TERKINI :

Thursday, March 6, 2014

Akhirnya, Herman Tino Tarik Diri Tanding Di Kajang..!!

Herman Tino.
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino mengumumkan tidak akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Herman memberitahu sebuah portal berita pada Khamis bahawa dia menarik diri kerana tidak mahu dituduh menjejaskan undi atau menerima bayaran untuk bertanding.

"Saya tidak mahu dipanggil sebagai perosak undi atau mencari publisiti murahan," katanya.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi, pernah bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei tahun lalu.

[Video] Maulana Asri Yusoff - Fenomena Berselawat / Berqasidah dengan Iringan Muzik di dalam Masjid



MP BN Langkawi sebok orang SELANGOR tak ada air, nu di GURUN KEDAH pun ayaq tak ada jugak YB oi..!!





Mungkinkah Masa Depan Anwar Berkubur?

Kini baru difahami mengapa tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihanraya kecil DUN Kajang dilewatkan sehingga menghampiri tempoh 60 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. Walaupun SPR dimaklumkan mengenai tarikh kekosongan DUN Kajang pada 27 Januari 2014 tetapi tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian pula pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa antara tarikh kekosongan DUN Kajang dengan hari penamaan calon ialah selama 44 hari manakala dengan hari pengundian pula ialah 56 hari.

Walaupun kelewatan ini menimbulkan sedikit keanehan, namun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof memaklumkan ianya berlaku kerana SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini manakala SPR pula sedang sibuk menumpukan kepada tugas-tugas lain.

Jika tanggalan dulu tarikh itu sengaja dilewatkan untuk meletih dan membuat Anwar kepenatan, rupa-rupanya terdapat agenda lain yang lebih besar disebaliknya.

Hari ini dan esok iaitu 6 dan 7 Mac akan berlangsung perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Oleh kerana perbicaraan hanya ditetapkan selama dua hari dan keputusan sama ada bersalah atau tidak akan diputuskan pada petang 7 Mac bersamaan hari Jumaat atau pada hari Isnin.

[Video] Ucapan Dato Fauzi di Pelancaran Jentera PRK Kajang - DSAI yang saya kenali..!!


Ada mangkuk hayun dok 'racun ahli PAS' supaya boikot PRK Kajang

Ada Gerakan Menghasut Ahli PAS Untuk Boikot PRK Kajang!


Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.

Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photo Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.

TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli PAS yang menyeru dan menghasut orang lain untuk memboikot PRK berkenaan walau apa alasan sekalipun.

Soal siapa MB selepas PRK, soal kes mahkamah Anwar, soal MoU Air, soal saman RM2 juta - itu semua adalah isu-isu semasa yang perlu dikendurkan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk memboikot PRK Kajang.

Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard.

Sebagaimana siri-siri ceramah yang lalu, ceramah penerangan Pakatan Rakyat seringkali diganggu oleh golongan-golongan "barbarian" dalam kencah politik tanah air.

Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau.

Inilah padahnya apabila BERNAS berniaga mencari untung..!!

Bernas diarah hentikan kadar pemotongan tinggi hasil padi

March 06, 2014

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) supaya menghentikan segera kadar pemotongan yang tinggi hasil padi sehingga membebankan pesawah padi di seluruh negara.

Menurutnya, meskipun kadar pemotongan itu berdasarkan mutu padi yang dibeli, namun Bernas perlu mengambil kira kebajikan pesawah yang terdiri daripada masyarakat luar bandar.

"Walaupun saya telah mengumumkan penyelarasan harga padi baru-baru ini, tetapi kita tidak boleh mengharapkan mutu padi terus meningkat kerana kita perlu memberi masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk petani meningkatkan mutu padi masing-masing.

"Oleh itu saya minta Bernas jangan membuat pemotongan berdasarkan mutu sebenar sehingga boleh mengurangkan pendapatan pesawah berbanding sebelum ini", katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Peringkat Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di Bera, hari ini.

BRIM bagi pengundi Kajang

SUBKY LATIF

Jangan kata pemberian BRIM serentak dengan masa Pilihan Raya Kecil Kajang suatu kebetulan.
    
Mungkin tarikh itu sudah ditetapkan oleh kementerian kewangan sebelum perletakan jawatan ADUN Kajang, tetapi melambatkan PRK Kajang boleh diertikan sebagai disengajakan supaya ia dapat dijadikan bahan murahan kempen.
   
