadi penyokong tegar mereka.

Polis geledah rumah juruterbang MH370

 
Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ada laporan polis mengatakan Flight berkemungkinan berada di Kepulauan Weh Indonesia...

Ada laporan polis mengatakan Flight berada di Kepulauan Weh Indonesia...

Bekas timbalan menteri bantu kempen Wan Azizah

KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Shariff Omar mengumumkan untuk bersama-sama berjuang dalam PKR.

Shariff berkata, beliau juga akan membantu calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.

"Saya berasa terpanggil untuk hadir pada malam ini untuk menyatakan sokongan saya secara terang-terangan kepada Pakatan Rakyat.

"Saya datang dari Pulau Pinang khusus untuk menyatakan sokongan saya kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Shariff yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyeru pengundi Kajang memilih Wan Azizah pada 23 Mac ini.

"Jadi marilah orang Kajang kita sokong calon PKR. Saya yakin dan percaya kita akan membuat pilihan dengan menyokong Datuk Seri Wan Azizah.

PM tidak sahkan MH370 dirampas, misi diteruskan ke dua koridor baru

March 15, 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak laporan media pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa terbaru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi. – 15 Mac, 2014.

Komunikasi satelit terakhir pesawat samada menuju ke selatan lautan hindi atau menghala ke arah kazakhstan.



PM - Pagi ini saya menerima taklimat daripada mereka yang terlibat dalam penyiasatan.

Hasil komunikasi satelit, kami yakin sistem komunikasi pesawat dimatikan.

Radar TUDM mengesan sebuah objek tidak dikenal pasti kemudian dikesan berpatah balik dan menghala ke barat daya Semenanjung Malaysia.

Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar pesawat tersebut disahkan sebagai MH370.

Komunikasi satelit terakhir pesawat samada menuju ke selatan lautan hindi atau menghala ke arah kazakhstan.

Apabila "JELMAAN BIDADARI SYURGA" menegur pihak yang menguruskan keluarga MH370..!!


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menggesa keluarga dan sanak saudara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 diberikan lebih maklumat berhubung misi mencari dan bukan sekadar diberikan penginapan yang selesa.

Beliau berkata, dengan perkembangan semasa misi mencari dan menyelamat disalurkan kepada keluarga penumpang, ia akan memberi sedikit kelegaan dan ketenangan setelah pesawat yang hilang itu kini masuk hari kelapan.

“Beri mereka maklumat, bukannya bila hendak minum teh dan bila naik bas. Apa yag mereka mahu ialah maklumat supaya dapat mententeramkan sedikit keluarga berkenaan,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Apa Kata Wanita terbitan RTM.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu minggu lalu sewaktu dalalam perjalanan menuju ke Beijing namun gagal dikesan radar setelah sejam memulakan penerbangan.

Operasi mencari dan menyelamat yang kini masuk hari kelapan turut mendapat bantuan daripada negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, beberapa negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia termasuk dari negara China yang memiliki penumpang teramai dalam pesawat berkenaan.

KJ terpaksa tarik handbreak bila dikatakan menghina Wan Azizah..!!

KJ tiada niat hina Wan Azizah

Khairy Jamaluddin  
Khairy Jamaluddin

KAJANG - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak berniat untuk menghina ketika menyebut perkataan 'boneka' semasa menggambarkan mengenai calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Menteri Belia dan Sukan itu berkata kenyataan yang dibuatnya pada Isnin lepas itu tidak mempunyai maksud negatif, malah lebih kepada gambaran bahawa Presiden PKR itu hanya sebagai calon saat akhir selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding.
  
"Ingin ditegaskan di sini saya tiada niat menghina, cuma saya kata dia (Wan Azizah) pengganti saat akhir kepada Anwar Ibrahim...dan memang betul pun, itu sahaja saya nak sampaikan bukannya nak menghina," katanya ketika ditemui pemberita selepas program santai sarapan pagi bersama pengundi di Sungai Jelok di sini, hari ini.
  
Beliau mengulas laporan portal berita yang memetik ucapannya ketika melancarkan jentera Pemuda BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang Isnin lepas, antara lain menyebut Wan Azizah hanyalah 'boneka' dalan rancangan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.
    

MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi

MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan HindiKUALA LUMPUR: Ketua Koresponden Orient Aviation Tom Balentyne berkata aset milik pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia dapat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi.

"Mereka mempunyai aset yang banyak kerana pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia digunakan kerana situasi di rantau Teluk terutama sekali Iraq. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

"Kita harus ingat bahawa peralatan ini digunakan untuk mencari kapal selam musuh. Ia boleh juga mencari logam yang besar di bawah laut. Ia boleh membantu mengesan logam pesawat," kata beliau ketika dihubungi ketika Astro AWANI Khas.

Namun, beliau akui bahawa walaupun mempunyai peralatan yang canggih, lautan Hindi sangat luas dan operasi SAR akan menjadi agak sukar.

Adakah PM akan umumkan MH370 di rampas jam 1.30pm nanti..???


Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari  ini

Berpunca Dari Zahid Hamidi, KJ Pula Jadi Mangsanya


Oleh kerana marah disebabkan Khairy Jamaluddin menyarankan agar beliau ditangkap berikutan memalukan negara dengan dua kejadian ritual pelik dan bertentangan dengan Islam di KLIA untuk memanggil pesawat MH370 yang masih hilang, Ibrahim Mat Zain yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP, mengugut mahu menampar muka Ketua Pemuda UMNO itu.

Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat.

"Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi perbualan hangat pengguna internet sejak semalam.

Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

KJ : 'Saya rasa satu Malaysia nak tampar bomoh tuu...'

 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" ingin menampar pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh kerana didakwanya telah memalukan negara.

"Dia seorang nak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa.

"Perbuatan dia syirik, khurafat... Jadi saya tak nak layan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang.

Turut hadir ialah calon BN bagi PRK DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Semalam dalam satu video di Youtube,  Ibrahim mengancam untuk menampar menteri beliau dan sukan itu serta mahu menyamannya RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.

Bagaimana nak 'lesapkan' pesawat jet..??


MH370 Ketika misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines masih belum terjawab, apa yang bermula sebagai satu kejadian pelik mula menjadi lebih pelik.

Ada pesawat komersial yang telah hilang sebelum ini, tetapi sehinggalah bangkainya ditemui. MH370 nampaknya seperti hilang begitu saja. Tetapi bagaimana itu boleh berlaku? Dan apakah maknanya bagi sesebuah kapal terbang hilang?

Kejutan ekoran misteri kehilangan Boeing 777 itu adalah sebahagian besarnya hasil daripada sikap kita yang mengambil mudah limpahan maklumat.

Kita menjangka dapat tahu apa sahaja dan pada bila-bila masa. Jika anda masuk ke lamanweb pengesanan penerbangan, anda boleh memasukkan nombor penerbangan mana-mana pesawat komersil dan dapat melihat lokasi dan arah semasanya.

Datuk Shariff Omar - dari UMNO sertai PKR

Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR

http://img.astroawani.com/2013-04/41366199014_295x200.jpgKempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu.

Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995.

Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.

"Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff.

MH370 - Akhirnya.. Lokasi mencari disasarkan di Lautan Andaman dan Telok Bengal

Analisis risikan sulit terhadap data elektronik dan satelit menunjukkan pesawat yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin terhempas sama ada di Teluk Bengal atau di Lautan Hindi, menurut laporan eksklusif oleh CNN.
Jika maklumat ini benar, ia boleh menjadi imbasan pertama yang memberikan butiran kukuh mengenai apa yang berlaku kepada MH370 selepas ia hilang daripada radar awal pagi Sabtu minggu lalu.
Ia juga memberikan cukup kredibiliti kepada Amerika Syarikat untuk menggerakkan USS Kidd, kapal pemusnah peluru berpandu, ke Lautan Hindi dan pegawai India untuk meluaskan usaha mencari ke Teluk Bengal. – 15 Mac, 2014.
Teori ini bersandarkan pendedahan sebelum ini oleh pegawai Amerika bahawa satu sistem automatik pada pesawat itu ping satelit beberapa jam selepas hubungan terakhir dilaporkan dengan pengawal trafik udara.

Rakyat Turki pun dah nak seludup masuk negara kita

62 Pati dari Turki ditahan cuba masuki negara

PADANG BESAR - Jarang kedengaran pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam kalangan warga Turki cuba memasuki negara ini.

Tetapi kira-kira 5.30 pagi semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 62 warga Turki ketika cuba memasuki pagar sempadan Malaysia/Thailand di Pos Padang Besar 16 dan 17.

Mereka terdiri daripada 23 lelaki, 15 wanita, 15 kanak-kanak lelaki dan sembilan kanak-kanak perempuan yang keseluruhan berumur antara lima bulan hingga 40 tahun.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Tiga PGA Bidor, DSP S. Sivam berkata kehadiran Pati tersebut disedari anggota PGA yang berkawal di pos berkenaan yang terlihat pergerakan manusia.

"Anggota PGA yang curiga dengan pergerakan tersebut lalu menyerbu dan mengepung pendatang terbabit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua Pati tersebut dipercayai datang dari Ankara dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah.

Bayi ‘melecur’ masuk PICU


Bayi ‘melecur’ masuk PICU  
Khairul Nizam (tiga, kiri) menerima sumbangan wang yang disampaikan Azhar (tengah) di pekarangan PICU, dekat sini.

ALOR SETAR - Bayi lapan bulan, Muhammad Nasrullah, yang sebahagian tubuh badannya kelihatan seakan-akan melecur akibat mengalami jangkitan kuman pada kulit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini.

Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata, anak sulungnya yang dikenal pasti mengalami ekzema dijangkiti kuman dimasukkan ke wad terbabit sejak beberapa hari lepas untuk pemerhatian lanjut, sekali gus mendapatkan rawatan rapi.

“Saya tengok keadaan anak kami seakan-akan baik sikit. Kini, Nasrullah berada di bawah kawalan ketat pihak hospital. Isteri, Nur Shazira Mohd Salleh, 23, maklumkan hati anak bengkak, namun saya tak tahulah.

“Doktor pakar belum panggil, jadi saya tak dapat ulas lanjut kerana belum terima sebarang makluman berhubung perkara itu. Namun, pihak hospital sedang memantau keadaan dan memberi rawatan susulan kepada dirinya,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...