TERKINI :

Monday, March 10, 2014

Raja Bomoh Dakwa MH370 'Tergantung' Antara Tiga Negara


SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

#MH370 : Baik hantar kapal korek!

Norizan Sharif 

 
Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.

Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."

MH370 Hilang : Interpol Bidas Kawalan Keselamatan Negara

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata penyiasatan akan terganggu sekiranya terlalu banyak maklumat didedahkan berkenaan identiti dua penumpang misteri tersebut.

"Kami tak akan mendedahkan terlalu banyak berkenaan dua penumpang itu kerana ia masih di bawah siasatan dan sebarang maklumat akan menjejaskan penyiasatan yang berlangsung," kata beliau ketika dihujani pertanyaan wartawan di sidang media di Hotel Sama Sama hari ini.

Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Rafizi: PKR sudah fikir 1001 jalan untuk Kajang

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan PR mempunyai pelbagai strategi untuk melawan Umno-BN pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini walaupun calon parti pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding.

Menurutnya, PKR telah memikirkan '1001 jalan' bagi mengatasi masalah tersebut tatkala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya tanya kamu (peserta konvensyen) sekiranya kamu disekat di satu-satu jalan, adakah kamu terus lari balik ke rumah, atau cari alternatif jalan lain.

"Bagi saya kalau kita kena sekat di satu-satu jalan, kita ikut jalan lain... ini samalah perihalnya dengan situasi di Kajang.

"Sebab kalau hendak ke Kajang ada banyak cara, kalau disekat jalan lebuh raya kita ikut jalan kampung, kalau jalan tidak ada, kita naik helikopter," katanya ketika konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini, hari ini.

Tambah Rafizi, pihaknya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan 'Langkah Kajang' bergerak sepertimana yang telah direncanakan sebelum ini.

"Kita akan bergerak seperti biasa, sebab kalau kamu (BN) dekat kami dengan cara Anwar ditahan, kami ada cara lain," tegasnya.

Konvensyen PR kali ke-5 ini membawa moto Pakatan Membela Rakyat. Turut hadir dalam konvensyen ini pemimpin daripada Pas dan DAP.

Anwar bayar jamin dan fail notis rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Jumaat kerana kesalahan meliwat, membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini.
    
Ketua pembangkang itu menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam.
    
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengarahkan Anwar membayar ikat jamin itu sebelum pukul 11 pagi ini. Bagaimanapun, Anwar pagi tadi menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di Kuala Lumpur dan tiba di Istana Kehakiman kira-kira 12.25 tengah hari.
    
Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim.
    
Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada 10 pagi ini dan menyerahkan salinan dokumen itu kepada Mahkamah Persekutuan.
    
Ramkarpal Singh berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.
    
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
    
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.
    
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.
    
Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar. - Bernama

MH370: Vietnam tawar lebih banyak bantuan untuk misi SAR

MH370: Vietnam tawar lebih banyak bantuan untuk misi SAR
HANOI: Vietnam menawarkan lebih banyak bantuan bagi mencari pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai hilang berhampiran sempadan perairan negara itu, lapor Viet Nam News.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Vietnam sedia bekerjasama dan memberi sepenuh bantuan untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Minh berkata, kerajaan dan rakyat Vietnam amat mengambil berat mengenai apa yang berlaku.

Katanya, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung sendiri terbabit secara langsung dengan usaha SAR dan memberi tumpuan khusus mengenai kejadian berkenaan.

Belau menjelaskan Perdana Menteri Vietnam mengrahkan agensi berkaitan supaya berkerjasama lebih rapat dengan Malaysia dan sentiasa memberi maklumat terkini mengenai pesawat berkenaan.

Insiden MH370 hasil standard dunia ke-3?

Ketika menunggu jawapan mengenai nasib penerbangan MH370, kita harus mengakui bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Malaysia cukup longgar dan “santai”, kata A Kadir Jasin.

Tanpa mengecualikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tokoh wartawan itu berkata, ia berbeza jika dibandingkan dengan kawalan keselamatan di negara lain seperti Eropah, malah lapangan terbang raksasa seperti di Dubai.

“Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard dunia ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?

“Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?” soal Kadir, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times.

Menulis di blognya hari ini, Kadir juga berkata, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.

