TERKINI :

Friday, March 7, 2014

Dari Bilik Gerakan UTAMA PKR KAJANG sekarang..!!

Di saat rakyat terbeban dengan kos sara hidup yg naik mendadak,
Di saat golongan anti hadith mendapat perlindungan istimewa,
Di saat harga minyak dinaikkan lagi.........

Adakah pihak tertentu berharap keputusan mahkamah dunia pada hari ini dapat menutup semua najis2 kezaliman di atas?????

Photo: TERKINI: Himpunan dipindahkan ke BGU Kajang (hadapan Masjid Sg Sekamat) jam 10.00mlm.

Please share.




Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen

Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

PAS berkongsi kekecewaan bersama keluarga Anwar

KUALA LUMPUR: PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebagai mengulas hukuman bersalah terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat II, hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.

Di sebalik kebajikan palsu pemerintah

– Mohd Syazreen Abdullah

Dominasi dan kesedaran palsu

Kita perlu mengakui dan sedar bahawa pada waktu ini sudah nyata wacana yang berlaku yang telah mengembalikan kembali posisi zaman gelap dan masa hadapan yang sulit bagi mengangkat kebebasan dan hak mereka yang tertindas.

Maka persoalan yang sangat memerlukan penekunan adalah di mana mula munculnya ideologi yang menyebabkan timbulnya sesuatu dominasi itu.

Bagaimanakah bentuk dominasi baru ini telah membentuk kawalan hidup manusia dan selanjutnya menjadikan minda mereka tertawan lantas menjadi bahan kawalan untuk kepentingan kuasa dalam keadaan penuh sedar.

Sesungguhnya manusia tidak lagi menjadi subjek kepada objek yang dimaksudkan iaitu teknologi tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Manusia telah dikawal sepenuhnya objek (baca: teknologi) tersebut sehingga berlaku proses dehumanisasi saat waktu ini.

Wacana “technological rationality’’ inilah yang disebut Herbert Marcuse sebagai corak berfikir kawalan baru dalam bentuk dominasi yang tidak disedari manusia.

Hal ini kerana manusia tidak mampu lagi melawan kekuatan ideologi yang menguasai hasil lewat pemikiran yang tidak kritis yang menjadikan ia sebagai objek yang dikawal dalam keadaan ia sedar segala tindaklaku kontradiksi sosial.

KDN berkata pengharaman itu hanya terpakai untuk komik Ultraman The Ultra Power.

'Ultraman The Ultra Power' boleh rosak akidah

Ultraman
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.
  
Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
  
"Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.
  
"Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
   

SPR masih nak kaji adakah Anwar masih boleh bertanding atau tidak..!!

Anwar boleh bertanding atau tidak?

Abdul Aziz Mohd Yusof  
Abdul Aziz Mohd Yusof

SHAH ALAM – Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang untuk bertanding di Dun Kajang hanya boleh dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengkaji undang-undang pilihan raya dengan teliti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, langkah tersebut diambil agar dapat memberikan keadilan kepada semua pihak.

“Keputusan mahkamah baharu sahaja membuat keputusan petang ini. Keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Kita kena kaji semua undang-undang di peringkat negeri dan Pusat. SPR akan membuat kajian lebih mendalam, beri kami masa,” ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ezad Exist turun Kajang malam ini

PENYANYI terkenal, Ezad Exist akan membuat persembahan pada pembukaan Karnival Rakyat Selangorku di Stadium Kajang, malam ini.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, persembahan Ezad akan menjadi pembuka tirai karnival anjuran SAMM dengan kerjasama Pejabat Exco Pengguna dan Pelanconangan Selangor.

“Ia satu karnival istimewa yang mempamirkan kejayaan dan kemakmuran Selangor di bawah pentadbiran PR khususnya dari aspek kebajikan dan merakyatkan ekonomi Selangor.

