TERKINI :

Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Tentera Malaysia dakwa berjaya kesan #MH370 di Selat Melaka

Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitud lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia.

Akhbar Berita Harian yang pertama melaporkan perkembangan itu, memetik Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, sebagai berkata mereka menjejak isyarat itu ke Pulau Perak, pantai barat negara.

“Kali terakhir pesawat itu boleh dikesan oleh menara kawalan ialah berhampiran Pulau Perak, iaitu di Selat Melaka pada 2.40 pagi.

“Selepas itu, isyarat daripada pesawat itu hilang,” katanya.

Misteri Sempadan Perairan Kelantan terbongkar disebalik trajedi #MH370

PERAIRAN KELANTAN 20,000 KM PERSEGI & TERDAPAT 20 PELANTAR.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/185917_345031462245467_446474155_n.jpg
http://royaltikelantan.com/wp-content/uploads/2009/12/1.png

Setelah operasi mencari dan menyelamat MH370 yang dijalankan di sempadan peraian Kelantan dan Vietnam baru kita tahu hikmah. Ketua Penguatkuasa Maritim KELANTAN mengesahkan secara tidak sengaja pada wartawan Sinar Harian, semasa melaporkan tentang kes Tangkapan Nelayan Vietnam yang menangkap Ikan sekitar Pelantar di dlm perairan Kelantan;

★ Perairan Kelantan seluas 20,000 km persegi.

☆ Terdapat 20 pelantar minyak dalam perairan Kelantan.

★ Pelantar Bunga Raya, sejauh 107 batu nautika dr Tok Bali, juga masih dlm perairan Kelantan.

Hal ini MENGESAHKAN BAHAWA PERAIRAN KELANTAN adalah seluas 20,000 km persegi dan hujah yg mengatakan perairan Kelantan hanya 3 batu Nautika spt mana yg dimanipulasikan. Jelas rakyat Kelantan yg mahukan ROYALTI 5% daripada pengeluaran petroleum Kelantan. Yang tunggakan kini berjumlah RM12 BILLION.

Ini Fakta Bukan Auta ...

#MH370 - diadakan solat hajat di semua masjid dan surau, juga melaungkan AZAN secara serentak satu Malaysia

Muhamad Mat Yakim 


Kita minta kerajaan bawa usul kpd Majlis Raja Raja utk menitahkan supaya diadakan solat hajat di semua masjid dan surau, juga melaungkan AZAN secara serentak dengan doa yg kudus dan tulus mudah mudahan ALLAH TAALA membuka hijab yg menyelubungi MH370.

Ini bukan idea drp Raja Bomoh Sedunia tetapi drp seorang hamba ALLAH yg meyakini bhw hanya kuasa ALLAH mampu membuka pintu rahsia misteri yg sdg membelenggu kita sama ada ia drp kerja manusia, syaitan ataupun atas kehendak ALLAH TAALA sendiri.

Sbg orang beriman tak kira betapa profesional pun kita, kembali kepada tauhid dan mengamalinya bukan satu tindak kuno. Ya, of course kita perlu berusaha dengan teknologi, mengambil kira petunjuk saintifik juga berdasarkan dalil dalil empirik tetapi mengatasi semua ini, menguasai semua ini adalah kuasa ghaib juga iaitu ALLAH SWT. Jangan berlagak saintis kalau anda tidak mampu menghuraikan kehadiran anda sendiri ke dunia ini yang juga berasal dari alam ghaib.

Maka, menangani insiden yang teramat misterius ini, kembalilah kepada ALLAH.

Peresiden berjumpa Naib Presiden di #Kajang

Mohd Sayuti Omar

PERKEMBANGAN KAJANG                                                           

Akhirnya 38,065 pengundi yang berdaftar di N 25 DUN Kajang akan berpeluang memilih dua orang wanita untuk diangkat menjadi wakil mereka pada 23 Mac nanti sebagai mengganti Lee Chee Cheh. Presien PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63 dan Naib Presiden MCA Chew Mei Fun telah diistyharkan sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan secararasmi jam 10:15 pagi tadi.
Pertembungan satu sama satu di Kajang, Mei Fun dan Azizah.
Beberapa orang yang sebelum ini, melaung-laungkan akan ikut bertanding tidak seorang pun tampil menyerahkan borang pencalonan. Mungkin juga mereka terlupa yang hari ini adalah hari penamaan calon.