Malah, katanya, lebih “mengacau fikiran” apabila ia hilang di “kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.”

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS (isyarat kecemasan), tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun,” katanya.

Kawasan itu menurut Kadir, lagi kini menjadi tempat latihan di darat, laut dan udara oleh angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Serpihan didakwa pintu pesawat adalah seikat kayu

SEPANG 10 Mac - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberitahu, objek didakwa serpihan pintu pesawat yang dikesan pasukan mencari dan menyelamat Vietnam, adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun tiruan.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam dan mereka mengesahkan tiada penemuan serpihan pesawat.

Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani

Shahbudin Husin, 


Sementara kita masih bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum ditemui lagi serta bersimpati dengan waris mangsa yang mungkin kehilangan orang-orang tersayang, gelora politik dalam negara selepas Anwar Ibrahim dihalang daripada bertanding di Kajang jelas makin hangat dan membara. Di mana-mana kedengaran rasa tidak puas hati dan simpati terhadap nasib yang ditimpakan kepada Ketua Pembangkang itu.

Bukan sahaja penyokong pembangkang dan mereka yang mendambakan perubahan meluahkan rasa simpati, malah rakyat biasa, ahli dan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat juga kedapatan yang meluahkan perasaan yang sama. Rata-rata mereka dapat melihat dengan jelas permainan dan silap mata di sebalik hukuman yang dijatuhkan itu.

Ternampak bahawa hukuman yang dijatuhkan hanyalah untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang melalui Mahkamah Rayuan yang sanggup bersidang sehingga jam 7 malam. Yang penting bagi penguasa di Putrajaya ialah bagi memastikan calon PKR di Kajang mestilah bukan Anwar Ibrahim dan keputusan mesti dibuat sebelum 11 Mac.

Apa yang kita ketahui mengenai pesawat MH370

Aidila Razak | 11:40AM Mac 10 2014

Memasuki hari ketiga usaha mencari pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Malaysiakini cuba merumuskan apa yang telah ketahui mengenai situasinya.

- Pesawat itu jenis Boeing 777-200ER, kapal terbang yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dan digunakan oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia.

- Pesawat itu hilang dari skrin radar pada jam 1.30 pagi pada 8 Mac, 120 batu nautika dari Kota Bharu dan di Laut China Selatan. Ini berada di sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam. Ia mempunyai bahan api untuk bertahan sehingga 08:30 hari itu.

-Tiada sebarang panggilan kecemasan. Komunikasi lisan yang terakhir dengan juruterbang itu apabila pengawal trafik udara Subang memindahkan kawalan ke Ho Chi Minh. Kedua-dua juruterbang dan Bandar Raya Ho Chi Minh makllum pemindahan itu.

- Data dihantar dari kapal terbang ke pangkalannya di MAS menunjukkan tiada kejanggalan. Pesawat itu tidak mempunyai masalah teknikal.

- Hujung sayap pesawat itu telah sedikit rosak pada 2012, tetapi telah dibaiki dan disahkan untuk terbang oleh pengeluar Boeing.

- Data radar Tentera Udara menunjukkan pesawat itu mungkin telah cuba untuk berpatah balik. Ini sebahagiannya disokong oleh data radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Bagaimanapun tiada nasihat telah diterima daripada kapten, seperti yang dikehendaki protokol.

Takkan tak boleh fikir, Zahid selar imigresen

Bernama | 11:14AM Mac 11 2014

Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Penjara Anwar melingkupan Umno

 – Mohd Sayuti Omar

Keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat bukan saja menyekat peluang Ketua Umum PKR itu untuk bertanding dalam pilihan raya Kajang 23 Mac ini, tetapi ia juga memberi kesan negatif dan risiko kepada Umno dan BN.

Seorang pegawai bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, berkata rakyat akan makin membenci dan meluat kepada Umno dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat taktik politik Umno memenjarakan Anwar itu sebagai mengulangi perkara sama yang menjijikkan.

Katanya rakyat tidak memahami proses mahkamah, prosedur perbicaraan dan sebagainya, tetapi apa yang diterima Anwar itu dianggap satu kezaliman yang sukar untuk diterima.

"Sebab itu bagi saya, rakyat akan makin membenci Umno. Rakyat akan melihat Umno menggunakan taktik buruk dan jahat untuk mempertahankan kuasa," jelasnya.