Jika tarikh pengeluarannya sudah dijadual lama, dan PRK diadakan segera seperti yang dilakukan di Besut dan Sungai Limau, nescaya tidak sempat  BRIM itu digunakan di Kajang.
    
Jika tiada motif kempen, kerajaan boleh menunda sesuatu rancangan yang sudah ditetapkan kepada satu tarikh lain, supaya terhindar sangkaan ia justeru PRK Kajang.
   
Baik kebetulan atau disengaja, BN cuba mendapatkan manfaat dari pemberian BRIM yang  pertama selepas PRU 13.
    
Maka bagi penganalisis politik berilmu dari menara gading lebih berminat mengira pemberian di musim kempen itu satu kebetulan dengan andaian betapa pemberiannya tidak memberi kesan banyak kepada pengundi Kajang.
    
Mereka andaikan pengundi Kajang tidak ramai yang berhak menerimanya dibandingkan dengan kawasan lain terutama di desa-desa. Kajang boleh kira kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh juga. Dan Kajang  pula menjadi kediaman para pensyarah kampus di Lembah Kelang dan pegawai kerajaan yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Seremban, Shah Alam dan Bangi.
     
Maka BRIM dikatakan tidak mempengaruhi mereka.
     
Apapun sikit-sikit ada terutama pengundi tegar Umno dari kelangan Melayu. Bagi mereka asal duit datang dari kerajaan, tidak kira layak atau tidak layak, rebut saja. Jenis ini kain batik dan kain pelikat pun boleh ditukar dengan undi. Jika tidak, tentulah tidak  timbul isu membeli undi atau politik wang. Pengaruh politik wang memang besar dalam kalangan Umno hingga mendorong parti itu mengubah sistem pemilihannya supaya tiada calon sanggup mengadakan wang banyak bagi membeli undi.
    
Maka BRIM boleh dikira bentuk baru pembelian undi. Ia tidak datang dari parti dan calon. Ia ditaja oleh kerajaan. Ia halal pada akta piliihan raya.
    
Sedikit sebanyak pengundi Melayu akan terbelenggu terutama bagi yang tiada harga diri. Akan tetapi adakah pengundi Cina boleh digula dengan BRIM?
   
Pengundi Cina di Kajang tidak seramai pengundi Melayu. Walau pun Cina juga ada yang miskin tetapi ia kurang dari orang Melayu. Adakah Cina yang layak BRIM itu terasa terhutang budi dengan pemberian BRIM lalu memberi undinya? Atau mereka jadi seperti Melayu Kelantan, beri duit ambil, beri gula pun ambil tetapi undi tetap dia yang punya.
    
Rasanya pengundi Cina ada sifat pengundi Kelantan tidak memberi undi kepada orang yang memberi duit. Menjual undi itu adalah perbuatan hina dan bukan budaya orang yang maruah.
    
Mungkin orang Cina tidak berpegang kepada akidah agamanya dalam politik, tetapi mereka kebanyakannya ada maruah  politik. Maka mereka tidak pandang sangat BRIM yang nilainya tidak sebesar mana dibandingkan dengan pendapatan masing-masing.
    
BRIM pula tidak dapat menampung keperluan hidup gara-gara kenaikan minyak, gula, tarif elektrik dan lain-lain. Tidak padan BRIM dengan perbelanjaan hidup yang terpaksa ditanggung. Dan bukan semua pengundi pula dapat BRIM. Bukan pula semua yang dapat BRIM mengundi.
    
Isu besar bagi pengundi ialah adanya calon besar dalam PRK itu iaitu Anwar Ibrahim. Yang lain kurang laku dibandingkan calonnya.

Laporan Audit: Mengapa 9 kertas siasatan syor ditutup?

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan pihak Peguam Negara yang bertindak menyerahkan semula 9 kertas siasatan dengan syor menutup kes.

Kertas siasatan tersebut adalah daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran daripada beberapa kes pendedahan yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Saya minta pihak Jabatan Peguam Negara mendedahkan 9 kertas siasatan berkenaan dan justifikasi supaya kes-kes tersebut disyorkan untuk ditutup,” ujar Timbalan Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff kepada Harakahdaily.

Katanya, Jabatan Audit Negara telah melakukan audit dengan berkesan, bagaimana pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara dengan begitu mudah ‘mengenepikan’ dakwaan salah laku yang telah didedahkan.