Antara mereka ialah bekas Ketua Umno Kota Bharu, Zaib Ibrahim. Zaid sudah pun beberapa kali turun ke Kajang untuk meninjau kedudukan dan mencari penyokong. Tetapi disebabkan Anwar tidak ikut bertanding, Zaid menarik diri. Apakah tujuan dan maksud Zaid berpolitik? Jelas dia berpolitik hanya acah-acahan sahaja dan bukan sesuatu yang serius.

Pertembungan di antara Wan Azizan dan Chew Mei Fun dikira sengit walaupun atas kertas Wan Azizah dilihat akan menang dengan mudah. Penyertaan Wan Azizah yang menggantikan suaminya Anwar Ibrahim itu 'yang dihalang' dengan keputusan mahkamah, pastinya bukan setakat kemenangan saja, tetapi tentulah kemenangan besar.

Isu #MH370 - Seluruh umat Islam negara kelihatan terpaku dengan dakwah Pemandu Jet Peribadi PM Malaysia

Kapten Norudin Abd Majid berdakwah tentang Iman dalam Siaran Lansung TV3


Kapten Norudin Abd Majid ketika ini sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan ‪#‎MH370‬ dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah ‪#‎PilotMH370‬ (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).

Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.


Siapa itu Kapten Norudin Abd Majid?

TUDM Butterwort ada mengesan MH370 berpatah balik dan tiba-tiba terbang rendah

 
Pencarian pesawat MAS penerbangan MH307 diperluas ke perairan Sumatera, utara Selat Melaka selepas radar tentera mengesan isyarat yang mungkin berpunca dari pesawat berkenaan di kawasan sekitar Pulau Perak.

Satu laporan Berita Harian menyebut, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura turut menerima isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik dan tiba-tiba terbang rendah dari ketinggian 10,000 meter ke 1,000 meter.

Ia seterusnya menyebut panglima TUDM Datuk Seri Rodzali Daud mengesahkan bahawa pengkalan udara Butterworth mengesan isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke laluan asalnya.

Pesawat itu dilaporkan melalui Kota Bharu, Kelantan, dan ruang udara Pantai Timur dan Utara.

SPR: Karpal kekal jawatan MP

KAJANG – Pengerusi DAP, Karpal Singh masih boleh menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen selagi Mahkamah Persekutuan belum memutuskan beliau bersalah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas status Karpal sebaik disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009 dan dihukum denda sebanyak RM4,000.

Menurut Abdul Aziz, jika mengikut undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Perlembagaan Malaysia, mana-mana individu yang didapati bersalah serta dihukum denda melebihi RM2,000 serta setahun penjara, maka akan terlucut kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

"Dalam kes Karpal, kalau ikutkan undang-undang tersebut, beliau sudah hilang jawatannya.

"Namun, keputusan itu diputuskan oleh  Mahkamah Tinggi. Beliau (Karpal) masih boleh buat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

"Selagi mana beliau belum disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, beliau masih boleh menjalankan tugas beliau sebagai ahli Parlimen seperti biasa," katanya.

#MH370: Harapan tipis untuk dapat berita baik dari Vietnam


FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN


PHU QUOC - VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang 'tidak baik' telah berlaku.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.

"Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya)," katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.

MH370: Pegawai imigresen patuhi SOP, kata ketua pengarah imigresen

 
Dua penumpang Malaysia Airlines MH370 yang menggunakan pasport curi didapati memasuki Malaysia pada malam 28 Februari, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.

Beliau berkata, penumpang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport warga Austria, Christian Kozel yang dicuri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.

Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport kepunyaan warga Itali, Luigi Maraldi yang juga dicuri, didapati tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.

Pada Jentera BN hangpa jangan dengaq pesanan Muhyiddin nie, hangpa tidor ja kira derhaka..!!

Muhyiddin: Jangan tidur hingga hari mengundi

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera Pemuda BN "birukan Kajang" dengan memastikan kemenangan calon BN Chew Mei Fun pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.

Menurutnya lagi, walaupun jentera Pemuda di semua 16 Pusat Daerah Mengundi di kawasan itu perlu menyusun gerak kerja, semangat dan kerja keras perlu ditingkatkan demi menarik hati pengundi di Kajang.

"Pengundi adalah raja atau penentu masa depan sama sebuah parti menang atau kalah... Kita perlu bekerja keras. Tak boleh tidur sehingga 23 Mac ini, boleh?" katanya sambil disambut "boleh" oleh kira-kira 700 Pemuda BN di Kajang hari ini.

"Mereka akan membuat serangan dan tuduhan melulu kepada pimpinan kita. Tidak cukup kita pertahankan, malah kita serang. Mereka buat masalah," katanya sambil diiringi laungan "Hidup BN".

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian petang ini.

