TERKINI :

Thursday, March 13, 2014

Siling hotel Concorde Shah Alam runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Siling hotel runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
KUALA LUMPUR: Siling Hotel Concorde di Shah Alam runtuh petang tadi menyebabkan sebahagian besar dari lobinya musnah.

Bagaimanapun menurut laporan tiada individu yang tercedera dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menurut laporan lagi, pengawal keselamatan hotel tersebut telah memaklumkan premis itu sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya tiada menerima laporan kejadian itu.

Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara tersebut.

Dengan Media TV3 RTM & MALAYSIAKINI boleh la dok tunjuk hebat, mai antarabangsa....

MH370, 2 Gambar Hishamuddin marah wartawan

MH370_Hishammuddin MH370_Hishammuddin1 
Dua keping gambar yang menunjukkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tak tahan dengan asakan wartawan terutamanya dari luar negara semasa sidang media berkaitan kehilangan MH370.

Beliau diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah.

Bertepatan dengan kata-kata Azmin Ali, Hishamuddin cuma biasa dengan Utusan dan TV3 saja…

“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik

– Aspan Alias

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke-6, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita.

Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut.

Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu dipandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini.

Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan skala penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan.

Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak diminta dan yang tidak ditunggu-tunggu.

Guna bomoh panggil pesawat, ini ulasan Ustaz Don


Penggunaan bomoh tikar terbang di KLIA turut mendapat ulasan penceramah agama terkenal, Don Daniyal Don Biyajid. Ulas Ustaz Don.

"Bagaimana pandangan orang Arab yang menghormati kita apabila melihat negara menggunakan bomoh untuk mencari sebuah kapal terbang hilang?

"Bagaimana pula pandangan orang Eropah yang sudah mula suka dengan Islam apabila melihat cara ini digunakan?," katanya kepada mStar Online.

Perkara-perkara yang bertentangan dengan agama tidak harus dibiarkan berlaku, jelas beliau.

"Kita (Malaysia) tidak hidup berseorangan.

[Gempar] Solat Hajat di KLIA rupa2nya tidak dibenarkan, Mai tikaq terbang & teropong hikmat boleh la pulak..!!

 

berita sebelum nya :

Suasana majlis Solat Hajat & Bacaan Yas'sin di KLIA Maghrib tadi

 

Exco Kedah beli plet kereta KDT 9 dengan harga RM26,600



MH370: Satira P. Ramlee melangkaui zaman

 – Nazil Nuhairi Ismail


Pasti kita ingat, plot di dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Laksamana Do Re Mi.

Do dihadiahkan tikar terbang, Re dikurniakan teropong ajaib dan Mi diberi bangsi (harmonika) hikmat oleh puteri buluh betung.

Bagaimana mereka mencari lokasi musuh dengan menggunakan teropong hikmat, menaiki tikar terbang sebagai kenderaan dan menumpaskan musuh dengan keajaiban bangsi.

P. Ramlee telah mengangkat isu sikap segelintir masyarakat di dalam suasana lucu, di garap di dalam filem sehingga har ini terus ditonton oleh segenap masyarakat Malaysia melepasi had umur dan sempadan bangsa sehingga ke saat ini.

Semuanya ketawa dengan lawak "sinis" yang dipapar. Hasil karya beliau menjadi khazanah seni paling berharga untuk nusa.

Isu MH370 & Bomoh sudah masuk Parlimen

MH370: Laporan terbang empat jam dari lokasi terakhir dikesan tidak benar - Hishammuddin

T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Mac 13, 2014



KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menafikan sebuah laporan media yang mengatakan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) itu tidak benar.

“Laporan itu tidak tepat. Pesawat itu akhir sekali dikesan pada 1.07 pagi yang menunjukkan semuanya normal,” kata Hishammuddin semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Hishammuddin berkata pihak pengeluar enjin pesawat Rolls Royse dan pihak Boeing turut menafikan laporan tersebut.

“Rolls Royce dan Boeing berada di sini di Kuala Lumpur untuk bekerja dengan pihak MAS dan pihak penyiasatan sejak Ahad. Isu ini tidak pernah dibangkitkan.

“MAS telah meminta Rolls Royce dan Boeing tentang laporan itu dan mereka berkata ia tidak tepat,” katanya.

