'KJ, kamu tidak faham erti kezaliman', kata Azizah  
Barisan pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan poskad Manifesto sempena pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil Dun Kajang hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

KAJANG - "Kamu lahir dan dibesarkan di 'kandang emas' Khairy, kamu tidak faham erti penindasan dan kezaliman," demikian kata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai respons kepada kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa calon PKR Dun Kajang itu sebagai 'boneka' politik.

Menurut Wan Azizah, luahan KJ tersebut bukan cerminan sebenar perasaan rakyat kerana katanya, Khairy diberikan keistimewaan' sejak dari kecil. 

"Khairy adalah orang yang dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," katanya ketika majlis pelancaran manifesto PKR di Bilik Gerakan Utama PKR di Bangunan Mat Saman, hari ini.