Polis ibarat Israel letak kawat duri, kata Rafizi





Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyelar tindakan pihak polis yang meletakkan kawat besi di sekitar pusat penamaan calon DUN Kajang. Katanya, tindakan itu seolah-olah menggambarkan pihak berkuasa bermusuhan dengan rakyat kerana kawat besi melambangkan "kejahatan" Israel terhadap golongan yang tertindas seperti di Palestin.

Pasport palsu: Lelaki warga Iran dikenalpasti gambar didedahkan


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan, salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport palsu adalah seorang pemuda warga Iran.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

Katanya, semakan polis mendapati, pemuda yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Kami mengenalpasti beliau dari data biometric ketika beliau mula-mula masuk ke negara ini.

"Beliau memasuki negara ini dengan pas lawatan 90 hari. Beliau sedang berhijrah ke Jerman," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu tersebut, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Prof M. Agus mengupas isu Kehilangan #MH370 & PRK #Kajang

Mohammad Agus Yusoff

MISTERI KEHILANGAN MH370 DAN PRK KAJANG

Gelisah sungguh saya setelah empat hari tidak dapat menulis. Semuanya adalah gara-gara facebook saya rosak. Aduhai!

Setelah empat hari bercuti, hari ini saya hendak menulis tentang kehilangan misteri pesawat MAS MH370. Semasa mula-mula mendapat berita tentang hal ini, saya kecewa dan sedih dengan cara kita mengendalikan hal ini. Sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 11 pagi tertunda hampir dua jam. Pada sebelah petangnya pula, sidang media yang dikatakan akan diadakan pada jam 4 petang tertunda hampir tiga jam.

Hati saya berkata, Ya Allah, kenapa tidak terurusnya kita mengatur jadual sidang media yang mendapat liputan dunia, mengenangkan kehilangan pesawat MH370 melibatkan jiwa dari 14 buah negara. Hati saya betul-betul resah.

Tapi keesokan harinya, hati saya lega. Saya mengkagumi semua usaha yang dibuat oleh negara. Sidang media menepati masa, kenyataan yang oleh tiga ‘hero’ cukup tenang dan menyakinkan. Biarpun didesak oleh wartawan untuk mengesahkan maklumat khabar angin dan cakap dengar, ‘hero’ kita tetap tidak mengesahkannya sehinggalah berita yang sahih dari agensi yang berkaitan diperolehi. Inilah kenyataan yang bertanggungjawab.

Semua yang beli tiket menaiki pesawat MH370 - Ketua Polis Negara

2014/03/11 - 15:28:31 PM Cetak Emel Kawan


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.

Empat senario kehilangan MH370 yang menjadi spekulasi, kata pakar


Para pakar seluruh dunia masih bingung dengan misteri kehilangan pesawat MH370 yang merupakan antara pesawat Boeing tercanggih di dunia. - Gambar The Malaysia Insider, 11 Mac, 2014.

Boeing 777, salah satu jenis pesawat dunia yang hebat dan canggih, kini hilang di kawasan sibuk tetapi tiada seorang pun tahu bagaimana dan mengapa.

Dalam laporan hari ini, CNN mendapatkan maklum balas pakar ke atas misteri yang menyelubungi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sama ada ia berpunca daripada bom atau kegagalan mekanikal atau dirampas.

Kehilangan MH370 menimbulkan kebingungan selepas tiba-tiba lesap di perairan antara Malaysia dengan Vietnam pada Sabtu ketika sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Sukar dipercayai persoalan tersebut masih belum terjawab selepas tiga hari pesawat Boeing 777-200ER hilang. Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Tiga persoalan itu kemungkinan yang diramal pakar dan spekulasi tentang kemungkinan tersebut dijelaskan secara berhati-hati," kata laporan yang dipetik daripada CNN.

Mengapa Jurufoto Pro UMNO Ini Diberikan Layanan Istimewa Oleh Pakatan Rakyat?

Dari kalangan penggiat alam maya pro Pakatan Rakyat sudah lama melahirkan rasa hairan seorang jurufoto Pro UMNO totok diberikan layanan VVIP dan istimewa kepada seorang jurufoto yang dikenali dengan nama Minaq Jinggo...

Dia akan berkata beliau bukan ahli UMNO tetapi segala penulisan dalam pagenya kutuk gila PR dan angkat bodek UMNO/BN.

Mereka meluahkan rasa kecewa kerana jurufoto ini memang terkenal dengan memuat naik rakaman gambar yang diambil keatas semua program dan acara anjuran Pakatan Rakyat yang dihadirinya untuk dijadikan bahan kutukan dan maki hamun.

