TERKINI :

Friday, March 14, 2014

Tiga jururawat tiru aksi bomoh disiasat HKL

Jururawat_Bomoh

Gambar tiga orang jururawat yang menjadi viral di laman sosial kerana meniru aksi Raja Bomoh tikar terbang disiasat pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka tidak digantung seperti yang tersebar di media sosial tetapi siasatan terperinci sedang dijalankan. Tindakan yang sewajarnya akan diambil bergantung kepada hasil siasatan, kata Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dipetik The Star.

Timbalan Pengarah HKL Dr Ding Lay Ming memberitahu The Star bahawa laporan bahawa jururawat telah digantung tidak benar.

USS Kidd tiba di barat laut Selat Melaka hari ini


Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd (gambar) tiba di bahagian barat laut Selat Melaka lewat tengah hari tadi bagi membantu usaha mencari pesawat MH370.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menyatakan pada masa ini, belum ada maklumat terperinci mengenai tugasan USS Kidd di Selat Melaka.

"Hari ini tiada aktiviti penting untuk dilaporkan dalam usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370, dengan kami mengalihkan tumpuan kami dari Teluk Thailand ke bahagian barat laut Selat Melaka," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pesawat peninjau maritim Amerika Syarikat, P-8A Poseidon, dijadual tiba di kawasan itu esok untuk membantu usaha mencari itu.

Satu Letupan Kuat Berlaku di Sarawak petang tadi..

Letupan Kuat Gemparkan Bandar Serian, Sarawak


Satu kejadian letupan kuat menggemparkan bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari sini pada petang Jumaat.

Letupan itu menyebabkan banyak kaca di premis perniagaan pecah termasuk sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan letupan.

Ia turut menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang dan memusnahkan beberapa kenderaan.

Menurut laporan tidak disahkan berkata, letupan itu berlaku dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pemprosesan asetilena pada pukul 3 petang.

BOMOH KLIA - Gaduh dengan KJ habih semua terlondeh..!!



SILA DENGAR SAMPAI HABIH
1001 RAHSIA ADA DALAM
PENGAKUAN TUAN TUBUH SENDIRI

Kerajaan tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 dirampas, kata Hishammuddin


OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
March 14, 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semua maklumat daripada sumber Amerika Syarikat sedang dikaji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 Mac, 2014.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semua maklumat daripada sumber Amerika Syarikat sedang dikaji.

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Sabtu lepas bertambah mendebarkan apabila pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan pesawat itu dirampas.

Operasi misi mencari dan menyelamat pesawat yang membawa 239 penumpang itu kini masuk hari ketujuh.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu," kata beliau yang juga merupakan menteri pertahanan dan menambah kesemua maklumat daripada sumber tidak dinamakan dari Amerika Syarikat (AS) sedang dikaji.

"Terdapat banyak komen daripada sumber tidak dinamakan dari AS. Kita tidak akan keluarkan maklumat yang belum disahkan atau disokong pihak berkuasa yang relevan.

"Kita juga tidak mahu memberikan komen yang dilaporkan media memetik sumber tidak dinamakan."

Hishammuddin berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu kini diperluaskan ke sebelah timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi.

MH370 : Vietnam Semakin ''Lemah''


Salah seorang juruterbang tentera udara Vietnam ketika 
melakukan penerbangan dalam usaha mencari MH370 yang hilang. -foto AFP

PHU QUOC: Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Trafik Udara Doan Huu Gia pada Khamis masih bingung berhubung apa yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan wartawan di Pulau Phu Quoc.

Pihaknya masih tidak dapat mencari apa-apa petunjuk mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyatakan bahawa pesawat telah terbang melalui Laut China Selatan di mana pasukan tentera Vietnam telah menjalankan penyiasatan, beliau berkata: "Anda harus bertanya kepada Malaysia."