“Karnival ini juga menyediakan ruang dan peluang buat semua agensi kerajaan negeri dan pelbagai NGO untuk mempamirkan pencapaian dan gerak kerja masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, karnival yang akan berlangsung selama 16 bermula hari ini hingga 22 Mac depan.

Anwar didapati bersalah, penjara 5 tahun

7pm: Anak-anak dan isteri memeluk Anwar. Seorang anaknya turut membawa cucu beliau ke mahkamah.

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat sokong inisiatif Abdul Khalid

 KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstrukturkan semula industri air negeri Selangor, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, 6 Mac lalu setelah menerima penjelasan Abdul Khalid (gambar) yang dipanggil kkusus untuk menyampaikan taklimat.

Hadir pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Anwar selaku Ketua Umum PKR.

"Di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberikan nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air ini memberikan pulangan dan natijah yang terbaik kepada Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MoU di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan," jelas Anwar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Nama pun ORANG KAFIR yang sembelih, kompom la HARAM.....!!

Sembelihan orang kafir haram dimakan, kata Jawi
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
March 07, 2014

Umat Islam perlu selidik dan memastikan ayam yang dibeli melalui proses penyembelihan yang mengikut syariat Islam. Gambar fail.
Umat Islam perlu selidik dan memastikan ayam yang dibeli melalui proses penyembelihan yang mengikut syariat Islam. Gambar fail.Umat Islam perlu selidik dan memastikan ayam yang dibeli melalui proses penyembelihan yang mengikut syariat Islam. Gambar fail.

Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mengingatkan umat Islam agar tidak mengabaikan syariat Islam dalam aspek sembelihan haiwan yang berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Dalam khutbah Jumaat hari ini, khatib mengingatkan hadirin supaya lebih cakna dalam aspek penyembelihan haiwan seperti memastikan pusat sembelihan dalam keadaan bersih dan penyembelihnya beragama Islam.

“Sedarlah, pelbagai penipuan kadang kala dilakukan oleh sesetengah pengusaha ayam dan daging apabila mereka sanggup mengupah pekerja asing yang bukan beragama Islam untuk menyembelih.

“Realitinya kitalah sebagai pengguna sering tertipu oleh mereka. Justeru, carilah pembekal yang mempunyai sijil halal dan mempunyai penyembelih bertauliah. Ingatlah bahawa sembelihan orang kafir itu adalah haram dimakan,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Sembelihan Halal”.

PKR Kajang, kenapa ISMA membisu?

Mohd Sayuti Omar,

Beberapa rakan termasuk penganalis politik kelas sarjana bertanyakan saya bagaimana dengan sikap dan pendirian Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang sebelum ini ikut meletakkan calon di Kajang dalam pilihan raya umum lalu, tetapi kali ini mendiamkan diri. Mereka ingin tahu apakah Ngo Islam-Melayu yang dianggap pendokongnya kalangan cendekiawan muda Islam itu, akan ikut sama bertanding atau tidak dalam pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini?

Pertanyaan dan persoalan itu tentulah muncul apabila Isma seakan 'mentenggilingkan' daripada bercakap fasal pilihan raya kecil berkenaan.

Terhadap pertanyaan itu, saya mengambil sikap mendungukan diri saja. Saya hanya tersenyum di dalam hati bila mengenangkan Ngo yang rajin menampilkan diri membicarakan isu-isu bersangkut bangsa dan agama ini.

Ada sebab kenapa saya mendiamkan diri, kerana sedikit sebanyak saya dapat membaca latar sejarah parti yang diambil untuk dijadikan alat berpilihan raya oleh Isma, iaitu Berjasa. Juga dapat membaca kilau didalam kilat Ngo berkenaan dengan memerhatikan penglibatan mereka dalam berbagai aktiviti yang ada kaitan langsung dengan agensi kerajaan (sebut Umno). Tingkah itu membolehkan kita membuat firasat sendiri.

Latar belakang dan sejarah Berjasa lebih kurang parti Kita saja yang dipimpinan Zaid Ibrahim kemudian mati di tengah jalan. Parti yang hidup dengan diberi makan, dengan terbang setelah diayun ke langit.