Ini, tambah beliau bukan kecuaian kecil dalam melaksanakan prosedur pentadbiran dan kewangan, ia adalah keraguan yang munasabah untuk disiasat dan diadili dengan sewajarnya.

Sebagai contoh, katanya dalam kes Projek Taman Dusun Bandar yang pernah diutarakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Tambahnya, terdapat satu kontrak untuk membekalkan 6 komponen peralatan playground dengan kos berjumlah RM194,200.

Namun, kata beliau penemuan audit mendapati hanya satu komponen sahaja dibekalkan dengan kos yang lebih tinggi iaitu RM230,000.

Justeru, beliau berharap agar pihak SPRM bertindak profesional dan lebih efektif dalam melakukan siasatan dan mendesak pihak Jabatan Peguam Negara tidak meremehkan kes-kes yang didedahkan dalam laporan audit berkenaan.

“Isu-isu penyelewengan dan ketirisan setiap tahun didedahkan oleh jabatan audit, namun seolah-olah ia didiamkan demi kepentingan politik pihak tertentu,” katanya lagi.

Bayi melecur alahan ubat sembuh dalam 2 bulan

ALOR SETAR - Bayi lapan bulan yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi, kata Pegawai Kesihatan Bahagian Dermatologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Edwin Jude Gunasegaran.

Beliau berkata, pihak hospital masih memantau perkembangan Muhammad Nasrullah Khairul Nizam dari semasa ke semasa.

Pada 16 Februari lalu, badan bayi ini didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberikan sebuah klinik swasta di sini ketika mendapat rawatan akibat ruam.

"Bayi ini telah dibawa ke hospital ini sebanyak dua kali dan dalam tempoh itu saya lihat keadaan kulitnya bertambah sembuh. Tetapi hasil pemeriksaan lanjut, saya lihat bayi ini mungkin ada menghidap penyakit lain jadi kita akan jalankan pemeriksaan," katanya semasa melawat bayi tersebut di rumah keluarganya di Taman Stadium di sini semalam.

Ketua Puteri Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor yang turut melawat Muhammad Nasrullah, berkata bayi itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta bagi mendapat pandangan daripada doktor pakar di sana pula.

"Kita akan bawa adik Nasrullah ke Kedah Medical Centre dan akan dengar pandangan daripada doktor pakar kulit dan dari situ barulah tindakan susulan boleh dibuat.

"Saya harap inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ahli keluarga bayi ini, tapi apa yang paling penting adik Nasrullah akan kembali sihat seperti dahulu," kata Nor Sabrina yng juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri. - Bernama

Suspek buang al-Quran sakit mental


Suspek buang al-Quran sakit mental
Suspek yang dipercayai bertindak membuang al-Quran dibawa keluar dari mahkamah dengan diiringi polis, semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.[KLIL LINK]

P'raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac

Ram Anand | 12:14PM Mac 6 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac, seminggu selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan, tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 17 Mac, yang memberi tempoh 12 hari untuk berkempen.

Parti Bumiputera Bersaka Bersatu (PBB) yang dipimpin Taib sehingga kini masih belum menetapkan calon untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan bekas ketua menteri itu pada 28 Februari lalu.

PKR telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Akhirnya merajuk MCA tak mau jawatan exco Kedah dah berakhir...!

Adun Gurun sedia galas jawatan exco

ALOR SETAR - “Saya sedia terima jawatan exco,” kata Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan MCA Kedah yang mencadangkan namanya sebagai exco kerajaan negeri.

Yong Kong berkata, keputusan untuk menerima jawatan dalam kerajaan negeri dibuat selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu bersetuju untuk menerima semula pelbagai jawatan dalam kabinet dan peringkat negeri.

“Saya setuju sekiranya dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Bagaimanapun, sehingga hari ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai perkara itu.

“Kita tunggu sahaja keputusan dan perkembangan terkini yang akan diumumkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai nanti,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah bersetuju untuk menerima jawatan exco kerajaan negeri bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri ini khususnya kepada masyarakat Cina.

Menurut laporan itu, Pengerusinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, keputusan itu juga akan memastikan supaya MCA Kedah dapat terus melaksanakan peranan penting dalam kerajaan negeri yang diterajui BN.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri memperuntukkan satu kerusi exco untuk Adun MCA.

Katanya, keputusan itu merupakan pendirian kerajaan negeri sejak dari awal lagi sebelum pelantikan lapan Adun yang lain sebagai exco.