Tidak lama selepas itu, sidang akhbar berakhir, meninggalkan wartawan tertanya-tanya jika Vietnam akan mengurangkan usaha pencarian kerana usaha pencarian multinasional itu diarahkan menjalankan siasatan ke Lautan Hindi, jauh dari perairan Vietnam.

Justeru, kekuatan di Phu Quoc, sebuah pulau di luar pantai selatan Vietnam menjadi lemah.

[TERKINI] Radar Tentera mengesan pesawat MH370 diterbangkan merentasi S'jung Malaysia ke Kepulauan Andaman


KUALA LUMPUR: Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutan bomoh Ibrahim Mat Zain yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".

Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut.

'Bomoh bubu' mahu tampar, saman KJ

Seorang pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

"Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," katanya.

Katanya, beliau juga akan mengemukakan saman sebanyak RM100 juta sekiranya ketua Pemuda Umno itu mengulangi kenyataan tersebut.

Hanya Kerana Bomoh, Reputasi Najib Terbarai Di Mata Dunia


Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, lagi lama misteri kehilangan pesawat MH370 berlarutan, lagi berat tekanan yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Ini kerana seluruh dunia sedang memberi tumpuan tentang bagaimana kerajaan menyelesaikan krisis tersebut yang sudah berlangsung selama hampir seminggu tanpa sebarang petunjuk positif.

Jika di awal bermulanya tragedi ini, kerajaan dipertikai kerana sering memberikan maklumat yang tidak telus dan tidak tepat dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan penerbangan dan keselamatan pula saling bercanggah dalam memberi maklumat, keadaan kini bertambah buruk dengan imej Najib mula dipertikai dan diperlekeh di peringkat antarabangsa.

Ketika episod pesawat hilang ini juga, terdedah pelbagai kelemahan kerajaan seperti pintu masuk negara yang mudah dibolosi walau dengan pasport curi, ketiadaan persiapan menghadapi krisis dan lebih buruk lagi ia turut menyerlahkan sikap pimpinan politik dan kerajaan yang turut tidak berwibawa dengan bukan saja memberi maklumat tidak tepat, bercanggah dengan anak buah sendiri serta menempelak kakitangan agensi di bawah kementerian sendiri tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.

MH370 : Mungkinkah kita mencari salah tempat..??


AHMAD SABIRIN ARSHAD

IMEJ satelit tidak dapat mengesan lokasi sebenar MH370, skop pemantauan diperluaskan Misteri kehilangan pesawat MAS, MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Mac lalu dengan memuatkan 239 penumpang dan anak kapal masih lagi misteri sehingga menjadi tumpuan serata dunia.

Di sebalik kehilangan itu, timbul pelbagai spekulasi yang semakin hari membingungkan semua pihak. Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temubual  bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), DATUK DR AHMAD SABIRIN ARSHAD dengan Editor Edisi Terengganu, Wan Normi Hasan, wartawan, Norutul Ilham Mad Jari dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed.

Dari mana Datuk tahu berita kehilangan pesawat MH370?

Kita dapat tahu maklumat kehilangan pesawat itu pada pagi Sabtu lalu dan saya terus diarahkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah agar mengaktifkan inisiatif mengesan pesawat itu.

Saya kemudiannya berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang, kata MAS

Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang, kata MAS
KUALA LUMPUR: Masuk hari ketujuh misteri kehilangan pesawat MH370, sekali lagi Malaysia Airlines mengulangi pendirian untuk terus memberikan sepenuh sokongan kepada misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Malaysia Airlines sedar akan wujudnya pelbagai spekulasi dalam pelbagai media namun MAS tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan daripada maklumat yang telah diberikan sebelum ini.

Fokus utama MAS pada masa ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral, ulas MAS dalam satu kenyataan media hari ini.

Hanya perlu ‘tiga minit’ untuk MH370 hilang daripada radar

March 14, 2014

Tiga minit. Itulah masa yang diperlukan untuk memadamkan transponder pesawat dan menghilangkan diri daripada radar tanpa menimbulkan syak wasangka jika mereka terbang di antara kawasan udara Malaysia dan Vietnam, kata seorang juruterbang.