Tambah pegawai itu lagi, dalam keadaan orang ramai celik politik dan dapat menghidu bau bom dan mortar dan koktel Umno, rakyat dapat membaca hujung jatuh motif kes berkenaan.

MH370: Indonesia hantar 5 kapal perang, helikopter

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/sized/assets/uploads/articles/MAS-signpost-BM-118x104.jpghttp://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/sized/assets/uploads/articles/MAS-signpost-BM-118x104.jpghttp://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/sized/assets/uploads/articles/MAS-signpost-BM-118x104.jpg
JAKARTA - Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, awal pagi semalam.

Ketua Staf TNI-AL, Laksamana Marsetio berkata kesemua kapal perang yang dikerahkan itu akan bergabung dalam Komando Armada Indonesia Kawasan Barat Tentera Laut Indonesia.

"Saya sudah berhubung dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Mereka (TLDM) minta kita bantu mencari pesawat MAS yang dilaporkan tidak dapat dihubungi itu," kata Marsetio kepada agensi berita Antara pada Ahad.

Beliau berkata ada antara kapal perang tentera laut negara itu yang sedang mengawal perairan sementara beberapa buah lagi diarahkan menyertai misi mencari itu.

ALOR SETAR - 12 orang kongsi satu rumah

12 orang kongsi satu rumah  
Fatimah menunjukkan pintu bilik air yang sering dimasuki ular tedung senduk.

ALOR SETAR - Kesempitan hidup memaksa sepasang suami isteri, Zuraini Ramli, 44 dan isterinya, Jamaliah Zakaria, 41, hidup serba kekurangan di sebuah kediaman di Kampung Matang Kong, dekat sini, yang turut dikongsi bersama ahli keluarga mereka yang lain.

Jamaliah berkata, kediaman dihuni mereka terbabit hanya nampak besar dari luar, bagaimanapun ia sebenarnya dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu kerana turut didiami kakak dan ibunya.

“Sebelah bahagian, saya tujuh beranak bersama ibu saya tinggal, manakala separuh lagi diduduki kakak dan anak-anaknya. Satu pintu menjadi pemisah bagi membolehkan kami menjalani kehidupan masing-masing tanpa gangguan.

“Jadi, dapur ada dua bahagian, manakala bilik air terpaksa berkongsi setiap hari. Kami terpaksa berebut setiap pagi untuk membersihkan diri kerana bilik air usang, namun ramai perlu menggunakannya,” katanya.

Aktiviti meminta sedekah masih aktif di Bandaraya Alor Setar

Lagi aktiviti peminta sedekah

Lagi aktiviti peminta sedekah 
Kelibat lelaki berkenaan sedang meminta sedekah sempat dirakamkan melalui telefon.

ALOR SETAR - Aktiviti mengemis dikhuatiri masih berleluasa di sekitar Bandaraya Alor Setar, antaranya di Medan Selera Teratai, Jalan Pegawai, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lelaki berkopiah putih dan memakai baju berpetak terbabit berjalan dari satu meja ke meja lain di sekitar medan selera terbabit bagi meminta sedekah dari kebanyakan pelanggan.

“Adik, tolong sikit, saya perlu wang,” katanya sambil menunjukkan dokumen dibawanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, seorang peniaga yang ditanya Sinar Harian sama ada lelaki terbabit selalu meminta sedekah di medan selera terbabit mendakwa dia sememangnya sering kelihatan di kawasan terbabit.

Terus doa, tragedi MAS bukan bahan jenaka


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM - Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menasihati masyarakat agar tidak menjadikan tragedi MAS sebagai bahan jenaka, sebaliknya menyeru agar semua rakyat Malaysia terus berdoa bagi keselamatan mangsa.

Menurutnya, sekalipun kita (rakyat) tiada semangat patriotik, kita wajar mampunyai nilai kemanusiaan serta merasa simpati terhadap tragedi yang menimpa itu.

"Tragedi MAS yang terhempas bukan bahan lawak ataupun senda gurau.

"Hanya yang dangkal perasaan yang boleh menjadi ia satu mainan. Islam mengajar kita semua berdoa untuk keselamatan dan takziah bagi yang kemalangan," tulisnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...