MH370: Haram sebar berita palsu, tak sahih - Mufti Kedah

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 13 Mac - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyeru seluruh umat Islam menjauhi perbuatan menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan fitnah mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya, perbuatan itu adalah haram dan ketika menerima sebarang berita terutama mengenai pesawat MH370 umat Islam perlu memastikan sumber berita tersebut sama ada sahih atau tidak.

"Apabila kita dah dapat berita kita perlu pastikan daripada mana datangnya sumber berita tersebut sebelum terus menyebarkannya.

"Dalam ajaran Islam, berita yang tidak benar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya haram untuk disebarkannya dan jika terus dilakukan Allah akan melaknat kita.

"Perbuatan menyebarkan berita yang tidak sahih perlu dihentikan segera dan kita jangan mengeruhkan keadaan yang sedang dihadapi oleh negara serta ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Lihat betapa "jauh" sekali perbezaan kenyataan Interpol dengan Imigresen Malaysia


Analisis Isu "Dulu rekod kedatangan Altantuhya boleh dipadamkan. Ini kerana mendiang hanya warga sebuah negara "mundur" Mongolia.

Kali ini membabitkan rakyat asing yang mempunyai negara yang integriti dan berdaulat seperti Amerika,China dan Peranchis.

Tidak dapat tidak badan kerajaan seperti Imigresen tidak boleh pandang isu ini sebagai remeh.Setiap kenyataan perlu berhati-hati dan telus.Lebih tepat,fikir dulu sebelum cakap agar tidak jadi bahan ketawa dan jenaka penduduk dunia!

Lihat betapa "jauh" sekali perbezaan kenyataan Interpol dengan Imigresen Malaysia :

Interpol - 2 rakyat rakyat Iran masuk Malaysia dari Qatar menggunakan pasport Iran (negara sendiri)

Imigresen Malaysia - 2 rakyat Iran masuk Malaysia menggunakan pasport Austria dan Itali.

Jika dua kenyataan bercanggah,mesti satu daripadanya adalah penipu.

[news.com.au] Pekerja Pelantar Minyak dakwa melihat MH370 terjatuh



BREAKING 1709 hrs: Lagi saksi terbaru tampil mengemukakan dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat MAS MH370 tetapi bukannya sesetengah warganegara Malaysia yang banyak menonton DVD filem P Ramlee!

Seorang pekerja pelantar minyak warganegara New Zealand, Mike McKay yang bekerja di pelantar yang beroperasi di Teluk Thailand mendakwa melihat apa yang disifatkannya mengetahui nasib pesawat tersebut.

Kata McKay: "Tuan tuan. Saya percaya saya melihat pesawat (MAS) jatuh. Masanya sudah tiba (untuk mendedahkannya)".

Dalam laporannya kepada agensi berita di laman web news.com.au kira-kira jam 2 petang tadi, McKay mendakwa telah menghantar maklumat melalui emel kepada majikannya pada 12 Mac dan selepas itu kepada pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam tentang dakwaannya.

Dia yang bekerja di pelantar minyak bernama Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau, Vietnam menjelaskan lagi bahawa beliau terlihat pesawat berkenaan di kedudukan Latitid 08 22’ 30.20” Utara dan Latitud 108 42.22.26” Timur, iaitu 387 kilometer dari tempat penemuan objek menggunakan imej satelit oleh tentera laut China.

Pengatucara Komputer etnik Uighur turut berada di dalam pesawat MAS MH370..!!

Siapakah lelaki misteri yang pernah menjadi pengaturcara komputer di wilayah Xinjiang, China yang turut berada di dalam pesawat MAS MH370??

Datuk Hadi Ho nafi memberikan kenyataan kepada Harian Metro dalam laporan mereka hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mac, 2014.
Ini penemuan terbaru berdasarkan kaji selidik mengenai kepakaran seorang penumpang pesawat itu dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.

Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain.

“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.

Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.

Juruterbang dilapor aktifkan kod 'tango' la pulak..hangpa tau ka kod apa..??

Juruterbang dilapor aktifkan kod 'tango'

Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat itu dikesan hilang dari radar menara kawalan.

Katanya, kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara, lapor Sinar Harian.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut juruterbang itu, kod tersebut diaktifkan untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi 'tango' atau 'charlie' adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan,"katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mekanisme isyarat itu dikeluar beliau enggan mendedahkan kerana maklumat itu sulit.