Seorang juruterbang yang biasa dengan laluan tersebut berkata, terdapat kawasan udara di IGARI di Laut China Selatan di mana juruterbang komersial perlu menggunakan radio untuk berkomunikasi dengan pengawal trafik udara kerana pesawat akan keluar daripada jangkauan radar awam.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 orang hilang di kawasan IGARI, Sabtu lalu dalam perjalanan ke Beijing. Penerbangan itu tidak pernah sampai dan ia masih tidak dapat dikesan sejak tujuh hari lalu.

"Terdapat peluang tiga minit untuk ini dan transponder hanya boleh dimatikan secara manual," kata seorang juruterbang kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

MH370: "Tiada bukti pesawat ditembak jatuh dari Diego Garcia"

MH370:
KUALA LUMPUR: Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak Sabtu lalu berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi.

Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama Diego Garcia.

“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada di pulau tersebut. Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi Astro Awani.

MH370: India kerah aset tentera laut dan udara bantu operasi di Laut Andaman


NEW DELHI 14 Mac - Kerajaan India hari ini mengerahkan beberapa buah pesawat dan kapal untuk membantu Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu lalu.

Seorang jurucakap kerajaan yang tidak mendedahkan namanya berkata, kesemua aset tentera laut dan udara India itu dan pasukan pengawal pantai dikerah ke Laut Andaman selepas operasi mencari diperluas ke kawasan perairan itu.

Portal berita dnaindia.com melaporkan, aset yang dikerah melibatkan dua pesawat C-130, sebuah helikopter Mi-17 V5 milik tentera udara, dan masing-masing sebuah pesawat jenis Dornier dan P8i milik tentera laut negara ini.

Selain itu, kapal milik tentera laut dan pasukan pengawal persisiran pantai turut bekerjasama dalam misi mencari MH370. - AGENSI/DPA

Tragedi MH370: Kuatkan Doa, Zikir, Munajat & Qunut Nazilah, Hindari Syirik & Khurafaf


1. Tragedi MH370 telah masuk hari ke-6 pada hari ini. Meskipun pelbagai usaha menerusi pelbagai peralatan canggih dan teknologi moden digunakan namun status keselamatan penumpangnya masih lagi misteri dan belum nampak sebarang petanda yang kukuh bagi merungkai dan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat dan penumpangnya.

2. Seluruh rakyat dan pelbagai pihak begitu prihatin menghulurkan bantuan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Di pihak kerajaan, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam menjadi agama Persekutuan, segala usaha yang bercanggah dengan syarak mesti dijauhi. Penggunaan bomoh yang menggunakan bantuan jin dan makhluk halus serta merujuk kepada tukang tilik dan tukang tenung mesti dielakkan sebagai satu teladan yang baik kepada rakyat. Rakyat perlu diperingatkan dengan hadis Sahih riwayat al-Zahabi

من أتى عرَّافًا أو كاهنًا فَصدَّقَهُ بما يقولُ فقد كفرَ بما أنزلَ على محمَّدٍ

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik masa lepas ('arraf) dan tukang tenung masa depan (kaahin) lalu mempercayai apa yang dikatakannya maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw."

Pencarian di Laut Hindi itu “umpama papan catur dan padang bola”

Cabaran baru menanti di Laut Hindi

 
Tentera laut Amerika Syarikat mengakui bahawa usaha mencari pesawat MH370 yang digerakkan di Laut Hindi akan berdepan cabaran baru, selain petunjuk yang kini masih belum jelas.

Komander William Marks yang mengetuai armada ke-7 berkata perbezaan di antara lokasi pertama pencarian di Laut China Selatan dan Laut Hindi itu “umpama papan catur dan padang bola”, lapor rangkaian berita CNN.

Laut Hindi merupakan laut ketiga paling luas dengan jurang yang lebih dalam berbanding kawasan pencarian lain.