Apa cerita.. ada penerima BRIM dapat baucer RM450 & RM300 sahaja bukannya RM650..!!

Penerima BR1M tak puas hati

Penerima BR1M tak puas hati  
Antara pengadu berhubung BR1M yang tidak selaras.

SUNGAI PETANI - Beberapa penerima BR1M 3.0 berkumpul kerana tidak puas hati apabila bantuan yang diterima tidak sepertimana yang dijanjikan kerajaan.

Pengadu, Shaipul Bahri Mohamad Nor, 53, dari Padang Temusu mendakwa, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kepala Batas, berpendapatan RM550 sehingga RM750 bergantung kepada elaun bekerja yang tidak menentu.

Dakwanya, pada BR1M pertama dan kedua, bantuan yang diperoleh RM500, tetapi BR1M kali ketiga hanya RM450 sahaja.

“Saya hairan kerana isteri tidak bekerja, saya juga bekas anggota tentera tanpa berpencen dan hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata.

“Walaupun hanya mempunyai seorang anak yang masih dalam tanggungan berusia 14 tahun, saya hairan kerana rakan sekerja lain ada yang menerima RM650.

“Saya agak terkilan apabila menerima baucar RM450 tidak seperti kerajaan umumkan,” katanya.

Penoreh getah, aktivis rancang perhimpunan di Baling selepas demonstrasi 1974

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin menyampaikan cenderahati kepada Pengarah LGM Wilayah Utara, Sabran Ibrahim selepas pertemuan kelmarin.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin menyampaikan cenderahati kepada Pengarah LGM Wilayah Utara, Sabran Ibrahim selepas pertemuan kelmarin.

Petani dan aktivis politik merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Baling, Kedah sekali lagi bagi menuntut kenaikan harga getah berikutan kejatuhan teruk harga komoditi utama negara itu.

Menurut sumber, ia akan diadakan sempena memperingati demonstrasi bersejarah petani dan penoreh getah di Baling pada 1974 yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau masih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Sebagai pemanas badan ke arah demonstrasi itu, pelbagai aktiviti dibuat oleh Pemuda PAS dan aktivis tani di seluruh negara menjelang perhimpunan itu.

Kejatuhan harga getah yang menjunam sejak kebelakangan ini menyebabkan ada anak penoreh getah di seluruh negara terpaksa ke sekolah tanpa membawa duit belanja dan mengikat perut.

MOU Air : Adakah Khalid akan terperangkap dengan 'magic' kerajaan BN..!!



Disebabkan kerja buat KHALID membelangkan pimpinan PR menandatangani MOU AIR banyak perkara berbangkit dah timbul...

kami dari awal mengatakan prosedure menandatangani MOU nie ibarat ada udang dalam mie dan kelihatan KHALID sudah dipermainkan oleh BN.....

Senjata AIR digunakan BN untuk memanipulasikan fikiran rakyat dikala masalah kemarau dan air tak ada di SELANGOR...

Nasib hang la KHALID... itu la org kata nak buat apa kena ada MESYUARAT... MESYUARAT... MESYUARAT.... jangan dok pakai otak seorang dua sahaja buat keputusan....

MESYUARAT itu penting untuk menentukan keputusan dan bila dah ada keputusan maka akan ada persepakatan bersama... sekarang hang sorg diri pertahankan MOU tuu orang lain tak ada idea nak pertahankan hang....

Jika bagus didepan hari standart la manusia mereka akan puji melangit tapi jika kantoi hang tanggunglah natijahnya.....

Apabila PEMUDA PAS berbicara pasal FORMULA 1

 Formula 1 2014: Penantian yang bakal berakhir
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Sukan Permotoran Formula 1 akan membuka tirainya bulan ini bagi musim 2014. Sudah pastilah para peminat sukan Formula 1 ini sudah tidak sabar-sabar menantikan perlumbaan musim ini yang dilihat agak mencabar berbanding musim-musim yang lepas. Tirai 2014 kali ini akan menyaksikan sebanyak 22 orang pelumba daripada 11 pasukan bersaing merebut kejuaraan.