ALLAH uji keimanan kita, kata pendakwah

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

MH370 BANGI - "Negara sedang diuji, justeru keyakinan kita kepada ALLAH jua sedang diuji,kerana ALLAH mahu melihat siapa (hamba-Nya)  yang benar-benar ada iman di dalam hatinya," demikian antara bingkisan kata-kata nasihat untuk masyarakat oleh pendakwah terkenal tanah air, Dr Zaharudin Abd Rahman hari ini mengenai pelbagai ujian yang menimpa kita,(negara).

Jelasnya, negara kita sedang diuji oleh ALLAH antaranya, kemarau, jerebu, kehilangan MH370, peningkatan demam denggi, gerakan penolakan hadis yang dibiarkan serta bomoh yang menjejaskan nama baik Islam dan negara di peringkat antarabangsa.

Oleh itu menurutnya, sebagai hamba kita  perlu sentiasa mengingati ALLAH kerana pentas dunia adalah pentas ujian-Nya, dan jangan sesekali melupakan-Nya.

 "Segala ujian yang berlaku ini ialah ujian daripada ALLAH, kerana ALLAH mahu melihat siapa di kalangan hambanya yang benar-benar beriman, oleh itu berserah dan sujudlah kepada-Nya, hanya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu," tulisnya di laman Facebook miliknya.

Mirror UK - Pengurus IT Jumpa Objek Menyerupai Kapal Terbang Boeing 777 Melalui Gambar Satelit

Pengurus Teknologi Maklumat (IT) bernama Mike Seberger berkata dia mungkin telah berjaya mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang menggunakan gambar satelit beresolusi tinggi.
Misteri: Pengurus IT  Mike Seberger menemui imej ini dengan melayari gambar satelit menggunakan internet.
Imej yang dikesan oleh beliau menunjukkan satu objek berbentuk kapal terbang  di bawah awan Teluk Thailand, salah satu cabang Laut China Selatan.

42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara telah dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat–namun setakat ini masih belum menemui pesawat tersebut.

Namun jika pengesanan yang dibuat oleh Seberger adalah betul, dia mungkin telah menyelesaikan misteri yang mendapat perhatian seluruh dunia dan mengejutkan para pakar penerbangan–hanya dari rumah.

Data enjin MH370 cetus persoalan baru

Satu laporan Wall Street Journal menyebut penyiasat Amerika Syarikat mengesyaki bahawa pesawat MH370 kekal dalam penerbangan selama kira-kira lima jam dalam keadaan yang belum dikenalpasti.

Laporan berkenaan, memetik seorang pegawai penyiasat penerbangan dan seorang pegawai keselamatan negara itu menyebut, pesawat itu mungkin terbang selama empat jam selepas melewati lokasi terakhir yang disahkan.

Laporan itu berdasarkan data yang dihantar secara automatik dan dimuat turun dari program penyelenggaraan dan pemantauan enjin di pesawat Boeing 777 itu, lapor Wall Street Journal.

Data berkenaan membangkitkan persoalan baru mengenai nasib yang menimpa pesawat membawa 239 orang dalam dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Laporan itu seterusnya menyebut pegawai anti-keganasan negara tersebut kini melihat kepada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan mungkin dilencong ke satu lokasi lain selepas alat pengesan dalam pesawat itu dimatikan untuk mengelak dari dikesan radar.

Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'?



Sidang Dewan Rakyat petang ini gamat seketika apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kejadian bomoh melakukan upacara di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing.

Menurut Anwar, tindakan bomoh tersebut memalukan negara dan wajar disiasat untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

"Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik, dan dibayar, kemudian dipanggil pula media antarabangsa (membuat liputan).

"Saya hendak desak mesti ada siasatan penuh kerana ia kejadian yang memalukan negara.

"Siapa yang desak? Siapa yang luluskan? Siapa yang bayar? Ini memalukan negara.

"Nanti terpampang pula bomoh 1Malaysia," kata Anwar seraya menepuk dadanya, tempat pin 1Malaysia biasanya disematkan buat mereka yang memakai kot.

Misteri Terbaru MH370 : 4Jam diudara, mana system pertahanan udara kita untuk mengesan?

MH370: Masih terbang 4 jam selepas kali terakhir dikesan radar - AS

WASHINGTON 13 Mac - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berada di udara selama empat jam daripada lokasi terakhir ia dikesan, lapor Wall Street Journal, yang memetik dua sumber.