“Ia bidang yang berlainan sama sekali... Kini kita memerlukan strategi dan taktik baru,” katanya yang menambah pasukannya menggerakkan kapal pemusnah USS Kidd ke Laut Hindi atas permintaan kerajaan Malaysia.

Satelit terima isyarat ‘ping’ dari pesawat hilang


Satelit menerima gelombang elektronik daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas hilang pada Sabtu namun isyarat itu tidak memberi maklumat ke mana hala tuju pesawat, menurut dua sumber penyiasatan semalam.

Namun isyarat 'ping' menunjukkan sistem penyelenggaraan dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit menunjukkan pesawat dengan 239 penumpang itu masih boleh berkomunikasi selepas gagal dihubungi menara kawalan.

Sistem menghantar ping sekali dalam masa sejam, menurut sumber yang mendengar isyarat sedemikian lima atau enam kali.

Kecoh isu solat hajat di KLIA, segalanya telah diselesaikan dengan baik..!!

Mar 14, 2014
HAMBALI AKRAM

Solat hajat yang dilakukan oleh Pemuda PAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Namun, yang menariknya ia menjadi polemik di dalam ruangan maya khususnya dalam Facebook.

http://4.bp.blogspot.com/-yU6VYfcEU_w/UyKEFTrMFJI/AAAAAAAAWJ8/v0Z6vbRVdms/s1600/2014-03-14_122226.jpg
Polemik itu timbul apabila dimuat naik gambar Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi keterangan kepada pihak polis (Polis MAHB) berhubung program yang dijalankan. Perkara itu telah selesai apabila Ustaz Syarhan sendiri memberi penerangan melalui Facebook tentang kedudukan sebenar – tidak perlu dibesar-besarkan dan dipolitikkan.

Namun, saya berasakan bahawa polemik itu timbul kerana beberapa hari sebelumnya tindakan beberapa individu melakukan aktiviti perbomohan di kawasan yang sama tidak pula diambil keterangan. Tidak pula ditunjukkan pihak berkuasa lapangan terbang mengambil tindakan serupa. Apatah lagi, sudah jelas perbuatan bomoh tersebut ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh para mufti dan JAKIM.

MH370 : Solat Hajat Selepas Jumaat hari ini seluruh negara

Photo: Berdoalah Untuk MH370....

Dari kami yang lemah ini hanya idea ini yang mampu di sarankan untuk trajedi #MH370 itu... walaupun tak dengar mana menteri, tokoh agama mencadangkan idea ini namun kami keluarkan juga... hanya ini ikhtiar kita apa yang kami rasakan...

Jadi kepada semua ayuh kita jadikan JUMAAT esok sebagai detik untuk memohon kepada ALLAH secara serentak diseluruh negara dan dunia amnya....

daripada DIA kita datang dan daripada DIA lah tempat kita memohon pertolongan...

SHARE | LIKE | COMMENT

- Jika boleh habaq kat PAK IMAM buat solat HAJAT ini, jika PAK IMAM tak mau buat kita pakat buat sendiri selepas SOLAT JUMAAT nanti...
Surat Titah daripada TUANKU

MH370 - Media barat cenderung untuk kaitkan dengan etnik Muslim Uyghur..!!

MH 370, UYGHUR MUSLIM dan GHAZWAH AL-FIKRI
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Kalau anda rajin menjelajah ke portal berita dunia barat, ada kecenderungan untuk mereka kaitkan insiden MH 370 dengan etnik Uyghur (Muslim yang tinggal di Xinjiang, barat China). Seminggu sebelum kehilangan MH 370, Muslim Uyghur ini dikaitkan dengan serangan di stesen keretapi Kunming. Bagi yang tahu dengan game play media, automatik akan tahu ini hanyalah rentetan terbaru sebuah ghazwah al-fikri (intellectual war).