Melbourne, Australia pada 16 Mac ini akan menjadi pentas sulung musim ini dalam menyaksikan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull dan pasukan Red Bull itu sendiri mempertahankan kejuaraannya; Juara Formula 1 (juara 4 kali iaitu pada tahun 2010, 2011, 2012 & 2013) dan Juara Jentera Pengeluar buat kali keempat.

Pada bulan ini juga, Litar Sepang sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila menjadi pentas kedua dalam pertandingan Formula 1 ini iaitu pada 30 Mac.

Sudah berbelas tahun kita dihidangkan kisah LIWAT, LIWAT, LIWAT... apa kebaikannya?

 
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.

Tumpuan utama pihak pendakwa dan pembela bergantung ialah integriti sampel itu kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar, mendapati ia tidak selamat untuk membuat sabitan kerana sampel itu mungkin telah diganggu.

Malaysia hilang hak semak air dibeli Singapura

SINGAPURA: Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tidak lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.
  
"Pendirian Singa­pura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.
  
"Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian," katanya ketika menjawab satu soalan di Parlimen di sini.
  
Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.
    

TG Nik Aziz ucap tahniah, keluar Umno jika lawan hudud

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang sanggup keluar dari Umno jika pemimpin parti itu menentang hukum hudud.

“Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, Datuk Alwi menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini,” tulis beliau yang merupakan Adun Chempaka menerusi facebook.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS sangat menghargai sokongan seperti itu dan itulah sikap sepatutnya yang wajib diambil oleh seorang Muslim.

“Tahniah saya rakamkan kepada beliau, harapan saya agar inilah juga pendirian pimpinan Umno Pusat.

“Semoga halangan-halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan akan hilang satu demi satu, Insya Allah,” ujar beliau lagi.

Misi pujuk Kasim Ahmad tidak berjaya, beliau tetap dengan pendirian songsangnya..!!

Kassim Ahmad Di Kunjungi Tetamu Istimewa.. Saksikanlah

Zamihan Khan sempat tunjuk isyarat

Kassim Ahmad dikunjungi ramai kenalan dan taulan ketika mengalami masalah kesihatan. Berikut adalah antara gambar kenangan yang sempat dirakam dalam kunjungan rakan-rakan dan sahabat handai beliau.

Kassim Ahmad dan pengangan beliau terhadap Islam mendapat kritikan ramai. Beliau adalah antara individu yang menolak hukum yang menetapkan bahawa hijab itu wajib bagi wanita Islam. Beliau mendakwa tidak ada perintah berhijab atau menutup rambut terdapat dalam Al Quran.
Selain menolak hukum menutup rambut sebagai wajib ke atas wanita Islam, Kassim Ahmad juga berfahaman bahawa shahadah kedua umat Islam adalah mendewa-dewakan Nabi Muhammad dan ulama adalah tiruan sistem kasta paderi kristian.

Janji Malaya tanya Isma

Faisal Tehrani

Baru kelmarin ini aku ditanyakan oleh seorang teman, apakah janji Malaya kepada dunia sewaktu ia mula-mula melangkah masuk dan diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?

Dan bilakah Malaysia, atau Malaya ketika itu, merasmi punggung di kerusi PBB.

Dia muncul tanpa menelefon, tanpa pesan awal, tanpa rasa bersalah seolah-olah seorang VVIP yang mesti dilayani. Kemudian dia masuk dan membelek-belek buku dan fail kerjaku tanpa keizinan. Pun aku bersabar.

Temanku itu namanya Raja Isma Raja Bustamam. Di sekolah dahulu kadang kawan-kawan lain memanggilnya Isma Aliff, merujuk kepada penyanyi lagu-lagu komedi tahun 1986 dan 1987.