Atas kapisiti apa yang dimiliki beliau sehingga boleh mempunayi akses sebegitu mudah dan longgar kepada semua sidang media Pakatan Rakyat sehinggakan dilihat dan berlagak macam beliau seorang ketua Unit Media yang menyokong padu pakatan Rakyat sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

#MH370 : Bomoh tahyul dibidas Dr Asri

MH370_Bomoh_tahyul_DrAsri
Kata bomoh tersohor VIP pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib. Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sakit telinga mendengar perkara tersebut dan membidas golongan terbabit.

Melalui FB hari ini, Dr Asri menulis bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Dr Asri bertegas penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

Polis tembak 3 penjenayah warga asing di Sg Petani

http://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2011/09/4-Penjenayah-Ditembak-Mati-Di-Ipoh.jpgPolis menembak mati tiga penjenayah warga asing dalam Op Cantas Khas di Jalan Ladang Kuala Muda Sungai Petani-Baling dekat sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, tiga penjenayah berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu melepaskan tembakan ketika diminta menghentikan kenderaan mereka oleh anggota polis.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kejadian itu, lapan anggota termasuk seorang pegawai polis dalam Op Cantas Khas mengekori kenderaan penjenayah itu sebelum meminta mereka berhenti setelah mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Katanya kumpulan penjenayah itu melepaskan tembakan dan anggota berkenaan terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu menyebabkan tiga penjenayah itu terkena tembakan dan maut di tempat kejadian.

"Dalam kejadian itu seorang anggota Op Cantas Khas terkena tembakan. Bagaimanapun anggota berkenaan terselamat kerana memakai baju kalis peluru.

MH370 - Kenapa Kita Buntu, maka berdoa untuk keajaiban..!!


 
JOM LIKE PAGE : Berdoalah Untuk MH370

Pilihanraya Lagi, di Parlimen Bukit Gelugor pulak iaitu Kerusi Karpal Singh

Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014. 
Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. 
- Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.

Pengerusi DAP Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas.

Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat.

Karpal akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Ketika proses rayuan pagi tadi, peguam beliau, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Menteri menafikan BRIDGED BERANI MATI CHINA (CHINESE MARTYRS BRIGADE) terlibat dalam rampasan MH370?

PENJELASAN DATUK SERI HISHAMMUDDIN ISU BRIDGED BERANI MATI CHINA (CHINESE MARTYRS BRIGADE) DAKWA RAMPAS MH370?

Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Berani Mati China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu. Bagaimanapun, pihak China dan media berkenaan juga dilaporkan menolak kenyataan itu kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.

Chinese Martyrs Brigade MH370
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. Bagaimanapun kenyataan kumpulan itu sedang disiasat walaupun ia diragui.

Tawaran Konsensus Nasional ditarik balik, masa untuk "LAWAN"

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik tawaran Konsensus Nasional yang dihulurkan kepada BN sebelum ini ekoran keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya dalam kes Liwat II.

Selain mengisytiharkan “perang dasar” kepada pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa, ketua umum PKR itu juga mendakwa badan kehakiman diperalatkan.

"Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan! Kerana apa? (Kerana mereka) biadab!” katanya dalam ceramah pada sebuah karnival keusahawanan di Kajang malam tadi.

Anwar juga mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak mempedulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah.

"Tiga orang (panel hakim) sama sahaja dengan Shafee. Jatuh hukum tak peduli fakta,” dakwanya.

Ucapan Anwar itu mendapat sorakan ratusan penyokong Pakatan yang kemudiannya melaungkan perkataan “lawan”.

MOU AIR SELANGOR : Putrajaya akan membantu, bagaimana jika sykt konsesi tak setuju..??

Hanya satu bersetuju tawaran air, Putrajaya perlu buktikan komitmen

Putrajaya kini perlu membuktikan sama ada ia akan memenuhi perjanjiannya dengan Selangor terhadap pengstrukturan semula kelemahan industri air selepas tiga daripada syarikat konsesi menolak belian sektor air dirawat yang berakhir semalam.

Selangor bersedia menawarkan RM9.65 bilion untuk membeli saham semua empat firma air dalam industri ini di bawah satu perjanjian yang akan membolehkan Putrajaya membina loji rawatan air bernilai bilion ringgit.

Hanya satu syarikat menerima tawaran untuk pegangan saham dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), yang mengendalikan loji rawatan air di negeri ini.