Laporan itu menyusul ketika pihak berkuasa masih tidak dapat memastikan tentang perairan mana patut lokasi mencari dijalankan selepas ia dilaporkan hilang Sabtu lalu.

Laporan akhbar itu menimbulkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dengan 239 orang di dalam kapal mungkin terbang beberapa ratus kilometer lagi di bawah keadaan yang kekal tidak diketahui.

Kali terakhir pesawat itu dikesan pada radar adalah pada pukul 1 pagi selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. - REUTERS

Kod tango bermaksud rampasan pesawat

SHAH ALAM - Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara.

Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya.

Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit.

Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya.

"Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main.

"Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas.

Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi.

Polis juga tidak menolak kemungkinan berlakunya rampasan ke atas pesawat itu membabitkan perancangan rapi dan berkumpulan.

Kedah adakan solat Istisqa, solat hajat esok

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menjemput semua umat Islam di negeri ini untuk bersama-sama menunaikan solat Istisqa dan solat hajat di Masjid Zahir di sini esok.

Majlis yang akan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan itu akan bermula pukul 11.30 pagi dengan solat Istisqa memohon diturunkan hujan.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah Mohd Fisol Jaafar berkata majlis akan diteruskan dengan solat Jumaat.

"Selepas solat Jumaat, akan dilakukan solat hajat memohon keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang dan agar dipermudah usaha mencarinya," katanya hari ini. - Bernama

Dewan Ulamak anjur solat hajat di KLIA maghrib nanti

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sekali lagi berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra diperbesarkan hingga menjadi lapangan terbang laluan antarabangsa.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan kejadian kehilangan MH370, sekurang-kurangnya lapangan terbang di negeri ini dapat menampung kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Perjumpaan Menteri Besar Kelantan bersama anggota Perkhidmatan Awam Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Berucap sama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Lagipun menurutnya lagi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sendiri beberapa kali telah menyarankan perkara itu, termasuk ayahanda baginda Sultan Ismail Petra.

Menurutnya, kedudukan Kelantan yang strategik di tengah-tengah laluan Kuala Lumpur-Bangkok, Kuala Lumpur-Beijing, Kuala Lumpur-Vietnam, memberi ruang pendaratan cemas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

‘Penumpang Hantu’ #MH370, Seronok Datang KLIA

fb

PETALING JAYA: Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, yang telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport dicuri kali terakhir menulis di Facebooknya yang dia ‘berasa teruja’.

Pouria bersama-sama dengan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, (seorang lagi lelaki yang dikenal pasti menggunakan pasport curi) dipercayai menuju ke Eropah untuk memulakan hidup baru di sana.

Pouria telah menaiki penerbangan MH370 untuk Beijing pada Sabtu dan merancang untuk perjalanan ke Frankfurt, Jerman, dari sana, tempat di mana ibunya tinggal, tetapi pesawat berkenaan hilang satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Interpol baru-baru ini mengeluarkan imej Pouria dan Delavar sebagai individu yang melakukan perjalanan dengan pasport curi.

Seorang pegawai Interpol berkata lelaki terbabit datang ke Malaysia dengan pasport Iran dan hanya bertukar menggunakan pasport yang dicuri untuk perjalanan pertama kali mereka ke Eropah.

Semua kemungkinan bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan dengan keganasan telah ditolak.

JAIS letak pegawainya untuk pantau bagi mengelakkan bomoh

Bomoh: Jais hantar pegawai pantau



Jais SEPANG - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam ini.

Misteri MH370 Kini Mula Bertukar Menjadi Tekanan Terhadap Najib

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan perbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.

Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.

Namun hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kira tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa. Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.

KJ tidak faham erti kezaliman

Saya bukan boneka - Wan Azizah

KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Khairy adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, dekat sini hari ini.

Semalam Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.

Bomoh jadi perhatian di media sosial, ibarat cerita DO RE MI..!!!


bomoh
)
SHAH ALAM - Upacara ritual menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing yang dilakukan oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP kini menjadi satu trending di media sosial.

Penyebaran video upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 menzahirkan pelbagai reaksi dari golongan masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda.

Semakin ramai individu yang berlumba-lumba ‘melakukan’ ritual yang sama bagi menunjukkan usaha mereka untuk menemukan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Agensi satelit sertai misi cari MH370

PARIS 13 Mac - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam.

Ini berikutan permintaan China semalam supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan.

Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

“Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

“Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan.

Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000.

Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar. - AFP





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...