Isma Aliff juga pernah berlakon dalam sebuah filem berjudul Kembar Siam pada tahun 1989 dengan tarikan utama filem tersebut adalah Ziela Jalil.

Aku berbeza pendekatan dengan teman-teman lain. Jika orang lain galak menyoraknya sebagai ahli lawak, aku lebih senang mengingatkan Isma kepada nama bapanya, Bustamam.

Kataku, apabila Isma menjelma, aku melihat tampang Ahmad Boestamam (bawah, kiri) entah mengapa. Aku teringat-ingat buku Tujuh Tahun Malam Memanjang. Isma yang tidak mengenal tokoh tersebut kerana kegersangan bahan bacaan hanya terkebil-kebil.

Pernah ia membundar mata dan bertanya-tanya dalam pinga. Tetapi Isma tetap tahu yang aku tidak menghinanya. Aku malah mengangkatnya.

Kes telur busuk: Polis ambil keterangan lelaki

Teresa Kok  
BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian telur busuk pecah di tangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok ketika bersalam dengan seorang pengunjung semasa ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai di sini malam semalam.
  
Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas polis mengambil keterangannya.
  
"Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan dan kami minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi... biar polis siasat," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalam.
   

Arah Kiblat tak menentu di Surau Shahab Perdana

Assalamualaikum wbt.

http://1.bp.blogspot.com/-sQp49X3jmsM/UskRqc7F9hI/AAAAAAAAAFM/CbudFt9X6E4/s1600/SAM_8552.JPG

Bagi penumpang yang pernah menggunakan Terminal bas Shahab Perdana di Alor Setar pasti akan merungut kerana tandas yang tidak cantik dan tak diurus dengan baik serta kemudahan surau di tingkat satu yang tidak layak bagi satu tempat seperti Shahab Perdana. Shahab Perdana adalah terminal bas utama bagi Negeri Kedah, seawal 5 pagi penumpang akan menjejak kaki ke Shabab Perdana, kalaulah penumpang tersebut adalah musafir atau pelancong yang kali pertama tiba dengan harapan yang besar tentang negeri Kedah, pasti mereka akan rasa kecewa.

Saya kerap menggunakan terminal tersebut, tandas dan surau adalah dua tempat yang gagal memuaskan hati saya, keadaannya seperti tidak terurus. Ruang perniagaan di bahagian atas juga tidak terurus, berdasarkan pemerhatian saya, arkitek hanya mereka bentuk ikut sedap mata memandang, bukan ikut pandangan seorang peniaga. Peniaga mahu kedai yang mudah dikunjungi, Kalau sudah diatas, sudah tentu menyusahkan pembeli. Ditambah dengan bayaran tempat parking, menyebabkan pelangan luar tidak sudi untuk menjengah terminal bas Shahab Perdana. Atau buat saja Terminal bas sebagai terminal bas, ruang niaga ditempat lain yang berhampiran, tak perlu one stop centre, kerana ini akan merugikan. Namun saya melihat kesilapan pada reka bentuk yang menyebabkan ruang niaga ditingkat satu tak dapat beroperasi.

Pas bimbang lambakan beras import

ROSLINDA HASHIM
Pas bimbang lambakan beras import  
 Laporan akhbar Sinar Harian 24 Februari lalu.
1 / 1 ALOR SETAR - Pas bimbang penurunan harga beras dunia dikhuatiri akan menyebabkan petani mengalami kerugian akibat harga padi jatuh berikutan berlaku lambakan beras di pasaran.

Malah turut dibimbangi situasi itu menyebabkan segelintir pihak mengaut keuntungan besar, manakala segelintir pihak ditindas.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penurunan harga beras dunia memberi faedah kepada negara sebagai pengimport beras kerana bakal menikmati harga beras import lebih murah selain dapat menambah jumlah bekalan beras negara.

“Namun apa yang dikesalkan akibat daripada penurunan harga itu, terdapat pihak yang akan mendapat untung kerana diberi Lesen Import (AP)," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...