Mahathir Dah Mula 'Geli' Dengan Najib

Shahbudin Husin, 

Dalam kritikan terbarunya terhadap pentadbiran Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mempersoalkan pula pemberian tunai BR1M yang dilakukan sejak tiga tahun lalu, sambil mengingatkan pemimpin BN supaya tidak terus berada dalam khayalan bahawa kaedah itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.

Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, malah sejak BR1M dilaksanakan serta digembar-gemburkan kesannya dalam meringankan beban kehidupan rakyat, hakikatnya bukan saja sokongan tidak bertambah, malah terdapat ramai yang miskin lagi ketika ini.

Dalam masa yang sama, menurut Mahathir lagi sekiranya jumlah pemberian BR1M ditingkatkan sehingga RM1200 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk 7 juta penerima yang layak, jumlahnya akan meningkat kepada RM8.4 billion dan ini merupakan suatu jumlah yang banyak serta membebankan kewangan negara.

Mahathir juga terasa "geli" dengan hujah Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang berbangga bahawa seramai 17,000 penerima BR1M sebelum ini tetapi mengambil keputusan menolaknya dengan alasan mereka bukan lagi dalam kategori susah dan ini menunjukkan tahap kematangan serta rasa tanggungjawab mereka yang tinggi.

201 pelajar lahir bayi luar nikah di Sekolah Harapan

Post Pic
MELAKA: Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.
   
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.
   
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
   

Tawaran menampar YB Teresa Kok hampir berjaya oleh pemuda di Permatang Pauh

Masih ingat lagi tawaran RM1200 yang ditawarkan oleh ngo melayu bagi siapa yg berjaya menampar yb Teresa.gara-gara insiden kononya menghina org melayu dan memaki pemimpin dalam video sempena CNY. Mlm td Teresa telah hadir dalam satu sesi ceramah yang diadakan di Permatang Pauh.

Ceramah turut dihadiri penceramah lain yang hebat seperti ust shahril long,timb ketua menteri penang,yb Nizar,leman raja lawak. Insiden tampar hampir berjaya apabila sebaik tamat ucapan Teresa beliau didatangi oleh pemuda yang ingin bersalam dgn beliau dan rupanya dalam gengaman pemuda tersebut mengandungi sebiji telur tembelang.maka ketika telur tersebut pecah pemuda tersebut mengangkat tangan untuk menampar Teresa namun tindakan itu berjaya diselamatkan oleh petugas unit amal.

Ceramah ini yg turut disiarkan secara.langsung menerusi radio internet dpedas fm tergendala sebentar akibat timbul kekecohan.Pemuda tersebut berjaya ditangkap dan diserah kepada pihak berkuasa.Yb Teresa juga turut sama bergegas membuat laporan di IPD SPT.

Kita tunggu apa tindakan kepada pemuda tersebut.

Laporan dari Pedas FM at 08:19

Perhimpunan Rakyat depan LEMBAGA GETAH MALAYSIA pada 12 t/h nanti

PAS POKOK SENA anjur KARNIVAL SEJAHTERA hujung bulan mac nanti.

Bila MUKHRIZ nak tutup pusat hiburan di Kedah, dulu hangpa sedap sangat bantahnya..!!!

http://4.bp.blogspot.com/-CgY6rrym-lg/T-NC5ECkn-I/AAAAAAAAB4A/aFh0TXb5q48/s400/KARAOKE-PAS-KEDAH-1.JPG 
http://1.bp.blogspot.com/-QxL8culSyxM/T-NC-ZtWNoI/AAAAAAAAB4g/bNNHb2IptfI/s400/KARAOKE-PAS-KEDAH-5.JPG
http://1.bp.blogspot.com/-O5qFNIkc6wE/T-NC_ylZhqI/AAAAAAAAB4o/J2a2VBVWV7M/s1600/KARAOKE-PAS-KEDAH-6.JPG 
http://4.bp.blogspot.com/-OUsP9GKVHrw/TeWghAbpqqI/AAAAAAAACnk/oEI6jm_q6Ns/s1600/PENDEDAHAN-TERKINI-ASB-JUN2011.jpg
 
 ALHAMDULILLAH selepas mendapat mandat memerintah KEDAH
jadi kami berharap KERAJAAN NEGERI MUKHRIZ dapatlah menutup
semua pusat-pusat hiburan yang telah disenaraikan ini...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...