2) Tahun 2001 dahulu berlaku tragedi 9/11. Waktu tu ramai percaya itu kerja pengganas Muslim. Tapi kini, akses internet telah mencerahkan mata fikiran. Sungguh tak lojik bagaimana sebuah pesawat komersial berjaya melepasi 'the heaviest guarded airspace in the planet' yang dikawal 24/7 oleh NORAD (North American Aerospace Defence Command). Hari ini semua orang tahu 9/11 ialah inside job untuk melegitimasikan Imperialism US.

Abang besar Pakatan dan teori konspirasi #MH370

Oleh Ahmad Lutfi Othman


Saya agak terkilan kerana tidak dapat hadir Konvensyen Pakatan Rakyat kali kelima, di Shah Alam, Sabtu lalu. Keletihan dan keuzuran selepas menyiapkan Harakah edisi Isnin pada pagi 8 Mac itu menjadi penghalang.

Mungkin sebahagian kita menganggap pertemuan itu sekadar acara rutin yang kurang memberi impak besar, berbanding perhimpunan tahunan atau mesyuarat agung parti masing-masing -- PAS, DAP mahupun KeADILan. Tiada agenda besar yang bakal dibahaskan. Liputan media juga tidak terserlah, malah agak ramai yang tidak mengetahui program tersebut.

Sedangkan, pada hemat saya, konvensyen tahunan keluarga besar Pakatan itu, sewajarnya diangkat ke tahap lebih istimewa, yang memungkinkan interaksi dan perbincangan aktivis akar umbi ketiga-tiga parti dapat dibuat secara lebih selesa, jujur dan tempoh masanya bukan hanya sehari.

AS guna pesawat P-8A Poseiden cari NH370

http://216.119.96.90/d-m-propics/DIR_WAR/WAR56345/C_WAR56345_00.jpg

Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang padaketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.

- Bernama

AS ada petunjuk MH370 terhempas di Lautan Hindi..!!

Amerika ada petunjuk MH370 terhempas di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari

http://4.bp.blogspot.com/-eSnYhq4fpVc/UyJeFvvpVQI/AAAAAAAAWJU/JKtQRT4Pcyc/s1600/2014-03-14_093805.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-rnIelpmv7tk/UyJeFoPwfUI/AAAAAAAAWJY/vquzSiSqsag/s1600/2014-03-14_093935.jpg
[diego_garcia_carte.gif]
Pengkalan tentera US di tengah laut hindi

Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.

Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.

Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.

AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Jangan tertipu dengan perkara khurafat


Imam Muda Hassan

USAHA mencari dan penyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Bukan sahaja di kalangan pihak berkuasa dan masyarakat, malah kehilangan pesawat ini turut menarik perhatian Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.

Jika Isnin lalu, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing untuk mengesan pesawat terbabit, kali ini beliau kembali meraih perhatian ramai dengan menggunakan tikar terbang dan kelapa.

Walaupun ia adalah salah satu usaha Ibrahim membantu mengesan MH370, namun tindakannya itu mendapat kecaman dan kritikan hebat di kalangan masyarakat.

Malah, tidak kurang juga yang mengejek dan menyamakan aksi berkenaan dengan kisah tikar terbang dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Laksamana Do Re Mi sehingga terciptanya pelbagai 'parodi'.

Cuaca lebih lembab dijangka mulai akhir Mac

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjangkakan cuaca di seluruh negara menjadi lebih lembap mulai akhir bulan ini atau awal bulan depan berikutan bermulanya Monsun Peralihan.

MKN, yang mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Penyelarasan Cuaca Panas, Kering dan Jerebu dengan jabatan dan agensi semalam, menyatakan perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa negara kini berada dalam fasa akhir onsun Timur Laut.

"Keadaan serupa turut berlaku kepada negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia sehingga kerajaan di sana mengisytiharkan kemarau di beberapa wilayahnya," kata MKN dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut MKN selain isu bekalan air, keadaan cuaca panas dan kering juga menyebabkan peningkatan risiko kebakaran hutan dan pembakaran terbuka di rantau ini termasuk di Malaysia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...