Empat pemilik firma lain mempunyai tempoh sehingga jam 5 petang semalam untuk menerima tawaran RM9.65 bilion daripada kerajaan Selangor. Tawaran itu dibuat melalui anak syarikat kerajaan Selangor, Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Pegawai rasmi kerajaan Selangor mendakwa Putrajaya akan membantu Selangor mengambil alih empat firma air jika pemiliknya tidak menerima tawaran RM9.65 bilion itu.

Satu lawan satu antara Wan Azizah dan Chew Mei Fun di Kajang


Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun akan bertanding satu lawan satu menentang calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi berkenaan pada 23 Mac depan.

Kedua-dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang pagi tadi, di Bandar Baru Bangi.

Kesesakan lalu lintas luar biasa menuju ke pusat penamaan calon di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi itu tidak menghalang penyokong kedua-dua pemimpin tersebut untuk hadir memberikan sokongan mereka.

Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan minggu lalu.

Apa jua usaha kesan pesawat dibolehkan asal tidak canggah syariat


SHAH ALAM: Kerajaan amat mengalu-alukan usaha semua pihak untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, dalam apa jua cara selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keterbukaan itu tidak menghalang mana-mana pihak menggunakan kaedah masing-masing namun dari segi perbomohan, ia tidak boleh dilakukan sehingga melanggar batas agama.

"Kita alu-alukan semua untuk bantu, sekarang tidak timbul soal mistik kerana yang penting pencarian kita dan kalau hendak mencari mestilah bertepatan dengan landasan agama.

"Saya minta mana-mana pihak jangan buat perlakuan yang bertentangan dengan syariat...dalam kaedah perbomohan, saya minta ia dilakukan tidak bercanggah dengan agama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, malam ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perasmian Program Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di sini yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kajang: Bakal saksi pertembungan dua wanita 'besi'



Di samping tumpuan rakyat Malaysia kepada hasil usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.

Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Hari 4: Mencari MH370, mengesan "Encik Ali" [video]

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.

Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.

Bagi memudahkan operasi, kawasan berkenaan dibahagikan kepada beberapa petak dan setiap kapal laut serta pesawat yang menyertai usaha tersebut masing-masing ditugaskan meneroka setiap petak itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media pada Isnin malam menegaskan usaha itu akan dipergiatkan kerana adalah mustahak untuk mengesan pesawat berkenaan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

MH370 - Apa Jadi Dengan Prosedur Keselamatan Pintu Masuk Di KLIA?



Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar turut merasa amat dukacita dan bersedih di atas kehilangan penuh misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak Sabtu lepas.

SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370. SAMM Muar sentiasa mendoakan agar keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa dipelihara Yang Maha Esa dan mengharapkan agar petunjuk-petunjuk yang dapat menyelesaikan krisis ini segera diperolehi. SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370.

Sambil menghargai usaha dan tindakan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan juga agensi-agensi lain dari dalam Negara dan antarabangsa, SAMM Muar juga ingin menarik persoalan bagaimana keadaan sistem pintu masuk sempadan Negara masih mudah dibolosi.

Bukanlah satu rahsia lagi, dalam krisis MH370 ini dua passport yang telah dilaporkan hilang oleh warga Itali dan Austria dapat membolosi dan menaiki pesawat malang tersebut. SAMM Muar menolak untuk mengaitkan sebarang spekulasi atau membuat rumusan awal mengenai teori mengapa dua individu tidak beridentiti ini menggunakan passport tersebut tetapi lebih kepada menarik perhatian mengenai tahap keselamatan kawalan pintu masuk sempadan Negara.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat bagaimana mudahnya pintu sempadan Negara ditembusi sama ada oleh individu, senjata api, dadah atau juga sindiket pemerdagangan manusia dan lain-lain.

Kawasan mencari MH370 diperluas, termasuk daratan

Hari ketiga: Kawasan mencari MH370 diperluas, termasuk daratan
KUALA LUMPUR: Setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat diaktifkan tiada sebarang petunjuk untuk menjumpai MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu.

Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), kawasan pencarian kini diperluas sehingga lebih 100 batu nautikal persegi, meliputi perairan pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia.

“Pihak kami juga menjalankan operasi mencari di bahagian darat. Ia juga meliputi kawasan utara Sumatera. Kami akan memperluas kawasan mencari dalam tempoh beberapa hari,” jelas Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media pada jam 8.10 malam, Isnin.

Dibahagikan mengikut zon, kawasan operasi mencari kini semakin berkembang ke utara Laut China Selatan dan dari Selat Melaka sehingga ke Laut Andaman.

“Kami membahagikan kawasan mencari kepada beberapa blok mempunyai kapal yang ditugaskan, setiap pesawat mempunyai bloknya yang tersendiri,” jelasnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...